P2 bab 3



TEMA 3

Jelaskan dasar Tanzimat (gerakan pembaharuan) yang dilaksanakan oleh Kerajaan Turki Uthmaniyah antara tahun 1839 hingga 1876.


a) Pengenalan
- Tanzimat dari segi sejarah bermaksud pembaharuan atau reformasi yang berlaku dalam kerajaan Turki Utmaniyah secara evolusi dari tahun 1839 hingga 1876.- Tujuan Tanzimat diperkenalkan adalah untuk mengembalikan kegemilangan kerajaan Turki Uthmaniyah dengan mengatasi kelemahan sistem pemerintahan dan pentadbiran. Tanzimat memberi fokus kepada masalah rakyat yang beragama Kristian supaya mereka tidak mencari naungan dan perlindungan daripada negara atau kuasa luar.- Tekanan daripada kuasa luar yang berterusan, terutama dari Britain, merupakan antara faktor utama pelaksanaan Tanzimat.- Terdapat pelbagai dasar Tanzimat yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Turki Uthmaniyah dari tahun 1839 hingga 1876

ISI 1: Jenis Dasar
Dasar Tanzimat dalam kerajaan Utmaniyah bermula dengan penggubalan piagam Hatt-i Syarif Gulhane pada tahun 1839 dan diteruskan dengan Piagam Hatt-i Humayun pada tahun 1856.Piagam Hatt-I Syarif Gulhane bersifat sekular, iaitu menyeru kepada reformasi yang melibatkan perubahan terhadap institusi masyarakat, namun syariat Islam masih menjadi undang-undang kerajaan tersebut.
Piagam Hatt-I Syarif Gulhane menjanjikan keselamatan nyawa, maruah, dan harta benda kepada semua rakyat tanpa mengira agama, di samping menjamin persamaan hak dan perbicaraan yang adil, teluas dan terbuka Piagam Hatt-i Humayun mengesahkan semua janji yang termaktub dalam piagam Hatt-i Syarif Gulhane sebaliknya semua aspek yang berkaitan dengan syariat Islam digugurkan sama sekali
Hal ini menggambarkan pengaruh sekular kian menular dalam kerajaan Turki Uthmaniyah.

ISI 2: (Dalam bidang pentadbiran)
Melalui dasar ni pembaharuan telah dilakukan dalam pentadbiran Kerajaan Turki Uthmaniyah Pentadbiran yang dirangka bermodelkan pentadbiran Barat (Perancis) bertunjangkan sistem demokrasi.Pentadbiran pusat dikemaskini dengan membentuk beberapa kementerian .Antaranya ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pelajaran (1857) dan Kementerian Polis (1870). Majlis Diraja diberi jenama baru, iaitu Majlis Tanzimat yang berperanan merangka segala pembaharuan serta mengelakkan amalan rasuah dalam kalangan pentadbir kerajaan.
Ahli-ahli yang dipilih mempunyai pendidikan Barat dan perbincangan kerap diadakan untuk mewujudkan amalan demokrasi.  Majlis Tanzimat ini juga berperanan menasihati sultan dalam pentadbiran.
Pada hakikatnya, didapati sultan hanya mengikut telunjuk golongan Pasha dan tidak mempunyai kuasa untuk menentukan dasar negara. Malahan, kuasa-kuasa gabenor wilayah juga turut dikurangkan.

ISI 3: (Bidang pendidikan).
Seterusnya dalam proses tanzimat dalam kerajaan Turki Uthmaniyah pada abad ke-19, turut melibatkan bidang pendidikan.Sistem pendidikan yang dirangka mengikut aliran akademik yang terpisah dengan keagamaan. Institusi pendidikan yang ditubuhkan bermula dari sekolah rendah sehingga ke peringkat universiti. Kurikulum ala Barat yang diperkenalkan merangkumi mata pelajaran berasakan ilmu aqliah yang diletakkan di bawah selenggaraan Akademi Pelajaran. Pendidikan sekular hanya memberi tumpuan kepada karya sastera dan membawa kepada perkembangan dalam arena persuratan dan terjemahan daripada fiksyen Barat.Sekolah profesional dan tentera diberikan keutamaan menyebabkan sistem madrasah semakin ketinggalan. Akibat daripada penekanan terhadap mata pelajaran sekular, pengetahuan para pelajar Muslim tentang agama Islam kian berkurangan hingga menyebabkan kehilangan identiti dalam kalangan mereka.
Kesannya, negara Barat telah mengambil peluang untuk menyerapkan pendidikan mereka, maka hasilnya telah menggalakkkan penerapan idea nasionalisme, kapitalisme dan imperialisme terhadap masyarakat Turki sehingga lahirnya sentimen perkauman dan telah menjatuhkan kerajaan Islam tersebut.

ISI 4: Perundangan dan kehakiman
Di samping itu, tanzimat turut melibatkan bidang perundangan dan kehakiman dalam kerajaan Turki Uthmaniyah.Beberapa peraturan digubal tanpa penglibatan para ulama. Sedikit demi sedikit peranan mereka mula diketepikan dalam bidang perundangan dan kehakiman Peraturan berhubung jenayah, tanah, perniagaan dan pelayaran diubah suai berdasarkan undang-undang Perancis. Institusi mahkamah turut mengalami perubahan. Mahkamah sekular didirikan bagi mengendalikan undang-undang baharu.
Pada tahun 1847,mahkamah campuran didirikan bagi mengendalikan kes jenayah dan sivil dengan dihakimi sama ada oleh hakim berbangsa Eropah atau yang beragama Islam. Hal ini merupakan petanda masyarakat Turki lebih memeandang dunia dan mengetepikan undang-undang Islam yang mendorong kejatuhan kerajaan Islam tersebut.

ISI 5: Bidang ketenteraan
Bidang ketenteraan turut terlibat dalam pelaksanaan tanzimat oleh Kerajaan Turki Uthmaniyah pada abad ke-19. Latihan dikendalikan mengikut model Barat, Sultan Mahmud II memodenkan ketenteraan kerajaan Uthmaniyah dengan menghapuskan tentera janissari dan digantikan dengan tentera nizam-I Cedid Janissari tidak lagi menjadi pasukan elit yang padu dan memberi kesetiaan kepada sultan tetapi memupuk minat dan tanggungjawab luaran mereka. Malah individu yang mempunyai hubungan keluarga serta rapat dengan istana dan penghuni bandar diberikan peluang berkhidmat dalam tentera darat dan laut.
Maka tidak hairanlah tanzimat dalam bidang ketenteraan ini telah mengakibatkan muncul pegawai-pegawai muda yang memainkan peranan penting melancarkan gerakan merampas kuasa dengan menggulingkan institusi kesultanan.

ISI 6: Bidang komunikasi
Dasar tanzimat ini juga melibatkan bidang komunikasi dalam kerajaan Turki Uthmaniyah. Media massa dimanfaatkan untuk mempopularkan idea-idea baharu dari Barat Karya–karya berbentuk puisi, novel dan cerpen berorientasikan Barat diutamakan sebaliknya nilai-nilai keislaman diketapikan.Karya-karya yang dipopularkan menyentuh isu raja berperlembagaan sedangkan ketaatan beragama tidak pernah disentuh. Kemudahan infrastrutur juga disediakan tetapi kemajuannya tidak seimbang.
Jadi hal ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat Turki dan telah mengakibatkan berlakunya tentangan rakyat terhadap pemerintahan sultan.

ISI 7 : Bidang ekonomi
Tanzimat juga melibatkan pemulihan semula ekonomi di Turk itetapi lebih kepada kebaratan. Hal ini telah memberi tekanan kepada kerajaan Turki Uthmaniyah untuk melakukan pelbagai perubahan. Kuasa barat merancang agar kerajaan Turki Uthmaniyah meminjam wang atau modal yang menyebabkan kerajaan ini terpaksa berhutang dengan pemodal-pemodal asing. Malah kerajaan Turki terpaksa bergantung kepada Barat bagi mendapatkan bekalan makanan, peralatan dan modal bagi perbelanjaan pembangunannya.
Misalnya, Sultan Mahmud (1808-1839) mengagumi kemajuan Eropah. Baginda telah melaksanakan projek jaringan kereta api Oreint Railway dan pembinaan Istana Dolmabahce yang megah menggantikan istana Topkapi. Dalam pembangunan ekonomi sultan juga telah membuat pinjaman yang banyak dengan bank Eropah sehingga muflis. (Sultan Abd.Aziz -1875)
Akibat daripada pembaharuan ekonomi yang tidak terancang dan hanya mengikut telunjuk kuasa Barat maka kewangan Uthmaniyah telah dikawal oleh pemilik bank Eropah.

KESIMPULAN
Kesimpulannya,Tanzimat yang berlaku pada tahun 1839 hingga 1876 dalam kerajaan Turki Uthmaniyah walaupun dirancang untuk memodenkan kerajaan tersebut namun menimbulkan impak negatif disebabkan pembaharuan yang dilaksanakan lebih condong ke arah pemupukan sekularisme, sedangkan Islam mula diketepikan sedikit demi sedikit. Situasi ini akhirnya membawa kegoyahan dan kejatuhan kerajaan ini ke tangan individu yang berfikiran secular Pembaharuan ini meninggalkan kesan mendalam kepada masyarakat Turki dan umat Islam khasnya kerana perkembangan sekularisme telah mengambil alih pemerintahan Islam di dunia hingga ke hari ini.
 

