Sejarah itu Indah - Kg Payang kayu
AISYATUN
- KAMPUNG PAYANG KAYU (1948 HINGGA 2000)
Kampung Payang Kayu yang berada
di bawah Mukim Telemong yang ditadbir oleh penghulu mukim,En. Mohd Sidek bin Ahmad dan
di bawah Dun Telemong yang ditadbir oleh YB Rozi
bin Mamat serta kampung ini yang terletak di Kuala
Berang.Sejarah nama kampung ini agak pelik kerana dikaitkan
dengan sebuah tempayan atau sejenis pokok iaitu “pokok kepayang kayu”.Kampung
Payang Kayu ialah sebuah kampung
terletak jauh dari Kuala Terengganu dan berada di Daerah Hulu Terengganu.Keluasan
kampung ini tidak terlalu luas dan
mengandungi hanya penduduk yang berbangsa Melayu.Kampung Payang Kayu telah
wujud sejak zaman perang Jepun yang dianggarkan pada tahun 1948 namun tidak
diisytiharkan sebagai sebuah Kampung Payang Kayu.Selain itu,Kampung Payang Kayu
mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan
mula mengalami perubahan dalam lingkungan tahun 1948 hinggalah 2000.
SEJARAH NAMA KAMPUNG
Menurut penduduk Kampung Payang Kayu,
sejarah nama Kampung Payang Kayu mempunyai banyak pendapat.Yang pertama
mengikut cerita-cerita orang tua zaman dahulu,terdapat seorang lelaki yang
berasal dari Johor membela burung yang bernama burung ketitir.1Burung ketitir
atau merbuk merupakan spesies burung merpati yang berasal dari Asia
Tenggara(Selatan Thailand, Semenanjung Malaysia dan Singapura, Indonesia dan
Filipina). Burung ini yang dipanggil Zebra Dove (Numenius Chinensis) menjadi
pilihan penggemar burung dan memeliharanya dalam sangkar. Ia dibela kerana
siulan suaranya yang merdu dan lunak. Ketitir hidup bebas di dalam belukar,
ladang, kebun dan kawasan terbuka di kawasan tanah rendah. Ia juga biasa
dilihat di taman dan kawasan perumahan di desa atau bandar.Burung ketitir
mempunyai saiz sederhana, badan langsing dengan ekor yang panjang. Bahagian
atas badan keperangan kelabu dengan jalur hitam dan putih. Bahagian bawah
berwarna merah jambu dengan bercorak hitam di sisi leher, dada dan perut.
Saiznya kira-kira 20 hingga 23cm panjang dan lebar sayap di antara 24-26cm.2Selepas itu, penduduk kampung ini
mengatakan burung tersebut terlepas dari sangkarnya dan lelaki itu mengikut
burung itu kemana sahaja burung itu pergi sehinggalah pada satu tempat burung
itu hinggap di sebatang pokok yang bernama “Pokok
Kepayang”.Pokok Kepayang tersebut mempunyai dua jenis iaitu Kepayang Kayu
dan Kepayang Akar.3Pokok ini bangun tumbuh di kawasan kampung
ini.Pokok ini merupakan spesies yang dikenali sebagai pokok beracun. Ketinggian
pokok kepayang menyamai pokok durian.4Kemudian
burung itu dikatakan hinggap pada pokok kepayang kayu.Nama tersebut
diringkaskan menjadi Payang Kayu dan tercetuslah idea untuk menjadikan kampung
ini sebagai Kampung Payang Kayu.
Menurut pendapat kedua, orang-orang
terdahulu mengatakan bahawa terdapat satu penemuan tentang sebuah tempayang
yang diperbuat daripada kayu.Tempayan ini amat penting kepada penduduk kampung
ini pada ketika itu kerana tempayan ini berfungsi sebagai tempat menyimpan air pada masa dahulu.Penemuan
tempayang ini menjadi simbol kemegahan kepada kampung ini dan tercetuslah untuk
menamakan kampung ini sebagai Kampung Payang Kayu.5
Menurut
pendapat ketiga,pada suatu masa dahulu, terdapat serombongan pedagang dari
Negeri Johor datang untuk berniaga. Salah seorang di antara pedagang tersebut
mempunyai seekor burung ketitir yang dibela dengan baik tetapi dalam perjalanan
mereka untuk berdagang, burung tersebut telah terlepas dari sangkarnya.
