Petani Kelaut

Petani dan kelaut - mengail dan menimba


Menaut – menimba-menangkap ikan
Kebiasaannya para petani meluangkan masa selepas selesai menanam padi dengan  menanam sayur-sayuran dan berkebun – menanam pakok buah-buahan, memelihara binatang disamping itu kegiatan lain ialah menjalankan aktiviti menangkap ikan. Sungai, danau, lubuk dan paya memberi  makanan tambahan yang sangat diperlukan petani. Ikan paling banyak dimakan orang sebagai teman nasi, kadang-kadang  digaramkan dan   dijemur kering.
Petani ditemani anak lelaki menangkap ikan mengunakan mata kail, mengail ikan puyu, keli, haruan dan sepat dilakukan di kawasan  bendang padi maupun paya yang digenangi air.  Ayam , itik dan ikan amat perlu bagi kesehatan petani, memberi protein. Sebab itulah makanan ini harus dibeli maupun didapati sendiri  setiap hari. Hampir setiap hari petani akan mengusahakan sendiri bahan keperluan hidupnya. Hanya garam ,pakaian dan lainnya dibeli oleh petani yang menwujudkan kegiatan jual beli.
Kegiatan menangkap ikan dijalankan petani sendir bersama kaum keluarga dengan mengunakan mata kail dan menyusuri  sepanjang batas sawah padi, dengan mengunakan umpan belalang maupun cengkerik dan juga cacing, yang disangkut pada mata kail. Mata kial ini biasanya diikat dengan mengunakan tali  “taksi” yang kukuh dan diikat pada buloh maupun pelepah salak yang dirisik sebaik mungkin dan senang dibawa untuk mengail. Kail ini digunakan untuk menangkap ikan puyu dan anak haruan.
Cara lain untuk menangkap ikan ialah  yang dikenali dengan nama menaut, mata kail yang diikat pada batang buloh atau kayu kemudian mata kail diberi umpan cacing dan  anak ikan, biasanya ditahan dikawasan paya dan parit, dibiarkan begitu sahaja. Menaut dijalankan disebelah petang, hampir maghrib,    ditahan dikawasan berpaya dan dibiarkan semalan sehingga waktu subuh keesokkan harinya. Ada juga para petani yang  akan datang pada waktu malan , biasanya selepas sembahyang isyak, untuk melihat taut samada mengena atau tidak, dan menukar umpan yang baru. Ikan yang diperolehi dari kegiatan ini  lebih banyak dari cara mengail, dan lebihan ikan ini dijual di pasar minggu.
Kegiatan menimba juga merupakan satu lagi cara  petani mendapatkan lauk untuk makanan protein. Biasanya menimba dijalankan dipaya yang luas ataupun lubuk yang memang dikenal pasti banyak ikan. Alat menimba ini dibuat daripada upih pinang, yang dijahit dengan mengunkan akar kayu, dibentuk menjadi timba berbentuk palong, timba merupakan kaedah manceduk air  perigi. Menimba adalah satu kaedah untuk mengeringkan air dari paya Kegiatan menimba di paya biasanya dijalankan secara gotong-royong, bertujuan mengeringkan air dipaya atau lubok, memudahkan untuk menangkap ikan. Kegiatan menimba dilakukan setelah selesai menuai padi dan tiba musim kemarau.
Biasanya kegiatan menimba dilakukan petani  setelah penat  bekerja di sawah dan sangat  bermakna  kerana dengan kegiatan menimba ini menyebabkan keakraban sesama  petani semakin bertambah, disamping itu ianya merupakan salah satu hiburan bagi petani. Kegiatan ini bermula dengan membina batas untuk meyekat air  dari lubok agar tidak ada air dari luar masuk. Batas ini dibuat lebih awal dengan mengunakan lumpor dari tanah liat disalut dengan rumput. Air yang ditakung itulah yang ditimba keluar sehingga kering dan dengan cara inilah kemudiannya ikan ditangkap.
Kegiatan menimba ini dilakukan sejak awal pagi, dengan kaum lelaki beramai-ramai turun kepaya  dengan alatan masing-masing. Palong yang siap diikat dengan tali yang panjang pada  buloh yang dipacak didalam lumpor agar senang ditarik dan meringankan kerja menimba air dari paya. Kegiatan menimba ini mengambil masa berjam-jam lamanya mengikut kedalaman air paya tersebut, Kaum wanita dan anak-anak akan datang kekawasan tersebut setelah siap segala bekalan untuk makanan sang suami yang penat bekerja. Kaum lelaki akan berhenti rehat  sebentar pada waktu tengahari untuk makan bekalan dan bersembahyang sebelum  meneruskan kegiatan menimba sehinggalah air dipaya kering.
Setelah air kering  mereka yang terterlibat dalam kegiatan menimba akan sama-sama turun kepaya untuk mengharungi lumpor dan sama-sama menangkap ikan. Berbagai cara digunakan untuk menangkap ikan dan berbagai alat seperti serkap, serapang, tiruk (semacam lembing), lading dan alatan yang lain. Kedengaranlah hirup pikup suara mereka yang terlibat bersorok  kegembiraan tanpa menghiraukan keletihan . Keseronakan  dan kepuasan menangkap ikan kelihatan pada raup wajah masing-masing. Setelah segala kegiatan menangkap ikan ini selesai barulah mereka meneruskan kerja yang lain pula.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

P2 bab 3

BEPANG DAN SEJARAH KULINARI

PULAU DUYUNG ADALAH LIDAH NEGERI TERENGGANU