KULIAH 4



KULIAH 4 : MASYARAKAT  AGRARIA DI BELANDA ABAD KE-16 DAN KE-17
1.            Selepas berjaya membebaskan diri daripada cengkaman penjajahan Sepanyol, Belanda telah telah mengalami perkembangan ekonomi yang memberangsangkan.
2.            Revolusi Pertanian yang berlaku telah berjaya meningkatkan taraf hidup masyarakat Belanda termasuk masyarakat agraria di sini.
3.            Aktiviti yang dikaitkan dengan masyarakat agraria di Belanda antaranya ialah bercucuk tanam sama ada tanaman makanan dan tanaman hiasan seperti bunga, penternakan dan perikanan.
CIRI – CIRI MASYARAKAT AGRARIA
1.            Pada peringkat awal khususnya pada abad ke-16, masyarakat tani di Belanda menjalankan aktiviti pertanian secara kecil – kecilan untuk dijual di pasar tempatan dan pasar – pasar di bandar lain dalam negeri Belanda.
2.            Pada peringkat ini, masyarakat mengamalkan sistem pertanian padang terbuka; dalam setiap musim para petani akan mengusahakan dua daripada tiga bidang tanah dengan satu bidang lagi dibiarkan sebagai tanah rang untuk memastikan kesuburan tanah berkenaan.
3.            Tanaman utama  yang diusahakan oleh masyarakat di sini ialah tanaman bijirin seperti gandum, barli, oat, dan kekacang. Namun, disebabkan berlakunya pertambahan penduduk, Belanda terpaksa mengimport bijirin dari Perancis.
4.            Masyarakat agraria di Belanda menjalankan aktiviti pertanian di kawasan pesisir pantai. Oleh sebab kawasan pertanian di Belanda yang terhad menyebabkan aktiviti menambak tanah laut dijalankan di yang secara tidak langsung telah membawa kepada peningkatan pengeluaran hasil; abad ke-17 pertambahan tanah pertanian kepada 36 ribu ekar sekitar tahun 1590 hingga tahun 1615.
5.            Masyarakat agraria di Belanda  menggunakan kaedah tanaman giliran antara tanaman ubi-ubian, kekacang dan bijirin. Kaedah ini akan mengembalikan kesuburan tanah dan meningkatkan lagi hasil pengeluaran pertanian.
6.            Pada abad ke 17 juga menyaksikan masyarakat agraria menggunakan teknologi tinggi bagi menambah jumlah kawasan pertanian, umpamanya pada tahun 1600-an seorang yang bernama Jan Adriaanszoon telah berjaya memajukan kaedah mengeringkan air dengan membina sejumlah daik dan kincir air.
7.             Pada tahun 1612 Tasik Beemster telah berjaya dikeringkan dan membentuk sebuah dataran baru yang dikenali sebagai Beemster Polder. Sejak itu, daik-daik dan kincir angin telah  dibina untuk menyekat air laut dari memasuki kawasan petempatan dan pertanian. Dengan itu, lebih banyak kawasan berjaya dikeringkan atau ditebus guna untuk dijadikan kawasan pertanian.
8.            Penggunaan teknologi kincir angin semakin merancakkan lagi kegiatan pertanian di Belanda kerana kawasan tanah tinggi boleh disalurkan air untuk pertanian.
9.            Masyarakat agraria di Belanda menjalankan aktiviti pertanian komersial, terutama tanaman bunga tulip yang mendapat permintaan yang tinggi pada abad ke -17. Antara tahun 1636 hingga 1637 berlaku permintaan yang tinggi terhadap Bunga Tulip.
10.        Masyarakat agraria juga  mengusahakan kegiatan penternakan binatang terutama lembu tenusu untuk pengeluaran hasil tenusu. Ia adalah untuk kegunaan penduduk tempatan dan juga dieksport ke Jerman dan kawasan Flanders. Hasil tenusu seperti susu segar, mentega dan keju dieksport dalam jumlah yang banyak.

11.        Lembu-lembu daging pula diternak untuk disembelih dan dieksport ke kawasan lain di Belanda antara tahun 1500 hingga tahun 1660. Lembu-lembu daging pula diternak untuk disembelih dan dieksport ke kawasan lain di Belanda antara tahun 1500 hingga tahun 1660.
12.        Pada tahun 1662, terdapat catatan yang menyatakan sebanyak 2,000 ekor lembu telah dieksport oleh VOC (Syarikat Hindia Timur Belanda) ke Hindia Timur (Indonesia) setiap tahun.
13.        Perkembangan ekonomi bandar di bahagian selatan Belanda telah merangsang kepada permintaan hasil tenusu yang menyaksikan “revolusi harga” terutama bagi hasil keju. Hasil keju juga dieksport ke Perancis dan selatan Eropah. Pada abad ke-17, Perancis muncul sebagai pasaran penting bagi keju yang dikeluarkan oleh petani-petani Belanda.
14.        Golongan petani menghadapi saingan dari pengusaha besar. Sepanjang abad ke-16 menyaksikan petani-petani Belanda menghadapi masalah memenuhi permintaan yang tinggi terhadap hasil pertanian. Mereka tidak dapat menyaingi pengusaha besar yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis.


15.        Masyarakat agraria Belanda di desa turut  mengusahakan industri tekstil terutama di Flanders dan Brabant sebagai kerja sampingan. Mereka mengeluarkan pakaian berasaskan kain bulu dan linen. Masyarakat di bandar pula, menggunakan mesin untuk mewarnakan dan memutihkan kain kemudian dipasarkan sehingga tahun 1568.
16.        Hampir 1/5 masyarakat agraria Belanda telah mengusahakan  kegiatan menangkap ikan terutama di kawasan Holland dan Zealand merupakan perairan yang kaya dengan ikan herring berkualiti tinggi.
17.        Pada abad ke-17, masyarakat Belanda telah menangkap ikan dari Laut Utara hingga ke Selat Inggeris dengan menggunakan kapal-kapal yang bersaiz besar sehingga menjangkau 30 tan beratnya. Mereka berjaya mengatasi nelayan Jerman untuk menguasai pasaran ikan di kawasan Baltik. Mereka akan berada di laut selama 8 minggu dengan anak kapal antara 10 hingga 15 orang.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

P2 bab 3

BEPANG DAN SEJARAH KULINARI

PULAU DUYUNG ADALAH LIDAH NEGERI TERENGGANU