Pedagang itu cuba untuk menangkap burung tersebut namun ia terus terbang
sehingga kehilangan jejak. Walaupun begitu, pedagang itu tatap berusaha untuk
menjejaki burung ketitir itu sehingga sampai ke sebuah tempat yang tidak
diketahui. Memandangkan ketika itu matahari telah terbenam, mereka terpaksa
bermalam di situ, di bawah sepohon kayu Kepayang yang rendang.6
Pada
keesokan harinya, pedagang-pedagang tersebut ingin meneruskan pencarian burung
ketitir itu tetapi apa yang memeranjatkan mereka ialah burung ketitir tersebut
sedang bertenggek di atas pohon Kepayang tempat mereka berteduh. Akhirnya
mereka berjaya menangkap burung tersebut. Selepas peristiwa itu, ketua kepada
kumpulan pedagang itu telah mendapat Ilham untuk mendirikan sebuah kampung di
kawasan berkenaan.Sebagai permulaannya mereka telah mendirikan sebuah surau
berhampiran pokok Kepayang itu. Namun demikian, memandangkan tiada sebarang
peralatan atau benda yang boleh digunakan untuk menakung air, mereka telah
membuat sebuah tempayan daripada pohon Kepayang tersebut. Oleh demikian, mereka
pun menamakan penempatan baru itu sebagai Kampung Payang Kayu sempena nama
tempayan yang digunakan berhampiran surau.7
PERKEMBANGAN
EKONOMI
Kebiasaannya penduduk kampung lebih
cenderung untuk menceburi dalam bidang
bidang pertanian.Mereka lebih mengutamakan kegiatan menanam padi untuk
kepentingan mereka seharian dan dijadikan sumber asas serta menambah pendapat
mereka semasa zaman pemerintahan British.8Padi (Oryza
sativa) merupakan satu daripada tanaman bijirin dan merupakan makanan ruji
bagi penduduk kampung ini.9Pada masa dahulu mereka hanya menggunakan
kerbau untuk membajak sawah agar mereka lebih mudah untuk menanam padi.10Selain
itu,mereka mula menanam pokok kelapa sawit dan pokok getah yang semakin maju
selepas beberapa tahun selepas merdeka hingga pada tahun 2000.11Pada
zaman dahulu,kegiatan getah telah dijalankan
dan satu alatan yang kini menjadi
peninggalan nenek moyang yang digunakan untuk mengelek getah supaya menjadi
leper.12Pada anggaran tahun 2000,ladang getah mempunyai keluasan 150
ekar dan sebanyak anggaran 65 peratus yang menoreh getah di kampung ini.13
Pada anggaran tahun 2000 juga,mereka memulakan penanaman
kelapa sawit secara berkelompok di lereng-lereng bukit.Pokok kelapa sawit
tersebut merupakan pemilik para penduduk di kampung ini yang mempunyai
keluasaan 32 ekar.14Penduduk kampung mula menanam antara 10 dan 15
pokok pokok kelapa sawit di sekeliling rumah masing-masing.15Menurut
JKKK kampung ini,hasil yang diperoleh daripada penanaman ini akan dibahagikan
kepada semua penduduk mengikut kadar yang telah ditetapkan.16Hasil
penanaman ini dapat menambah pendapat hidup mereka dan dapat menyara hidup
mereka dan sekali gus dapat bebas secara beransur-ansur daripada kemiskinan
yang dikatakan “kais pagi makan pagi,kais petang makan petang”.
Penanaman buah-buahan juga
dilakukan oleh penduduk kampung ini selepas beberapa tahun kemerdekaan.Antara
buah-buahan yang ditanam oleh mereka ialah durian,langsat,manggis,pokok pisang
dan sebagainya.Kebanyakan penduduk di kampung ini gemar bercucuk tanam
terutamanya di kalangan golongan orang-orang tua.Jumlah penanaman pokok durian
adalah paling banyak berbanding tanaman lain.17Anggaran tahun 2000
pokok durian di kampung ini semakin popular dan mendapat perhatian dan sambutan
daripada orang luar.
