Sejarah itu Indah - Kg Bukit Besi II



KAMPUNG BUKIT BESI DI BAWAH PENTADBIRAN KETENGAH - Juwariah

            Bukit Besi ialah sebuah kampung yang dahulunya dikenali sebuah kota metropolitan kini semakin dilupakan oleh semua orang.Dahulunya Bukit Besi ialah sebuah tapak perlombongan yang sangat terkenal dan maju di seluruh pelusuk dunia kerana pengeluaran bijih besinya yang diusahakan oleh Jepun dan British.Berdasarkan cerita rakyat yang diperolehi,Bukit Besi dijumpai apabila beberapa orang penduduk kampung yang telah masuk ke dalam hutan untuk mencari rotan.Ketika dalam perjalanan mereka telah berhenti sekejap dan menikmati bekalanyang telah dibawa.Salah seorang daripada mereka telah ternampak seketul batu sederhana besar dan sesuai dijadikan lapik duduk.Beliau lalu mengambil keputusan untuk mengangkat batu tersebut.Walau bagaimanapun,niatnya terpaksa dibatalkan apabila batu tersebut terlalu berat.Ada yang mencuba banyak kali untuk mengangkat batu tersebut namun gagal.Maka salah seorang daripada mereka mencadangkan menamakan tempat tersebut dengan nama Bukit Besi dan panggilan itu kekal sehingga hari ini.1
           Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) adalah merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang telah diperbadankan pada 12 April 1973 melalui Akta Parlimen Bil. 104/73 dengan diberi kuasa untuk menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan seluas 443,876 hektar meliputi pedalaman Daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.2
             Pada 12 Jun 1993, kawasan Pembangunan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu seluas 209,199 hektar telah digezetkan melalui P.U.(B) 356 dan pelan warta kawasan No. PW486 sebagai sebahagian daripada kawasan KETENGAH menjadikan keseluruhan wilayah KETENGAH berjumlah 653,075 hektar atau kira-kira satu perdua daripada keluasan Negeri Terengganu.3 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah(KETENGAH) ditubuhkan dan diberi amanah untuk membangunkan bahagian Terengganu Tengah termasuklah Bukit Besi.Beberapa projek besar menelan berjuta-juta ringgit seperti projek pembangunan tanah,perindusrtian,pelancongan dan perumahan yang dipanggil bandar baru Bukit Besi.Ia mula dibangunkan pada bulan Mac 1978 dengan keluasan perbandaran 1618 hektar manakala tarikh kemasukan penduduknya ialah Januari 1981 dengan penempatan awal seramai 1796 orang.Usaha yang dilakukan  oleh Ketengah ini berjaya mengubah kawasan Bukit Besi yang ditinggal selepas mengalami zaman kegelapan setelah lombong bijih besi ditutup.Pelbagai projek untuk pembangunan semula bandar ini dengan infrastruktur fizikal iaitu bekalan air,bekalan elektrik,jalan,telefon dan pengangkutan awam disediakan. Ketengah sebagai peneraju pembangunan wilayah dalam tempoh 10 tahun beriltizam memastikan kesejahteraan penduduk melalui peningkatan pendapatan, taraf kualiti hidup dengan mewujudkan program-program strategik yang berpacukan sasaran.4
             Hala Tuju KETENGAH sehingga tahun 2020 berdasarkan kepada senario perubahan pembangunan yang berlaku di dalam dan di luar wilayah, selaras dengan kemudahan dan peluang yang akan dapat disediakan bagi kemajuan wilayah ini.n Visi KETENGAH adalah menjadikan KETENGAH Maju dengan masyarakat yang progresif dan produktif menjelang tahun 2020.Manakala misi KETANGAH menjadikan KETENGAH sebagai peneraju pembangunan wilayah sehingga tahun 2020 beriltizam memastikan kesejahteraan penduduk melalui peningkatan pendapatan dan kualiti hidup menerusi 12 Program Strategik. Misi KETENGAH akan dijelmakan dalam tiga dimensi menjelang tahun 2020 :
 1.Organisasi
 KETENGAH menjadi organisasi yang terkemuka dalam pembangunan wilayah.
 2.Kawasan
Menjadikan Wilayah KETENGAH sebagai tempat kediaman dan kawasan
industri/perusahaan yang terbaik.
 3.Insan ( Manusia )
 Penduduk wilayah KETENGAH merupakan insan yang berilmu, berteknologi,
berkemahiran dan seimbang di dalam segala lapangan hidup (Khairul Ummatun).
Manakala  Objektif adalah berasaskan Perancangan Strategik KETENGAH sepuluh tahun (2001-2010) dengan matlamat melahirkan sekurang-kurangnya 5,000 orang "Ketengah - MAN" atau ringkasnya K-Man yang mempunyai ciri-ciri purata pendapatan bulanan tidak kurang RM2,000, komputer peribadi  di setiap rumah, berpendidikan sekurang-kurangnya SPM, anak-anak belajar di IPT, mempunyai kereta serta berperibadian mulia.
           Selain itu,memberi tumpuan yang jitu ke arah pembangunan usahawan dengan bermatlamat untuk menambah pendapatan setiap Ketua Isi Rumah (KIR) kepada sekurang-kurangnya RM1,000 ke atas dan menjadikan kawasan-kawasan indah di Wilayah KETENGAH termasuk Tasik Kenyir  sebagai destinasi pelancong terkemuka di rantau Asia Tenggara.  Seterusnya,melahirkan masyarakat KETENGAH yang celik komputer dan segala pengetahuan yang diperolehi dapat diaplikasikan dalam pelbagai bidang kerja.Selain itu, mewujudkan  juga peluang-peluang perniagaan yang berpacukan pasaran dalam pelbagai bidang termasuk berasaskan sumber dan perkhidmatan dalam usaha melahirkan usahawan dalam Wilayah KETENGAH.Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dengan pertumbuhan Industri Kecil  dan Sederhana (IKS) dan juga industri berat dengan mengadakan kemudahan pendidikan dan latihan untuk penduduk memperolehi peluang bagi mempertingkatkan serta melengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran dan ilmu untuk lebih berdaya saing menerusi aktiviti penyediaan kemudahan fizikal untuk mempertingkatkan kualiti hidup disamping melahirkan usahawan dalam bidang pembinaan dan penyelenggaraan.
            Melaksanakan pendekatan baru Pembangunan Insan berdasarkan matlamat yang jelas sebagai pelengkap kepada Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam kawasan Terengganu Tengah dan  mengawal dan menyelaras kegiatan-kegiatan yang tersebut di atas dalam kawasan Terengganu Tengah.5