BINCANGKAN REKASI MASYARAKAT TEMPATAN MESIR TERHADAP KUASA BARAT PADA ABAD KE-19 DAN ABAD KE-20.

Abad ke-18M, Mesir sebahagian wilayah empayar Uthmaniyyah. Sepanjang abad ke-17 dan ke-18M, Mesir mengalami beberapa konflik politik akibat perebutan kuasa antara pemerintah tempatan.
                Penaklukan Perancis ke atas Mesir 1798 - 1801M meninggalkan kesan mendalam dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan pemikiran rakyat Mesir. Penaklukan ini merupakan peristiwa penting yang mengubah landskap sosiopolitik Mesir. Konsep modenisme dan sekularisme meresap ke dalam pemikiran rakyat.
                Zaman pemerintahan Muhammad Ali Pasha di Mesir. Gerakan memisahkan Mesir dari Turki Uthmaniyyah. Meletus dua siri peperangan Mesir – Turki pada 1832 – 1833M dan 1839 – 1840M. Mesir mencapai kemenangan hasil bantuan Perancis.

1.   Penaklukan British ke atas Mesir pada 1882 – 1918M
        Sebelumnya, berlaku perjanjian memorandum Mesir dengan British pada 1840M melalui Konvensi Alexandria. Perjanjian ini menyebabkan Mesir secara perlahan-lahan terpaksa menerima kehadiran British. Konsesi pembinaan Terusan Suez yang diberikan kepada Perancis pada 1857M menambahkan curiga British terhadap Perancis dan Mesir. Kemerosotan ekonomi mendorong Mesir menjual saham Terusan Suez kepada British. Sejak itu, British mulai mencampuri politik dan ekonomi serta hal ehwal Mesir. British terus melaksanakan misi ketenteraan di Mesir hingga berjaya menguasai Kaherah pada 1882. Bermula penjajahan British di Mesir. Pentadbiran ekonomi yang teruk, sikap tamak pemerintah yang menaikkan cukai sesuaka hati, dasar menjadikan tanah milik negara dan kerahan tenaga menyebabkan rakyat Mesir menderita. Golongan ulama memimpin gerakan rakyat menentang kezaliman kerajaan.

2.   Perjuangan kebebasan Mesir
       Penaklukan Perancis ke atas Mesir mencetuskan beberapa pemberontakan rakyat yang mewujudkan situasi politik yang tidak stabil. Antaranya, pemberontakan pimpinan Syeikh Muhammad Sadat ekoran Majilis Syura Al-Azhar membuat keputusan melancarkan jihad.

3.   Faktor agama merupakan faktor utama kebangkitan menentang Perancis
Muncul Gerakan Islah oleh tokoh-tokoh pemikir Islam seperti Sayyid Jamaluddin Al-Afghani dan Muhammad Abduh. Gerakan Islah ini berhadapan dengan arus sekularisasi Barat. Muncul gerakan dakwah di Mesir seperti al-Ikhwan al-Muslimin yang lebih tersusun.

4.   Gerakan Arabi Pasha 1881 – 1882M
Gerakan menuntut kemerdekaan Mesir. Dikenali sebagai Pemberontakan Urabi. Gerakan ini menjadi tonggak kepada semangat nasionalisme Mesir. Awal perjuangan, gerakan ini adalah sebuah gerakan anti orang asing (Perancis, British dan Turki). Namun, akhirnya gerakan ini menuntut perubahan dalam pentadbiran dan pemerintahan. British menyerang Arabi Pasha kerana ia mengancam kedudukan British di Mesir dan berjaya mengalahkan Arabi Pasha.

5.   Gerakan Islah / Gerakan Pemulihan Islam yang dipelopori oleh Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh
Ciri-ciri utama gerakan ini termasuk gagasan al-Jamiah al-Islamiah (Pan Islamisme) dan perjuangan kemerdekaan. Kesemua idea dan program islah dilaksanakan melalui pelbagai kaedah termasuk melalui proses pengajaran, pidato dan media massa (majalah dan akhbar) serta katya-karya ilmiah. Islah juga dilakukan melalui jawatan-jawatan yang disandang. Kempen-kempen yang dijalankan oleh tokoh-tokoh ini membangkitkan semangat perasaan anti-penjajah.

6.   Revolusi 1919M
Tamatnya Perang Dunia Pertama memperlihatkan semangat nasionalisme rakyat Mesir terus berkobar. Muncul Parti Wafd 1919 pimpinan Saad Zaghlul Pasha yang berjuang menuntut kemerdekaan penuh. Penangkapan Saad Zaghlul membangkitkan revolusi besar menentang British di seluruh Mesir. Akhirnya British terpaksa mengeluarkan Deklarasi Unilateral 1922 yang memberi kemerdekaan separa penuh Mesir. Golongan nasionalis tetap menentang deklarasi ini kerana menuntut kemerdekaan penuh. 1932 Mesir memperoleh kemerdekaan penuh. Kekuasaan British berjaya diruntuhkan sepenuhnya pada 1952M. Mesir menjadi sebuah republik.

7.   Gerakan Islah Ikhwanul Muslimin
Sebahagian senario politik Mesir hasil daripada reaksi rakyat tempatan terhadap penjajahan Barat serta kejatuhan khalifah Uthmaniyyah di Turki. Dipelopori dan ditubuhkan oleh Hassan al-Banna pada 1928. Matlamat awal untuk menggulingkan penguasaan British di Mesir dan menyelamatkan rakyat daripada pengaruh pemikiran Barat. Menerbitkan majalah al-Manar untuk menyampaikan idea perjuangan. Peringkat awal menumpukan kepada isu-isu keagamaan, pendidikan dan khidmat kepada masyarakat. Peringkat seterusnya perjuangan politik dengan menganjurkan protes kepada kerajaan Mesir bagi menentang kezaliman dan idea-idea sekular kerajaan yang boleh melemahkan pengaruh Islam dan meruntuhkan nilai moral tradisional. Perjuangan Ikhwanul Muslimin amat tersusun dan konsisten meskipun ramai ahlinya dipenjara dan dibunuh. Pada 1946 – 1948M, gerakan Ikhwanul Muslimin mengisytiharkan perang terhadap British. Gerakan ini diharamkan oleh kerajaan Mesir atas tuduhan merancang pemberontakan manjatuhkan kerajaan.

Kesimpulan
Penduduk tempatan Mesir berjaya mempertahankan kedaulatan Mesir. Reaksi masyarakat yang disemarakkan oleh penindasan dan penguasaan British akhirnya membawa kepada kemerdekaan Mesir dan pembebasan ekonomi daripada eksploitasi British.




HURAIKAN PENGARUH BAHASA DAN KESUSASTERAAN DALAM GERAKAN NASIONALISME DI MESIR PADA ABAD KE-20M.

Gerakan nasionalisme di Mesir mencapai kemuncaknya ketika dijajah oleh Perancis dan diikuti oleh British.  Punca kebangkitan gerakan nasionalisme disebabkan ancaman atau penguasaan terhadap ekonomi dan politik oleh kuasa-kuasa Barat tersebut.
                Terdapat beberapa faktor yang membawa kemunculan gerakan nasionalisme di Mesir. Antaranya pengaruh bahasa dan kesusasteraan yang dikaitkan dengan kemunculan penulis yang menghasilkan karya tertentu bagi mengkritik pihak penjajah.

Isi
Kebangkitan gerakan nasionalisme di Mesir dikaitkan dengan perkembangan institusi pendidikan yang melahirkan ramai penulis seperti Taha Husayn dan Najib al-Kilani.
Penulis-penulis tersebut menghasilkan karya berbentuk novel, cerpen, esei dan artikel bertujuan untuk memupuk semangat kebangsaan dalam kalangan penduduk Mesir khususnya pada abad ke-20.
Taha Husayn telah menghasilkan karya-karya yang pelbagai bentuk meliputi bidang pengajian Arab, kebudayaan, kesusasteraan Islam, dan fiksyen. Karya-karya beliau memuatkan kritikan tentang masalah kemiskinan dan kejahilan. Antaranya Wednesday Talk, A Man of Letters dan An Egyptian Childhood. Karya-karya yang berbaur politik tersebut ditujukan kepada imperialis khasnya British.
Bagi meningkatkan taraf hidup penduduk, beliau menyarankan agar pendidikan percuma diperkenalkan. Hal ini kerana pendidikan mampu melahirkan golongan cerdik pandai yang mampu mengubah masyarakat di Mesir.
Najib al-Kilani pula merupakan seorang penulis yang aktif menulis dalam pelbagai genre. Beliau menulis novel, buku, cerpen dan karya berbentuk kritikan. Umpamanya, pembelaan terhadap kaum yang lemah dan teraniaya serta menentang kezaliman dan kebatilan. Beliau juga berusaha menonjolkan peranan golongan ulama dan ilmuwan dalam karya-karyanya.
Antara karya yang dihasilkan oleh Najib al-Kilani ialah al-Tariq al-Tawil, Dumu’ al-Amir, ‘Umar Yazhar fi al-Quds, al-Islamiyyah wa al-Mazahib al-Adabiyyah dan ‘Ala Aswar Dimashq.
Idea-ideanya yang membangkitkan semangat nasionalisme telah menyebabkan beliau beberapa kali diseret ke penjara. Namun, tindakan itu bukan halangan baginya untuk menghasilkan karya.
Kehebatan karya yang dihasilkan oleh Najib al-Kilani terserlah apabila buku-buku tulisan beliau diterjemahkan dalam pelbagai bahasa seperti Indonesia, Inggeris, Jerman, Perancis dan Urdu yang pastinya akan membawa kepada penularan idea-ideanya ke seluruh ceruk rantau.

