Postingan

Menampilkan postingan dari Januari, 2018

SEJARAH AWAL FELDA KERTEH 3- SATU TINJAUAN

                                  FELDA KERTEH 3; TINJAUAN AWAL PENDAHULUAN              Felda Kerteh 3 adalah sebuah perkampungan Tanah Rancangan Felda yang terletak di Wilayah Ketengah. Felda ini bersebelahan dengan Perkampungan Felda Kerteh 2. Sekiranya kita masuk ke perkampungan Felda Kerteh 3 melalui Paka ke Kilang Sawit Felda, maka perkampungan ini berada di sebelah kiri jalan utama dan perkampungan Felda Kerteh 2 di sebelah kanan. Kedua-dua perkampungan ini hanya dipisahkan oleh sebatang jalanraya utama dari Dungun melalui Durian Mentangau ke Ketengah Jaya. Perkampungan Felda Kerteh 3 ini menjadi penyumbang kepada kemajuan Bandar Baru Ketengah Jaya dengan kapasiti penduduk seramai hampir lapan ribu orang (8,000) pada tahun 2013 ini. Sejarah perkampungan ini sewajarnya di selidiki dan dikaji supaya diketahui oleh generasi sekarang bagaimana ia boleh membangun seperti hari ini jika tidak hasil dari pengorbanan generasi pertama. Semoga hasil penulisan ini akan membuka ruang