SEBAB KETENGAHMENGAMBIL ALIH PERTADBIRAN BUKIT BESI

Menjelang akhir tahun 1960an,pengeluaran bijih besi mula merosot sehingga Lembaga Pengarah  Eastern Mining and Metal Company (EMMCO) terpaksa mengambil keputusan untuk menutup lombong Bukit Besi pada 1 Oktober 1970.Pelbagai faktor telah mempengaruhi penutupan lombong bijih besi seperti cukai yang telah dikenakan oleh kerajaan negeri Terengganu terlalu tinggi dan telah membebankan.Faktor yang kedua adalah dikatakan sumber bijih besi semakin berkurang dan telah menimbulkan banyak kerugian.Selain itu,pihak EMMCO juga telah menerima tekanan daripada kesatuan sekerja.Para pelombong mahukan gaji yang lebih mahal dan lumayan.Seterusnya,penutupan lombong bijih besi ini juga dipengaruhi oleh faktor penemuan sumber bijih besi yang baru telah ditemui di Australia.Disana,bijih besi dikatakan lebih banyak dan membawa keuntungan.Penutupan lombong bijih besi ini telah mempengaruhi ekonomi dan kehidupan penduduk-penduduk Bukit Besi dan Dungun.
            Ramai daripada mereka telah berhijrah ke tempat lain untuk mendapatkan pekerjaan baru memandangkan tiada lagi peluang pekerjaan yang disediakan.Keadaan ekonomi Negeri Terengganu ketika itu kian parah dengan penutupan lombong besi di Bukit Besi pada tahun 1971.6 Di zaman kegemilangannya Bukit Besi menyumbang kira-kira 15% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).Lawatan Bapa Pembangunan YAB Tun Abdul Razak Hussain ke Terengganu pada 4 Mac,1972 telah membawa sinar baru.
          Pengumuman yang dibuat YAB Pendana Menteri mengenai 3 projek iaitu pembukaan projek kompleks kayu kayan seluas 250000 ekar di Dungun,pembukaan 300000 ekar pembangunan di Dungun dan pembinaan jalan raya sepanjang 82 batu dari Jerangau ke Jabor,dan pembukaan 400000 ekar tanah di Hulu Terengganu dan Besut.  Ekoran daripada pengemuman itu maka lahirlah Lembaga Kemajuan Terengganu Tegah(KETENGAH) pada 15 Ogos 1972.Ketengah Di tubuhkan secara rasmi pada 12 April 1973 untuk merancang dan melaksanakan projek pembangunan di dalam kawasan Terengganu Tengah.7

