Sejarah itu Indah- KG Baong



                                  SEJARAH PERKEMBANGAN KAMPUNG BAONG
                                                                 (1920-2000 tahun)- Catatan Fatin Nabila
 
PENGENALAN
           Kampung Baong berada di bawah Mukim Telemong yang ditadbir oleh penghulu mukim, En. Malik bin Salleh dan di bawah Dun Telemong  yang ditadbir oleh YB Rozi bin Mamat  serta kampung ini yang terletak di Kuala Berang. Sejarah  nama  kampung ini agak unit kerana dikaitkan dengan seekor ikan baong.Kampung Baong  ialah sebuah kampung yang terletak di Kuala Berang dan berada di Daerah Hulu Terengganu.Keluasan kampung ini tidak terlalu  luas dan mengandungi hanya penduduk yang berbangsa Melayu.Kampung Baong telah wujud sejak zaman perang Jepun yang dianggarkan pada tahun 1920 namun tidak diisytiharkan sebagai sebuah Kampung Baong sehinggalah seorang ulama datang dari Johor membuka kampung tersebut. Selain itu, Kampung Baong mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan  mula mengalami perubahan dalam lingkungan tahun 1920 hinggalah 2000.

MENGKAJI ASAL-USUL KAMPUNG BAONG
           Asal-usul Kampung Baong sangat unit kerana ia berkaitan dengan seekor ikan baong yang dijumpai oleh seorang lelaki. Terdapat dua pendapat tentang asal-usul Kampung Baong.Pendapat pertama ialah pada tahun 1920, terdapat seorang lelaki datang dari Johor.1 Nama beliau ialah Sheikh Mohd Hakim dan beliau diberi gelaran sebagai Tok Janggut.2 Menurut orang kampung,beliau digelar Tok Janggut kerana menyimpan janggut yang panjang.Sebenarnya beliau ialah keturunan orang Terengganu.3 Oleh hal yang demikian, beliau datang ke Terengganu untuk mengajar silat.4 Beliau ialah seorang guru yang sangat disegani dan dihormati oleh orang kampung.
                Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau.5 Usia sesebuah ilmu atau salasilah seni silat tidak dapat dihuraikan secara terperinci dan tepat kerana tiada usaha-usaha untuk mengkaji dari pihak berwajib secara mendalam. Ada yang menganggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke generasi. Ini termasuklah pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini di Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia, dan Thailand. Mereka yang belajar silat digelar pesilat. Amalan sekarang, pengajar atau guru silat digelar jurulatih dan seorang yang mewarisi aliran sesuatu perguruan digelar Guru Utama aliran itu.Kebanyakan guru silat kini menolak gelaran Mahaguru kerana bagi mereka gelaran 'maha' hanya sesuai untuk Allah (Tuhan) dan ini menepati perawakan guru silat yang kebiasaannya gemar menyembunyikan kemahiran mereka dan amat merendah diri. Pesilat senior yang telah lama berkecimpung dalam dunia silat sebagai pengajar (atau menyembunyikan kemahiran mereka), berkemahiran tinggi dan ada di antaranya mewarisi beberapa aliran yang telah hilang digelar sebagai Guru Tua dan amat dihormati. Pesilat yang mempunyai tahap silat yang tinggi digelarkan pendekar.6
Antara senjata-senjata Melayu lama yang sering digunakan oleh pesilat adalah seperti keris, parang, pedang, lading, dan tongkat.  7Bagi silat yang tidak menggunakan senjata, pengajaran akan menumpukan perhatian kepada pertempuran tangan kosong (tanpa senjata). Secara am sesebuah aliran silat mengajar kedua-dua kemahiran dan aliran yang hanya menumpukan salah satu daripadanya adalah sedikit. Kebiasaannya seseorang penuntut atau murid baru akan ditumpukan kepada kemahiran tempur tangan kosong sebelum diajar bermain senjata. Bagi sesetengah aliran, hanya murid yang diiktiraf berkemahiran dan mempunyai adab keperibadian yang tinggi dibenarkan mempelajari kemahiran senjata, terutama bagi yang mempunyai senjata yang dianggap senjata 'rasmi' bagi aliran itu.8
             Pergerakan silat terbahagi kepada bunga (pergerakan seolah-olah tarian, digelar juga seni atau tari) dan buah (pukulan atau buah pukul). Bagi mereka yang tidak pernah melihat seni pertahanan diri ini, mungkin ia kelihatan seperti sejenis tarian. Namun terdapat aliran yang hanya mempunyai buah seperti Silat Cekak dan Buah Bentayan. Seni tari yang halus ini memungkinkan ia digunakan sebagai persembahan dalam sesuatu majlis keramaian, malah hampir setiap aliran mempunyai 'tari sembah' termasuklah aliran yang tidak mempunyai bunga. Tari sembah ini dipersembahkan untuk memperkenalkan diri dan aliran yang diwakili/dipelajari.9 Dalam situasi pergaduhan, permulaan langkah dari tari sembah atau sejurus dari bunga yang diperlihatkan membolehkan pesilat mengenali rakan sealiran dan memungkinkan situasi berakhir dengan damai dan bermaaf-maafan.
