Kesihatan dan Penghospitalan
Kesihatan dan Penghospitalan
Dalam sejarah kuno, kepercayaan
dan pengubatan saling berhubungan erat.
Salah satu contoh institusi perubatan tertua adalah kuil Mesir.
Kuil Asclepius
di Yunani juga dipercaya memberikan perubatan kepada orang sakit, yang kemudian
juga dianggap bangsa Rom sebagai kepercayaan. Kuil Rom untuk Æsculapius
dibangun pada tahun 291 SM di tanah Tiber, Rom
dengan ritual kepercayaan hampir sama dengan kepercayaan Yunani.
Institusi yang spesifik untuk perubatan
pertama kali, ditemukan di India. Hospital/Rumah sakit Brahmanti
pertama kali didirikan di Sri Lanka pada tahun 431 SM,
kemudian Raja Ashoka juga mendirikan 18 rumah sakit
di India
pada 230 SM
dengan dilengkapi doktor dan jurawat
yang dibiayai kewangan kerajaan.
Rumah sakit pertama yang mengajar
tentang perubatan, dengan mahasiswa yang diberikan pengajaran oleh tenaga ahli,
adalah Akademi Gundishapur
di Kerajaan Parsi.
Bangsa Rom menciptakan valetudinaria
untuk merawat hamba, gladiator, dan prajurit sejak 100 SM.
Konsep kepercayaan Agama Kristian
turut memengaruhi pelayanan perubatan di sana. Maharaja Konsili Nicea I pada tahun 325 memerintahkan
pihak Gereja untuk juga memberikan layanan kepada orang-orang miskin, sakit,
janda, dan musafir. Setiap satu rumah sakit di setiap kota harus menyediakan satu pusat
kesihatan. Salah satu yang pertama kali mendirikan adalah Saint Sampson di Constantinopel dan Basil, bishop of Caesarea.
Bangunan ini berhubungan langsung dengan bagunan gereja, dan disediakan pula
tempat terpisah untuk penderita penyakit lepra.
Pada abad pertengahan Rumah Sakit
di Eropa juga mengikuti pola tersebut. Di setiap rumah badat, biasanya terdapat layanan kesehatan oleh pendeta
dan Jururawat
(Di Perancis untuk rumah sakit adalah hôtel-Dieu, yang berarti
"hostel of God."). Namun beberapa kawasan di terpisahkan dari tempat ibadat. Ditemukan
pula rumah sakit pakar untuk penderita lepra, kaum miskin, atau musafir.
Rumah
sakit dalam sejarah Islam memperkenalkan standar perubatan
yang tinggi pada abad ke8 hingga 12. Rumah sakit pertama dibangun pada abad 9
hingga 10 mempunyai pekerja seramai 25 staff penrubatan dan pekerjaan yang
dilakukan adalah berbeza untuk penyakit yang berbeda pula. Rumah sakit yang
dibiayai pemerintah muncul pula dalam sejarah China pada awal abad 10.
Perubahan Hospital menjadi lebih
sekuler di Eropah bermula pada abad ke16 hingga 17. Tetapi baru pada abad ke18
rumah sakit modern pertama dibangun dengan hanya menyediakan pelayanan dan
pembedahan. England pertama kali memperkenalkan konsep ini. Guy's Hospital didirikan di London
pada 1724
atas permintaan seorang saudagar kaya bernamaThomas Guy. Rumah sakit yang
dibiayai swasta seperti ini kemudian menjadi popular seperti cendawan tumbuh
selepas hujan di seluruh Britian. Di koloni Inggris di Amerika kemudian mendirikan
Pennsylvania General Hospital di Philadelphia
pada 1751.
setelah berjaya mengumpul sumbangan £2,000. Di Eropah biasanya hospital
dibiayai oleh masyarakat. Namun secara umumnya pada pertengahan abad 19 hampir
seluruh negara di Eropah dan Amerika Utara telah memiliki berbagai bagai bentuk
hospital
Sejarah perkembangan rumah sakit terawal
di Asia Tenggara ialah di Indonesia, rumah sakit ini pertama sekali didirikan oleh VOC tahun 1626
dan kemudian juga oleh tentara Inggris pada zaman Raffles terutama bertujuan
untuk merawat anggota tentera beserta keluarganya secara percuma. Jika
masyarakat pribumi memerlukan pertolongan, kepada mereka juga diberikan rawatan percuma.
