Java Jaman Jali
SEKALI PERISTIWA- ini kisahku
Malam
pertama di Depok, disebuah desa di Kabupaten Beji, desa Serenseng Sawah,
begitulah nama diberi, mengikut cerita desa Serenseng Sawah bernama sedemikian
kerana zaman dulu sebelum penjajahan Belanda desa yang harmoni ini dipenuhi
dengan sawah padi, dan dalam sawah ini dipenuhi dengan sejenis rumput yang
disebut dengan nama serenseng (selesing) sejenis rumput yang daunnya tajam
berduri, biasanya diguna untuk membuat tikar, seperti tikar
mengkuang bentuknya.
Aku dan kawan-kawan seperjuangan mula
berpindah ke Depok antaranya M.Rusdi, Mohd Yani, M. Fuad, Abd.Jalil, Saudara
Tukimin, Amran dan M.Shafari telah menumpang buat sementara di rumah sewa
(kost) para senior ( sdr M.Fauzi, Saharuddin, Zulkifle dan M. Said) sementara
menanti siang, dan besoknya barulah kami akan mencari rumah sewa. Tuan punya
kost tersebut bernama Bapak Said, di belakang kost tersebut banyak sekali kolam
ikan, terutamanya kolam ikan lele dan ikan talapia. Boleh dikatakan kegiatan
utama penduduk Serengseng Sawah, di RT02/Rw03 menjalankan kegiatan perternakan
ikan, dan kolam ikan ini biasanya berada disekitar rumah mereka yang asalnya
adalah sawah padi, kerana padi tidak lagi diusahakan oleh penduduk di Serenseng
sawah.
Desa ini berpenghuni kira-kira 1000
orang dan terletak di tengah-tengah antara daerah Pasar Minggu (Jakarta Selatan
) dengan daerah Depok ( Bogor) . Desa ini belum lagi membangun walaupun
Universitas terbesar di Jakarta telah di bina disini. Lingkugan alamnya masih
dipenuhi dengan flora dan fauna dan ditumbuhi dengan pelbagai jenis tanaman,
tidak jauh bezanya dengan kampungku. Mungkinkah aku akan dapat menyesuaikan
diri dengan lebih cepat, kerana susana desa ini meningatkann aku dengan
kampungku yang jauh aku tinggalkan sejak dua minggu yang lalu. Kebanyakkan
penduduknya berkerja sendiri, dengan bertani, menanam tanaman yang boleh dijual
seperti sayur-sayuran dan buah-buahan khususnya papaya. Ada juga yang menternak
binatang terutamanya lembu, banyak seklai kadang-kadang lembu berhampiran rumah
penduduk, di samping berniaga secara kecil-kecilan seperti menjaja makanan yang
senoni dengan kehidupan masyarakat Indonesia iaitu Bakso, Pangsit, Mie Ayam ,
Nasi Goreng dan sebagainya ketika waktu senja menjelma hinggalah larut malam.
Kami semua keletihan kerana
perjalanan yang agak panjang ke Desa Serenseng Sawah, dengan keadaan cuaca yang
panas,macet yang menyebabkan aku dan
beberapa teman hampir deman akibat perubahan cuaca di Jakarta. Dengan
mengunakan lori berbodi besi yang terbuka tanpa ditutupi kanves, hanya
beratapkan langit, barang kami di angkut dari Wisma Pelajar di Jalan Budi
Kemuliaan ke Depok, perjalanan bermula sekitar jam 10.00 pagi.Inilah perjalanan yang begitu menyeksakan kerana
pertama kali dalam hidupku telah mengalami “kemacetan” yang menyebabkan aku
mengerti arti ketabahan dan kesabaran dalam kehidupan. Keadaan ini yang
mengajar penduduk Jakarta meneruskan hidup mereka. Mereka tabah berjuang untuk
hidup di bumi Jakarta yang terkenal
dengan jumlah penduduk yang begitu padat. Dan begitulah perjalanan aku bermula.
Kalau selama ini Kota Jakarta hanya
aku ketahuai dari cerita guru-guruku, terutama guru sejarahku yang mengajar sejarah
Asia Tenggara, iaitu Cekgu Mohamad Abdullah, terimakasih cekgu, walaupun cacat
pengelihatan, tetap tabah mengajar kami sepanjang berada di tingkatan enam.
Info yang diberi tentang kepadatan penduduk di Jakarta masih tergiang-giang di
telingaku, dan semangat nasionlis orang Indonesia berputar di otakku. Betul
kata guruku…..gerutu fikiranku yang melayang ketika itu.