PERKEMBANGAN BUKIT BESI SETELAH DIAMBIL ALIH OLEH KETENGAH

      Walaupun perlombongan bijih besi di Bukit Besi ditutup namun kerajaan negeri Terengganu tidak melupakan Bukit Besi.Sebagai langkah lanjutan selepas ditutup,kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan persekutuan telah menghidupkan kembali kampung ini.Pada tahun1973,Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah(KETENGAH) ditubuhkan dan diberi amanah untuk membangunkan bahagian Terengganu Tengah termasuklah Bukit Besi.Beberapa projek besar menelan berjuta-juta ringgit seperti projek pembangunan tanah,perindusrtian,pelancongan dan perumahan yang  dipanggil bandar baru Bukit Besi.Ia mula dibangunkan pada bulan Mac 1978 dengan keluasan perbandaran 1618 hektar manakala tarikh kemasukan penduduknya ialah Januari 1981 dengan penempatan awal seramai 1796 orang. Usaha yang dilakukan  oleh Ketengah ini berjaya mengubah kawasan Bukit Besi yang ditinggal selepas mengalami zaman kegelapan setelah lombong bijih besi ditutup.Pelbagai projek untuk pembangunan semula bandar ini dengan infrastruktur fizikal iaitu bekalan air,bekalan elektrik,jalan,telefon dan pengangkutan awam disediakan.
            Kemudahan perumahan pula meliputi 523 rumah kos rendah, tiga rumah kos sederhana,11 unit rumah kedai dan 12 gerai telah pun siap dibina ketika itu.Perkhidmatan institusi kerajaan pula meliputi pusat kesihatan beroperasi di rumah kos rendah,bomba,pejabat pos,sekolah kebangsaan,pondok polis,bekalan air,masjid,surau,padang permainan kanak-kanak dan lain-lain projek yang menelan kos berjuta-juta.Dari segi pelancongan,taman tasik Bukit Besi yang terletak dua meter dari bandar ini dibangunkan sebagai kawasan pelancongan.Tasik ini pada asalnya sebahagian daripada kawasan tadahan air untuk Sungai Talam yang turut terlibat dalam industri perlombongan bijih besi di Bukit Besi.Ia diusahakan pada tahun 1942 bagi tujuan membersih bijih besi yang dikeluarkan oleh lombong tersebut.8
         Menurut perancangan asal,Ketengah menjangka penduduk di Bukit Besi menjelang tahun 1990 ialah seramai 7743 orang.Tetapi apakah harapan itu menjadi kenyataan atau sekadar mimpi di siang hari.Ini disebabkan sejak bandar itu dibangunkan hingga kini jumlah penduduk tetap tidak bertambah malah semakin berkurang.Ekoran daripada peluang pekerjaan yang lembap,bandar baru Bukit Besi sama seperti bandar lain gagal menarik penduduk menetap di situ.  Ini mungkin memberi kesan negatif  kepada pertumbuhan masa depan bandar itu sendiri.Sebagai contoh daripada 11 buah kedai dan 12 buah gerai hanya enam buah yang diduduki manakala yang lain tinggal kosong.Begitu juga rumah kos rendah kos sederhana mengalami kerosakan teruk dan tidak dibaiki manakala rumah diduduki penghuninya tidak dapat menjelaskan sewa bulanan kerana pendapatannya kecil.9
        Walaupun matlamat Ketengah untuk menjadikan Bukit Besi sebuah tempat pelancongan kurang berkesan.Namun pihak berkuasa segera memulihkan semula keagungan Bukit Besi di satu kawasan yang luas dan diperlengkapkan dengan contoh rumah-rumah lama dengan kawasan bandarnya yang pernah wujud di kawasan itu.Kenderaan yang mengangkut besi yang disebut ‘Roka’,kawasan memasak bijih besi dan keretapi yang pernah mengadakan perkhidmatan antara Bukit Besi dan Dungun perlulah diwujudkan semula.Ini semua penting,sekurang-kurangnya para pelancong yang datang ke Bukit Besi dapat juga melihat wajah sejarah kehidupan Bukit Besi zaman dahulu yang terkenal.Inilah antara daya tarikan pelancong, bukannya tasik sahaja.Tasik,walau bagaimana ia diperindahkan,tidak mungkin dapat memikat hati pelancong.10