Selain itu, penternakan juga
dilakukan oleh penduduk kampung ini bermula 90- an.Mereka menternak pelbagai
jenis binatang seperti lembu, kerbau, ayam dan sebagainya.Perternakan di
kampung ini membawa keuntungan kepada penduduk kampung ini. Di samping
itu,mereka menjadikan penternakan ini sebagai sumber makanan atau dijadikan
lauk dalam seharian.Kebanyakkan mereka lebih cenderung melakukan penternakan
dan adakalanya mereka menjadikan haiwan-haiwan dalam penternakan mereka sebagai
sumber bahan mentah dan sumber makanan yang dijadikan lauk pauk dalam majlis
perkahwinan dan perayaan.18
Seterusnya,
pada zaman pemerintahan Jepun dan British sistem barter antara penduduk kampung
ini telah dilaksanakan contohnya pertukaran sayur-sayuran dengan ikan.19Sistem barter merupakan sejenis bentuk
perniagaan yang tidak menggunakan sebarang bentuk perantaraan pertukaran, di mana barangan atau perkhidmatan ditukar dengan barangan dan atau perkhidmatan lain.Ia
terjadi antara dua atau beberapa pihak.20 Namun begitu perubahan
berlaku pada anggaran 70-an,mereka mula menjalankan aktiviti jual beli secara
kecil-kecilan. Mereka ke Kuala Berang untuk berjual beli dan antara
barang-barang yang dijual ialah hasil daripada pertanian dan penternakan. Pada
waktu itu,harga sangat murah dan mampu dibeli oleh semua panduduk.
Penduduk kampung ini ada mengatakan
bahawa harga coklat atau gula-gula pada zaman dahulu berharga RM0.10 sebanyak
tiga biji. Kanak-kanak pada masa itu gemar membeli coklat atau gula-gula pada
setiap hari. Bahkan pada masa dahulu kedai-kedai kecil dibuka dalam sebilangan
kecil sahaja.Harga sepinggan makanan dikatakan hanya RM0.30 dan mampu
mengenyangkan mereka.21Masalah kebuluran ketika itu dapat diatasi
oleh penduduk kampung Payang Kayu dan
mereka dapat menjalani hidup mereka dengan baik.
PERKEMBANGAN
SENI KEBUDAYAAN DAN PERMAINAN TRADISIONAL
Aktiviti
atau seni kebudayaan yang sentiasa dimainkan di kampung ini ialah permainan tradisional Rodat.Rodat merupakan aktiviti tradisional
yang sering dilakukan oleh penduduk kampung ini dan menjadi aktiviti kegemaran
mereka.22 Aktiviti atau permainan ini terdiri dari satu pasukan atau
lebih yang digabungkan. Anggota-anggota yang mengambil bahagian dalam permainan
ini terdiri dari tiga kumpulan. Satu kumpulan lebih kurang 10
orang pemukul rebana Tar, iaitu sejenis rebana kecil menarik. Ketua kumpulan ini dinamakan Tukang Adi yang akan membacakan lagu-lagu rodat dari kitab Hadrah. Kitab ini dipercayai dari Timur Tengah.23Mereka kebanyakkannya terdiri daripada kaum lelaki dewasa berumur 50 - 60 tahun.Biasanya lagu-lagu rodat ialah tentang pemujian terhadap Tuhan dan nabi. Namun ada kalanya juga telah diMelayukan mengikut suasana semasa.Mereka bertugas menyanyi sambil menari-nari dan menepuk tangan mengikut irama rodat sepanjang permainan dilaksanakan baik.24Rodat ini diiringi tarian terdiri daripada tiga buah gendang dan sebuah gong.Kebiasaannya dimainkan pada majlis-majlis kahwin, kenduri, khatan, pesta-pesta perayaan dan dipersembahkan pada waktu malam.
