Postingan

Menampilkan postingan dari Mei, 2015

Sejarah Itu Indah -Kg Merchang

KAMPUNG MERCHANG – NIZAM Kampung Merchang merupakan sebuah perkampungan nelayan yang sudah sekian lama wujud dengan kemajuannya yang tersendiri. Mengikut buku sejarah Negeri Terengganu yang dikarang oleh Haji Buyung bin Adil, Kampung Merchang telah dicatatkan sebagai sebuah daerah dari 13 buah daerah di dalam negeri Terengganu yang telah dibahagikan oleh Sultan Terengganu iaitu Sultan Zainal Abidin II yang memerintah Terengganu pada tahun 1881 sehingga 1919. Sultan telah melantik Tengku Putera yang berada di Singapura untuk mengawasi Daerah Merchang, manakala beliau sendiri telah mewakilkan kepada dua orang isteri baginda iaitu Tengku Long dan Tengku Safiah. Hasil utama pada masa itu ialah perusahaan membuat belacan dan memproses ikan kering. 7/8 daripada hasil pengeluarannya telah dihantar ke Singapura, manakala 1/8 lagi dijual di dalam negeri dan negeri-negeri jiran. Mengikut cerita orang tua-tua, nama Merchang adalah berkait rapat dengan perkataan Belacan, disebabkan ke