KULIAH 13



KULIAH 13: PEMERINTAHAN BERAJA MUTLAK
KONSEP PEMERINTAHAN BERAJA MUTLAK
1.       Pemerintahan beraja mutlak yang wujud pada abad ke-16 dan 17 Masihi sebenarya berpunca daripada pembentukan negara bangsa  atau monarki kebangsaan yang berlaku di Eropah pada abad ke-15 Masihi.

2.       Dalam sistem pemerintahan sebegini, timbul kepercayaan bahawa seseorang raja itu dilantik oleh Tuhan untuk memerintah rakyatnya;  wajar mewujudkan keadilan manakala rakyat pula dikehendaki akur tanpa berbelah bagi

3.       Sekiranya seseorang raja itu bertindak kejam, rakyat wajib akur dan menerimanya dengan tenang serta  mengakui bahawa keadaan tersebut disebabkan hukuman ke atas dosa – dosa mereka.

4.       Raja – raja yang mengamalkan pemerintahan sebegini dikaitkan dengan konsep Devine Right of Kings, manakala pendokong pemerintahan sebegini dikenali sebagai Absolutists.

5.       Pemerintahan  raja berkuasa mutlak ini juga mendapat sokongan daripada pihak gereja  disebabkan golongan – golongan gereja mempunyai matlamat yang tersendiri tatkala berhubung dengan pemerintah         ( raja ).
PEMERINTAHAN RAJA BERKUASA MUTLAK DI PERANCIS
1.       Asas kepada kemunculan pemerntahan raja berkuasa mutlak di Perancis ialah terbentuknya monarki kebangsaan di bawah pimpinan Raja Louis XI yang menandakan bermulanya kekuasaan Dinasti Volois di Perancis.

2.       Keupayaan dan kepimpinan Raja Perancis menamatkan cengkaman Inggeris telah meningkatkan imej raja dalam kalangan rakyat disebabkan sebelum ini ternyata golongan bangsawan gagal menyelesaikan konflik yang memakan masa selama 100 tahun ini.

3.       Kejayaan ini juga membolehkan raja memperoleh hak memiliki tentera yang bersiap sedia, melantik pegawai – pegawainya sendiri dan mengutip cukai sesuka hati.

4.       Malah selepas perang ini  berakhir, raja telah menggunakan bala tenteranya untuk mengalahkan atau membubarkan tentera bangsawan dan memusnahkan kediaman mereka.

5.       Apa yang pasti, implikasi pembentukan monarki kebangsaan di Perancis, kuasa golongan bangsawan mula dihadkan.

6.       Louis XI telah menubuhkan pasukan tentera diraja dan berjaya menumpaskan golongan bangsawan yang sebelum ini mempunyai tentera – tentera peribadi.

7.       Louis XI juga berjaya mengenakan cukai ke atas golongan bangsawan tanpa kebenaran Parlimen dan mengehadkan pertemuan antara golongan bangsawan di sini.

8.       Kuasa institusi gereja juga mula dihadkan, terbukti  pada tahun 1516 M, Louis XI mempunyai kuasa ke atas gereja dan berhak untuk melantik ahli – ahli gereja sekaligus dapat mengawal kuasa golongan gereja serta meningkatkan kawalan ke atas gereja.

9.       Malah raja di Perancis turut mendapat sokongan golongan peniaga, kelas pertengahan dan profesional; sanggup membiayai cukai demi jaminan keselamatan pelaburan dan aktiviti ekonomi mereka.

10.   Bermula dari sinilah, ada dalam kalangan pegawai – pegawai tentera yang mentadbir negara atas nama raja berasal daripada kelas peniaga.

11.   Kemuncak pemerintahan beraja mutlak di Perancis berlaku sewaktu pemerintahan Raja Louis XIV yang melaksanakan pelbagai dasar untuk menonjolkan kekuasaannya.

12.   Kuasa raja mengatasi undang – undang. Raja boleh memerintah sesiapa sahaja yang disyaki menentang raja ditahan dan dipenjarakan. Mana – mana individu yang menyakitkan hati golongan berpengaruh atau paderi boleh dimasukkan ke dalam penjara dengan perintah raja; dikenali sebagai lettre de cachet

13.   Baginda mempunyai angkatan tentera yang besar  serta telah bertindak menakluk beberapa negara  termasuk boleh menggugat perairan Britain yang  mempunyai  tanah jajahan di Asia, Amerika, dan juga Eropah.