Kesimpulan
Kemunculan penulisan berbentuk kreatif dan ilmiah yang dicetuskan oleh penulis-penulis seperti Taha Husayn dan Najib al-Kilani sesungguhnya menjadi inspirasi kepada kebangkitan golongan nasionalis di Mesir.
Kaedah tersebut merupakan suatu cara “lembut” yang digunakan oleh barisan pejuang nasionalis bagi menentang British dan sekutu-sekutunya dengan harapan kemerdekaan akan diperoleh kelak.


BINCANGKAN ISU AGAMA BOLEH MEMBAWA KEPADA GERAKAN NASIONALISME DI SYRIA PADA ABAD KE-20M.
Kejatuhan empayar Turki Uthmaniyyah selepas tamatnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1918 menyaksikan pengambilalihan negara-negara Arab yang dinaungi oleh Turki Uthmaniyyah kepada kuasa Barat. Bagi Syria, Perancis telah diberi mandat untuk menjaga hal ehwal negara dan menjajah selama tujuh tahun. Perancis telah menganjurkan pilihan raya di Syria yang dimenangi oleh Parti Blok Nasional pada tahun 1927. Namun, kemerdekaan yang dinikmati ini bukanlah kemerdekaan penuh. Hal ini menyebabkan pemikir Islam yang dipengaruhi oleh faktor keagamaan mula timbul kesedaran golongan nasionalis serta dipengaruhi oleh faktor-faktor lain yang telah membawa kepada gerakan nasionalisme di Syria pada abad ke-20.
                Pengaruh agama telah membawa kepada keinginan untuk menyatukan kesemua negara dan bangsa Arab sehingga mewujudkan penggerak-penggerak nasionalis di Syria. Hal ini disebabkan oleh kedudukan Palestin yang bersempadan di bahagian Barat Daya Syria hingga menyebabkan penduduk Syria sangat mengambil berat perihal saudara Islam mereka di Palestin. Ditambah pula dengan gerakan Yahudi yang ingin menempatkan penduduk mereka di kawasan orang Palestin berikutan pemerintahan Turki yang dikuasai oleh golongan Turki Muda telah dipengaruhi oleh pertubuhan al-Ittihad wa al-Taraqqi yang didalangi oleh orang Yahudi. Situasi ini telah menyemarakkan lagi semangat penduduk tempatan di Syria menentang penjajah sehingga tertubuhnya Jama’iyyah al-Tamaddun al-Islami yang bertujuan menyebarkan pengetahuan Islam kepada masyarakat Syria. Gerakan ini juga kemudiannya mengasaskan al-Rubitah al-Ikhwaniyyah li Mus’adah Fuqara al-Tullab dan membantu serta memberi sokongan kepada Intifadah Palestin pada tahun 1936.
                Selain daripada pengaruh agama, gerakan nasionalisme di Syria juga dicetuskan oleh peranan bahasa dan kesusasteraan. Pengaruh ini adalah disebabkan oleh dasar Perancis yang cuba menonjolkan bahawa mereka merupakan kuasa yang memperjuangkan hak dan kepentingan golongan minoriti. Oleh itu, Perancis telah memperjuangkan bahasa golongan minoriti melalui pengamalan pemerintahan dasar pecah dan perintah di Syria. Kesannya, golongan minoriti ini telah memperjuangkan bahasa Arab agar diiktiraf oleh bangsa Kurdi yang menginginkan bahasa mereka diiktiraf sebagai bahasa rasmi di kawasan yang didiami oleh puak Kurdi. Perkara yang sama turut berlaku di Alexandretta apabila penduduk kawasan tersebut yang majoritinya berbangsa Turki dan diberi pengecualian untuk menggunakan bahasa Turki.
                Pengaruh kewartawanan juga mempengaruhi gerakan nasionalisme di Syria. Penerbitan majalah Al-Manar yang dipelopori oleh Rashid Rida secara bulanan yang banyak membahaskan idealisme pembaharuan dan tajdid di Kaherah. Majalah ini juga mengungkapkan tradisi pemikiran yang segar berasaskan idea-idea pembaharuan yang dipelopori oleh Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh dalam al-‘Urwa al-Wuthqa. Fokusnya ke arah pembaharuan dan dakwah Islamiah serta menggerakkan perbincangan tentang dakwah, idealisme dan islah, serta meneropong pemikiran baharu berkait dengan falsafah agama dan budaya.
                Perkembangan pendidikan juga membawa gerakan nasionalisme di Syria. Misalnya penubuhan sebuah akademi bagi mengumpulkan ahli linguistik dari seluruh pelusuk Tanah Arab untuk bertemu dan bertukar-tukar fikiran. Tumpuan diberikan kepada penyesuaian bahasa masing-masing dengan keadaan masyarakat Arab yang mengamalkan pelbagai budaya. Walaupun secara politiknya mereka berbeza, namun mereka bersatu di bawah satu perkara, iaitu bahasa Arab. Di Damsyik dan Beirut pula, beberapa buah universiti yang dibina pula telah menjadi medan perdebatan golongan terpelajar tempatan.
                Seterusnya, penubuhan sekolah missionary juga membawa kepada gerakan nasionalisme di Syria. Penubuhan ini adalah berikutan dari kemelesetan yayasan Islam khususnya dalam bidang pendidikan dan undang-undang seperti pertubuhan al-Jamiyyah al-Gharra’ yang diasaskan pada awal tahun 20-an. Penubuhannya adalah kesan daripada perasaan tidak puas hati terhadap sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh Perancis. Mereka telah mengasaskan sekolah-sekolah agama. Sekolah-sekolah tersebut berada di bawah naungan Muhammad Hasyim al-Khatib al-Husayni. Al-Jam’yyah al-Gharra’ mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan sosial dan politik masyarakat tempatan.
                Kemunculan golongan intelektual seperti Rasyid Rida juga turut menggerakkan gerakan nasionalisme di Syria. Rasyid Rida telah mengkaji kelemahan masyarakat Islam ketika itu dan membuat perbandingan dengan masyarakat kolonial Barat. Rasyid Rida berpendapat bahawa kelemahan ini dapat diatasi apabila masyarakat Islam kembali kepada prinsip-prinsip dasar Islam dan melakukan ijtihad dalam menghadapi kehidupan moden. Oleh itu, penulisan Rasyid Rida telah banyak menyumbang kepada gerakan nasionalisme dalam kalangan umat Islam ketika itu termasuk di Syria.
                Pengaruh luar juga turut menyumbang kepada gerakan nasionalisme di Syria. Pada awal
Pada awal abad ke-20, Syria yang masih di bawah pemerintahan empayar Turki Uthmaniyyah telah dipengaruhi oleh dasar Pan-Islamisme. Dasar ini telah menyemarakkan semangat penduduk tempatan menangkis ancaman pihak Barat. Misalnya, penulisan Shakib Arselan yang menyeru penduduk Syria supaya bersatu di bawah kerajaan Turki Uthmaniyyah serta menolak konspirasi Barat yang mahu penduduk Syria menentang penguasaan kerajaan Turki Uthmaniyyah.
                Kesimpulannya, beberapa faktor telah menyumbang kepada perkembangan kemunculan semangat nasionalisme masyarakat tempatan di Syria pada abad ke-20. Ketidakpuasan hati penduduk Syria telah membawa kepada kebangkitan pertubuhan-pertubuhan Islam yang menyumbang kepada gerakan mencapai kemerdekaan.