          Kegemilangan nama Bukit Besi sahaja rasanya berupaya “ overshadow” keindahan yang hendak diwujudkan di tasik dan seelok-eloknya biarlah ada ‘variety’ bagi pelancong termasuk Miniature Bukit Besi.Adalah dirasakan Bukit Besi dengan miniaturenya,keindahan tasik yang dibina dan dicantumkan pula dengan safari di Dungun pasti akan memikat hati pelancong. Syaratnya hanya satu,pihak Ketengah perlulah mengadakan promosi selain daripada publisiti dan berunding dengan mana-mana pihak syarikat penerbangan untuk menjadikan Bukit Besi sebagai anak angkat sebagaimana syarikat penerbangan Belgium SABENA menjadikan Gua Niah di Sarawak sebagai anak angkatnya dan membawa ramai pelancong ke negeri itu.Perkhidmatan keretapi Dungun-Bukit Besi perlulah dipulihkan setelah ramai pelancong kian berminat mengunjunginya.Pelancong dari luar tentunya tidak pernah menaiki keretapi ala Bukit Besi zaman dahulu dan ini tentu memikat hati mereka seperti pelancong tertarik naik beca dan kereta lembu.Ini semua sesuatu yang baru dan menarik bagi mereka.Janganlah hendaknya Bukit Besi ditinggalkan begitu sahaja kerana di dalamnya banyak menyimpan khazanah kenangan dan khazanah sejarah yang perlu dipaparkan kepada generasi muda yang ada sekarang.11
        Pihak KETENGAH perlu menyediakan Tema Air di Bukit Besi sebagai salah satu tarikan pelancongan.Hal ini demikian kerana Bukit Besi menjadi laluan utama kepada pengguna jalan raya.Dengan adanya Tema Air di Bukit Besi pengguna jalan raya dapat berhenti istirehat di sana.Oleh hal yang demikian,ekonomi kampung Bukit Besi dapat ditingkatkan melalui sektor pelancongan.Walaupun begitu pihak Ketengah  telah membina padang golf di Bukit Besi yang dikenali sebagai Padang Golf Bukit Besi.Padang golf ini dapat membuka mata para pelancong untuk melancong ke Bukit Besi.Pembinaan UITM telah dibina di Bukit Besi berhampiran Tasik Puteri dan di jangka akan buka pada tahun ini.Oleh hal yang demikian,Bukit Besi lebih di kenali oleh orang ramai dengan adanya UITM seterusnya meletakkan Bukit Besi sebagai sebuah kampung yang terkenal dengan tempat pengajian tinggi seterusnya dapat memberikan peluang kepada anak-anak penduduk kampung Bukit Besi menuntut ilmu dihalaman sendiri.12 Antara artifak-artifak peninggalan sejarah yang terdapat di Bukit Besi adalah Chimney,Tin Plant,Terowong Belting,Crushing Plant,Rumah No 1,Setor Bahan Letupan dan kuarters,Stock Pile 1 dan Stock Pile 2.Chimney merupakan dapur tempat memasak.
          Di zaman NMC bijih besi dimasak dan dikeluarkan dalam bentuk jongkong sebelum dieksport ke Jepun.Chimney dibina untuk mengatasi masalah pengangkutan.Tin Plant atau washing plant telah dibina oleh pihak NMC dan digunakan sebagai tempat memerah dan memproses bijih besi.Pada zaman EMMCO ia digunakan sebagai tempat memproses dan membasuh bijih besi.Terowong Belting ialah sebuah terowong yang berada berdekatan dengan Tin Plant.Kegunaan terowong ini tidak begitu jelas,ia mungkin menghubungkan bangunan Tin Plant dengan Stock Pile.13Dengan adanya program mengekalkan artifak tinggalan sejarah dan menyediakan pelbagai infrastruktur di Bukit Besi.  Bukit Besi dapat mengembalikan kegembilanganya dibawah pentadbiran Ketengah dan generasi akan datang dapat melihat.