14.   Tentera yang dibentuk sama ada tentera darat atau pun tentera laut dikawal secara langsung oleh raja dan dibayar dengan gaji yang tetap, malah raja juga bertanggungjawab menyediakan bekalan makanan yang mencukupi.

15.   Beliau juga memerintah mengikut sesuka hatinya, dan berusaha menonjolkan kehebatannya melalui pembinaan istana yang anggun dan menggaji arkitek serta pelukis untuk mengindahkan istananya di Versailles. Beiau mengganggap kemewahan mencerminkan keunggulan seseorang pemerintah.

16.   Raja Louis XIV juga bertindak mengawal golongan bangsawan. Golongan ini dilarang membina kediaman yang mewah dan mengadakan pertemuan sesama meraka. Malah golongan ini terpaksa bergantung hidup melalui pencen yang diberikan oleh Raja; dengan syarat mereka tinggal di istana.

17.   Sejak abad ke-17 lagi, raja  - raj di Perancis menubuhkan sistem intendant wilayah bagi menguruskan hal – hal berkaitan dengan pentadbiran dan pungutan cukai; pegawai ini bertanggungjawab  langsung kepada raja.

18.   Dari semasa ke semasa kuasa golongan ini ditambah bertujuan mengurangkan kuasa politik golongan bangsawan

19.   Raja Louis XIV juga bertindak menubuhkan empat buah badan yang tanggungjawab khusus dalam pemerinatahan dan pentadbiran iaitu :
a)      Majlis Negara : menguruskan hal ehwal luar negara
b)      Majlis Kewangan : menguruskan soal kewangan
c)       Majlis Privi : menguruskan soal kehakiman dan perundangan
d)      Majlis Despatches:


20.   Pemerintahan Raja Louis XIV juga dibantu oleh pegawai – pegawai awam yang berkaliber dan mereka dibayar gaji  tetap bagi menjamin sokongan terhadapnya, seperti Menteri Kewangannya, Jean Baptiste Colbert yang berjaya menjadikan Perancis sebuah negara industri dan militer. Malah Raja Louis XIV juga menggunakan pegawai – pegawai khas yang bertanggungjawab melaksanakan dasar – dasar raja di wilayah kekuasaan Perancis.

21.   Raja Louis XIV juga mengisytiharkan dirinya sebagai ketua agama. Beliau telah bertindak memaksa golongan bukan Katolik menerima agama Katolik. Kesan daripada tindakannya ini telah menyebabkan 200 000 orang telah meninggalkan Perancis.

22.   Pemerintahan Louis XV yang memerintah selepasnya menyaksikan kemerosotan kuasa Perancis. Perang-perang yang tercetus semasa pemerintahannya seperti Perang Tujuh Tahun (1756-1763) telah menyebabkan perbelanjaan negara meningkat dan menggunakan tenaga manusia yang banyak.

23.   Perancis kehilangan hampir semua tanah jajahannya di Amerika dan India kepada Britain. Penglibatan Perancis dalam Perang Kemerdekaan Amerika juga melemahkan kedudukan kewangan Perancis.

24.   Keadaan diburukkan lagi dengan sifat boros Raja Louis XV. Baginda banyak menghabiskan harta negara untuk perempuan simpanannya dan untuk mengadakan majlis-majlis di istananya.

25.   Bagi mengatasi masalah kewangan baginda telah menaikkan kadar cukai yang membebankan rakyatnya. Pada tahun 1789, kerajaan Perancis telah jatuh muflis.

26.   Pemerintahan beraja mutlak di Perancis  berakhir semasa pemerintahan Louis XVI. Baginda cuba memulihkan kelemahan pemerintahan Louis XV yang memerintah sebelumnya, tetapi rancangan-rancangan pemulihannya telah digagalkan oleh musuh-musuh politiknya.

