KULAIH 8



KULIAH 8 : MASYARAKAT INDUSTRI DI JERMAN
1.      Revolusi Perindustrian di  Jerman menyebabkan negara berkenaan menjadi sebuah negara yang kedua paling kuat di Eropah selepas Britain.
2.      Perubahan Jerman kepada sebuah negara perindustrian berbeza daripada yang berlaku ke atas Britain dan negara-negara lain di Eropah Barat; diinisiatifkan oleh kerajaan bukannya individu tertentu.
3.      Lombong-lombong arang batu dan besi telah dibuka untuk memajukan sektor perindustrian di Jerman. Jalan-jalan kereta api di bina bagi memudahkan pengangkutan. Kilang-kilang kain dan peralatan elektrik didirikan.
4.      Muncul firma-firma pengeluaran dan pengusaha-pengusaha kilang yang terkemuka  seperti syarikat Siemens yang menerajui dalam bidang kejuruteraan elektrik. 
5.      Jerman juga muncul sebagai perintis dalam mengasaskan dan membangunkan perusahaan kimia.
6.      Di samping pembangunan perindustrian berlaku juga perkembangan besar dalam sektor perdagangan. Bank-bank baru didirikan, dan perdagangan seberang laut bertambah pesat.
7.      Penduduk di Jerman bertambah dan mengatasi penduduk Britain. Pada abad ke-19, penduduk Jerman meningkat dari 23 kepada 56 juta orang, berbanding Britain dari 10 juta kepada 37 juta orang dan Perancis yang bertambah dari 27 juta kepada 39 juta orang.
8.      Kemajuan perindustrian telah meletakkan Jerman sebagai sebuah kuasa besar yang baru di Eropah, dan  mula  menyertai kuasa-kuasa Barat yang lain dalam persaingan mencari tanah jajahan di seberang laut.
CIRI-CIRI MASYARAKAT INDUSTRI DI JERMAN PADA ABAD KE-18 HINGGA ABAD KE-19.
1.       Masyarakat industri Jerman terbentuk hasil dari dasar dan usaha kerajaan Jerman yang mahu menjadikan negara itu sebagai negara perindustrian. Kerajaan Jerman telah memulakan proses untuk menjadi negara perindustrian sejak sebelum tahun 1870 lagi.
2.       Pada abad ke-19, negara Jerman mempunyai penduduk yang paling ramai di Eropah, iaitu seramai 56 juta orang, dan ini dapat menyediakan tenaga buruh yang murah bagi  sekotor perindustrian sekaligus menyediakan pasaran kepada barang-barang keluaran kilang.
3.       Kebanyakan masyarakat industri tertumpu  di kawasan perlombongan arang batu dan bijih besi; berlaku peningkatan pengeluaran  malah telah membawa kepada munculnya pengusaha terkemuka seperti Alfred Krupp yang mengeluarkan barangan alat ganti berkualiti tinggi  dan peralatan besi.
4.       Perkembangan sistem perbankan di Jerman telah membawa kepada kemunculan kelas pengusaha industri baharu pada abad ke-18 kerana mereka mendapat bantuan modal daripada pihak bank.  Implikasinya, ia telah menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan perlombongan arang batu, besi, keluli, kapas, dan kain bulu yang pastinya menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat. 
5.       Bagi memastikan Jerman kekal sebagai negara industri, kerajaan Jerman berusaha memastikan lahirnya tenaga mahir yang berkhidmat dalam sektor ini. Sehubungan dengan itu, sekolah pertukangan dan teknikal berperanan penting dalam membekalkan tenaga buruh berkenaan.
6.       Masyarakat industri di Jerman  terdedah dengan perkembangan teknologi dan memanfaatkannya untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti pengeluaran. Inovasi yang dihasilkan oleh Siemens dan Martin telah menyebabkan peningkatan pengeluaran keluli.
7.       Masyarakat industri dilindungi oleh undang-undang sosial. Undang-undang tersebut menyediakan peruntukan keselamatan nasional yang lengkap bagi pekerja kilang menghadapi risiko kehidupan kota iaitu penyakit, kemalangan dan umur tua.
8.       Akta-akta bagi mengatasi masalah-masalah tersebut telah diluluskan pada tahun 1883, 1884 dan 1889. Ini bermakna masyarakat industri Jerman dilindungi oleh insuran serta tabung pencen dan sakit dan menggambarkan kebajikan masyarakat khususnya dalam kalangan pekerja sentiasa dijaga.
9.       Oleh sebab 1/3 penduduk Jerman meruapakan kanak – kanak di bawah umur 15 tahun, penawaran buruh kanak – kanak agak tinggi dalam pasaran. Pada tahun 1839 bagi mengelak ianya berleluasa, satu undang – undang telah diluluskan; larangan pengambilan buruh kanak – kanak bawah 9 tahun dan mengehadkan masa kerja kanak – kanak kepada 10 jam. Namun begitu, undang – undang tersebut tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.
10.   Masyarakat industri di Jerman tinggal bandar-bandar yang terletak di kawasan perindustrian. Mereka diletakkan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Perumahan bagi mengatasi  masalah-masalah sosial akibat kepadatan penduduk.
11.   Masyarakat industri di sini juga menghadapi masalah kesihatan akibat pencemaran alam sekitar terutamanya pencemaran udara dan pencemaran air, misalnya pada tahun 1828 daerah Rhine tidak dapat menyediakan kontinjen sebagai anggota tentera kerana kebanyakan penduduk menghadapi masalah kesihatan.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

P2 bab 3

BEPANG DAN SEJARAH KULINARI

PULAU DUYUNG ADALAH LIDAH NEGERI TERENGGANU