HURAIKAN PERANAN RASHID RIDA DALAM GERAKAN NASIONALISME DI SYRIA.
Gerakan pembaharuan Mesir turut didokong oleh Muhammad Rashid Rida (1865-1935M), seorang revivalis dan reformis Islam. Nama sebenarnya Muhammad Rashid bin ‘Ali bin Muhammad Shams al-Din bin Muhammad Baha’ al-Din bin Munla Khalifa. Dilahirkan pada 23 Sept 1865M di Qalamun, Tripoli, Lubnan. Semasa berusia 18 tahun, beliau melanjutkan pengajian di Madrasahal-Wataniyyah al-Islamiyyah yang didirikan oleh Shaykh Husayn al-Jisr. Di sini, beliau mempelajari mantik, falsafah dan ilmu agama yang lain. Orang yang bertanggungjawab menanam semangat ilmiah dan idea pembaharuan ialah Shaykh Husin al-Jisr. Di sini Rida mempelajari ilmu alam, bahasa Turki dan Perancis serta mempalajari karya-karya Imam al-Ghazali dan Ibn Taymiyyah.
                Rida juga sering mengikuti perkembangan majalah al-Urwahal-Wuthqa menyebabkan belian mengenali gagasan pemikiran dua orang tokoh yang amat dikaguminya iaitu Muhammad Abduh dan al-Afghani. Hasrat Rida untuk bertemu dengan al-Afghani tidak berhasil kerana al-Afghani meninggal dunia manakala beliau sempat menemui Muhammad Abduh ketika tokoh itu dalam buangan di Beirut. Rida meninggal dunia pada tahun 1935M ketika dalam perjalanan pulang ke Suez, Mesir setelah mengiringi Putera Su’ud al-Fasyal apabila mengalami kemalangan dan beliau mengalami gegaran otak yang membawa kepada kematiannya.
Rida seorang yang sangat prolifik dan berpengaruh dengan reformasi Islam, Pan Arabisme dan nasionalisme Arab. Kajiannya terhadap penulisan Imam al-Ghazali dan Ibn Taymiyyah memberikannya inspirasi mengenai kepentingan memperbaiki kemunduran umat Islam dan memurnikan ajaran Islam dalam kalangan umatnya. Sebagai seorang yang inginkan reformasi, beliau meyakini bahawa kemunduran umat Islam adalah kesan kebekuan ulamanya dan kezaliman para pemimpin.
                Rida juga sering menyeru umat Islam mengambil iktibar peradaban dan mengambil aspek-aspek positif seperti ilmu pengetahuan dan teknologi. Selain itu, Rida juga menekankan pendidikan dakwah dan bimbingan dengan mengintegrasikan pendidikan moden dan pendidikan agama melalui penubuhan Madrasah al-Da’wah al-Irshad pada 1912M di Kaherah. Selain bidang pendidikan, Rida juga aktif dalam dunia politik dengan memegang jawatan Presiden Kongres Syria pada tahun 1920M, di samping sebagai wakil delegasi Palestin-Syria ke Geneva pada tahun 1921M.
                Rida turut menghadiri Persidangan Islam di Makkah pada tahun 1926M dan di Jurusalem pada tahun 1931M. Penjajahan kuasa Barat adalah akibat daripada kelemahan umat Islam yang gagal menguasai ilmu pengetahuan, menyusun organisasi politik dan membatasi kekerasan pemerintahan. Penyelesaian kepada segala kekusutan di atas adalah dengan cara menekankan aspek pendidikan yang menjadi prasyarat kepada pembaharuan dan kemerdekaan.
Kesimpulan
Rashid Rida adalah seorang penulis yang prolifik dan berpengaruh dengan reformasi Islam, Pan Arabisme serta nasionalisme Arab. Beliau juga menekankan pendidikan dakwah dan bimbingan dengan menserasikan pendidikan moden dan pendidikan agama di samping aktif dalam politik.


NILAIKAN FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN GERAKAN NASIONALISME DI SYRIA PADA ABAD KE-20.

Selepas Perang Dunia Pertama berakhir, kuasa imperialis mula mengambil alih  tanah jajahan milik kerajaan Uthmaniyyah. Perancis yang menguasai Syria kemudiannya bertindak menjajah negara berkenaan selama tujuh tahun.
Meskipun pilihan raya telah diadakan pada tahun 1927, namun Syria mashi tertakluk di bawah naungan dan cengkaman Perancis. Parti yang memenangi pilihan raya, iaitu Parti Blok Nasional seolah-olah hanya menjadi boneka Perancis.

Isi
Dari faktor agama, kemunculan gerakan nasionalisme di Syria pada abad ke-20 dikaitkan dengan tindakan Yahudi yang menceroboh negara jirannya, iaitu Palestin. Keadaan ini menyedarkan masyarakat Syria tentang perlunya panyatuan dalam kalangan mereka bagi mengatasi ancaman proksi Barat.
Faktor kewartawanan pula dikaitkan dengan pengaruh majalah al-Manar yang diterbitkan di Mesir oleh anak watan Syria, iaitu Rashid Rida. Majalah ini membincangkan isu tentang kelemahan umat Islam, pengaruh sekularisme dan nasionalisme serta cara menangani isu sosila dan peradaban. Al-Manar juga menerapkan idea-idea yang dapat membuka minda masyarakat di Syria dengan menerangkan tentang dasar Pan-Islamisme, modenisme, nasionalisme, mempelopori pertukaran idea, menjelaskan hubungan antara falsafah, agama dan budaya serta menangani isu sosial serta peradaban.
Dari aspek pendidikan dan intelektualan, penubuhan akademi bahasa membolehkan cerdik pandai berkumpul dan bertukar-tukar fikiran. Hal ini selarasa dengan tujuan penubuhan akademi tersebut, iaitu untuk menyatukan bangsa Arab. Abu Khaldun Sati al-Husri menyokong penubuhan negara Arab yang merdeka di Syria. Penubuhan beberapa universiti telah menjadi asas kepada kelahiran golongan cerdik pandai yang lantang bersuara dan mengkritik penjajah.
Peranan tokoh intelektual Syria, iaitu Rashid Rida yang banyak melontarkan idea nasional serta menggesa umat Islam melakukan perubahan dan melakukan ijtihad dalam menghadapi kehidupan moden turut mempengaruhi semangat nasionalisme di negara tersebut.
Faktor pengaruh luar yang memberi kesan kepada kebangkitan semangat nasionalisme ialah pengaruh gerakan nasionalisme di Mesir. Tempias perubahan yang berlaku di Mesir menyedarkan masyarakat Islam di Mesir. Begitu juga pengaruh penulisan Shakib Arselan yang menggesa penduduk Syria agar bersatu di bawah kerajaan Uthmaniyyah dan bangun menentang British semasa Perang Dunia Pertama serta menolak konspirasi Barat untuk menjatuhkan kerajaan tersebut.

Kesimpulan
Kebangkitan nasionalisme di Syria berpunca daripada amalan kerajaan Perancis, di samping timbulnya kesedaran bahawa perlunya penyatuan dalam pelbagai aspek demi membebaskan diri daripada cengkaman panjajahan Barat.


