Postingan

Menampilkan postingan dari April, 2017

Kesihatan dan Penghospitalan

Kesihatan dan Penghospitalan Dalam sejarah kuno, kepercayaan dan pengubatan saling berhubungan   erat. Salah satu contoh institusi perubatan tertua adalah kuil Mesir . Kuil Asclepius di Yunani juga dipercaya memberikan perubatan kepada orang sakit, yang kemudian juga dianggap bangsa Rom sebagai kepercayaan. Kuil Rom untuk Æsculapius dibangun pada tahun 291 SM di tanah Tiber , Rom dengan ritual kepercayaan hampir sama dengan kepercayaan Yunani. Institusi yang spesifik untuk perubatan pertama kali, ditemukan di India . Hospital/Rumah sakit Brahmanti pertama kali didirikan di Sri Lanka pada tahun 431 SM , kemudian Raja Ashoka juga mendirikan 18 rumah sakit di India pada 230 SM dengan dilengkapi   doktor dan jurawat yang dibiayai kewangan kerajaan. Rumah sakit pertama yang mengajar tentang perubatan, dengan mahasiswa yang diberikan pengajaran oleh tenaga ahli, adalah Akademi Gundishapur di Kerajaan Parsi. Bangsa Rom menciptakan valetudinaria untuk merawat hamba, gladiat

P2 bab 3

TEMA 3 Jelaskan dasar Tanzimat (gerakan pembaharuan) yang dilaksanakan oleh Kerajaan Turki Uthmaniyah antara tahun 1839 hingga 1876. a) Pengenalan - Tanzimat dari segi sejarah bermaksud pembaharuan atau reformasi yang berlaku dalam kerajaan Turki Utmaniyah secara evolusi dari tahun 1839 hingga 1876.- Tujuan Tanzimat diperkenalkan adalah untuk mengembalikan kegemilangan kerajaan Turki Uthmaniyah dengan mengatasi kelemahan sistem pemerintahan dan pentadbiran. Tanzimat memberi fokus kepada masalah rakyat yang beragama Kristian supaya mereka tidak mencari naungan dan perlindungan daripada negara atau kuasa luar.- Tekanan daripada kuasa luar yang berterusan, terutama dari Britain, merupakan antara faktor utama pelaksanaan Tanzimat.- Terdapat pelbagai dasar Tanzimat yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Turki Uthmaniyah dari tahun 1839 hingga 1876 ISI 1: Jenis Dasar Dasar Tanzimat dalam kerajaan Utmaniyah bermula dengan penggubalan piagam Hatt-i Syarif