KULIAH 16



KULIAH 16;DIfinisi Negara Persekutuan
1.          Negara Persekutuan ialah negara yang wujud pembahagian kuasa yang jelas antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Wilayah. Gabungan dua peringkat pentadbiran ini membentuk satu Kerajaan Persekutuan.
2.           Setiap peringkat mempunyai autonomi (kuasa yang terhad) dalam bidang tertentu.
3.          Hal ehwal luar negara dan hal umum di bawah tanggungjawab penuh Kerajaan Pusat, manakala hal yang bersifat setempat seperti kerajaan tempatan, perhutanan, sungai/sumber air merupakan kuasa autonomi Kerajaan Negeri.
4.           Memperuntukkan kebebasan kepada setiap peringkat pentadbiran atas kuasa yang diperuntukkan. Contoh negara persekutuan ialah Amerika Syarikat dan India.
Amerika Syarikat pada Abad ke-18 hingga Abad ke-19
1.          Amerika Syarikat merupakan negara Persekutuan (federal) iaitu mengamalkan sistem kerajaan yang membahagikan kuasa dan tanggungjawab antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri.
2.          Sejarah penubuhan  Amerika bermula apabila 13 buah koloni British di Amerika Utara iaitu Delaware, Pennsylvania, New Jersey, Georgia, Connecticut, Virginia, New York, Maryland dan lain-lain. memberontak pada tahun 1773.
3.          Pemberontakan itu berpunca daripada perasaan tidak puas hati penduduk di koloni-koloni terhadap corak pentadbiran British di Amerika.
4.          Pihak British terpaksa mengiktiraf kemerdekaan Amerika melalui Perjanjian Versailles yang diadakan pada tahun 1773. Selepas mencapai kemerdekaan setiap koloni telah membangunkan sistem kerajaan masing-masing.
5.          Di dalam Artikel Persekutuan 1781, terdapat fasal yang mengesahkan 13 buah koloni tersebut bergabung sebagai sebuah persekutuan dengan nama United States of America.
6.           Ia merupakan pembentukan satu perikatan tiga belas negeri yang longgar. Artikel tersebut adalah hasil daripada maklum balas dari koloni-koloni tersebut yang bimbang kerajaan pusat yang baru akan mempunyai terlalu banyak kuasa dan mengurangkan kuasa kerajaan negeri.
7.          Artikel perlembagaan itu dibuat agar kerajaan-kerajaan negeri tetap akan dapat mempertahankan kebebasan dan kedaulatan mereka.
8.          Di dalam Artikel itu, terdapat juga peruntukan yang menafikan kuasa kongres Amerika untuk memungut cukai, mengatur perdagangan antara negeri dan memaksa negeri-negeri menerima undang-undang yang dikeluarkan di peringkat kerajaan pusat.
9.          Pada tahun 1887, satu langkah yang tegas telah diambil dengan mewujudkan satu perlembagaan bertulis yang lengkap telah digubal di Philadelphia.

10.      Perlembagaan itu telah merangkumkan tiga belas negeri itu menjadi satu negara persekutuan dengan satu kerajaan pusat yang kuat. Kerajaan pusat itu mempunyai kuasa yang luas tetapi tertentu.
11.      Bagi setiap negeri pula diperuntukkan bidang kuasa mengurus hal ehwal tempatannya dan menguatkuasakan undang-undang dalam beberapa perkara.
12.      Seorang Presiden dilantik dan sebuah Mahkamah Tinggi diwujudkan. Selain itu,  Dewan Negara dan Dewan Rakyat juga ditubuhkan.
13.      Pada tahun 1791, perlembagaan persekutuan telah dipinda supaya dapat menjamin hak asasi manusia terutamanya dalam hal kebebasan beragama.
14.      Pada tahun 1789, perlembagaan persekutuan itu dikuatkuasakan, dan George Washington menjadi Presiden Amerika Syarikat yang pertama.
15.      Di bawah pimpinannya, perlembagaan baru itu dapat diamalkan dengan sepenuhnya sehingga menjadi ikutan kepada negara-negara yang lain serta memberi inspirasi kepada berlakunya revolusi-revolusi yang lain, terutamanya di negara-negara Eropah seperti England dan Perancis.
16.      Negara Amerika Syarikat ditubuhkan hasil daripada idea-idea baru yang dapat memecahkan tradisi-tradisi lama politik zaman lampau seperti mewujudkan sebuah negara tanpa raja (republik) dan mencegah monopoli kuasa oleh golongan aristokrat.
17.      Amerika Syarikat juga merupakan negara persekutuan yang pertama di dunia yang memberi kuasa otonomi kepada kerajaan tempatan yang bersifat liberal dan pada masa yang sama memberi kuasa dan kekuatan yang sebenar kepada kerajaan pusat.
18.      Amerika Syarikat merupakan sebuah negara republik yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi.
19.      Pemerintahan demokrasi dimulakan pada masa pemerintahan presiden yang ketiga iaitu, Thomas Jefferson (1801-1809). Walau bagaimanapun, konsep demokrasi yang diamalkan masih sepit dan terbatas kerana hak mengundi dan hak untuk menjadi ahli parlimen dikhaskan kepada golongan lelaki sahaja dari golongan berada.
20.      Ahli-ahli parlimen pula disyaratkan mesti memiliki harta pada kadar tertentu. Oleh itu, kegiatan politik hanya dimonopoli oleh golongan kaya dan berharta. Amalan demokrasi berdasarkan harta ini, kemudiannya telah dihapuskan secara beransur-ansur.