PERKEMBANGAN BUKIT BESI DI BAWAH PENTADBIRAN KETENGAH DARI SEGI EKONOMI, SOSIAL, DAN BUDAYA

Dari segi pendidikan pula, Pendidikan menjadi asas kepada sesebuah kejayaan. Walaupun cuma terdapat dua buah sekolah di Kampung Bukit Besi iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Besi dan Taman Bimbingan Kanak-Kanak, penduduk kampung ini tidak menjadikan itu sebagai satu halangan bagi menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan ilmu di peringkat lebih tinggi.Hal ini dijadikan satu cabaran bagi mendidik anak-anak mereka supaya menjadi seorang manusia yang berjaya.
Kebanyakan penduduk di sini menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan Bukit Besi.   Sekolah  ini dulu hanya menampung kira-kira 300 orang pelajar dan mengikut sukatan pelajaran yang sama dengan sekolah-sekolah lain di seluruh Malaysia.  Sekolah ini juga disediakan untuk kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun.  Setelah menamatkan sekolah rendah, penduduk kampung akan menghantar anak-anak mereka ke sekolah kampung-kampung sekitar kerana sekolah menengah belum dibuka di perkampungan ini.
Namun kira-kira tahun  2001 telah terbina Sekolah Menengah Bukit Besi dan wujudnya Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA).Ini membolehkan ibu bapa menghantar anak-anak  mereka di kampung sendiri dan tidak perlu ke sekolah kampung berhampiran.  Di Bukit Besi juga terdapat sekolah tahfiz yang dibina oleh orang persendirian.Oleh itu,anak- anak kampung Bukit Besi dapat ilmu akhirat dan dunia.14
Pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pihak sekolah sering bekerjasama untuk memastikan pelajar mendapat bantuan pendidikan yang secukupnya melalui program kelas tambahan pada sebelah petang bagi murid-murid yang akan menduduki peperiksaan besar seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Selain daripada itu, murid-murid didedahkan dengan aktiviti perkhemahan dan gotong-royong bagi mendekatkan pelajar dengan masyarakat luar dan memupuk budaya menjaga kebersihan. JKKK Bukit Besi juga sering memberi peransang kepada pelajar-pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan pelajaran. Antaranya, memberikan insentif kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran.15
            Kampung Bukit Besi juga menjalinkan hubungan yang erat dengan kampung sekitar, kampung sekitar memainkan peranan penting dalam pembangunan kawasan sekitarnya. Begitu juga halnya dengan penduduk Kampung Bukit Besi dan kampung sekitarnya.  Berlaku persaingan yang sihat dalam membangunkan kampung masing-masing di bawah pengawasan Ketengah supaya lebih cemerlang daripada kampung sekitar. Antara kampung-kampung yang terdapat di sekitar kampung ini ialah Kampung Padang Pulut, Kampung Pinang dan Kampung Luik.16
Walaupun terdapat persaingan antara kampung-kampung di sini, namun hubungan erat antara penduduk masih terpelihara.  Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berperanan dalam memastikan hubungan baik ini berterusan.Pelbagai aktiviti dilakukan oleh JKKK untuk mengekalkan hubungan baik ini.  Antaranya mengadakan pertandingan bola sepak dan bola jaring. Selain itu, kampung-kampung sekitar juga menjemput pasukan dikir barat dari kampung berhampiran untuk mengadakan persembahan dalam majlis-majlis rasmi.
         Kebanyakan penduduk di kampung-kampung tersebut menjana ekonomi mereka dengan menjalankan perniagaan kayu atau lebih di kenali sebagai PESAKA.  Selain itu, penduduk di sini juga bekerja dalam sektor awam dan swasta di Bandar Dungun.  Penduduk Kampung Bukit Besi mengamalkan  ekonomi sara diri dengan merternak binatang ternakan seperti Lembu,Ayam,Kambing, dan sebagainya.Seterusnya ada juga penduduk kampung yang bekerja dengan pihak KETENGAH sendiri.  Selain itu juga, penduduk kampung  menjalankan perniagaan secara runcit yang ditawarkan oleh kerajaan seperti e-Tukar.Menurut hasil kajian yang saya dapati ada juga sebilangan belia kampung Bukit Besi bekerja di lombong Bijih Besi di Bukit Besi.Hal ini dapat memberi peluang kepada penduduk kampung untuk menambahkan pendapat serta memberi peluan pekerjaan kepada penduduk kampung.17
          Kampung Bukit Besi merupakan antara kampung yang bertuah kerana mempunyai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang sentiasa mencari peluang untuk membangunkan kawasan tersebut. JKKK juga adalah medium kerajaan bagi memastikan kebajikan penduduk desa terpelihara.  Sistem organisasi JKKK Kampung Bukit Besi membariskan empat biro yang berperanan membantu dalam melicinkan pentadbiran kampung ini. Antara biro-biro yang bertanggungjawab ialah Biro Keselamatan, Biro Ekonomi, Biro Kebajikan dan Sosial serta Biro Agama.
Setiap biro-biro ini mempunyai skop tugasan tersendiri mengikut jabatan bironya. Antaranya, skop Biro Agama akan menjalankan aktiviti keagamaan seperti menguruskan aktiviti ceramah keagamaan, menjalankan aktiviti pada bulan Ramadhan dan sebagainya.18
       Aspek keselamatan kampung bukan satu tanggungjawab yang hanya digalas oleh pihak polis.Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) turut memainkan peranan penting dalam menjaga keamanan dan keselamatan penduduk kampung dengan menubuhkan Ikatan Relawan Malaysia (RELA).  Terdapat 3 platun RELA di sini dan setiap platun mempunyai kira-kira 30 orang ahli.  RELA mempunyai jadual yang telah disusun supaya dapat menjaga keamanan kampung.  Setiap kali bertugas, 6 orang ahli akan menjaga kawasan kampung.Selain itu, Kesatuan Rukun Tetangga (KRT) ditubuhkan di perkampungan ini.  KRT ini bertujuan untuk membantu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung untuk bersama-sama menjaga keselamatan kampung.                                                                                                                                        
Kawasan persekolahan juga memerlukan pengawal keselamatan. Pengawal keselamatan ini diperlukan bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku kepada pelajar-pelajar sekolah dan kakitangan di sekolah Kebangsaan Bukit Besi dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besi ketinggalan sejarah di kampung mereka.19