Di
Tanah Melayu, 500 tahun dulu masyarakat Tanah melayu mengamalkan pengubatan
mengikut kepercayaan kaum masing masing.
Mislanya Kaum Melayu mengamalkan pengobatan yang mengabungkan kepercayaan
setempat secara turun temurun, bercampur dengan mytologi Hindu, Islam dan ilmu
serta ubat ubatan dari Arab. Kemudian perubatan moden mula berkembang secara
beransur ansur keseluruh negara. Hospital di Tanah Melayu ujud kerana adanya
industri bijih timah. Apabila Inggeris datang ke Tanah Melayu sejak 1874,
timbul kesedaran pentingnya tenaga kerja yang sihat.
Pelayanan
Kesihatan dan Hopital di Tanah Melayu
“
|
Gambar
bayang di Perak: Dalam perjumpaan Persatuan
Fotografi Amatur Perak di Taiping, buat kali ke-3, pengerusinya, Mr Wray,
menunjukkan peralatan pancaran Roentgen. Perak dikatakan negeri pertama di
Timur Jauh, di mana fotografi baru telah mula diterima. Peralatan ini
menggunakan gelung aruhan, tiub itu milik Profesor Jackson. Mr Wray mula
mengunakannya pada ikan (ikan bawal) dengan jayanya, imej terhasil
menunjukkan dengan tepat tulang yang terdapat pada ikan. Pancaran itu
kemudiannya digunakan pada tangan patah salah seorang penonton, Mr Pourlier,
yang mengalami kemalangan semasa bermain kriket enambelas bulan lalu. Gambar
yang terhasil memenuhi semua jangkaan. Ia difahamkan bahawa hospital di Perak
tidak lama lagi akan dibekalkan dengan peralatan Roentgen.
Akhbar The Straits Times melaporkan pada 16 Februari 1897
|
”
|
Kolonialisme British
adalah zaman berlakunya eksploitasi kekayaan dan penindasan bagi golongan yang
dijajah melalui konsep kebebasannya. Pengeksploitasian
yang berlaku hanya menguntungkan pihak kolonial British semata-mata manakala
bagi masyarakat setempat pula, ianya terus berada pada takuk
lama. Pengesksplotasian bermula sejak 1786 melalui perjanjian antara Sir
Francis Light dengan Sultan Kedah. Selepas itu British terus meluaskan kuasa
serta pengaruhnya di Kepulauan Melayu dan mereka juga menerokai serta mengeksploitasi
hasil bumi di Tanah Melayu. Secara umumnya terdapat beberapa faktor yang
menyebabkan berlakunya campur tangan dan perluasan kuasa Inggeris di
negeri-negeri Melayu termasuk Sabah dan Sarawak.
Demi mencapai hasrat penjajahan,
British terpaksa memastikan kesihatan pekerjanya. Perkhidmatan kesihatan
merupakan keperluan asas yang mendesak pada zaman penjajahan British. Kemasukan
imigran yang ramai menyebabkan kepadatan penduduk bertambah dan tidak diurus
dengan baik. Bekalan air bersih juga tidak mencukupi menyebabkan penyakit mudah
merebak. Untuk mengawal wabak penyakit British terpaksa menubuhkan hospital
serta pusat kesihatan. Hospital terawal di bina di Taiping dan Kuala Lumpur
pada tahun 1898. Selain pusat kesihatan dan hospital, pusat kesihatan kecil turut
dibina. Sejak 1913, hospital dibina di Sabah seperti di Jeselton, Sandakan,
Kudat dan Tawau. Di Sarawak, perkhidmatan kesihatan hanya tertumpu di Kuching.
