Postingan

Menampilkan postingan dari 2011

Jakarta oh Jakarta

Gambar
Jakarta oh Jakarta!!!!!!!!!!!!!! Banyak dan macam-macam  cerita  yang telah aku lalui  sebelum dan sesampai sampai di Jakarta,terutamanya mengenai orentasi Dalam bab ini aku akan menceritakan  mengenai orentasi yang pernah aku alami  ketika hendak bergelar  mahasiswa……… Setelah kami semua berangkat  ke Indonesia, selepas dilepaskan oleh keluarga dan sahabat andai di Lapangan Terbang  antarabangsa Subang, Kuala Lumpur. Perjalanan seterusnnya ialah Jakarta, destinasi kedua, sebelum kami semua dipisahkan dan dihantar ke Universitas yang terpilih, mengikut rangkin atau keputusan peperiksaan UMPTN tempoh hari, itu yang dinyatakan oleh En. Kamaruzaman iaitu pegawai JPA yang menguruskan keberangkatan kami ke Indonesia.  Setelah lebih kurang 2 jam 45 minit penerbangan. Penerbangan  kami kemudiannya mendarat di Bandara (Bandaraya Udara Sukarno-Hattta) Cengkareng, Jatinegara, Jawa Barat. En. Kamaruzaman dengan baik hati

Jakarta aku datang

(Selamat datang Mat Jali) 25 Julai 1987- Lapangan Terbang Antarabanga Subang, kumpulan pelajar yang akan berangkat ke Indonesia berkumpul bersama keluarga masing-masing. Kemudian semua pelajar diberikan tiket penerbangan oleh wakil JPA, En Khairul, dan semua pelajar diarahkan beratur untuk pemeriksaan tiket penerbangan. “ Semua pelajar ke Indonesia beratur” terdengar arahan dari salah seorang pegawai JPA “ Pastikan semua barang yang hendak di bawa tidak tertinggal, dan terus menuju ke lorong yang ditetapkan, tegas bunyi arahan itu, Setelah bersalaman dan berpelukkan dengan keluargaku yang menghantar, ibu dan abang berserta saudara terdekat, aku bergegas mengikut kawan-kawan yang lain, mengikut barisan yang telah tersedia. Terasa pilu menyerap segenap hati dan perasaanku, kerana akan berpisah dengan keluargaku, dan akan pergi jauh dari tanah air. Berat rasanya hendak berpisah dengan keluarga. Teringat pesan ayahku, “ kalau kita hendak maju, pergilah menyahut cabaran, caril

The Reading Group Malaysia: Memoir Suriani Abdullah: Setengah Abad Dalam Perjuangan.

The Reading Group Malaysia: Memoir Suriani Abdullah: Setengah Abad Dalam Perjuangan.

Java Jaman Jali

SEKALI PERISTIWA- ini kisahku Malam pertama di Depok, disebuah desa di Kabupaten Beji, desa Serenseng Sawah, begitulah nama diberi, mengikut cerita desa Serenseng Sawah bernama sedemikian kerana zaman dulu sebelum penjajahan Belanda desa yang harmoni ini dipenuhi dengan sawah padi, dan dalam sawah ini dipenuhi dengan sejenis rumput yang disebut dengan nama serenseng (selesing) sejenis rumput yang daunnya tajam berduri,   biasanya   diguna untuk membuat tikar, seperti tikar mengkuang bentuknya.             Aku dan kawan-kawan seperjuangan mula berpindah ke Depok antaranya M.Rusdi, Mohd Yani, M. Fuad, Abd.Jalil, Saudara Tukimin, Amran dan M.Shafari telah menumpang buat sementara di rumah sewa (kost) para senior ( sdr M.Fauzi, Saharuddin, Zulkifle dan M. Said) sementara menanti siang, dan besoknya barulah kami akan mencari rumah sewa. Tuan punya kost tersebut bernama Bapak Said, di belakang kost tersebut banyak sekali kolam ikan, terutamanya kolam ikan lele dan ikan talapia. Bole

