Postingan

Gambar
Mokhtaruddin Lasso: Si Atheist Melayu yang memperjuangkan Kemerdekaan Malay a Zin Mahmud (artikel lama disiarkan semula dari Blog Neo Malayu)                                                     Dalam sejarah tanah air ada satu watak yang menarik pada diriku. Namanya ialah Mokhtaruddin Lasso. Namanya pun pelik. Mokhtar adalah nama biasa di kalangan orang Melayu. Tetapi aku tak pernah dengar nama orang Mokhtaruddin. Yang pasti beliau adalah aeorang Melayu dipercayai berasal dari Sumatera. Lasso pula adalah nama keluarga atau marga. Adakah beliau keturunan Mandailing. Aku tak pasti ada marga Mandailing bernama Lasso. Atau Mokhtaruddin Lasso itu hanyalah nama samaran. Orang perjuangan sering menggunakan nama samaran. Beliau adalah orang perjuangan Seorang kiri. Sosialis. Malah beliau dipercayai seorang komunis. Beliau atheis. Beliau dikatakan seorang agen Parti Komunis Indonesia, PKI. Mokhtaruddin muncul di Perak pada tahun 1945, tahun Sukarno mengisytiharkan kemerdekaa

KAMPUNG MANISAN DAN DODOL DI MARANG

Gambar
KAMPUNG MANISAN DAN DODOL, SUMBER EKONOMI UTAMA PENDUDUK KAMPUNG BATANGAN(1950 – 2000)                                                 Marang terletak di tepi Laut China Selatan. Banyak muka buminya adalah kawasan paya di sebelah barat. Sungai Marang mengalir dari Bukit Kor dan Gunung Gajah Terom(1206 m). Selain kawasan berpaya, terdapat juga kawasan berbukit yang sederhana tinggi yang sejajar dengan pantai yang paling panjang di Semenanjung ini. Daerah yang berhampiran Marang ialah Kuala Terengganu, Dungun dan Hulu Terengganu.                                Sejarah pentadbiran Daerah Marang pula telah bermula sebelum daripada pemerintahan Baginda Omar (1839 – 1876). Ia diketahui oleh pembesar-pembesar daerah yang dilantik oleh Tuanku Al- Sultan. Pentadbiran oleh pembesar daerah ini adalah berasaskan kepada pemerintahan kawasan sungai (river districts). Semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III dari tahun 1881 hingga 1918 M, Yang Dipertuan Muda Tengku Mohamad telah di