PERMASALAHAN DALAMAN TELAH MEMBAWA KEPADA KEJATUHAN KERAJAAN TURKI UTHMANIYYAH PADA ABAD KE-20M. BINCANGKAN.
Kerajaan Khalifah Uthmaniyyah diasaskan oleh Uthman I pada tahun 1299. Wilayah ini mula berkembang melalui penaklukan Constatinople oleh Muhammad Al-Fatih pada tahun 1453 dan terus gemilang smeasa pemerintahan Sulaiman al-Qanuni. Namun, selepas kemangkatan Sulaiman al-Qanuni pada tahun 1566, kerajaan Turki Uthmaniyyah telah mengalami kemerosotan. Permasalah dalaman adalah antara faktor yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah pada abad ke-20.
Terdapat faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Permasalah dalaman utama yang berlaku sehingga menyumbang kepada kajatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah pada abad ke-20 adalah kelemahan kepimpinan. Kelemahan ini mulai ketara pada abad ke-17, apabila sulta-sultan yang menaiki takhta mempunyai keperibadian yang lemah dan hanya mementingkan kemewahan dan tunduk kepada hawa nafsu. Antaranya, Sultan Murad III yang dikuasai oleh nafsu sepanjang pemerintahannya hingga mempunyai 118 orang anak. Sultan Ibrahim pula membunuh 100,000 orang dan menyaksikan sendiri pembunuhan 25,000 orang daripadanya.
Seterusnya, masalah dalaman dapat dilihat melalui perebutan kuasa yang berlaku. Perebutan kuasa bukan sahaja berlaku antara sultan-sultan, malahan juga berlaku dalam kalangan pembesar. Hal ini membawa kepada pemimpin yang silih berganti dan menyebabkan kerajaan dikuasai oleh anggota-anggota harem atau kelompak tertentu dalam istana. Misalnya, pemerintahan Ibrahim dipengaruhi oleh bonda dan tiga orang isterinya yang masuk campur dalam pemerintahan untuk menyingkirkan Wazir Agung Kara Mustafa.
Ditambah pula dengan kelemahan pentadbiran dalam kerajaan Utmaniyyah. Kerajaan Uthmaniyyah telah memperkenalkan pentadbiran ala Barat yang bertunjangkan sistem demokrasi. Oleh itu, kementerian tertentu telah ditubuhkan seperti Kementerian Pelajaran (1857), Polis (1870) dan Majlis Tanzimat yang berperanan menasihati sultan. Tetapi pada hakikatnya sultan hanya mengikut telunjuk golongan Pasha dan tanpa sebarang kuasa dalam menentukan dasar negara. Selain itu, kuasa-kuasa Gabenor Wilayah juga turut dikurangkan.
Pengenalan undang-undang Barat juga menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah. Pengenalan undang-undang Barat ini telah mengenepikan undang-undang Islam yang diguna pakai selama ini. Seterusnya pada tahun 1869, Menteri Kehakiman Uthmaniyyah telah menubuhkan mahkamah sekular yang mengehadkan bidang kuasa mahkamah Syariah. Ini merupakan petanda masyarakat lebih memandang dunia dan mengenepikan undang-undang Islam yang mendorong kejatuhan kerajaan Islam tersebut.
Permasalahan dalaman bukan sahaja dari sudut poiltik, malahan juga dapat dilihat dari segi ekonomi. Permasalahan ekonomi ini bermula apabila tanzimat atau pemulihan semula ekonomi di Turki telah menyebabkan kerajaan Uthmaniyyah mengalami hutang yang kronik. Misalnya semasa pemerintahan Sultan Mahmud (1808-1839), baginda amat mengagumi kemajuan Eropah. Oleh itu, baginda melaksanakan projek jaringan kereta api “Orient Railway” dan pembinaan Istana Dolmabahce yang megah menggantikan Istana Topkapi. Akibatnya, hutang semakin bertambah dan kadar bunga meningkat sehingga hampir bangkrap. Sultan Abd al-Aziz pula membuat pinjaman besar dari Eropah sehingga membawa kepada hampir muflis pada tahun 1875. Pada tahun 1876, Sultan Abdul Hamid II menaiki takhta dan hutang yang ditanggung oleh kerajaan melebihi 200 juta paun sterling.
Selain daripada permasalah dalaman, faktor luar juga menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah. Kebangkitan kuasa Eropah dalam bidang pendidkan telah mendorong perluasan kuasa atau imperialisme Barat berlaku. Hal ini berlaku apabila gerakan-gerakan renaisans telah melahirkan perubahan-perubahan yang besar dalam sejarah dunia, sedangkan dalam masa yang sama berlaku kemunduran dalam kerajaan Islam. Situasi ini telah melumpuhkan kerajaan Uthmaniyyah dalam persaingan dengan kuasa-kuasa Eropah.
Selain itu, peperangan yang berlaku antara kerajaan Uthmaniyyah dengan kuasa Eropah diakhiri dengan kekalahan. Misalnya, peperangan dengan Austria sekitar tahun 1682-1689 yang menyebabkan kerugian yang besar bagi Uthmaniyyah. Seterusnya, apabila berlaku penyatuan bangsa Eropah untuk menentang Turki telah menyebabkan bangsa Eropah berjaya menawan Hungary, Kota Budapest, wilayah Transilvania dan beberapa wilayah Turki Uthmaniyyah yang jelas memperlihatkan kelemahan pertahanan Turki Uthmaniyyah.
Akhir sekali, persaingan antara kuasa-kuasa Barat juga turut menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah. Kuasa-kuasa Barat seperti Britain, Perancis, Rusia, Jerman dan Austria-Hungary bersaing untuk menguasai wilayah-wilayah Turki Uthmaniyyah. Persaingan ini adalah untuk mendapatkan kawasan dan keuntungan daripada wilayah-wilayah yang dikuasai mereka. Selain itu, keluasan wilayah akan meningkatkan sanjungan dan melambangkan kekuatan serta kekayaan kuasa Barat tersebut. Buktinya pada tahun 1830, Perancis bertindak menawan Algeria diikuti Tunisia pada tahun 1881. Rusia pula berperang dengan Kerajaan Turki Uthmaniyyah pada tahun 1877-1878 yang berpunca daripada keazaman Rusia untuk mendapatkan semula wilayah-wilayahnya yag terlepas dalam Perang Crimea (1854-1856). Rusia berjaya dalam peperangan ini. Britain pula memerlukan Cyprus, mengorak langkah dengan menguasai Mesir, Teluk arab dan membuat perjanjian dengan Syeikh Mubarak al-Sabah pada tahu 1899.
Kesimpulannya, permasalah dalaman dan faktor-faktor lain telah menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah. Akhirnya Kerajaan Uthmaniyyah rebah di tangan pemimpin sekular Turki Muda, Mustafa Kamal Ataturk.


BINCANGKAN KESAN-KESAN PERANG DUNIA PERTAMA TERHADAP KERAJAAN UTHMANIYYAH.

Kesan Politik
                Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat kerana kehilangan wilayah-wilayahnya yang luas, termasuklah Palestin. British dan Perancis mula menjalankan dasar kolonisasi di tanah-tanah jajahannya. Dari situ munculnya negara bangsa apabila sempadan-sempadan telah digariskan dengan memisahkan penduduk mengikut negara masing-masing walaupun mereka satu agama.
                Pada tahun 1918, tentera Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniyyah, iaitu Istanbul. Ekoran Genjatan Senjata Mudros pada 30 Oktober 1918, Tentera Bersekutu selaku pemenang memecahkan negara Uthmaniyyah melalui Perjanjian Sevres 1920. Pendudukan Constantinople dan Smyma oleh Tentera Bersekutu selepas Perang Dunia Pertama mencetuskan penubuhan Gerakan Kebangsaan Turki.
                Di bawah kepimpinan Mustama Kamal Pasha/Ataturk (seorang komander tentera yang tersohor ketika pertempuran Gallipoli), Perang Kemerdekaan Turki dilancarkan bertujuan menarik balik terma-terma Perjanjian Serves.
                Pada 1 November, parlimen yang baharu ditubuhkan dan secara rasminya membubarkan sistem kesultanan, mula mengakhiri era kesultanan selama 623 tahun di bawah pemerintahan Uthmaniyyah. Perjanjian Lousanne pada 24 Julai 1923 membawa kepada pengiktirafan antarabangsa terhadap ‘Republik Turki’ yang baru dibentuk sebagai negara pewaris empayar Uthmaniyyah.
                Persidangan Lousanne menggariskan beberapa tuntutan seperti, sistem khalifah ditamatkan, khalifah dibuang negeri, harta khalifah dirampas dan kerajaan Turki baharu akan ditubuhkan atas dasar sekular. Perjanjian tersebut menjanjikan kemerdekaan negara Turki. Republik Turki diisytiharkan secara rasmi pada 29 Oktober 1923, di ibu negara baharu iaitu Ankara.
                Dalang utama kepada perubahan ini ialah Mustafa Kamal Ataturk. Beliau mengeluarkan ugutan ke atas kabinet Turki ketika itu, lalu merombak parlimen sedia ada yang tidak setuju dengan resolusi persidangan tersebut. Parlimen kedua yang ditubuhkan juga tidak bersetuju dengan resolusi persidangan tersebut. Akhirnya, Mustafa Kamal Ataturk mengadakan konspirasi politik iaitu merampas tampuk pemerintahan.
                Pada 3 Mac 1924, sistem pemerintahan Khilafah secara rasminya ditamatkan. Khalifah terakhir, Khalifah Abdul Mejid II diusir keluar dan dibuang negeri.  Mustafa Kamal Ataturk telah mengambil alih takhta. Maka bermulalah proses menjadikan Turki sebagai negara sekular. Mustafa Kamal Ataturk menjadi Presiden Turki yang terus memperkenalkan banyak (?), jauh berbeza dengan tinggalan zaman silam Uthmaniyyah.
                Mengikut Undang-Undang Nama Keluarga, parlimen Turki memberikan Mustafa Kamal nama keluarga kehormat “Ataturk” (Bapa Turki) pada tahun 1934. Sejurus dihapuskan sistem pemerintahan khilafah, beberapa perubahan drastik diumumkan oleh kerajaan baharu sejajar dengan prinsip memisahkan agama daripada politik.
                Kementerian Wakaf dihapuskan dan asetnya dibekukan, jawatan Syeikhul Islam dimansuhkan dan pentadbiran sekolah agama dipindahkan ke Jabatan Pendidikan Sivil yang bertanggungjawab terhadap pendidikan umum. Mahkamah Syariah dihapuskan dan bidang kuasanya dipindahkan ke Mahkamah Sivil. Penulisan dengan huruf Arab juga diubah kepada huruf Latin. Pada tahun 1934, wanita Turki diberikan hak mengundi dan menjadi calon untuk Majlis Perwakilan. Gelaran Arab dihapuskan dan rakyat diwajibkan menggunakan gelaran keluarga mengikut budaya Barat. Cuti rasmi mingguan adalah pada hari Ahad menggantikan hari Jumaat. Rakyat dikehendaki memakai topi dan pakaian Eropah.