Sepanjang perjalanan, tahun 1987,
pertama kali aku melintasi “jalan layang” yang menuju ke Pasar Minggu ,sudah
sehebat itu Jakarta rupanya, yang nantinya di sinilah tempat pertukaran Bis
yang menghubungkan Jakarta dengan kawasan sekitarnya, terutama ke Depok, tempat
bermulanya aku sebagai seorang mahasiswa. Perjalanan aku dari pasar Minggu seterusnya
ke Desa Serengseng Sawah, aku bertemu lagi satu pasar kecil kemudiannya aku
kenali dengan nama Lenteng Agung, perjalananku kemudiannya menyelusuri jalan
Margoda Raya dakemudiannya kawasan ini nantinya menjadi tempat mangkal
kebanyakkan mahasiswa Universitas Indonesia sebelum mutar ke Desa Serenseng
Sawah. Lebih kurang sekitar jam 1.00 tengahari baru aku sampai ke destinasi
tujuan kami.
Sampai saja kedestinasi tersebut,
kami memunggah barang kami di tempat penginapan sementara, hanya buat semalam
nunpang tidur di kost senior kami sebelum keesokkan dan berpindah ke kost kami yang berhampiran
dengan kampus Universiti Indonesia, kampus yang baru siap di bina, dan kami
merupakan anak sulong UI Depok, angkatan 87.
` Sekali peristiwa terjadi apabila
tibanya pada waktu malam, setelah seharian berkerja, keletihan menerpa badan,
masing-masing kepenatan, dan akhirnya tertidur tanpa sedarkan diri. Kami tidur di bilik yang berasingan, aku, Shafari dan Abdul Jalil tidur diruang
tamu, sementara M. Yani, Rosdi dan M. Fuad tidur dalam bilik kost tersebut. Sudah
menjadi kebiasaanku, sebelum tidur biasanya
aku bermain dengan fikiranku, dan akan tertidur dengan sendirinya
setelah itu. Dan seperti kampungku, desa ini juga sunyi pada waktu malam, dan
kawasan kampung gelap agak menyeramkan dengan bunyi cengkerik.
Setelah
aku pasti semua kawanku telah terlena,
aku bangun dan memadamkan lampu…..kerana aku juga ingin melelapkan mata,
setelah hampir terlena tiba-tiba………..aku dikejutkan dengan satu jeritan yang
sangat mengejutkan dan menakutkan aku. Aku terbangun dari tidur, begitu juga
Abdul Jalil, yang terlena di sebelahku dan jeritan itu juga mnegejutkan
kawan-kawan yang lain.
Aku cuba membangunkan kawanku yang
menjerit itu, dan waktu itu sedang menangis dan dalam keadaan ketakutan. Kedua
tangannya kelihatan sedang memegang lehernya. Kawanku Abdul Jalil juga secara
spontan bertindak sepertiku, cuba menbangunkannya, tapi tetap tidak
diendahkannya. Lalu entah bagaimana, aku membuka pintu rumah kost tersebut dan
terus melaungkan azan dan mengejutkan kawan-kawan yang lain. Selepas laungan
azan tersebut, kawanku itu mula sedar dan berhenti menangis, ianya melegakan
perasaan kami.
Dengan
tidak sabar, lantas kami semua bertanya
beliau ….Kenapa kamu menangis?,,kamu ingatkan keluarga kamu ke?
Tidak?....jawabnya
perlahan….masih lagi dalm kedaan terkejut.
Mukanya
kelihatan pucat dalam samar-samar neon malam.
Habis
kenapa kamu menangis, jangan kamu menakutkan kami, kata salah seorang dari
kami.
Sebenarnya……
Sebenarnya
apa? ….Kami mula tidak sabar.
Rilexlah
kawan…..nie minum air nie, supaya kamu tenang sedikit…tiba-tiba salah seorang
kakak senior kami menghulurkan air untuk diminum.
Baru
kami tersedar, kerana dari tadi terus mendesak simangsa.
Setelah
selesai minum air ….barulah air muka beliau agak ceria sedikit.
Tanpa
ditanya, beliau mula bercerita……….
Katanya,
semasa dia sedang lena tidur, tiba-tiba datang dua makhluk melayang melalui
tingkap di hadapan pintu masuk dan cuba mencekik lehernya. Dia cuba
mempertahankan dirinya, tetapi gagal dan sebab itulah di menjerit meminta tolong,
dengan memanggil nama ibunya.
