Postingan

Menampilkan postingan dari Maret, 2020

KAMPUNG MANISAN DAN DODOL DI MARANG

Gambar
KAMPUNG MANISAN DAN DODOL, SUMBER EKONOMI UTAMA PENDUDUK KAMPUNG BATANGAN(1950 – 2000)                                                 Marang terletak di tepi Laut China Selatan. Banyak muka buminya adalah kawasan paya di sebelah barat. Sungai Marang mengalir dari Bukit Kor dan Gunung Gajah Terom(1206 m). Selain kawasan berpaya, terdapat juga kawasan berbukit yang sederhana tinggi yang sejajar dengan pantai yang paling panjang di Semenanjung ini. Daerah yang berhampiran Marang ialah Kuala Terengganu, Dungun dan Hulu Terengganu.                                Sejarah pentadbiran Daerah Marang pula telah bermula sebelum daripada pemerintahan Baginda Omar (1839 – 1876). Ia diketahui oleh pembesar-pembesar daerah yang dilantik oleh Tuanku Al- Sultan. Pentadbiran oleh pembesar daerah ini adalah berasaskan kepada pemerintahan kawasan sungai (river districts). Semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III dari tahun 1881 hingga 1918 M, Yang Dipertuan Muda Tengku Mohamad telah di