Kesan Ekonomi
                Dari segi ekonomi, negara-negara Islam turut mendapat kesan akibat daripada kejatuhan empayar Turki Uthmaniyyah. Kemerosotan ekonomi Turki akibat perang disebabkan negara tersebut membuat perbelanjaan yang besar untuk membiayai peperangan. Hal ini juga menyebabkan negara Islam yang dahulunya di bawah pengaruh Turki seperti Timur Tengah dan Afrika Utara mengalami kemerosotan ekonomi.
                Selepas tamat Perang Dunia Pertama, ekonomi negara Islam semakin teruk terjejas kerana dengan persetujuan Sykes-Picot 1916, wilayah Turki Uthmaniyyah telah dibahagikan kepada Perancis, Inggeris, Rusia dan Itali. Akibat penguasaan kuasa-kuasa Eropah, ekonomi negara Islam dibahagikan terjejas. Perdagangan negara Islam semakin merosot kerana masyarakat Eropah telah menguasai Eropah telah menguasai perdagangan di Laut Hindi, Laut Mediterenean, Terusan Suez dan jalan perdagangan yang lain. Situasi ini telah menyebabkan Eropah semakin menguasai ekonomi negara Islam. Contohnya, Perancis dan Inggeris telah mengawal syarikat Terusan Suez.
Kesan Sosial
                Dari segi sosial, kesan yang paling ketara menimpa negara Islam ekoran kejatuhan Turki Uthmaniyyah ialah kemerosotan akhlak dan moral. Pemodenan Turki telah menjadi ikutan negara Islam yang lain. Situasi ini telah menyebabkan keruntuhan akhlak masyarakat di negara-negara Islam. Kejatuhan Turki Uthmaniyyah telah memberikan kesan terhadap negara Islam dan rakyatnya yang membawa kepada perpecahan umat Islam.
Kesimpulan
                Perang Dunia Pertama telah mengakibatkan kemusnahan besar kepada negara-negara yang terlibat. Ekoran kekalahan Uthmaniyyah, hampir semua wilayah takluknya di Eropah ditawan dan dibahagikan antara negara gabungan Balkan. Kerajaan Turki menerima tamparan hebat kerana kehilangan wilayah-wilayahnya yang luas, termasuklah Palestin. Ekonomi negara Islam yang dibahagikan telah terjejas dan keruntuhan akhlak dan moral berlaku.


BINCANGKAN SEMANGAT NASIONALISME SEBAGAI SALAH SATU FAKTOR TERPENTING DALAM PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA.
                Nasionalisme bermaksud perasaan cinta dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada tanah air dan ingin membebaskan negara dan bangsa daripada penguasaan dan cengkaman kuasa asing.
                Nasionalisme juga ada kaitan dengan “negara” dan “bangsa”. Nasionalisme pada umumnya bertujuan mewujudkan kebebasan individu dan negara daripada cengkaman dan kongkongan pemerintah dan kuasa asing. Intipati utama nasionalisme adalah mewujudkan kebebasan dan maruah seseorang serta membentuk nasib dan masa depan sesebuah negara dan bangsa.
Isi
                Semangat nasionalisme (kesedaran kebangsaan) ialah sifat utama kemunculan negara bangsa.
                Pada zaman kemunculan negara bangsa, contohnya, seseorang yang dilahirkan di Perancis berfikir sebagai seorang Perancis dan bukan seorang British, Portugis dan sebagainya.
                Kuasa kedaulatan dipegang oleh raja dalam satu unit politik yang besar dan kuat dan kuasa ini tidak lagi dikongsi dengan entiti lain yang lebih rendah.
                Hal ini menyebabkan penyingkiran hak-hak warisan dan kuasa golongan berkuasa yang lebih rendah seperti golongan bangsawan, autonomi tempatan atau wilayah.
                Keistimewaan tradisi dan kuasa politik gereja Katolik Rom dimansuhkan. Sistem feudal dan Vassal ditamatkan.
                Kebangkitan nasionalisme telah mengancam empayar Austria, Rusia dan Turki yang mempunyai penduduk berbilang bangsa. Para nasionalis menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan bahasa untuk membentuk negara bangsa masing-masing.
                Penyatuan dan pembentukan negara bangsa merupakan matlamat akhir para nasionalis.
                Perang Dunia Pertama yang tercetus pada tahun 1914 hingga tahun 1918 berakhir dengan kekalahan Jerman dan sekutunya.
                Ekoran itu, empayar Austria-Hungary dan Turki yang mengalami kekalahan telah dibahagi-bahagikan.
                Keadaan ini menyebabkan pelbagai golongan etnik dan bangsa tersebut beroleh kemerdekaan. Dengan itu, muncullah negara bangsa yang baharu. Tujuh negara bangsa baharu yang muncul di Eropah ialah Czechoslovakia, Estonia, Finland, Latvia, Lithuania, Poland dan Yugoslavia. Yugoslavia terdiri daripada Serbia, Slovenia, Montenegro, Croatia dan Bosnia-Herzegovina.

Kesimpulan
                Semangat nasionalisme yang tercetus di Eropah sejak kurun ke-17 telah membawa kepada pembentukan negara bangsa Itali, Perancis, Sepanyol dan England.
                Sentimen semangat nasionalisme merebak ke negara-negara Islam dan mencatus perubahan di rantau dunia Islam antaranya menyumbang kepada kejatuhan sistem Sistem Khilafah.



PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA TURKI BERPUNCA DARIPADA KELEMAHAN KERAJAAN TURKI UTHMANIYYAH. BINCANGKAN.
                Kekalahan demi kekalahan yang dialami dalam peperangan dengan kuasa-kuasa Barat telah menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniyyah memeterai beberapa perjanjian yang membawa penyerahan wilayah tertentu kepada kuasa-kuasa Barat khususnya Rusia dan Britain, Poland dan Habsburg serta Perancis.
                Impak daripada peristiwa atau penyerahan kawasan ini menggambarkan dengan jelas akan kelemahan kerajaan Turki Uthmaniyyah sehingga menimbulkan kesedaran dalam kalangan rakyat Turki bagi membentuk imej Turki baharu.

Isi
                Kelemahan kerajaan Turki Uthmaniyyah dirasai sendiri oleh pemerintahnya, Sultan Abd al-Hamid II yang menyebabkan baginda melancarkan program pembaharuan yang dikenali sebagai Tanzimat, dengan menekankan pemodenan dan pembaratan dalam pemerintahan negara, bukan sahaja dalam aspek pentadbiran, malah merangkumi aspek perundangan dan kehakiman, ekonomi, pendidikan, ketenteraan dan sebagainya. Walaupun pada masa yang sama dilancarkan konsep Pan-Islamisme yang diketuai oleh Sultan Turki Uthmaniyyah, ia tidak cukup kuat untuk menangani arus pemikiran moden yang dipengaruhi oleh fahaman sekularisme. Tekanan yang cukup kuat daripada pihak Barat menyebabkan Sultan Abd al-Hamid II ini menguatkan usaha pembentukan negara bangsa mengikut apa yang dicita-citakan walaupun jelas tidak disenangi oleh golongan berfikiran sekularisme.
                Pembentukan negara bangsa Turki ialah golongan Turki Muda. Golongan radikal ini menentang pemerintahan Sultan Abd al-Hamid II dengan alasan Tanzimat yang dilancarkan adalah gagal. Golongan ini terdiri daripada golongan pelajar yang telah melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pada tahun 1908, Rejim Turki Muda telah mengisytiharkan pemberontakan terhadap sultan. Mereka banyak dipengaruhi oleh Revolusi Perancis 1789. Rejim Turki Muda ini menekankan dasar Turkifikasi sebagai reaksi kepada penentangan golongan bukan Islam dari kawasan Balkan. Mereka memainkan peranan penting dalam menganjurkan nasionalisme di Turki demi merealisasikan impian bangsa Turaniah.
                Kemuculan Mustafa Kamal yang berfikiran nasionalis mengisytiharkan perjuangannya bagi kononnya membebaskan bumi Islam, rakyat Muslim dan sultan/khalifah daripada cengkaman kafir telah berjaya menarik sokongan masyarakat tempatan kecuali yang dikatakan bersifat ortodoks. Beliau berjaya menubuhkan kerajaan kebangsaan yang merdeka di Ankara. Sokongan terhadap Mustafa Kamal kian ketara apabila barisan pejuang mengadakan persidangan Islam sejagat di Sivas gambaran seolah-olah perjuangan golongan nasionalis merupakan suatu tuntutan jihad yang perlu mendapat sokongan padu.
                Namun, apabila kedudukannya telah terjamin, Mustafa Kamal akhirnya menunjukkan wajahnya yang sebenar dengan bertindak menghapuskan Kesultanan Turki Uthmaniyyah. Pada tahun 1923, kerajaan Turki telah diisytiharkan sebagai negara republik dengan dirinya sendiri dilantik sebagai Presiden sekali gus menggambarkan terbentuknya negara bangsa iaitu Turki Moden.
Kesimpulan
                Tidak dinafikan pembentukan negara bangsa baharu di Turki berpunca daripada kelemahan kerajaan Turki Uthmaniyyah sendiri. Kegagalan menangani ancaman dan serangan pihak Barat bukan sahaja dalam bentuk fizikal malah mempengaruhi pemikiran benar-benar telah menggoyahkan kerajaan ini sehinggalah dihapuskan kerajaan berkhilafah oleh tokoh tempatan yang mempunyai pemikiran sekularisme.