Sambungnya
lagi, dia sedar kita aku bangun memadamkan lampu, dan dalam lena tak lena
itulah makhluk tersebut dating meyerangnya……..
Kami
semua mula ketakutan…….tambahhan pula kami baru saja tiba di desa tersebut.
Kami
terus bertanya…sekadar inginkan kepastian..betulke yang diceritakan tu…
Jawab
beliau, sebenarnya dia mula menyedari kehadiran makhluk tersebut sejak sampai
ke tempat itu, pada petang tadi lagi.
Tambahnya,
dia melihat ada dua kunang-kunang, bermain-main di siling rumah tempat kami
menginap itu terutama pada waktu mahgrib. Dan kunang-kunang inilah sebenarnya
yang bertukar menjadi makhluk, yang cuba mencekik lehernya tadi.
Sambungnya
lagi, dua mahluk tersebut adalah merupakan anak beranak, kerana katanya ada seorang
perempuan dan seorang budak kecil seolah-olah anaknya, ibunya berpakaian serba
putih sedangkan anaknya berpakaian hitam……
Kami
semakin ketakutan…….tambahan pula kakak dan abang senior kami telah balik ke
kost masing-masing,
Tiba-tiba
Mohd Yani bersuara …Apakata kita semua menbaca surah yasin sebelum tidur…guman
Mohd Yani yang sedari tadi mendiamkan diri.
Kami
semua setuju…..dan ramai-ramai membaca yasin…..
Dan
pada malam tersebut kami semua tidur diruang tamu yang sempit…sebagai langkah
berjaga-jaga, takut-takut peristiwa tersebut
berulang kembali. Kami kepanasan kerana berhimpit-himpit sesama sendiri
di ruang tamu yang sempit itu.
Keesokkan
harinya, kami semua mendesak agar abang senior kami bertanyakan peristiwa malam
tadi kepada tuan punya kost, bapak Said.
Mengikut
cerita Bapak Said, memang telah menjadi lumrah, didesa tersebut ada yang
sengaja ingin menduga kehebatan warga yang baru sampai. Kemungkinan ada orang
sengaja ataupun yang terlepas belaan mereka menyebabkan kedatangan makhluk yang
diceritakan oleh kawan kamu itu, cetus Bapak Said, acuh tak acuh……
Dulu,
ketika aku masih kecil, di kampungku memang ada kabar angin yang mengatakan
setiap malam di jalan kampung ada hantu yang menganggu budak-budak yang keluar
malam, hantu berbasikal, gitulah kabarnya……hantu ini selalu menggangu
budak-budak suka balik lewat malam kerumah….entah benar entah tidak, aku
sendiri tidak pernah mengalaminya…ada juga isu yang mengatakan hantu mengganggu
orang, kononnya selepas kematian seseorang, orang yang meninggal itu kembali
kerumahnya melihat anak cucunya sedang melakukan apa, ada juga cerita
mengatakan kuburan terbakar, kononnya ada orang melihat kubur sianu
mengeluarkan api yang meyebabkan batu nesannya menjadi hitam kerana
terbakar….dan macam-macam lagi. Kisah-kisah-kisah sedemikian sangat popular di kalangan masyarakat
kampung…..dan hal inilah mungkin berlaku kepada kami di desa Serengseng Sawah.
“Masyarakat Melayu lama cerdik dalam
menyampaikan ‘peraturan’ dengan darjah keseriusan berbeza dan ia dapat dilihat
melalui kesan dan akibat yang dikatakan berhubung perbuatan melanggar larangan
yang ditetapkan,” mengingatkan aku kepada nasihat disampaikan oleh ayahku,
sebelum aku berangkat meninggalkan kampungku.
“ Beringat-ingat ketika berada di
tempat orang, ingat pantang larang kampung orang, tidak sama dengan tempat
kita, sentiasalah menjaga tingkah laku uat agar tidak dibenci orang, kata
ayahku tegas.
Mungkin kami semua telah melanggar
patang larang yang ada di desa tersebut, betullah kata pepatah Melayu ,”Masuk
kandang Kambing mengebek, masuk kandang Kerbau menguek dan masuk kandang Harimau
mengaum,…..banyak pengajarannya…begitulah sekali peristiwa….yang terjadi dalam
hidupku di pulau Jawa….ini kisahku..
Komentar
Posting Komentar