Postingan

Menampilkan postingan dari Mei, 2017

Contoh Skema P2

Huraikan bagaimana Nabi Muhammad S.A.W menghadapi pelbagai masalah yang dihadapi oleh masyarakat Madinah setelah berhijrah ke kota tersebut. PENGENALAN - Sebelum kedatangan Rasulullah S.A.W, terdapat 3 golongan masyarakat yang tinggal di Madinah. Mereka ialah kaum Aus dan Kahzraj yang merupakan penduduk tempatan Madinah dan Yahudi yang merupakan kaum pendatang dari Palastine. Ketiga-tiga kaum ini terlibat dalam krisis politik yang panjang kerana perebutan kuasa dan pengaruh. Kaum-kaum ini sentiasa  bersaing antara satu sama lain untuk menguasai politik Madinah. - Selepas Rasulullah S.A.W dan umat Islam berhijrah ke Madinah, komposisi masyarakat Madinah menjadi semakin komplek khususnya selepas kedatangan orang Muhajirin. Oleh itu, Rasulullah S.A.W terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah yang ditumbulkan oleh kaum kaum tersebut. Antara langkah yang diambil oleh Rasulullah S.A.W untuk mengatasi masalah tersebut ialah membina masjid, menggubal perlembagan Madinah, menyatukan anta