KULAIH 2 P1



KULIAH 2 :
MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND
ENGLAND MENJELANG ABAD KE-16 DAN  KE-17
1.      Penubuhan negara monarki kebangsaan di Eropah pada abad ke-15 telah menyaksikan pemulihan kuasa raja – raja sekaligus  mengambil alih kekuasaan yang berada di tangan golongan bangsawan
2.      Penubuhan monarki kebangsaan ini telah merintis jalan kepada kemunculan pemerintah berkuasa mutlak pada abad ke-16 dan ke-17. Hal yang sama berlaku di England bermula dengan pembentukan Dinasti Tudors diikuti Dinasti Stuarts.
3.      Namun pada akhir kurun ke-17, selepas berlakunya peristiwa Revolusi Cemerlang, William of Orange dan isterinya Mary telah muncul sebagai pemerintah England dengan kuasanya dibatasi oleh Parlimen; dengan lain perkataan wujud pemerintahan monarki terhad di England.
4.      Berhubung dengan masyarakat feudal,  di England ia telah berakhir  lebih awal daripada negara-negara Eropah yang lain. Mulai abad ke-16, masyarakat feudal mengalami perubahan cara hidup dan struktur sosial  dengan pengaruh pembesar feudal mulai merosot.

5.      Abad ke-16 juga menyaksikan perubahan besar dalam struktur masyarakat feudal di England. Golongan yang lebih rendah tarafnya boleh mengubah kehidupan mereka kerana terdapatnya mobiliti sosial.
6.      Secara amnya, pada era ini golongan pemerintah di England terdiri daripada raja dan ahli – ahli yang menganggotai Parlimen, manakala golongan yang diperintah pula terdiri daripada  petani, artis, buruh yang diistilahkan sebagai serf dalam era feudal pada Zaman Awal Pertengahan.
Ciri-Ciri dan Susun Lapis Masyarakat Feudal di England
1.      Raja; pembentukan monarki kebangsaan telah membawa kepada pemulihan kuasa raja di England. Masyarakat mempercayai bahawa sistem pemerintahan raja mutlak adalah sistem yang memperlihatkan bahawa seseorang raja dilantik oleh Tuhan untuk memerintah rakyatnya.
2.      Tugas rakyat adalah menyokong raja tanpa keraguan, jika seseorang raja bertindak kejam, rakyat wajar menerimanya dengan tenang sebagai hukuman ke atas dosa – dosa mereka.
3.      Semasa pemerintahan Raja James I, baginda melaksanakan dasar raja itu dari Tuhan dan undang – undang itu itu daripada raja. Oleh sebab kedudukan raja dianggap suci, maka raja mempunyai hak dan kekuasaan untuk menjalankan sesuatu dasar, sehubungan dengan itu rakyat wajar mematuhi arahan raja
4.      Semasa pemerintahan Raja James I ini juga, semua institusi pemerintahan sama ada Parlimen, gereja, dan mahkamah diwujudkan untuk berkhidmat kepada raja dan bukannya berkongsi kekuasaan dengan raja.
5.      Namun semasa pemerintahan William of Orange dan Mary, kekuasaan raja dibatasi oleh Parlimen; raja tidak berkuasa sepenuhnya melakukan semua perkara berkaitan dengan pemerintahan sebaliknya raja akan dibantu oleh jentera pentadbiran yang lazimnya diisi oleh golongan bangsawan.
6.      Golongan pemimpin seterusnya di England ialah ahli – ahli Parlimen yang dianggotai oleh golongan bangsawan, pemilik tanah dan golongan borjuis          ( golongan pertengahan ). Semasa pemerintahan Raja Charles I, ahli – ahli Parlimen telah memaksa Raja Charles I menandatangani Pengisytiharan Hak  yang bertujuan melindungi rakyat daripada kekuasaan mutlak raja.
7.      Keengganan Raja Charles I mematuhi pengisytiharan berkenaan  malah kian menonjolkan kekuasaan telah mencetuskan perang saudara antara puak raja dengan puak Parlimen yang akhirnya telah dimenangi oleh puak Parlimen yang diketuai oleh Oliver Cromwell  yang kemudiannya mengamalkan sikap diktator.
8.      Menjelang akhir abad ke-17, ahli Parlimen telah berjaya menggubal dan meluluskan undang undang hak asasi manusia, dan kemuncak kejayaan ahli Parlimen ialah berjaya meluluskan Pengisytiharan Hak  dan Undang – undang Toleransi  yang membatasi kuasa raja pada zaman pemerintahan William of Orange dan Mary
9.      Golongan Bangsawan; pembentukan monarki kebangsaan telah membawa kepada pengaruh  dan kuasa golongan ini semakin berkurangan dan  hilang kepada raja kebangsaan. Namun begitu mereka masih menduduki kedudukan teratas dalam struktur sosial masyarakat England. Mereka mempunyai kekayaan dan pengaruh dalam bidang politik dan kemudiannya muncul sebagai golongan yang berkuasa dalam Dewan Pertuanan di England. Golongan ini dianugerahkan gelaran tertentu seperti Count, Duke, Baron, Lord dan vassal dengan harapan golongan ini tidak akan menentang atau memberi ancaman kepada raja .
10.  Golongan Pertengahan ( borjuis );   Terdiri daripada golongan saudagar kaya dan gentry (golongan intelek, tuan tanah atau pengusaha ladang, pemilik bank dan lain-lain). Golongan saudagar berasal dari tukang-tukang mahir yang menjual barang keluaran mereka kepada penduduk setempat.