Selepas 1921, barulah pusat perubatan kecil dibina di Sri Aman dan Sibu.
Ada juga hospital yang dibina hasil sumbangan orang ramai seperti Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur yang memberi perkhidmatan khusus kepada pelombong bijih timah Cina.
Institut Penyelidikan Perubatan turut dibina pada 1900 untuk mengawal wabak penyakit.Institut ini bertanggung jawab mengkaji punca penyakit dan langkah-langkah pencegahan yang patut diambil. Sanitary Board telah ditubuhkan di Kuala Lumpur untuk mengawas kebersihan dan kesihatan bandar. Ia kemudiannya ditubuhkan pula di Perak. 1911, Sanitary Board dipecahkan kepada dua bahagian:
o Tanggungjawab menjaga kebersihan bandar dijalankan oleh Sanitary Board.
o Tanggungjawab aspek kesihatan diambil alih oleh Jabatan Kesihatan.
Ada juga hospital yang dibina hasil sumbangan orang ramai seperti Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur yang memberi perkhidmatan khusus kepada pelombong bijih timah Cina.
Institut Penyelidikan Perubatan turut dibina pada 1900 untuk mengawal wabak penyakit.Institut ini bertanggung jawab mengkaji punca penyakit dan langkah-langkah pencegahan yang patut diambil. Sanitary Board telah ditubuhkan di Kuala Lumpur untuk mengawas kebersihan dan kesihatan bandar. Ia kemudiannya ditubuhkan pula di Perak. 1911, Sanitary Board dipecahkan kepada dua bahagian:
o Tanggungjawab menjaga kebersihan bandar dijalankan oleh Sanitary Board.
o Tanggungjawab aspek kesihatan diambil alih oleh Jabatan Kesihatan.
Hospital Wah Yong atau Hospital Papa Cina merupakan hospital yang
pertama ditubuhkan di Negeri-Negeri Melayu. Ia ditubuhkan pada tahun 1880 untuk
merawat kuli Cina dan pelombong tin yang sering sakit dan mengalami pelbagai
penyakit seperti cirit-birit,
taun,
malaria, beriberi, disentri, dan penyakit
paru-paru.
Penubuhannya telah dibangunkan selari dengan pertumbuhan ekonomi yang ketara di
bandar tersebut. Hospital ini mendapat sokongan kewangan daripada pedagang
China manakala Kerajaan Negeri membantu dari segi peralatan perubatan,
ubat-ubatan dan kakitangan kejururawatan. Dengan pertimbangan kepada kebajikan
rakyat miskin, hospital hanya mengenakan bayaran minimum 50 sen setahun
daripada kuli miskin. Dasar hospital itu berlangsung dengan licin untuk tempoh
enam bulan pertama sejak penubuhannya, tetapi kemudiannya berlaku kesukaran
dalam mengumpul yuran. Puncanya adalah kebanyakan kuli gagal menyelesaikan
yuran perubatan mereka kerana berpendapatan rendah.
Pada tahun 1880, Hospital Taiping
iaitu antara hospital tertua di negara ini dibina dan dikenali sebagai Hospital
Yeng Wah. Hospital Taiping turut mencatat sejarah kerana menjadi hospital
pertama dilengkapi dengan kemudahan x-ray selepas beberapa bulan diperkenalkan
kepada umum oleh penciptanya Prof. W.C Roentgen. Selain penubuhan hospital,
tren penyakit berjangkit seperti malaria dan beri-beri, yang kerap berlaku
mendorong kepada penubuhan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) pada tahun
1900. Kewujudan IMR adalah bertujuan untuk membuat kajian mengenai penyebab
penyakit berjangkit ini dan kaedah untuk mengawal jangkitan terutama penyakit
tropika.