KESIMPULAN
Lembaga Kemajuan Terenggannu Tengah (KETENGAH) di tubuhkan dan diberi amanah untuk membangunkan bahagian Terengganu Tengah termasuklah Bukit Besi.Bandar baru Bukit Besi mula dibangunkan pada bulan Mac 1978 dengan keluasan 1618 hekta manakala tarikh kemasukan penduduknya ialah Januari 1981 dengan penempatan awal seramai 1769 orang.  Usaha yang dilakukan Ketengah ini berjaya mengubah Bukit Besi yang ditinggalkan selepas zaman kegelapan setelah perlombongan bijih besi ditutup.Walaupun pembangunan bandar Bukit Besi lambat membangun seperti bandar-bandar maju di negeri lain namun pihak Ketengah berusaha untuk memajukan Bukit Besi sehebat zaman kegemilangannya dahulu dengan menyediakan pelbagai  projek untuk pembangunan semula bandar ini dengan infrastruktur yang lebih baik.Ini dapat di lihat dengan terbinanya sekolah-sekolah, masjid , balai polis, taman rekreasi Tasik Puteri, Padang Golf  dan sebagainya.Selain itu, UITM di Bukit Besi akan dijangka  beroperasi awal bulan Jun nanti.  Oleh hal yang demikian, dengan adanya UITM,  Bukit Besi akan menjadi tempat tumpuan pendidikan dari dalam dan luar negeri.  Bukit Besi terus bergerak ke arah pembangunan dan mengalami pembaharuan dengan usaha gigih para pemimpin di peringkat Kampung dengan pengawasan pihak Ketengah.





BIBLIOGRAFI
Akhbar Berita Darul Iman : Bukit Besi Dungun-Terengganu :Tinggal Kenangan, Mac/April
             1993/1995
Encik Wan Mohd Rosli bin Wan Ngah, Pengawai Ketengah, Wawancara tentang              Perkembangan Bukit Besi di bawah Pentadbiran Ketengah.
Laman Web Google.  www.cvkmedia.my
Laman Web Google.  www.ketengah.gov.my
Nordin Hussin, Mac 1992, Jurnal Ensaiklopedia Sejarah dan Kerbudayaan Melayu : Dewan         Bahasa.
Kajian Lapangan di Bukit Besi
Wan Baizura Hanim, Jun 1989, Artikel Bukit Besi Pekan Tinggalan : Dewan Budaya,

Komentar

  1. salam...saya minat dengan tulisan ini.. saya lihat ada no rujukan ..mohon jika dapat saya tahu rujukan yang digunakan untuk saya buat bacaan lanjut

    BalasHapus

Posting Komentar

Postingan populer dari blog ini

P2 bab 3

BEPANG DAN SEJARAH KULINARI

PULAU DUYUNG ADALAH LIDAH NEGERI TERENGGANU