Postingan

Menampilkan postingan dari 2017

SEJARAH RINGKAS NEGERI TERENGGANU

Asal Usul Nama Terengganu                 Setakat ini terdapat beberapa cerita yang dikaitkan dengan nama negeri Terengganu. Nama Terengganu itu dikaitkan dengan " Terangnya ganu ", " Taring anu ", dan " Terangan nu ". Kisah asal nama Terengganu ini melibatkan penduduk luar Terengganu ( Kelantan dan Pahang ) dan juga dari penduduk Terengganu sendiri. " Terangnya ganu " ini dikaitkan pula dengan peristiwa beberapa orang pelajar Kelantan tiba di Kuala yang kini dipanggil Kuala Terengganu melihat pelangi di langit. Mereka pun menyatakan " Terang sungguh ganu di sini ". Apabila pulang ke Kelantan mereka menyatakan di negeri jiran sungguh "terang ganunya ".                Sementara itu " Taring anu " dikatakan berasal daripada cerita yang dikisahkan oleh Sultan Terengganu yang kesembilan, Baginda Omar ( 1839 – 1876 ). Sebelum wujud nama negeri Terengganu, satu rombongan Pahang telah datang memburu di kawa

HAJI YUNUS HASSAN - IKON ISLAMIK

HAJI   YUNUS HASSAN   -      IKON ISLAMIK   ;                     (SEBUAH KAJIAN AWAL TENTANG SUMBANGAN BELIAU DALAM     PENDIDIKAN   TERENGGANU ) TAHUN 2000-2014. PENGENALAN       Haji Yunus bin Hassan merupakan seorang tokoh berjaya dalam dunia pendidikan di   Terengganu. Beliau merupakan salah seorang anak kelahiran Kampung Tok Lawit yang   berjaya. Haji Yunus bin Hassan dilahirkan pada 31 Disember 1950 di Kampung Tok Lawit. Sejak usia 3 tahun lagi beliau berminat dalam mendalami ilmu agama dengan mengikuti   bapanya, Hassan bin Abdullah menghadiri majlis-majlis di sekitar Kampung Tok Lawit antaranya   Kampung Pasir Simpul dan Kuala Ping. 1         Pada tahun 1957 hingga 1962, Haji Yunus bin Hassan telah mendapat pendidikan awal   di Sekolah Kebangsaan Kuala Ping selama 6 tahun. Sepanjang berada di sekolah rendah, beliau banyak menyertai pertandingan pidato, syarahan, dan perdebatan. Pada tahun 1962   beliau telah memenangi pertandingan debat antara sekolah-sekolah