orang pemukul rebana Tar, iaitu sejenis rebana kecil menarik. Ketua kumpulan ini dinamakan Tukang Adi yang akan membacakan lagu-lagu rodat dari kitab Hadrah. Kitab ini dipercayai dari Timur Tengah.23Mereka kebanyakkannya terdiri daripada kaum lelaki dewasa berumur 50 - 60 tahun.Biasanya lagu-lagu rodat ialah tentang pemujian terhadap Tuhan dan nabi. Namun ada kalanya juga telah diMelayukan mengikut suasana semasa.Mereka bertugas menyanyi sambil menari-nari dan menepuk tangan mengikut irama rodat sepanjang permainan dilaksanakan baik.24Rodat ini diiringi tarian terdiri daripada tiga buah gendang dan sebuah gong.Kebiasaannya dimainkan pada majlis-majlis kahwin, kenduri, khatan, pesta-pesta perayaan dan dipersembahkan pada waktu malam.
Selain
itu ,mereka bermain Ketuk Hulu atau
lebih dikenali sebagai “Gendang Batok”.Alat permainan ini sentiasa
dilakukan dan antara mereka pernah ada menyertai pertandingan.Muzik yang dihasilkan daripada gendang ini amat unik dan
kebiasaannya sering didengari pada majlis-majlis terutamanya hari perkahwinan.25Gendang
ini diperbuat daripada buluh yang tahan lama.Hingga kini seni kebudayaan ini
masih didengari kerana para penduduk masih mengekalkannya dalam kampung ini.
Disamping
itu,penduduk kampung juga melakukan aktiviti Berzanji atau Barzanji.Mereka
berzanji dalam dalam bentuk kumpulan.Berzanji ini dapat mengingatkan penduduk
kepada Nabi dan dapat bersyukur dalam hidup ini.Selain itu, Kebiasaan biasanya
jemaah duduk secara bersila. Bacaan Berzanji dialunkan secara bergilir seorang
demi seorang sambil disahuti oleh jemaah lain dengan kalimah 'ALLAH'.26Berzanji ialah suatu doa-doa,
puji-pujian dan penceritaan riwayat Nabi Muhammad s.a.w. yang dilafazkan
dengan suatu irama
atau nada yang biasa dibacakan ketika majlis aqiqah, khatan, perkahwinan
dan Maulidur
Rasul. Isi berzanji menceritakan tentang kehidupan Nabi Muhammad,
yang disebutkan secara berturutan mengenai salasilah keturunannya, zaman
kanak-kanak, remaja, pemuda sehingga diangkat menjadi rasul. Di dalamnya juga
mengisahkan sifat-sifat mulia yang dimiliki Nabi Muhammad, serta pelbagai
peristiwa untuk dijadikan teladan umat manusia.27
Menurut
sejarah, nama Berzanji diambil dari nama pengarangnya yaitu Syekh Ja'far
al-Barzanji bin Husin bin Abdul Karim. Beliau lahir di Madinah
pada tahun 1690 dan meninggal dunia pada tahun 1766. Barzanji berasal dari nama
sebuah tempat di Kurdistan, Barzinj. Karya tersebut sebenarnya berjudul 'Iqd
al-Jawahir (Bahasa Arab, bererti kalung permata) yang
disusun untuk meningkatkan rasa kecintaan kepada Nabi Muhammad saw, meskipun
kini nama penulisnya yang lebih dikenali.28
Manakala
permainan tradisional yang sering dilakukan oleh penduduk Kampung Payang Kayu
pada zaman dahulu ialah permainan Galah
Panjang.Permainan ini sering dimainkan dikalangan orang-orang tua dan
orang-orang muda.Setiap petang permainan ini dilaksanakan oleh mereka.29Tujuan
permainan ini adalah untuk menguji kecekapan pemain berlari melepasi halangan.30Galah panjang adalah sejenis permainan
tradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah
kosong. Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris
bergantung kepada bilangan pemain. Gelanggang galah panjang dibuat mengikut
bilangan pemain yang bermain galah panjang. Contohnya jika pemain ada 10 orang,
gelanggang yang dibuat mengandungi 4 baris. Jika bilangan pemain sebanyak lapan
orang, gelanggang galah panjang mengandungi 3 baris. Permainan ini melibatkan
kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak
yang mengawal gelanggang. Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak
yang menempuh gelanggang. Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai
kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang dengan mudah.31Permainan ini
mempunyai syarat-syaratnya iaitu jika penjaga gelanggang dapat menyentuh anak
buah, maka anak buah akan mati atau tamat gilirannya bermain dan dikehendaki
keluar gelanggang.Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua, maka seluruh ahli
penempuh akan tamat giliran dan akan bertukar giliran antara penjaga dan
penempuh.