Bukan itu sahaja, kebimbangan
kemungkinan merebaknya penyakit ekoran daripada kekurangan zat makanan,
penyakit cacar dan penyakit anjing gila juga mengukuhkan keperluan IMR
ditubuhkan di negara ini. Bermula dari itu, kerja-kerja penyelidikan dan
perkhidmatan rancak dijalankan dan pada tahun 1928, Bahagian Entomologi dan
Badan Penasihat Malaria ditubuhkan. Menyusul selepas itu, diwujudkan pula
Bahagian Pemakanan dan Biokimia, Bakteria serta Patologi
Dengan itu, pada akhir tahun
1880, Kerajaan Negeri mengambil alih tanggungjawab penuh ke atas Hospital Yong
Wah, dan memindahkannya ke lokasi sekarang di Jalan Utama, dan dinamakan dengan
Hospital Besar Taiping. Kos penyelenggaraan hospital begitu tinggi, maka Sir
Hugh Low, Residen British Perak mengenakan bayaran kiraan sebanyak satu dolar,
keatas setiap orang yang tinggal di Taiping termasuk dalam daerah akan
dikenakan pada setiap tahun, dan kupon kesihatan akan diberikan bagi mereka
yang membayar yuran. Bayaran telah digunakan sebagai sumbangan bagi
perbelanjaan untuk mengekalkan hospital, tanpa keuntungan yang diperolehi dari
koleksi. Semua makanan, ubat-ubatan dan kehadiran diberi tanpa sebarang caj,
tetapi masyarakat Cina membantah keras cukai ini, kerana ia tidak pernah
dikenakan di negeri-negeri Melayu yang lain, dan sistem ini kemudiannya
dimansuhkan pada tahun 1884.
Institusi ini terdiri daripada
banyak bangunan yang menempatkan wad dan bangunan lain disusun secara
berhati-hati menurut perancangan, ditanam dengan kelapa, pokok yang indah dan
pokok-pokok bunga, yang menenangkan mata. Tujuan hospital ini adalah untuk
membendung penyakit daripada merebak di kalangan kuli, mengurangkan kadar
kematian, dan meningkatkan kadar pertumbuhan; tujuan penubuhan itu akhirnya
bertukar memberikan hasil yang positif. Jumlah kematian dan penyakit merosot
secara beransur-ansur di daerah ini, dan lebih mengejutkan, kadar kelahiran
meningkat dengan banyaknya, dan Taiping terus berjaya dalam pertumbuhan
ekonomi.
Institusi ini adalah di bawah
pentadbiran Dr. Hamilton Wright Inspektor Kesihatan pertama, di mana hospital
dapat mengekalkan 900 pesakit pada satu-satu masa, menurut laporan Sir Cecil
Clementi semasa lawatan ke negeri itu. Pada tahun 1881, hospital itu mengalami
pengubahsuaian utama dan penggantungan. Kos pengubahsuaian keseluruhan
dianggarkan kira-kira 2,100 dolar selat. Menjelang tahun 1884, wad tambahan dan
dispensari telah ditambah; sistem perparitan hospital itu juga bertambah baik
dengan jumlah kos 9,379 dolar selat.
Juga pada tahun yang sama,
sejumlah 3,068 kes telah dikendalikan oleh hospital (jumlah keseluruhan
kira-kira 13,000 kes di Perak), di mana 2,501 kes membabitkan beri-beri. Punca
utama beri-beri adalah disebabkan oleh kekurangan zat makanan dan sanitasi yang
tidak wajar diamalkan oleh kuli. Taiping juga menempatkan sebuah hospital
perlindungan gila (dalam kawasan hospital) dan sebuah hospital penjara (dalam
penjara) di bawah penyeliaan Encik Thomas Prendergast. Pada tahun 1906,
kakitangan perubatan Kerajaan melanjutkan perkhidmatan pada pesakit luar
terutamanya di kawasan luar bandar. Peratusan kematian bagi kes-kes yang
dirawat adalah 18.08% di Taiping, berbanding dengan 13 di hospital lain di
Perak.
