Postingan

Menampilkan postingan dari Januari, 2011

Arti Penting Sejarah

APA ITU KAJIAN SEJARAH Sejarah itu teori. Tapi belajar sejarah itu belajar cara membuktikan teori itu benar atau salah. Melalui banyak cara iaitu 1. Rekod rasmi 2. Penyata Kerajaan 3. Kertas Putih 4. Akta dan Gazet 5. Kartografi 6. Bahan bergambar 7. Manuskrip 8. Artifak/Arkeologi 9.Bahan bercetak/sekunder 10. Sejarah Lisan Ikut senarai Arkib Negara ini ada banyak lagi sumber bahan yang boleh dirujuk dan dinilai untuk menulis semula sejarah. Konsep sejarah itu luas dan dilihat dari pelbagai sudut maka tidak hairanlah sekiranya berlaku pertembungan pendapat di antara sejarawan dan pengkaji sejarah. Usai tahap kefahaman dan epistemologi juga berbeza. Jadi hanya dengan bersandarkan kepada rekod2 sedia ada maka kita boleh membuktikan kebenaran sesebuah sejarah yang kadangkala melibatkan sempadan dan kedaulatan sesebuah negara. Contohnya Perjanjian sempadan Malaysia-Thai. Perjanjian Sabah - Sulu. Perjanjian sempadan diantara negeri di Malaysia. Sejarah Pembang

Menulis Sejarah Mengikut Fahaman Sendiri

Menulis Sejarah Bukan Perkara Mudah* Menulis sejarah bukan perkara mudah. Impian agar sejarawan bisa menghadirkan masa lalu wie es eigentlich gewesen ist (sebagaimana sesungguhnya terjadi) dewasa ini semakin jelas tidak mungkin terwujud. Seandainya ada mesin masa yang boleh membawa kita ke masa lampau, sejarah tetap akan dilihat dari perspektif tertentu, dan tidak dapat dihadirkan kembali sepenuhnya. Sejarah, seperti kita tahu adalah representasi dari masa lalu dan bukan masa lalu itu sendiri. Sejarah selalu diceritakan, disusun kembali, berdasarkan informasi yang diperoleh mengenai masa lalu, dan karena itu akan selalu berkurang, tidak lengkap dan memerlukan perbaikan. Karena itu sejarawan umumnya mengatakan bahwa sejarah itu terbuka bagi interpretasi yang berbeza, dan selalu saje ditulis berulang kali. Ini tidak berarti kita bebas mentafsir dan menulis sejarah. Ada prinsip dasar yang membatasi kebebasan tafsiran: berpandukan pada fakta atau kenyataan yang diketahui berdasarkan s

Sejarah BUkit Aman

Sejarah Bukit Aman oleh Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) pada pada 10hb Januari 2011 pukul 1.15 ptg Bukit Aman ialah Kompleks Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia. Di sinilah juga pejabat Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Negara dan Pengarah-Pengarah PDRM Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Cawangan Khas dan juga Pasukan Petugas Khas. Dari Bukit Amanlah polisi-polisi, arahan-arahan atau perintah-perintah untuk seluruh pasukan polis digubal dan dikeluarkan. Disamping itu, yang penting lagi ialah letaknya Pusat Kawalan Negara (Malaysia Control Centre - MCC) yang dapat disifatkan sebagai nadi Negara. Bukit Aman dulunya dikenali sebagai Bluff Road Hill. Sebelum wujudnya pasukan polis Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Bluff Road Hill merupakan Ibu Pejabat Pasukan Polis Selangor. K