Seterusnya,permainan
Gandu juga dilaksanakan oleh penduduk dahulu.Gandu dimain oleh beberapa orang
dianggar antara 8-10 orang tapi ia boleh dilakukan mengikut bilangan orang yang
ingin bermain.32 Pada zaman dahulu
permainan ini popular juga bukan hanya kampung ini sahaja malah kampung
bersebelahan kampung ini juga bermain permainan ini iaitu Kampung Baong.Alat
yang digunakan hanya buah gandu dan buah gandu diletakkan dalam petak yang
dibuat dan disusun dalam jarak yang berbeza dan jauh.Pemain menggunakan kaki
untuk menyepak buah tersebut yang berada jarak yang berlainan hingga melepasi
garisan yang digariskan.Jika sepakan tidak mengenai buah gandu tersebut,giliran
seterusnya untuk bermain dalam permainan tersebut.33
Seterusnya,permainan congkak
sering dimain oleh mereka sejak dahulu lagi.Permainan ini adalah permainan
tradisional yang diminati bermula kanak-kanak hinggalah org tua.Lazimnya ia
menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya
buah congkak menggunakan biji getah atau guli.Biji getah dikutip apabila ia
jatuh ke tanah daripada pokok getah.Akhirnya,sambutan permainan ini amatlah
baik dan sehingga kini permainan ini masih dimainkan di dalam kampung ini.34
PERKEMBANGAN
INFRASTRUKTUR

Infrastruktur rumah pada zaman
dahulu begitu menyedihkan kerana kebanyakan rumah diperbuat daripada buluh.
Bilangan rumah yang dianggarkan pada
zaman dahulu hanya 30 buah sahaja selepas kemerdekaan.Jarak antara
rumah-rumah di kampung ini dalam keadaan jauh sebelum kemerdekaan .Rumah mereka
kelihatan seperti pondok kecil.Selain itu,rumah mereka diperbuat daripada nipah
dan “gelegar” diperbuat daripada buluh.37“Gelegar” membawa maksud
beranda sesuatu rumah.Selain itu,dinding
rumah diperbuat daripada buluh.Buluh ini tahan lama untuk membentuk rumah yang
kukuh.Penduduk kampung pada zaman dahulu hanya mengunakan pelita sebagai lampu
di rumah agar di rumah tidak gelap
gelita.Selepas kemerdekaan semakin hari semakin bertambah maju.
Selain
itu,anak-anak penduduk Kampung Payang Kayu pada zaman dahulu belajar dalam
pondok yang kecil di padang berhampiran sungai selepas kemerdekaan
tercapai.Pondok ini beratapkan daun rumbia dan berdinding separuh,begitulah
cerita dari orang lama kampung ini.38 Mereka belajar tentang ilmu
alam atau dikenali sains dan bahasa melayu. Pada ketika itu,mereka
pergi kesekolah memakai baju putih dan berkain batik kerana pada waktu penduduk
mengalami kemiskinan yang amat daif seperti “kais pagi makan pagi,kais petang
makan petang”Bermula anggaran pada tahun
1960,kemajuan dan kemudahan semakin bertambah dengan pembangunan sekolah yang
bernama Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh. Sekolah
ini diberi nama Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh bersempena nama sungai yang
mengalir di tepi kawasan tersebut.39Anak-anak di kampung ini semakin
mudah untuk belajar dengan penyediaan bahan pembelajaran yang berkesan.