Bilangan pesakit yang dirawat
dalam masa satu tahun termasuk beribu-ribu, dan jumlah wang yang dibelanjakan
oleh Kerajaan dalam Jabatan Perubatan, dengan semua doktor dan pembantu,
jururawat, dispenser, dressers, atendan, tukang masak, tukang kebun, penjaga
pintu dan lain-lain, menjadikan jumlah terkumpul kepada jumlah yang sangat
besar. Dilaporkan bahawa banyak peruntukan kerajaan mengalir ke hospital.
Kronologi
1880 – Hospital pertama dikenali sebagai Yong
Hospital Wah dalam Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan pada April 1880 di
Taiping, Perak. Pada bulan Disember tahun yang sama ia telah diambil alih oleh
Kerajaan Negeri dan dinamakan sebagai Hospital Awam Taiping dan berpindah ke
Jalan Utama.
1881 – Hospital ini pergi pengubahsuaian
utama dan penggantungan.
1884 – Sir Hugh Low mengenakan bayaran kiraan
kepala satu dolar untuk perkhidmatan hospital. Sistem ini kemudiannya
dimansuhkan pada tahun yang sama.
1890 – Badan Kebersihan telah ditubuhkan
untuk mengawal dan memantau kesihatan dan kebersihan bandar.
1897 – Pada 3 Februari, radas pancaran
Roentgen yang pertama telah dipasang di Taiping. Berita Harian melaporkan
bahawa ini mungkin negara pertama di Timur Jauh yang menggunakan sinar
Roentgen. Pada 14 Februari, demonstrasi pertama X-ray telah dijalankan di
hospital ini.
1906 – Kakitangan perubatan melanjutkan
perkhidmatan untuk pesakit luar terutamanya di kawasan luar bandar di Perak.
1917 – Pada 12 Jun, aduan peladang Taiping
'kekurangan kemudahan X-ray di kawasan itu.
Oleh itu, pada tahun 1890, sebuah
Lembaga Sanitary ditubuhkan untuk mengawal dan memantau kesihatan dan
kebersihan bandar. Pada 3 Februari 1896, hospital ini telah dipasang dengan
peralatan X-Ray, dan ditandakan sebagai hospital pertama di Tanah Melayu dan
juga Asia Timur Jauh yang memiliki kemudahan-kemudahan tersebut. Encik Leonard
Wray mempengerusikan majlis pembukaan, dan pesakit pertama yang menggunakan
X-Ray adalah seekor bawal.
Pada tahun 1906, Jabatan
Perubatan melaporkan bahawa 318,000 dolar selat telah dihabiskan di Perak untuk
pembangunan di setiap sektor. Menjelang setahun kemudian, penduduk di Taiping
dan di tempat lain di Perak telah meningkat secara beransur-ansur hasil
daripada penjagaan kesihatan yang lebih baik yang telah diambil serius oleh
kerajaan. Taiping menjadi perintis bagi sebuah institusi kesihatan yang
kemudiannya diterima pakai oleh bandar-bandar lain di Tanah Melayu, dan
kemudian hampir setiap bandar di Tanah Melayu mempunyai sebuah hospital.
Selain daripada membawa kemajuan
dalam pelbagai bidang pekerjaan, perubatan dan kesihatan adalah diantara
perkara asas terpenting yang dibawa oleh kolonial British ke Malaya. Pada zaman
dahulu perubatan masyarakat Asia Tenggara banyak menggunakan kaedah tradisional
yang berasaskan kepada alam semulajadi. Walaupun begitu bidang perubatan Barat
dianggap paling maju hasil daripada perkembangan ilmu Islam yang kemudiannya
dikembangkan oleh Barat. Seiring dengan zaman tersebut dengan perluasan
imperialisme untuk menguasai sumber alam Tanah Melayu, pihak British telah
mencadangkan agar hospital dibangunkan dengan tujuan merawat pelbagai jenis
penyakit yang ada di Tanah Melayu seperti taun,malaria, radang paru-paru dan
lain-lain lagi.