Petani Kelaut

Petani dan kelaut - mengail dan menimba Menaut – menimba-menangkap ikan K ebiasaannya para petani meluangkan masa selepas selesai menanam padi dengan  menanam sayur-sayuran dan berkebun – menanam pakok buah-buahan, memelihara binatang disamping itu kegiatan lain ialah menjalankan aktiviti menangkap ikan. Sungai, danau, lubuk dan paya memberi  makanan tambahan yang sangat diperlukan petani. Ikan paling banyak dimakan orang sebagai teman nasi, kadang-kadang  digaramkan dan   dijemur kering. Petani ditemani anak lelaki menangkap ikan mengunakan mata kail, mengail ikan puyu, keli, haruan dan sepat dilakukan di kawasan  bendang padi maupun paya yang digenangi air.  Ayam , itik dan ikan amat perlu bagi kesehatan petani, memberi protein. Sebab itulah makanan ini harus dibeli maupun didapati sendiri  setiap hari. Hampir setiap hari petani akan mengusahakan sendiri bahan keperluan hidupnya. Hanya garam ,pakaian dan lainnya dibeli oleh petani yang menwujudkan kegiatan jual beli. Keg

Alam kehidupan- Petani

Alam kehidupan Petani Kebaruh dan Kebukit - Bertani Dalam abad ke 18 hinggalah awal bad ke20 banyak tempat yang penduduknya sangat padat  . Para petani dikampung dan desa pedalaman sibuk dengan kegiatan bercucuk tanam  ataupun bertani. Para petani yang hendak menanam padi di baruh (bendang / sawah / paya ), perlulah mendapatkan air terlebih dahulu, air yang dialirkan kebaruh ataupun air hujan apabila turun pada musih hujan pada penghujung tahun. Air hujan yang mencurah-curah ini kadangkalanya melebihi pemintaan menyebabkan terjadi banjir, yang memusnahkan baruh padi .Para petani terlebih dahulu melakukan pelbagai pekerjaan sebelum kegiatan ( mencedung ) menanam anak padi bermula. Pekara yang pertama perlu dilakukan ialah tanah baruh perlu ditenggala terlebih dahulu, alat yang digunakan untuk memcerna tanah baruh pada waktu itu ialah tenggala (bajak ) yang ditarik oleh kerbau. Kebiasanya si ayah akan menarik kerbau yang disangkut  tenggala diatas belakang kerbau tersebut. Dan d
HIKAYAT KEHIDUPAN Melayu itu, kaya falsaf ahnya, Melayu itu, orang yang bijaksana, Akal budi bersulam daya       M aka tersebutlah alkisah seorang budak yang dilahirkan di sebuah kampung di pendalaman  yang telah membesar dengan kepercayaan  dan adat budaya yang menebal, yang mana dalam segala gerak dan geri  pasti ada pantang larangnya. " Pantang Melayu Derhaka" masyarakat yang masih sederhana - kalau tidak disebut primitif-               Lama sebelum kelahiran agama-agama rasmi, kisah lisan menjadi wahana untuk memelihara kebijaksanaan yang berabad-abad usianya. Dalam cerita-cerita, legenda, sejarah dan perumpamaan, kebenaran tentang kehidupan menemukan aspirasinya. Cerita dan kisah memperkenalkan pendengarnya pada sebuah dunia magik dan misteri, dan kemungkinan-kemungkinan yang lain. Kisah-kisah yang mempesonakan  memberi tauladan dan menenangkan pikiran yang penat di akhir sebuah hari yang melelahkan.       Cerita-cerita juga sudah lama menjadi medium pend
BUTAKAH SEJARAH - Realiti atau mitos   " Hidup Kayu berbuah,      Hidup manusia berfeadah"                    Historia membawa maksud penyelidikan, perkataan yang berasal daripada perkataan Yunani purba. Bermaksud seseorang perlu membuat penyelidikan mengenai  sesuatu peristiwa sejarah masa lampau yang hendak disentuh.  Sejarah adalah satu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dan masa lampau, merupakan rakaman peradaban dan warisan sesuatu bangsa.          Ahli sejarah mengkaji mengikut displin ilmu untuk mengambil perngertian dan menjadi petunjuk serta memandu generasi terkemudian mengenal akal umbi, susur galur sesuatu peristiwa dan warisan sesuatu bangsa.Sejarah harus dipersembahkan secara objektif tanpa berat sebelah, emosional mahupun pengadilan moral, mungkin mereka yang berhasrat mahu mengubah sejarah tanah air boleh melakukan 'propaganda sejarah' . Donal V Gawronski dalam History meaning and method: A primier of historycal method (1969) me