Seterusnya,selepas tahun
1957,surau atau masjid telah dibina untuk kemudahan para penduduk untuk
beribadat dan dijadikan tempat menuntut ilmu serta urusan kampung.Penduduk di kampung
ini beribadat tidak kira pada waktu malam dan siang.Pada setiap hari jumaat
penduduk yang tergolong daripada kaum lelaki pergi ke masjid ini untuk
menunaikan solat Jumaat dan ia menunjukkan perpaduan dan keteguhan pada agama
mereka iaitu Islam.Disamping itu,beduk atau yang dikenali sebagai “geduk” yang
dipanggil oleh penduduk kampung diletakkan di surau ini.40Beduk adalah sejenis alat yang dikategorikan dalam Membranofon.Ia
merupakan sejenis alat gendang yang besar yang dipalu dengan pemalu yang dibalut
dengan getah di bahagian kepalanya untuk menghasilkan bunyi yang kuat.Permukaannya
diperbuat daripada kulit lembu.41 Alat ini memaklumkan masuknya
waktu sembahyang,sebagai alat perhubungan dan memberitahu apa-apa berita
seperti berlakunya kematian di dalam kampung ini. Malah mereka
sering mengadakan aktiviti bacaan
Yasin dan membaca Al-Quran di surau dan
juga dari rumah ke rumah setiap hari jumaat.42
PERKEMBANGAN
POLITIK
Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk
sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan,
tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan
institusi lain.43Selepas pemerintahan Tunku Abdul Rahman,politik
Kampung Payang Kayu tidak terlalu kuat terhadap pengaruh politik sebaliknya
hanya dari segi perbezaan pendapat.Perbezaan pendapat dapat dicetuskan dan
penduduk kampung dapat berpakat dan berbincang tentang pendapat atau pandangan
setiap penduduk.Bahkan persefahaman yang
baik dapat diwujudkan untuk mentadbir kampung ini.Pada masa itu parti-parti
politik kurang aktif.44
Pada
awal tahun 1999 ketika Mukhtar bin Mamat mentadbir kampung ini sebagai JKKK, Parti Islam Se-Malaysia(PAS)
manguasai politik selama empat tahun dan selepas itu United Malayan National
Organisation (UMNO) menguasai kampung itu. Menurut JKKK Kampung Payang Kayu,Ramli bin Omar jumlah anggota (ahli) politik sebanyak 2/3
UMNO dan 1/3 PAS di kampung ini.45Selain itu,mereka telah merancang
untuk membuat satu simbol pada anggaran
tahun 2000 yang menggambarkan sebuah tempayang.Simbol ini yang berbentuk
tempayang dan dibawahnya terdapat bentuk tangan yang jelas menunjukkan
perpaduan yang kukuh dan erat,kerjasama dan kemegahan Kampung Payang Kayu.46
Manakala pentadbiran yang diamalkan di Kampung Payang
Kayu amat teratur dan sistematik.Pentadbiran kampung ini lebih tertumpu kepada
sikap kerjasama antara penduduk.Sejarah
pentadbiran dalam jawatan JKKK dalam
Kampung Payang Kayu bermula awal-awal pembukaan kampung ini masih diingati
dan dihargai oleh penduduk kampung ini.47
KETUA
KAMPUNG PAYANG KAYU
Pengerusi JKKK
|
Tahun
|
Kamaruddin bin Abdullah
|
_
|
Mamat bin Ibrahim
|
_
|
Mohd bin Mat Zain
|
Zaman pemerintahan Jepun
|
Ab Rahman bin Abas
|
Zaman pemerintahan British
|
Tidak Dapat Dikesan
|
Tahun 1957-1996
|
Mustafa bin Ahmad
|
Tahun 1997
|
Mukhtar bin Mamat
|
Tahun 1998 – 1999
|
Haji Daud bin Taha
|
Tahun 2000 – 2004
|
Muhamad bin Ab Rahman
|
Tahun 2004-2012
|
Ramli bin Omar
|
Tahun 2013 hingga sekarang
|
KAMPUNG PAYANG KAYU DULU DAN KINI
Pada pemerintahan Jepun,keadaan di
Kampung Payang Kayu amatlah teruk dalam pelbagai perkara.Pada ketika ini jalan
tar tidak wujud di kampung ini .Mereka terpaksa menggunakan lorong-lorong kecil
di dalam hutan untuk ke sesuatu tempat.Lorong- lorong ini juga merbahaya kerana
di hutan terdapat binatang liar yang boleh mengancam nyawa mereka.Perjalanan ke
suatu tempat mengambil masa yang panjang dengan menggunakan lorong-lorong
tersebut.Mereka hanya berjalan kaki untuk ke sesuatu tempat yang mereka ingin
seperti ke Kampung Baong atau Kuala Berang.Namun begitu,bermula 90-an tiada
lorong-lorong itu dan digantikan dengan jalan tar.Pada ketika penduduk kampung
ini tidak bimbang lagi tentang keselamatan mereka.Akhirnya,mereka tidak lagi
berjalan kaki untuk kemana-mana kerana pada ketika itu kemudahan kenderaan
seperti basikal,motorsikal,kereta telah wujud.Majoriti pada ketika itu penduduk
kampung ini menggunakan motorsikal manakala kereta segelintir sahaja kerana
mereka masih tidak mampu memilikinya.Namun begitu,bermula anggaran tahun 2000
keatas dikatakan bahawa sebuah rumah memang mempunyai sebuah kereta.48Bermula
dengan perubahan ini, kehidupan lebih selesa dan maju serta pergerakan mereka
ke suatu tempat lebih cepat.