Sejarah perkhidmatan kesihatan di
negara ini bermula sejak sebelum merdeka lagi. Pembinaan hospital ketika itu
adalah untuk merawat pekerja-pekerja dalam industri perlombongan bijih timah.
Setiap pekerja lombong harus membayar 50 sen setahun untuk mendapatkan rawatan.
Oleh kerana industri perlombongan bijih timah berkembang pesat di Perak, pada
akhir abad ke-19 maka negeri ini mempunyai paling banyak hospital iaitu 15
buah. Hospital-hospital tersebut ialah Hospital Taiping, Teluk Intan, Tapah,
Sg. Siput, Slim River, Sri Manjung, Selama, Parit Buntar, Kuala Kangsar,
Kampar, Ipoh, Grik, Changkat Melintang, Batu Gajah dan Tanjung Rambutan.
Sejarah perkhidmatan kesihatan
turut dicatatkan di Sarawak. Ia bermula ketika era Raja Brooke di mana hospital
dibina khusus untuk merawat pegawai-pegawai berbangsa Eropah dan keluarga
mereka. Gadis-gadis tempatan juga dilatih menjadi jururawat dan bidan di
Kuching. Semasa zaman kolonial, perkhidmatan di negeri tersebut telah
menfokuskan kepada rawatan perubatan di kawasan bandar. Dalam pada itu,
perkhidmatan kesihatan di Sabah ditubuhkan oleh North Borneo Chartered Company
yang memerintah negeri itu dari tahun 1881 hingga 1942.
Sejarah perkhidmatan kesihatan
juga diwarnai dengan kewujudan perkhidmatan pergigian di Malaya dengan
tertubuhnya klinik pergigian kerajaan yang pertama pada tahun 1929 di Jalan
Silang ( dahulu dikenali sebagai Jalan Tun Tan Siew Sin), Kuala Lumpur. Untuk
memastikan rakyat menikmati perkhidmatan pergigian yang lebih baik, Kolej
Latihan Jururawat Pergigian telah ditubuhkan pada tahun 1949 di Pulau Pinang
untuk melatih jururawat, teknologi pergigian dan pembantu pembedahan pergigian.
Manakala Kolej Kejuruwaratan yang pertama ditubuhkan ialah Kolej Kejururawatan
Pulau Pinang iaitu pada tahun 1947 dan diikuti dengan pembukaan asrama
jururawat iaitu pada 16 Julai 1956 oleh Sir Donald Mc Gilivray K.C.M.G, M.B.E.
Dahulunya dikenali sebagai Sekolah Kejururawat Pulau Pinang. Kolej ini telah
dimulakan dangan kurikulum baru iaitu Latihan Asas, Latihan Pos Basik iaitu
Kursus Paediatrik, Kursus Kebidanan, Kursus Perawatan Rapi, Kursus Koronari dan
Kursus Perioperatif.
Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta
merupakan Institusi kedua yang diwujudkan di Semenanjung Malaysiauntuk melatih
para Pembantu Perubatan demi untuk memenuhi keperluan perkhidmatan dan
kesihatan di Malaysia secara amnya. Kolej Pembantu Perubatan yang lain terletak
di Seremban, Kuching, dan Alor Star. Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta secara
rasminya telah beroperasi pada 1 Januari 1992 dengan kehadiran 6 orang tenaga
pengajar. Pada 13 Januari 1992, Kolej ini telah memulakan latihan asas Pembantu
Perubatan dengan kehadiran 50 peserta. Walau bagaimanapun sejarah kolej ini
bermula lebih awal, iaitu pada tahun 1956 dengan menyediakan latihan untuk
Penolong Jururawat. Seterusnya ia digunakan untuk melatih Pembantu Hospital
Rendah pada tahun 1970. Pada tahun 1992, Bahagian Perancangan Tenaga Manusia
dan Latihan telah membuat keputusan untuk menjadikan kolej ini sebagai sebuah
latihan Pembantu Perubatan yang memberi latihan mengikut kurikulum baru
Pembantu Perubatan yang bertaraf diploma.