Adalah menjadi ungkapan yang terkenal dan biasa disebut oleh guru-guru silat bahawa bunga silat mempunyai seribu satu muslihat. Selain daripada kelihatan mengelirukan (seolah-olah menari) dan sebab-sebab di atas, bunga juga digunakan untuk memberi masa dan ruang kepada lawan untuk menghulurkan salam perdamaian (ini dapat dilihat dalam kebanyakan bunga yang kelihatan seperti menghulur salam), menyembunyikan buah dan sudut serangan dan mengacah serta mengumpan lawan (kadangkala sehingga sengaja menunjukkan bahagian tubuh tertentu bagi diserang untuk memerangkap musuh). Silat Gayung Fatani terkenal dengan pergerakan bunga yang cantik dan istilah 'melilit'. Pesilat aliran ini akan sengaja memberi ruang dan isyarat kepada musuh untuk menyerang atau cuba melepaskan diri, di mana semakin musuh itu menyerang setelah termasuk perangkap kuncian, maka semakin ketat mereka akan 'terbelit' dalam kuncian pesilat aliran ini.10Silat juga terkenal sebagai sistem pertahanan diri yang banyak menggunakan kuncian, sama ada kunci urat saraf atau anggota tubuh. Istilah 'kunci mati' adalah sinonim dengan silat.11
          Selain itu, beliau juga terkenal di Terengganu kerana beliau merupakan seorang ulama. Setelah beberapa hari beliau menetap di sebuah kampung, beliau ternampak sebuah bukit. Beliau memberi nama bukit tersebut ialah Bukit Paluh kerana terdapat pokok paluh di bukit tersebut.12 Di Bukit Paluh, terdapat sebuah sungai yang sangat bersih dan tiada sebarang cemaran yang dilakukan oleh manusia dan binatang.Pada hari yang sama, beliau ingin turun ke sungai itu kerana ingin membasuh kakinya yang kotor. 13
          Ketika beliau sedang membasuh kakinya, beliau merasa kakinya sakit. Apabila beliau melihat kakinya, terdapat seekor ikan Baong sedang menyengat kaki beliau.14 Menurut Tok Janggut, sengat ikan Baong sangat kemas dan beliau terus menangkap ikan tersebut. Selain itu, penduduk kampung menyatakan bahawa ikan Baong yang menyengat kaki Tok Janggut itu mempunyai tiga sengat yang sangat berbisa. Jika terkena sengat ikan itu, kemungkinan orang itu akan demam selama dua hari.15
Ikan Baung atau nama saintifiknya Mystus spp. adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN termasuk di Malaysia.16 Ikan baung terdapat dalam sungai termasuk sungai Kalimantan Tengah dan ukurannya mampu mencapai 20 kg. Umpan yang digunakan untuk memancing ikan ini biasanya adalah induk semut (rangrang) yang berwarna hijau terang, satu kail biasanya dikaitkan 5 hingga 10 ekor induk semut tersebut, atau mengunakan cacing tanah yang besar atau usus ayam. Menurut penduduk setempat ikan baung sekitar 60-an ke bawah memancing ikan ini dengan sabun.17
Ikan baung biasanya dielakkan sekiranya berlaku kecelakaan di sungai karena pernah dijumpai jari manusia di dalam perut ikan baung. Tapi rasa ikan baung ini tidak ada bandingnya apalagi selepas dibakar atau dipesmol (acar kuning).18
              Oleh itu, Tok Janggut telah mendapat idea untuk membuka sebuah kampung. Beliau memberi nama, kampung tersebut ialah Kampung Baong.19 Sejak hari itu, semakin ramai orang datang menetap di Kampung Baong kerana ingin belajar silat dan ilmu agama daripada beliau.20
