Postingan

Menampilkan postingan dari April, 2015

Sejarah Kg Terpilih

ASAL USUL KAMPUNG TERPILIH      Sejarah asal usul sesebuah kampung penting dalam mendapatkan maklumat yang lebih jelas dan tepat. Hal ini kerana,sejarah ini perlu dipelihara supaya generasi akan datang mengetahui asal usul kampung-kampung tersebut dengan lebih jelas. Kajian yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk mengkaji tentang sejarah asal usul lima buah kampung di Terengganu. Antara kampung yang dikaji ialah Kampung Alor Limbat, Kampung Felda Bukit Bading, Kampung Wakaf Tapai, Kampung Buloh dan Kampung Jerong Seberang. Kampung-kampung ini merupakan antara kampung tertua dalam lipatan Sejarah Terengganu. Dalam mengkaji sejarah asal usul kampung-kampung tersebut, terdapat pelbagai kaedah yang telah digunakan bagi mendapatkan maklumat yang tepat.      Kampung Alor Limbat telah diletakkan sebagai ‘alor limbat’ kerana terdapat peristiwa-peristiwa yang agak unik. Mengikut cerita orang-orang kampung, peristiwa ikan limbat putih yang sering bermaharajalela di sepanjang sungai ap

Kampung Rawai- catatan II

KAMPUNG RAWAI -  Catan Samin LATAR BELAKANG KAMPUNG RAWAI Rawai berasal daripada sejenis alat menangkap ikan.Menurut kamus dewan edisi keempat, rawai membawa maksud sejenis alat untuk menangkap ikan yang terdiri daripada beberapa bentuk mata kail yang tergantung pada tali atau rotan yang terentang 1 .Teknik rawai masih lagi digunakan oleh para pemancing pada masa ini. Pada zaman dahulu,seorang penduduk kampung telah menahan rawai di sebuah alor sungai yang terletak tidak jauh daripada Kampung Rawai .Tidak lama kemudian, rawai yang dipasang oleh seseorang itu dimakan oleh ikan,dan datanglah seekor harimau yang kelaparan lalu memakan ikan yang terkena rawai itu 2 .Menurut orang lama Kampung Rawai ,harimau yang memakan ikan yang terkena rawai itu berasal daripada kampung berdekatan iaitu kampung Alor Limbat 3 . Sejurus kemudian,harimau yang memakan rawai itu membawa lari ikan yang terkena rawai ke desa ini.Harimau itu,telah mati akibat tertelan rawai tersebut.Beberapa orang
Gambar
KAMPUNG RAWAI DAN PERKEMBANGANNYA SEJAK 1896 HINGGA 1999                Rawai adalah sejenis alat untuk menangkap ikan yang terdiri daripada bentuk kail yang digantungkan pada tali atau rotan yang terentang, merawai menangkap ikan dengan rawai. 1 Kampung Rawai terletak dalam daerah Marang, Terengganu. Rawai mempunyai keluasan 770 hektar, 2 namun jumlah penduduk pada masa itu tidak ramai kira-kira didiami oleh 40 buah keluarga sahaja. Terdapat beberapa buah kampung disekitar kampung Rawai. Antaranya adalah Kampung Padang Pak Wan, Kampung Alor Limbat, Kampung Bukit Damar, Kampung Tok Rasek, Kampung Tok Gelap, Kampung Seberang Alor dan Kampung Wakaf Paka. Kini ada   diantara kampung tersebut telah digabungkan dengan Kampung Rawai yang menjadikan jumlah keluasannya meningkat. 3 Oleh itu, kerjasama antara penduduk kampung dalam hidup bermasyarakat telah ditunjukkan dari dahulu sehingga sekarang. Kampung Rawai adalah sebuah kampung yang aman dan harmoni. Namun, kampung tersebut m