Sebenarnya hospital-hospital ini
ditubuhkan bagi merawat imigran-imigran Malaya yang berkerja di lombong-lombong dan
pelbagai sektor yang diwujudkan oleh British
Hospital Alor Setar
Hospital ini dibina pada tahun
1907 tidak jauh dari lokasi istana Kota Setar yang kini menempatkan bangunan
SUK Negeri Kedah. Hospital ini menjadi nadi kesihatan bagi semua penduduk
Kedah dan seiring dengan itu pelbagai wad telah diwujudkan bagi menampung
pesakit yang kian bertambah. Hospital
Alor Setar atau kini dikenali sebagai Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar ialah sebuah klinik kesihatan
kerajaan yang terletak di Alor Setar,
Kedaha.
Hospital Alor Setar mula
beroperasi sejak tahun 1907, terletak di Lebuhraya Darul Aman, di atas tanah
seluas 33 ekar
Pada mula pembinaannya hospital ini dilengkapi dengan 130 buah katil, dan kini
dengan jumlah katil telah bertambah menjadi 812 buah. Apabila Hospital Sultanah
Bahiyah siap
dibina pada 2007, semua pesakit telah dipindahkan ke hospital tersebut. bagaimanapun,
Klinik Pesakit Luar, Klinik dan Wad Psikiatrik, Klinik dan Wad Respiratori
(Dada), Unit Hemodialisis serta Endoskopi masih lagi berfungsi di sini.Pada
tahun 2007 hospital ini diturun taraf menjadi Klinik Kesihatan Kota Setar
kerana pembinaan Hospital Sultanah Bahiyah disiapkan sepenuhnya.
3) Hospital Kajang
3) Hospital Kajang
Mungkin, hospital paling awal di Selangor mungkin
terletak di Klang memandangkan ia pernah menjadi pusat pentadbiran
British-Selangor, Tapi sebenarnya Hospital Kajang dibina pada tahun 1889
merupakan hospital paling tua di Selangor dan terus berkembang hingga ke hari
ini dengan pelbagai infrastuktur seiring dengan pertambahan dan kemajuan Kajang
hari ini. Hospital Kajang
merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Kajangr,
Hospital Kajang mula beroperasi pada 1889.
Hospital Kajang terletak dalam daerah Hulu Langat
dan merupakan sebuah hospital daerah. Hospital Kajang mampu menempatkan seramai
306 pesakit di wad. Ia menawarkan perkhidmatan pakar dan turut memiliki
perkhidmatan Haemodialysis yang mula beroperasi pada tahun 2000.
Hospital ini telah berkembang
maju selaras dengan pembangunan daerah Hulu Langat dari 250 katil pada tahun
1970-an kepada 306 katil pada masa kini. Dari segi struktur bangunan, hospital
ini telah menerima bangunan tambahan peringkat demi peringkat. Dalam tahun
1910, pembinaan bangunan wad yang masih kekal sehingga kini., bangunan wad setinggi
4 tingkat pada tahun 1976.. Bangunan lain adalah blok Sajian Makanan (1983),
Rumah Mayat (1985), blok Patologi (1992). Bangunan tambahan lain adalah melalui
Projek Pembangunan Semula Fasa 2, Hospital Kajang telah dibiayai oleh Bank
Pembangunan Asia berjumlah RM14.1 juta dan telah siap pada tahun 1999. Ianya
terdiri dari Wad Bersalin Kelas 1 & 2 (22 katil), Unit Rawatan Khas Bayi
(20 katil), Dewan Bedah (3 bilik), Unit Rawatan Rapi (6 Katil), Wad Kanak-Kanak
(25 katil) dan blok Rehabilitasi.Pada
tahun 2009, Hospital Kajang telah menerima bangunan tambahan baru iaitu blok
Pengimejan dan Diagnostik baru, Klinik Psikiatri dan Wad Psikitari.