Pendapat kedua pula mengatakan bahawa terdapat sebuah bukit Paluh di kawasan pendalaman.21 Di bukit tersebut, terdapat ikan Baong Emas di sungai. Sejak hari itu, orang kampung berusaha untuk menangkap ikan Baong tersebut. Selepas beberapa bulan mencuba, seorang lelaki mencuba nasib menangguk di sungai itu dan berjaya menangkap ikan Baong Emas.22 Oleh itu, penduduk kampung berbincang untuk memberi nama kampung ini Kampung Baong.23 Mungkin di kampung lain tidak mempunyai kampung kecil seperti Kampung Baong, tetapi di dalam Kampung Baong terdapat kampung kecil iaitu Bukit Nyor dan Durian Mambung.24

 PERKEMBANGAN EKONOMI DAN PERMAINAN DI KAMPUNG BAONG
          Sejak Kampung Baong dibuka pada tahun 1920 oleh Sheikh Mohd Hakim,penduduk kampung mula bergiat dengan ekonomi dan permainan. Antara aktiviti ekonomi yang dilakukan  oleh mereka adalah penduduk kampung akan pergi ke bandar Kuala Berang untuk membeli barang keperluan.25 Mereka akan mengambil masa selama 2 hari 2 malam.26 Jika mereka tidak pergi Kuala Berang, maka mereka akan pergi ke Kuala Ping.
             Menurut pendapat pertama, penduduk Kampung Baong lebih suka membeli dan menjual di bandar Kuala Berang berbanding di Kuala Ping. Hal ini demikian kerana di Kuala Berang lebih banyak barang keperluan berbanding di Kuala Ping. Di Kuala Ping, hanya beberapa barang sahaja yang dijual oleh penjual. Oleh itu, penduduk kampung lebih suka pergi ke Kuala Berang walaupun terpaksa mengambil masa selama 2 hari 2 malam. Kebiasaanya mereka akan membeli ikan selayan, ikan baong, rempah ratus dan barang keperluan dapur seperti beras dan juga menjual buah durian Kuala Berang.27
Selain itu, menurut pendapat kedua pula mengatakan bahawa penduduk kampung suka berjual-beli di atas perahu. Kanak-kanak suka membeli coklat. Coklat  zaman dahulu berharga RM0.10 sen segenggam tangan.28 Selain itu, masyarakat juga sangat suka makan buah durian. Buah durian dijual dengan harga RM0.50 sen sebiji.29 Oleh itu, semua benda yang mahu dibeli akan dijual di atas perahu sahaja di Kuala Ping. Kebiasaannya, selepas membeli-belah, mereka akan pulang melalui jalan yang penuh dengan tanah yang kotor atau selut yang biasa dipanggil oleh orang kampung dan sungai yang sampai paras pinggang.30 Zaman dahulu, jalan yang menjadi laluan orang kampung ialah hutan dan sungai.31 Tetapi, dunia sekarang sudah maju. Jalan sekarang dibuat dari tar. Pada waktu pagi dan petang,mereka akan mencari durian di kebun. Durian tersebut akan digalas dengan raga oleh perempuan manakala lelaki pula akan menggunakan kerbau untuk mengangkat durian.32
            Selepas orang kampung mengutip durian, mereka akan menjual durian tersebut kepada orang yang berdagang. Orang zaman dahulu menggelar orang yang berdagang sebagai “Orang Dagang”. Hal ini disebabkan mereka suka membeli durian dari penduduk Kampung Baong. Selain itu, orang dahulu suka beli ikan selayan yang berharga RM0.10 sen untuk dua ekor.33 Ikan tersebut direbus dan dijadikan lauk nasi. Setelah itu, mereka akan pulang ke rumah pada waktu maghrib.