27.   Baginda juga bersifat boros dan mementingkan kebendaan. Di samping itu baginda juga dipengaruhi oleh permaisurinya Marie Antoinette. Kelemahan pemerintahannya dan kemerosotan ekonomi telah membawa kepada tercetusnya Revolusi Perancis pada tahun 1789 yang menumbangkan pemerintahan beraja mutlak di Perancis.
PEMERINTAHAN BERKUASA MUTLAK DI ENGLAND
1.       Pemerintahan raja berkuasa mutlak di England bermula apabila Henry VII menggunakan  kebijaksanaan dan kewibawaannya menamatkan Perang Bunga Ros yang telah mengakibatkan ketidakstabilan politik England.

2.       Henry VII telah memulakan era pemerintahan Dinasti Tudor bermula dari tahun 1485 hingga 1603 selepas kematian Ratu Elizabeth I

3.       Meskipun terbentuk monarki kebangsaan di England, namun ianya agak berbeza dengan keadaan di Perancis disebabkan raja dalam Dinasti Tudor berpegang kepada tradisi politik England yang menghormati kedaulatan Magna Carta ( piagam politik yang mengawal kuasa raja )

4.       Hal ini menggambarkan pemerintahan beraja di England mempunyai hubungan yang rapat dengan ahli – ahli Parlimen, dan senario politik yang berlaku di sana mempunyai pertalian dengan institusi berkenaan.

5.       Selain itu, pemerintahan beraja dalam kalangan Dinasti Tudor ini tidak mementingkan prinsip kesucian raja               (  Devine Right of Kings ).

6.       Namun selepas kematian Ratu Elizabeth I, keadaan politik England berubah sama sekali disebabkan penggantinya                Raja James I  yang memulakan Dinasti Stuart bukan sahaja  telah mengabaikan kepentingan Magna Carta sebaliknya mewujudkan konflik dengan ahli  Parlimen.

7.        Raja James I juga telah mewujudkan konflik dengan golongan Puritan ekoran tindakannya yang mendokong prinsip Devine Right of Kings.

8.       Golongan Puritan merupakan golongan yang tidak berpuas hati dengan amalan gereja Anglican yang terpengaruh dengan amalan tradisi Kristian ( pengaruh gereja Katolik Rom )

9.       Tindakan James I mengahwinkan puteranya dengan puteri dari Perancis yang bermazhab Katolik menambahkan lagi ketidakpuashati golongan Puritan terhadap James I.

10.   Sebagai pemerintah berkuasa mutlak, James  I  telah menegaskan bahawa kedudukan raja mengatasi segala undang – undang yang digubal oleh manusia.

11.   Selain itu, James I juga menyatakan bahawa semua intitusi pemerintahan seperti parlimen, mahkamah, gereja diwujudkan untuk berkhidmat kepada raja  bukannya berkongsi kekuasaan dengan raja.

12.   Dasar pemerintahan James I diteruskan oleh puteranya Charles I yang juga mempunyai sikap anti golongan Puritan dan sering menimbulkan konflik dengan ahli Parlimen.

13.   Kekuasaan Charles I juga ditonjolkan dengan tindakan mengetepikan Petition of Right yang dikemukakan kepadanya sebaliknya bertindak membubarkan Parlimen dan menjalankan pemerintahan tanpa Parlimen selama 11 tahun.

14.   Raja Charles I juga bertindak mengenakan pelbagai cukai dan terlibat secara langsung dalam kegiatan ekonomi dengan memonopoli penjualan barangan pengguna seperti arak, sabun dan garam sehinggakan harga barangan tersebut melambung tinggi.

15.   Usahanya untuk meningkatkan pendapatan melalui pembentukan Parlimen tidak kesampaian disebabkan ahli – ahli Parlimen bertindak memprotes.

16.   Konflik semakin tegang apabila berlakunya perang saudaran antara penyokong raja dengan penyokong ahli Parlimen yang akhirnya telah membawa kepada kemenangan golongan ahli Parlimen sekaligus menamatkan era pemerintahan beraja mutlak di England.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

P2 bab 3

BEPANG DAN SEJARAH KULINARI

PULAU DUYUNG ADALAH LIDAH NEGERI TERENGGANU