Postingan

Menampilkan postingan dari 2016

Cerita dari Telegram

Gambar
MANA MAK??? Jam 6.30 petang. Mak berdiri di depan pintu. Wajah tua Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.yang diikutinya pada sebelah petang.... Ayah baru balik dari sawah.berlomoran dengan selut....dan berbau hamis.. Ayah tanya Mak, “Along mana?’ Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.” Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?” Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.” Ayah tanya Mak, “Ateh mana?” Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?” Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?” Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.” Itu adalah soalan yang  sama yang ditanya ayah setiap petang ... Ayah tidak suka anak anaknya balik lambat atau balik selepas mangrib....bagi ayah anak anaknya perlu ada dirumah sebelum mahgrib....itu adalah amanh dan pesan ayah kepada anak anaknya... Pantang bagi ayah kalau anak anaknya masih leka berada diluar sewaktu maghrib... Mak j

kUALIAH 12

KULIAH 12: PERANAN PEMBESAR DI RUSSIA ABAD KE-16   HINGGA   ABAD KE-20 1.           Sebagaimana di China, pembesar di Russia juga berperanan penting dalam urusan pentadbiran khususnya membantu Tzar / Tzarina menjalankan tanggungjawabnya. 2.           Peringkat awal, Tsar di Russia dibantu oleh Golongan Boyar iaitu golongan pembesar feudal merupakan golongan bangsawan yang menjadi tuan-tuan tanah. Mereka berperanan seperti raja-raja kecil yang memerintah di kawasan tanah kepunyaan mereka.   3.        Golongan Boyar juga berkuasa ke atas golongan petani. Menurut undang-undang yang diluluskan pada tahun 1649, golongan Boyar diisytiharkan mempunyai kuasa ke atas golongan petani. 4.        Menurut undang-undang tersebut, petani-petani dianggap sebagai “abdi” kepada golongan Boyar buat selama-selamanya. Mereka juga menjadikan tanah-tanah feudal sebagai tanah kepunyaan peribadi mereka. 5.        Pada abad ke-18, di bawah penyusunan semula pentadbiran Rusia, Tsar Peter

KULIAH 16

KULIAH 16;DI finisi Negara Persekutuan 1.           Negara Persekutuan ialah negara yang wujud pembahagian kuasa yang jelas antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Wilayah. Gabungan dua peringkat pentadbiran ini membentuk satu Kerajaan Persekutuan. 2.             Setiap peringkat mempunyai autonomi (kuasa yang terhad) dalam bidang tertentu. 3.           Hal ehwal luar negara dan hal umum di bawah tanggungjawab penuh Kerajaan Pusat, manakala hal yang bersifat setempat seperti kerajaan tempatan, perhutanan, sungai/sumber air merupakan kuasa autonomi Kerajaan Negeri. 4.             Memperuntukkan kebebasan kepada setiap peringkat pentadbiran atas kuasa yang diperuntukkan. Contoh negara persekutuan ialah Amerika Syarikat dan India. Amerika Syarikat pada Abad ke-18 hingga Abad ke-19 1.           Amerika Syarikat merupakan negara Persekutuan (federal) iaitu mengamalkan sistem kerajaan yang membahagikan kuasa dan tanggungjawab antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri. 2