11.  Perkembangan bandar dan pertambahan penduduk menyebabkan perkembangan aktiviti perdagangan dan golongan tukang berjaya menaikkan taraf hidup mereka menjadi saudagar-saudagar yang berjaya.
12.  Golongan saudagar mulai dihormati kerana kekayaan yang mereka miliki. Pada masa yang sama, lahir pengusaha-pengusaha ladang yang menjadi kaya akibat pertambahan permintaan hasil pertanian. Kedua-dua golongan ini menjadi golongan yang berpengaruh dalam masyarakat England pada abad ke-16 dan 17. Golongan pertengahan merupakan golongan majoriti dalam Dewan Rakyat yang merupakan salah satu dewan dalam Parlimen England.
13.  Pada zaman awal monarki kebangsaan, golongan ini telah menjalinkan kerjasama dengan raja bagi membolehkan pembentukan tentera diraja yang dapat menjamin kepentingan pelaburan dan perniagaan mereka.
14.  Golongan Petani Bebas (Yeoman) – Merupakan petani - petani yang memiliki tanah sendiri yang diusahakan bersama-sama dengan pekerja mereka. Mereka masih menggunakan kaedah pertanian lama dan hasilnya kurang produktif.
15.  Golongan Tukang – golongan ini menghasilkan barang-barang dan peralatan yang digunakan dalam kehidupan harian. Mereka menghasilkan barangan tersebut dan menjualnya kepada penduduk yang memerlukannya.
16.  Golongan Petani Penyewa Tanah (petani yang terikat dengan tuan tanah) – golongan ini dibebaskan dan diberi tanah atau menyewa tanah dari tuan-tuan tanah. Namun begitu, kehidupan mereka menjadi lebih susah kerana tanah yang diberikan itu biasanya tanah yang kurang subur dan terikat dengan undang-undang yang dibuat oleh tuan tanah.
17.  Golongan Buruh – merupakan golongan yang berada di lapisan paling bawah. Mereka berasal dari golongan serf yang menghadapi kesukaran dan menghadapi masalah hidup, mereka berhijrah ke bandar-bandar untuk mencari kehidupan baru sebagai buruh. Kehidupan mereka di bandar tidak terikat dengan tuan tanah tetapi taraf hidup mereka masih rendah dan hidup dalam kemiskinan.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

P2 bab 3

BEPANG DAN SEJARAH KULINARI

PULAU DUYUNG ADALAH LIDAH NEGERI TERENGGANU