Selain itu, infrastuktur rumah
Kampung Payang Kayu pada zaman dahulu amat tidak selesa untuk mereka.Majoriti
penduduk ini berbangsa Melayu.Jarak antara rumah-rumah di kampung ini dalam
keadaan jauh sebelum kemerdekaan .Rumah mereka kelihatan seperti pondok kecil.Selain
itu,rumah mereka diperbuat daripada nipah dan “gelegar” diperbuat daripada
buluh.49Dinding rumah pada ketika dahulu hanya diperbuat daripada
buluh.Namun bermula 90-an sedikit sebanyak keselesaan untuk penduduk ini dapat
dikecapi dengan majoriti rumah diperbuat daripada batu-bata dan kayu.Bahkan
bantuan rumah telah disediakan untuk mereka.Pada zaman dahulu bilangan hanya
diangggar dalam 30 buah rumah sahaja tetapi bermula tahun 2000 keatas mencapai
112 buah rumah dengan jumlah penduduk
kampung sebanyak 560 orang.50Faktor peningkatan jumlah rumah
dan penduduk ialah penghijrahan penduduk lain ke kampung ini.
Disamping itu,kemudahan pada ketika
dahulu amatlah susah diperoleh.Pada pemerintahan Jepun dan British,mereka hanya
menggunakan pelita tanah untuk menerangi rumah mereka yang gelap.Mereka juga
membawa pelita kemana-mana untuk menuju ke suatu tempat apabila malam
menjelang.Namun begitu,perubahan berlaku pada tahun 90-an dengan lampu-lampu
dipasang setiap jalan dan sumber elektrik ada di setiap rumah penduduk.Mereka
pada ketika itu dapat menjalani kehidupan dengan baik hinggalah tahun 2000
keatas.
Setiap hari mereka ke sungai untuk
mencari sumber air untuk digunakan dalam seharian seperti membasuh
pakaian,dijadikan bekalan air dan sebagainya.Pada zaman Jepun dan British
mereka terpaksa berulang-alik daripada kediaman mereka untuk ke sungai yang
jauh.Setelah kemerdekaan, penduduk ini mendapat sumber air paip bukit.Saliran
air ini sangat bersih dari bukit untuk kebaikan penduduk menggunakannya.Mereka
tidak perlu lagi ke sungai .51Akhirnya,saluran paip kerajaan mula
ada di kampung ini pada tahun 90-an.Impaknya mereka lebih mudah melakukan
aktiviti seharian di kampung mereka.Selain itu,pada masa dahulu keadaan
kampung ini amat tidak selesa dan tidak
bersih.Sampah sarap dibuang merata-rata tempat.Namun begitu,bermula tahun 2000
kebersihan kampung amat diutamakan.Gotong-royong diadakan secara beransur-ansur
dan wujudya tempat pelupusan sampah.Pelupusan sampah secara berjadual dilakukan
di kampung ini.52
Di samping itu,mereka melaksanakan
sistem barter yang dikatakan tentang pertukaran suatu barang dengan suatu
barang lain ketika zaman pemerintahan Jepun dan British.Pada tahun 70-an mereka
mula berjinak-jinak untuk menceburi urusan jual beli.Mereka melaksanakan aktiviti
ini dengan menjual hasil pertanian dan penternakan di Kuala Berang.Menjelang
tahun 90-an ekonomi mereka semakin maju dengan jualan hasil pertanian dan
penternakan di kampung sendiri dan kampung lain.Mereka telah membuka banyak
kedai seperti kedai makan,kedai runcit dan sebagainya untuk kemudahan kehidupan mereka.Harga
makanan sepinggan berubah menjadi lebih daripada RM1 berbanding pada zaman