Duh ......Tulisan Inii Bagus Sekali

"S etiap tulisan merupakan dunia tersendiri, yang terapung-apung antara dunia kenyataan dan dunia impian)" Pramoedya Ananta Toer (Rumah Kaca, h. 138) Seringkali kita memuji sebuah tulisan setelah membacanya. Entah itu artikel, puisi, cerpen, maupun tulisan-tulisan berisi curahan hati dari penulis. Mulai dari memuji isi dan tema sampai cara penyampaiannya melalui tulisan.Beberapa kali setelah membaca tulisan di laman kenangan di Indonesia terutam kawan-kawan di Universitas Indonesia, tulisan sdr Samsul Kamil, Norizan, Zalilah, serta tulisan yang lain, Siti Zainon dan Dr Ismail, tulisan demi tulisan. Duh….tulisan ini bagus sekali…..Sambil dalam hati berteriak : pingin !!!nulis jugok…selagi termampu ….ini kisahku.. Tidak pula terbatas di dunia maya, tulisan-tulisan di media cetak juga sering kali bikin berdetak kagum. Mulai dari model penulisan berita oleh wartawan, sampai yang berwujud novel, buku pengetahuan, maupun buku kumpulan puisi : semuanya merupakan hasil karya
Peristiwa 13 Mei 1969 Sejak Kebelakangan ini, sentimen perkauman makin hangat di Malaysia yang kita cintai ini. Oleh kerana sikap segelintir ahli politik yang tak tahu menghargai dan menilai erti kedamaian. Hari demi hari keluar di akhbar2 berita2 yang amat menyakitkan hati terutama kepada Orang2 Melayu. Aku cuma berharap agar kita semua terutama bangsa-bangsa lain di Malaysia berhenti dari bermain dengan api. Ingatlah bahawa kita duduk di dalam sebuah negara yang aman selama ini. Janganlah di sebabkan kegilaan kuasa, kita sanggup menggadaikan keamanan dan keharmonian ini. Di sebab kan inilah aku memetik Peristiwa 13 Mei 1969 ini untuk kita renung bersama. Aku tau memang dah byk blog ulang sejarah hitam nih, tapi nampak nya kita masih belum belajar dari peristiwa ini. Belajarlah dari kesilapan kita yang lampau. Berdoalah perkara ini tidak berulang. Peristiwa 13 Mei 1969 Dipetik Dari: Wikipedia Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masal

VIRUS REVOLUSI

Virus RevOLUSI Revolusi yang menyebar luas punya jejak panjang dalam sejarah, dari Revolusi Amerika hingga Hari-Hari (Penuh) Kemarahan.Sekurang-kurangnya beratus orang menjadi korban. KEBELAKANGAN ini negara-negara Arab dan Afrika seolah-olah terjangkiti virus ganas . Virus itu bernama revolusi. Demonstrasi rakyat (massa) yang melanda Tunisia dan Mesir –menjadi sebutan. Hari-hari Penuh Kemarahan – menjalar dari Algeria ke Jordan dan Yemen. Terakhir, riak-riak kemarahan rakyat juga muncul di Syiria terus menjalar ke Baharin dan Libya, panas dan penuh kemarahan.Menghadapi "hari Kemarahan" di seluruh negara. Meski pemberontakan yang muncul kebelakangan ini amat menbimbangkan dan menakutkan,sebenarnya gelombang revolusi serupa telah muncul lebih dari 200 tahun silam. Dari kesan keruntuhan Tembok Berlin pada 1989 hingga serangkaian revolusi yang melanda Eropah pada 1848, kerusuhan biasanya melahirkan kerusuhan lainnya. Komunikasi massa membuat revolusi menyebar dengan cepa

Kini Dan Silam: KAWAN

Pemilik itu mengila lagi. Kali ini kami dipaksa belajar sejarah, mengenal asal usul kami dari keturunan hamba yang tiada bermaruah katanya menjejak kaki, menumpang teduh ditanah miliknya.Hamba yang tak berhak hidup di bumi bertuah ini jika tanpa belas sang pemilik. Hamba yang tiada maruah, cuma ada celaan yang celaka dipikul diatas pundak. Hamba yang hanya layak bertuankan sang pemilik angkuh, peneroka awal tanah ini, di angkat maruah di sanjung daulat. Sejarah silam itu tidak perlu diajar, tetap kami mengerti. Tetap kami taruh kukuh dalam peti kayu bawaan dari tempat asal kami. Peti penuh adat, peti penuh falsafah, peti penuh maruah milik kami. Tidak perlu kami diajar untuk melihat sejarah dari sudut mereka. Sejarah dulu telah lepas pergi, barang yang lepas, tak guna dikenang lagi, biarlah dia hanyut dalam sungai waktu di senjakala. Maruah kami tidak pernah hilang, andai nyawa jadi taruhan, maruah kami tetap kukuh, sebab kami tidak pernah wujud tanpa maruah, tiada maruah, tiadalah

Revolusi itu apa? Kepentingan Publikkah?

Peristiwa yang hangat diperkatakan di peringkat Antrabangsa ialah tentang revolusi, terutama apa yang terjadi di Dunia Arab sekarang. khususnya Tunissia dan Mesir. a? Kenapa rakyat mula meluahkan ketidakpuasnya? Saya tidak pasti adakah ini perasaan yang sama ketika kehangatan revolusi dirasakan dunia pada dekad 1940an,1950-an dan 1960-an serta 1980-an. Kelihatan semacam ada satu desakan baru kepada apa yang disebut pertanggungjawaban kerajaan. Ya, sudah tentu revolusi tidak muncul tiba-tiba tanpa naratifnya yang selalu tidak sunyi daripada kezaliman, kawalan berlebihan, penyelewengan dan rasuah oleh penguasa. Kebetulan apa saya sentuh ini adalah kalimat merah bernama revolusi. Tatkala mendengar kalimat itu, yang terbayang beberapa saat adalah darah, korban masyarakat awam, dan vandalisme serta aksi-aksi rusuhan yang menyeramkan. Cukup menyebabkan kepala kita terangkat ke belakang, seakan membenarkan anggapan orang bahwa revolusi tidaklah berjalan perlahan. Revolusi Perancis tahun 178