Sistem Pemerintahan Negara Republik dan Negara Persekutuan.
NEGARA REPUBLIK
           Negara republik ialah negara yang tidak mempunyai raja dan bebas dari pengaruh golongan aristokrat atau sistem kerajaan yang kuasa paling tingginya tidak dipegang oleh raja tetapi oleh wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat seperti konsul, presiden dan sebagainya. Antara negara republik ialah seperti Perancis, dan Amerika Syarikat.
NEGARA PERSEKUTUAN
           Negara yang wujud pembahagian kuasa yang jelas antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Wilayah. Gabungan dua peringkat pentadbiran ini membentuk satu Kerajaan Persekutuan. Setiap peringkat mempunyai autonomi (kuasa yang terhad) dalam bidang tertentu. Hal ehwal luar negara dan hal umum di bawah tanggungjawab penuh Kerajaan Pusat, manakala hal yang bersifat setempat seperti kerajaan tempatan, perhutanan, sungai/sumber air merupakan kuasa autonomi Kerajaan Negeri. Memperuntukkan kebebasan kepada setiap peringkat pentadbiran atas kuasa yang diperuntukkan. Contoh negara persekutuan ialah Amerika Syarikat dan India.
Negara Amerika Syarikat ditubuhkan hasil daripada idea-idea baru yang dipelopori oleh ahli-ahli falsafah zaman pencerahan. Idea-Idea tersebut telah dapat memecahkan tradisi-tradisi lama politik zaman lampau seperti mewujudkan sebuah negara tanpa raja (republik) dan mencegah monopoli kuasa oleh golongan aristokrat. Amerika Syarikat juga merupakan negara persekutuan yang pertama di dunia yang memberi kuasa otonomi kepada kerajaan tempatan yang bersifat liberal dan pada masa yang sama memberi kuasa dan kekuatan yang sebenar kepada kerajaan pusat.
Selain terdapat pengagihan kuasa antara kerajaan pusat dan negeri, pengagihan kuasa juga diwujudkan dalam pentadbiran Amerika. Ia dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu Perundangan (legislatif) yang dikendalikan oleh Kongres yang mempunyai dua dewan (Dewan Perwakilan dan Senat); Pentadbiran (eksekutif) yang diketuai oleh seorang presiden; dan bidang kehakiman (judisiari) yang diketuai oleh Mahkamah Agung. Ia terkandung di dalam tiga perkara pertama dari dalam perlembagaan persekutuan Amerika Syarikat. Pengagihan ini bertujuan untuk mengelakkan dari berlakunya penyalahgunaan kuasa dan bagi memastikan tidak ada satu bahagian dalam kerajaan pun yang mempunyai terlalu banyak kuasa dari bahagian yang lain.
Kongres sebagai bahagian yang berkuasa menggubal dan meluluskan undang-undang, Presiden pula yang mengetuai bahagian pentadbiran atau eksekutif adalah sebagai pelaksana  undang-undang dan bahagian kehakiman sebagai pentafsir undang-undang. Selain itu, pengagihan kuasa juga bertujuan untuk menyeimbangkan kuasa supaya tidak berlaku pertindihan bidang kuasa antara bahagian-bahagian tersebut.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

P2 bab 3

BEPANG DAN SEJARAH KULINARI

PULAU DUYUNG ADALAH LIDAH NEGERI TERENGGANU