dahulu yang dikatakan hanya RM0.30.Semakin hari semakin maju keadaan ekonomi di kampung ini.53
Seterusnya,pondok
yang dikatakan menjadi tempat menuntut ilmu
bagi anak-anak penduduk kampung ini merupakan tempat yang penting untuk
mereka.Namun keadaan pondok itu amat tidak selesa kerana beratapkan daun rumbia
dan berdinding separuh dan kurangnya bahan pembelajaran di situ.Pada tahun
1960,pondok ini telah dirobohkan dan dibina sebuah sekolah iaitu Sekolah
Kebangsaan Sungai Buloh.Sekolah ini banyak membantu anak-anak penduduk kampung ini sehingga ramai yang buta
huruf menjadi anak-anak yang pintar.54Bahkan surau atau masjid
selepas kemerdekaan dalam keadaan yang kecil dan teruk telah digantikan dengan
masjid yang megah membangun dan sangat luas yang cukup untuk semua penduduk
kampung ini beribadat dan urusan lain di masjid ini.
KESIMPULAN
Dalam jangka masa kira-kira 52 tahun
yang bermula dari awal 1948-an hingga ke tahun 2000,kita lihat Kampung Payang
Kayu telah mengalami pelbagai perubahan ke arah kemajuan dan perkembangan yang
luar biasa dalam pelbagai aspek.Pada ketika dahulu,penduduk kampung ini amat
mementingkan seni kebudayaan dan permainan tradisional.Ini mungkin disebabkan
oleh cara hidup penduduk kampung ini yang sangat kuat perpegang kepada tradisi
yang telah lama ditinggalkan oleh nenek
moyang mereka.Di samping itu,mereka dapat merapatkan hubungan silaturahim
sesama mereka.Semangat persaudaraan antara mereka menjadi kebanggaan dan
menunjukkan perpaduan yang kukuh dalam kampung ini.Kampung ini semakin hari
semakin maju dan bersih dengan peningkatan taraf dan kemudahan yang wujud
bermula 90-an.
Walaupun keadaan telah banyak
berubah dengan pelbagai unsur yang begitu cepat ke dalam penduduk kampung
ini,tetapi penduduk Kampung Payang Kayu
masih lagi dapat memelihara identiti awal pembukaan dan sehingga sekarang.Tidak
keterlaluan jika dikatakan bahawa Kampung Payang Kayu boleh dijadikan satu
contoh kepada penduduk kampung lain untuk membina satu bangsa yang bersatu di
Malaysia kerana kampung ini pernah memenangi Johan dalam Pertandingan Kampung
Terbaik peringkat Negeri Terengganu.
BIBLIOGRAFI
Blog Dedaun Alam adrydaud.blogspot.com/2012/04/zebra-dove-ketitir
Deraman
bin Yusof, Penduduk Kampung Payang Kayu
21700 Kuala Berang
Hatijah
binti Ab.Rahman, Penduduk Kampung Payang
Kayu 21700 Kuala Berang
Kajian
Lapangan di Kampung Payang Kayu (LAMPIRAN)
Laman
web http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0526&pub=
Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_01.htm, Kampung Payang Kayu menang kampung terbaik,2009
Mohd
bin Othman, Penduduk Kampung Payang Kayu 21700 Kuala Berang
Ramli
bin Omar, Pengerusi JKKK Kampung Payang
Kayu 21700 Kuala Berang
Laman
web http://sekkebsungaibuloh.blogspot.com/2012/02/sejarah.html,
Sejarah Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh di Kampung Payang Kayu, 2/2012
Komentar
Posting Komentar