Postingan

Menampilkan postingan dari Februari, 2018

PULAU DUYUNG ADALAH LIDAH NEGERI TERENGGANU

                      ASAL USUL KAMPUNG PULAU DUYUNG DAN PERKEMBANGANNYA DARI TAHUN 1800 HINGGA 2000 LATAR BELAKANG AWAL            Pulau Duyung adalah dua buah pulau daripada beberapa buah pulau dalam sungai di Kuala Terengganu iaitu Duyung Besar yang luasnya 62.0 hektar dan duyung kecil, luasnya 3.9 hektar. Asal nama pulau ini ialah Pulau Peria. 1 Mengikut cerita orang-orang tua, oleh sebab disuatu masa dahulu didapati dua ekor ikan Duyung terdampar di pantai pulau ini, maka kemudian daripada itu pulau ini dinamakan Pulau Duyung. 2            Pulau Duyung terletak di muara Sungai Terengganu. Deretan pulau-pulau kecil sepanjang 1.7 kilometer menganjur masuk dari muara ke dada sungai yang terbentang luas . Pulau ini dipercayai mula dihuni sebagai perkampungan nelayan, dan pintu masuk ke Bandar Kuala Terengganu melalui jalan laut oleh para pedagang dan pelaut. Antara pulau-pulau yang termasuk dalam gugusan Pulau Duyung ialah Pulau Duyung Besar, Pulau Duyung Kecil, Pula