4)
Hospital Port Dickson
Nama asal Port Dickson ialah
Tanjung atau disebut Arang oleh masyarakat tempatan. Sesuai dengan kedudukannya
sebagai bekas pelabuhan, kemudahan untuk mendapatkan rawatan bagi pelbagai
penyakit zaman kolonial telah dibina disini pada tahun 1895. Tak banyak data
tentang HPD ini.. Hospital Port Dickson pada awalnya adalah Hospital Beri-Beri
(Sumber Arkib Negara. Hospital lama telah dibina pada tahun 1895. Reka
bentuk Hospital Port Dickson adalah berkonsepkan Hospital Nukleus yang pertama
di Tanah Melayu pada tahun 1994. Konsep nukleus
adalah diambil daripada senibina dari sebuah hospital
di United Kingdom. Kos pembinaan hospital ini
adalah 40 juta dengan keluasan 55 ekar. Hospital ini terletak 11km dari bandar Port Dickson.
Hospital ini juga mempunyai 110 buah katil dengan 5 wad utama.
5)Hospital Pulau Pinang
Pulau
Pinang merupakan salah sebuah Negeri Selat dan dianggap paling berpengaruh di
Utara Malaysia, Hospital ini dibangunkan secara sementara pada tahun 1812 dan
memberi perkembangan dalam bidang perubatan di negeri-negeri sekitarnya.
Pada tahun 1854 sebuah hospital sebenar dibangunkan oleh saudagar Cina
bagi mengubati ketagihan candu yang melanda dikalangan pekerja-pekerja Cina.
Hari ini kita masih lagi boleh melihat kesan senibina kolonial yang menjadi
saksi bahawa penjajahan secara tidak lansung berlaku di tanah air kita. Hospital Pulau Pinang merupakan sebuah
hospital
kerajaan yang terletak di George Town , Pulau Pinang.
Hospital Pulau Pinang merupakan
antara kemudahan rawatan kesihatan yang terawal di adakan di Malaysia. Pada
mulanya, sebuah hospital sementara telah didirikan di sebuah tapak Hotel E
& O sekarang pada tahun 1812.Pada tahun 1854, seorang saudagar Cina yang
bernama Ah Po telah membina sebuah hospital (Pauper’s Hospital) untuk merawat
penagih candu. Tapak hospital ini kemudainnya diserahkan kepada pihak Inggeris
tahun 1882 dan digunakan bagi membina sebuah hospital yang sempurna.
Pada dasarnya pembinaan Hospital di Tanah Melayu adalah demi kepentingan ekonomi British, sebab itulah pembinaannya dibandar Bandar, dan tenaga kerja perubatanpun di bawa dari British. Tumpuan utama adalha lebioh kepada merawat yang sakit, di zaman penjajahan hospital swasta dibina untuk memberi perkhidamatan kepada kaum Cina terutama rumah sakit bersalin.
Masyarakat Melayu sebelum kedatangan penjajah British kebanyakannya mengamalkan perubatan secara tradisional dan bergantung kepada pawang atau bomoh untuk mengubati penyakit. Penjajahan British di Tanah Melayu telah memperkenalkan sistem perubatan moden dengan adanya doktor, jururawat, klinik, palang merah dan pusat-pusat kesihatan. Penubuhan pusat-pusat kesihatan pada peringkat awal adalah untuk membantu mengubati pekerja-pekerja ladang dan juga penduduk tempatan yang mengidap penyakit Malaria, beri-beri, taun dan sebagainya. Walaupun pada peringkat awal ia tidak mendapat sambutan daripada penduduk Tanah Melayu, lama-kelamaan makin ramai orang kampung telah mengunjungi dispensary atau pasukan perubatan bergerak untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan. Lama kelamaan pusat-pusat kesihatan ini telah berkembang daripada bandar ke kawasan luar bandar |
Komentar
Posting Komentar