JELASKAN SUMBANGAN MUHAMMAD ALI PASHA DALAM MEMODENKAN MESIR.
                Muhammad Ali Pasha dilahirkan pada bulan Januari 1765 di Kavala, Albania berhampiran pantai Macedonia. Beliau merupakan individu yang bertanggungjawab mengasaskan pemerintahan di Mesir. Sejak kecil, beliau memiliki ketrampilan dan kecerdasan yang luar biasa. Sepanjang hidupnya, banyak usaha dicurahkan untuk memajukan umat Islam yang telah jauh ketinggalan berbanding dengan masyarakat Barat. Setelah penjajahan British berakhir di Mesir pada tahun 1801, Muhammad Ali Pasha telah memainkan peranan penting dalam politik.
                Pada tahun 1805, beliau telah diakui oleh Sultan Salim III sebagai Wizurai Uthmaniyyah di Mesir dan diberikan gelaran “Pasha” setelah berjaya melenyapkan pengaruh golongan Mamluk.

(a) Perubahan dalam bidang pentadbiran
                Bagi memastikan sistem pentadbiran berkesan, beliau melaksanakan dasar pecah dan perintah dengan mengenepikan golongan ulama dalam urusan pentadbiran.
                Ulama yang dianggap mengancam kedudukannya seperti Umar Makram dan Shaikh Ahmad Tantawi telah dibuang daerah.     Bagi mengukuhkan cengkamannya, beliau menawarkan ganjaran yang lumayan kepada mana-mana individu yang mendukung hasrat dan cita-citanya.
(b) Modenisasi dalam bidang ketenteraan
                Beliau sedar kekuatan tentera akan membolehkannya mengukuhkan pengaruh dan kekuasaan di Mesir khasnya dalam menghadapi pencerobohan musuh dari luar dan musuh politik dalam negara.
                Sebagaimana dalam bidang pentadbiran, modenisasi dalam bidang ketenteraan juga bermodelkan negara Perancis setelah hasratnya mendapat bantuan teknikal dari Itali menemui jalan buntu.  Kekuatan tentera juga dimanfaatkan olehnya untuk mengimbangi kuasa antara Mesir dengan negara-negara Barat.
(c) Melancarkan kempen ketenteraan
                Kempen ketenteraan dilancarkan di luar Mesir seperti Sudan dan Levant. Sultan Mahmud II juga pernah meminta bantuan beliau untuk menumpaskan pemberontakan yang dilancarkan oleh para pemberontak di Greek.   Kehebatannya dalam bidang ketenteraan terserlah apabila berjaya membebaskan Syria daripada penguasaan Uthmaniyyah.
(d) Memperbaik sistem pendidikan di Mesir
                Beliau telah membuka beberapa buah sekolah moden dan teknikal untuk melatih tenteranya. Beliau telah mengimport tenaga pengajar dari Eropah untuk mengajar di sekolah-sekolah tersebut dan menyusun angkatan tentera Mesir. Beliau telah membina sekolah rendah dan sekolah menengah yang berorientasikan Barat diikuti dengan penubuhan maktab dan sekolah tinggi.
                Individu yang lulus peperiksaan akan diserap ke dalam unit ketenteraan dan pentadbiran.
                Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, beliau telah menggalakkan aktiviti penterjemahan buku-buku ilmiah dari Eropah ke bahasa Arab dan Turki.
(e) Perubahan dalam bidang ekonomi
                Muhammad Ali Pasha telah memperkenalkan tanaman kapas. Beliau menyedari ekonomi yang teguh akan mampu menstabilkan pemerintahan dan kekuasaannya.  Bagi memastikan peningkatan pendapatan negara, Muhammad Ali Pasha telah memperkenalkan sistem monopoli khususnya berkaitan hasil-hasil pertanian.
                Beliau bertindak mengenakan cukai kepada petani yang menngusahakan tanah serta membeli hasil usaha petani dengan harga yang murah dan menjual semula kepada masyarakat tempatan dan para pedagang asing di pasaran dengan harga yang tinggi.


pula adalah pada hari Ahad menggantikan hari Jumaat. Rakyat dikehendaki memakai topi dan pakaian Eropah.
Kesan Ekonomi
                Dari segi ekonomi, negara-negara Islam turut mendapat kesan akibat daripada kejatuhan empayar Turki Uthmaniyyah. Kemerosotan ekonomi Turki akibat perang disebabkan negara tersebut membuat perbelanjaan yang besar untuk membiayai peperangan. Hal ini juga menyebabkan negara Islam yang dahulunya di bawah pengaruh Turki seperti Timur Tengah dan Afrika Utara mengalami kemerosotan ekonomi.
                Selepas tamat Perang Dunia Pertama, ekonomi negara Islam semakin teruk terjejas kerana dengan persetujuan Sykes-Picot 1916, wilayah Turki Uthmaniyyah telah dibahagikan kepada Perancis, Inggeris, Rusia dan Itali. Akibat penguasaan kuasa-kuasa Eropah, ekonomi negara Islam dibahagikan terjejas. Perdagangan negara Islam semakin merosot kerana masyarakat Eropah telah menguasai Eropah telah menguasai perdagangan di Laut Hindi, Laut Mediterenean, Terusan Suez dan jalan perdagangan yang lain. Situasi ini telah menyebabkan Eropah semakin menguasai ekonomi negara Islam. Contohnya, Perancis dan Inggeris telah mengawal syarikat Terusan Suez.
Kesan Sosial
                Dari segi sosial, kesan yang paling ketara menimpa negara Islam ekoran kejatuhan Turki Uthmaniyyah ialah kemerosotan akhlak dan moral. Pemodenan Turki telah menjadi ikutan negara Islam yang lain. Situasi ini telah menyebabkan keruntuhan akhlak masyarakat di negara-negara Islam. Kejatuhan Turki Uthmaniyyah telah memberikan kesan terhadap negara Islam dan rakyatnya yang membawa kepada perpecahan umat Islam.
Kesimpulan
                Perang Dunia Pertama telah mengakibatkan kemusnahan besar kepada negara-negara yang terlibat. Ekoran kekalahan Uthmaniyyah, hampir semua wilayah takluknya di Eropah ditawan dan dibahagikan antara negara gabungan Balkan. Kerajaan Turki menerima tamparan hebat kerana kehilangan wilayah-wilayahnya yang luas, termasuklah Palestin. Ekonomi negara Islam yang dibahagikan telah terjejas dan keruntuhan akhlak dan moral berlaku.



BINCANGKAN SEMANGAT NASIONALISME SEBAGAI SALAH SATU FAKTOR TERPENTING DALAM PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA.
                Nasionalisme bermaksud perasaan cinta dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada tanah air dan ingin membebaskan negara dan bangsa daripada penguasaan dan cengkaman kuasa asing.
                Nasionalisme juga ada kaitan dengan “negara” dan “bangsa”. Nasionalisme pada umumnya bertujuan mewujudkan kebebasan individu dan negara daripada cengkaman dan kongkongan pemerintah dan kuasa asing. Intipati utama nasionalisme adalah mewujudkan kebebasan dan maruah seseorang serta membentuk nasib dan masa depan sesebuah negara dan bangsa.

Isi
                Semangat nasionalisme (kesedaran kebangsaan) ialah sifat utama kemunculan negara bangsa.       Pada zaman kemunculan negara bangsa, contohnya, seseorang yang dilahirkan di Perancis berfikir sebagai seorang Perancis dan bukan seorang British, Portugis dan sebagainya.
                Kuasa kedaulatan dipegang oleh raja dalam satu unit politik yang besar dan kuat dan kuasa ini tidak lagi dikongsi dengan entiti lain yang lebih rendah.
                Hal ini menyebabkan penyingkiran hak-hak warisan dan kuasa golongan berkuasa yang lebih rendah seperti golongan bangsawan, autonomi tempatan atau wilayah.
                Keistimewaan tradisi dan kuasa politik gereja Katolik Rom dimansuhkan. Sistem feudal dan Vassal ditamatkan.
                Kebangkitan nasionalisme telah mengancam empayar Austria, Rusia dan Turki yang mempunyai penduduk berbilang bangsa. Para nasionalis menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan bahasa untuk membentuk negara bangsa masing-masing.
                Penyatuan dan pembentukan negara bangsa merupakan matlamat akhir para nasionalis.
                Perang Dunia Pertama yang tercetus pada tahun 1914 hingga tahun 1918 berakhir dengan kekalahan Jerman dan sekutunya.
                Ekoran itu, empayar Austria-Hungary dan Turki yang mengalami kekalahan telah dibahagi-bahagikan.
                Keadaan ini menyebabkan pelbagai golongan etnik dan bangsa tersebut beroleh kemerdekaan. Dengan itu, muncullah negara bangsa yang baharu. Tujuh negara bangsa baharu yang muncul di Eropah ialah Czechoslovakia, Estonia, Finland, Latvia, Lithuania, Poland dan Yugoslavia. Yugoslavia terdiri daripada Serbia, Slovenia, Montenegro, Croatia dan Bosnia-Herzegovina.
Kesimpulan
                Semangat nasionalisme yang tercetus di Eropah sejak kurun ke-17 telah membawa kepada pembentukan negara bangsa Itali, Perancis, Sepanyol dan England.
                Sentimen semangat nasionalisme merebak ke negara-negara Islam dan mencatus perubahan di rantau dunia Islam antaranya menyumbang kepada kejatuhan sistem Sistem Khilafah.



PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA TURKI BERPUNCA DARIPADA KELEMAHAN KERAJAAN TURKI UTHMANIYYAH. BINCANGKAN.
Pengenalan
                Kekalahan demi kekalahan yang dialami dalam peperangan dengan kuasa-kuasa Barat telah menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniyyah memeterai beberapa perjanjian yang membawa penyerahan wilayah tertentu kepada kuasa-kuasa Barat khususnya Rusia dan Britain, Poland dan Habsburg serta Perancis.
                Impak daripada peristiwa atau penyerahan kawasan ini menggambarkan dengan jelas akan kelemahan kerajaan Turki Uthmaniyyah sehingga menimbulkan kesedaran dalam kalangan rakyat Turki bagi membentuk imej Turki baharu.

Isi
                Kelemahan kerajaan Turki Uthmaniyyah dirasai sendiri oleh pemerintahnya, Sultan Abd al-Hamid II yang menyebabkan baginda melancarkan program pembaharuan yang dikenali sebagai Tanzimat, dengan menekankan pemodenan dan pembaratan dalam pemerintahan negara, bukan sahaja dalam aspek pentadbiran, malah merangkumi aspek perundangan dan kehakiman, ekonomi, pendidikan, ketenteraan dan sebagainya. Walaupun pada masa yang sama dilancarkan konsep Pan-Islamisme yang diketuai oleh Sultan Turki Uthmaniyyah, ia tidak cukup kuat untuk menangani arus pemikiran moden yang dipengaruhi oleh fahaman sekularisme. Tekanan yang cukup kuat daripada pihak Barat menyebabkan Sultan Abd al-Hamid II ini menguatkan usaha pembentukan negara bangsa mengikut apa yang dicita-citakan walaupun jelas tidak disenangi oleh golongan berfikiran sekularisme.
                Pembentukan negara bangsa Turki ialah golongan Turki Muda. Golongan radikal ini menentang pemerintahan Sultan Abd al-Hamid II dengan alasan Tanzimat yang dilancarkan adalah gagal. Golongan ini terdiri daripada golongan pelajar yang telah melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pada tahun 1908, Rejim Turki Muda telah mengisytiharkan pemberontakan terhadap sultan. Mereka banyak dipengaruhi oleh Revolusi Perancis 1789. Rejim Turki Muda ini menekankan dasar Turkifikasi sebagai reaksi kepada penentangan golongan bukan Islam dari kawasan Balkan. Mereka memainkan peranan penting dalam menganjurkan nasionalisme di Turki demi merealisasikan impian bangsa Turaniah.
                Kemuculan Mustafa Kamal yang berfikiran nasionalis mengisytiharkan perjuangannya bagi kononnya membebaskan bumi Islam, rakyat Muslim dan sultan/khalifah daripada cengkaman kafir telah berjaya menarik sokongan masyarakat tempatan kecuali yang dikatakan bersifat ortodoks. Beliau berjaya menubuhkan kerajaan kebangsaan yang merdeka di Ankara. Sokongan terhadap Mustafa Kamal kian ketara apabila barisan pejuang mengadakan persidangan Islam sejagat di Sivas gambaran seolah-olah perjuangan golongan nasionalis merupakan suatu tuntutan jihad yang perlu mendapat sokongan padu.
                Namun, apabila kedudukannya telah terjamin, Mustafa Kamal akhirnya menunjukkan wajahnya yang sebenar dengan bertindak menghapuskan Kesultanan Turki Uthmaniyyah. Pada tahun 1923, kerajaan Turki telah diisytiharkan sebagai negara republik dengan dirinya sendiri dilantik sebagai Presiden sekali gus menggambarkan terbentuknya negara bangsa iaitu Turki Moden.
Kesimpulan
                Tidak dinafikan pembentukan negara bangsa baharu di Turki berpunca daripada kelemahan kerajaan Turki Uthmaniyyah sendiri. Kegagalan menangani ancaman dan serangan pihak Barat bukan sahaja dalam bentuk fizikal malah mempengaruhi pemikiran benar-benar telah menggoyahkan kerajaan ini sehinggalah dihapuskan kerajaan berkhilafah oleh tokoh tempatan yang mempunyai pemikiran sekularisme.


JELASKAN SUMBANGAN MUHAMMAD ALI PASHA DALAM MEMODENKAN MESIR.
                Muhammad Ali Pasha dilahirkan pada bulan Januari 1765 di Kavala, Albania berhampiran pantai Macedonia. Beliau merupakan individu yang bertanggungjawab mengasaskan pemerintahan di Mesir. Sejak kecil, beliau memiliki ketrampilan dan kecerdasan yang luar biasa. Sepanjang hidupnya, banyak usaha dicurahkan untuk memajukan umat Islam yang telah jauh ketinggalan berbanding dengan masyarakat Barat. Setelah penjajahan British berakhir di Mesir pada tahun 1801, Muhammad Ali Pasha telah memainkan peranan penting dalam politik.
                Pada tahun 1805, beliau telah diakui oleh Sultan Salim III sebagai Wizurai Uthmaniyyah di Mesir dan diberikan gelaran “Pasha” setelah berjaya melenyapkan pengaruh golongan Mamluk.

(a) Perubahan dalam bidang pentadbiran
                Bagi memastikan sistem pentadbiran berkesan, beliau melaksanakan dasar pecah dan perintah dengan mengenepikan golongan ulama dalam urusan pentadbiran.
                Ulama yang dianggap mengancam kedudukannya seperti Umar Makram dan Shaikh Ahmad Tantawi telah dibuang daerah.     Bagi mengukuhkan cengkamannya, beliau menawarkan ganjaran yang lumayan kepada mana-mana individu yang mendukung hasrat dan cita-citanya.
(b) Modenisasi dalam bidang ketenteraan
                Beliau sedar kekuatan tentera akan membolehkannya mengukuhkan pengaruh dan kekuasaan di Mesir khasnya dalam menghadapi pencerobohan musuh dari luar dan musuh politik dalam negara.
                Sebagaimana dalam bidang pentadbiran, modenisasi dalam bidang ketenteraan juga bermodelkan negara Perancis setelah hasratnya mendapat bantuan teknikal dari Itali menemui jalan buntu.  Kekuatan tentera juga dimanfaatkan olehnya untuk mengimbangi kuasa antara Mesir dengan negara-negara Barat.
(c) Melancarkan kempen ketenteraan
                Kempen ketenteraan dilancarkan di luar Mesir seperti Sudan dan Levant. Sultan Mahmud II juga pernah meminta bantuan beliau untuk menumpaskan pemberontakan yang dilancarkan oleh para pemberontak di Greek.   Kehebatannya dalam bidang ketenteraan terserlah apabila berjaya membebaskan Syria daripada penguasaan Uthmaniyyah.
(d) Memperbaik sistem pendidikan di Mesir
                Beliau telah membuka beberapa buah sekolah moden dan teknikal untuk melatih tenteranya. Beliau telah mengimport tenaga pengajar dari Eropah untuk mengajar di sekolah-sekolah tersebut dan menyusun angkatan tentera Mesir. Beliau telah membina sekolah rendah dan sekolah menengah yang berorientasikan Barat diikuti dengan penubuhan maktab dan sekolah tinggi.
                Individu yang lulus peperiksaan akan diserap ke dalam unit ketenteraan dan pentadbiran.
                Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, beliau telah menggalakkan aktiviti penterjemahan buku-buku ilmiah dari Eropah ke bahasa Arab dan Turki.
(e) Perubahan dalam bidang ekonomi
                Muhammad Ali Pasha telah memperkenalkan tanaman kapas. Beliau menyedari ekonomi yang teguh akan mampu menstabilkan pemerintahan dan kekuasaannya.  Bagi memastikan peningkatan pendapatan negara, Muhammad Ali Pasha telah memperkenalkan sistem monopoli khususnya berkaitan hasil-hasil pertanian.
                Beliau bertindak mengenakan cukai kepada petani yang menngusahakan tanah serta membeli hasil usaha petani dengan harga yang murah dan menjual semula kepada masyarakat tempatan dan para pedagang asing di pasaran dengan harga yang tinggi.

Kesimpulan
                Akibat pengaruh Barat yang kian menular di Mesir, Muhammad Ali Pasha berusaha menggunakan pengetahuan Barat yang dimilikinya bagi memodenkan Mesir. Namun hasrat Bapa Pemodenan Mesir untuk bertahan lama dalam bidang politik berakhir apabila terperangkap dengan muslihat British dan kuasa Eropah lain hingga memaksa beliau menandatangani Perjanjian London pada tahun 1840. Menerusi perjanjian tersebut, kuasa beliau dihadkan. Begitu juga dengan saiz tenteranya.
                Kegagalan Muhammad Ali Pasha juga adalah kerana beliau tidak mendapat sokongan ulama. Sikapnya yang terlalu mementingkan pemodenan telah mengabaikan soal karohanian dan syariah.
 

Komentar

Postingan populer dari blog ini

BEPANG DAN SEJARAH KULINARI

PULAU DUYUNG ADALAH LIDAH NEGERI TERENGGANU