Postingan

Menampilkan postingan dari 2018

BEPANG DAN SEJARAH KULINARI

Gambar
BEPANG PULUT : PERKEMBANGAN DI TERENGGANU DARI TAHUN 1970 HINGGA TAHUN 2000 PENGENALAN Bepang ialah sejenis kuih tradisonal yang berasal daripada Terengganu. Menurut responden Zakariah Bin Ariffin bepang ini berasal daripada Kampung Surau Panjang 1 .Selain itu, menurut Wikipedia, bepang pulut dapat ditakrifkan sejenis makanan manis dan rangup yang sedap dimakan. Bepang pulut merupakan sejenis makanan tradisional orang Melayu yang biasanya sangat popular di sekitar Kg Surau Panjang 2 . Kampung surau panjang ini terletak kira – kira 11 kilometer dari pusat Bandar Kuala Terengganu. Perjalanan dari pusat Bandar Kuala Terengganu ke Kampung Surau Panjang mengambil masa kira – kira 20 minit jika menaiki kenderaan bermotor seperti kereta, bas, teksi, dan motosikal. Kampung Surau Panjang ini terletak di antara Kampung Kedai Buluh dan Kampung Bukit. Asal usul nama Kampung Surau Panjang ini mengikut cerita penduduk setempat bahawa nama kampung tersebut adalah sempena sebuah