Selepas tahun 1994, Kampung Baong semakin maju dengan kegiatan ekonomi. Antaranya ialah kedai semakin banyak dibina oleh penduduk Kampung Baong sendiri. Hal ini telah memudahkan masyarakat setempat untuk membeli barang keperluan tanpa pergi ke Kuala Ping dan Kuala Berang.Jalan juga sudah banyak berbeza berbanding dengan zaman dahulu. Jika dahulu penduduk kampung terpaksa meredah sungai dan hutan tetapi sekarang penduduk kampung sudah memiliki kenderaan dan boleh menggunakan jalan tar tanpa mengambil masa yang lama untuk sampai ke destinasi masing-masing.
           Pada tahun 1995, penduduk Kampung Baong mula menanam jagung ,tebu, duku dan pokok manggis.34 Penduduk kampung lain mula membeli buah jagung, duku dan manggis. Kebiasaannya, penduduk Kampung Baong akan menjual buah tersebut di Kuala Berang. Hal ini disebabkan  Kuala Berang merupakan sebuah bandar yang menjadi perhatian orang ramai terutama kepada para pelancong. Buah durian pula, mereka akan mengangkut dengan van atau motosikal.35 Setelah itu, mereka akan menjual kepada para pelancong luar.
            Dari segi permainan pula.penduduk kampung suka bermain bola sepak, gandut, galah panjang, bola sepak takraw dan harimau.36 Sepak Takraw dipercayai berasal dari peramainan Cina iaitu Cuju bermaksud menendang bola. Ia terkenal di Malaysia dan Thailand pada tahun 1400. Ia dikenali sebagai ‘takraw’ dalam Thai.37 Dahulu ia dimain oleh pemuda dan kanak-kanak berdiri dalam bulatan dan menimbag bola bergiliran. Apabila bola itu terjatuh pusingan itu tamat. Pada 1740 peraturan-peraturannya dikenalkan.Kemudiannya ia dimain dengan jaring memisahkan dua pasukan itu. Pada 1933, permainan itu dimain di Negeri Sembilan, Malaysia.
         Ia mengandungi dua pasukan mengandungi 3 pemain. Satu ‘belakang’ yang berdiri di belakang, sartu ‘kanan dalam’ yang berdiri di kanan dan yang terakhir adalah ‘kiri dalam’ yang berdiri di kiri. Sebuah bulatan di dilukis ditengah gelanggang.
1.Membaling syiling dan siapa yang pemenang akan dapat pilih untuk memulakan dahulu atau memilih gelanggang mana mereka mahu.
2.Mulakan pertandingan itu. Mereka hanya boleh menggunakan kaki atau kepala mereka.
3.Untuk pasukan itu memenangi sebuah mata , penentang mereka harus tidak dapat membawa kembali bola itu.38
         Bentuk buah gandut ialah  hampir sama dengan buah getah tetapi buah gandut lebih besar dari bueh getah.Cara bermain gandut adalah dengan menyepak buah gandut dengan kaki dan buah tersebut tidak boleh kena garisan gelanggang.39Jika terkena garisan,maka ia dikira kalah.Selain itu,bola sepak takraw pula dimainkan oleh lelaki.40Apabila salah seorang daripada kumpulan mereka terjatuh,mereka akan disorak oleh penonton.41Pada masa yang sama,hubungan silaturahim antara mereka semakin rapat kerana sering bermain bersama-sama.
          Walaubagaimanapun, Kampung Baong semakin terkenal dengan permainan galah panjang dan ketuk ulu.Ketuk ulu dimainkan bersama lagu dikir barat. Lagu dikir barat ini telah mendapat perhatian ramai sehingga sering dijemput untuk mempersembahkan lagu mereka. Peserta yang menyertai dikir barat ini ialah pelajar sekolah rendah dan menengah.
         Dikir Barat merupakan satu persembahan negeri Kelantan yang disampaikan secara berkumpulan. Setiap kumpulan biasanya diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara.Tukang karut dan Tok Juara akan mendahului nyanyian sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang.42 Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas - balas pantun dan diikuti oleh awak awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Dikir barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau pun dipertandingkan. Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat di musim menuai padi dan juga di majlis perkahwinan. Pertandingan selalunya diadakan oleh persatuan-persatuan belia tempatan, badan-badan kerajaan ataupun orang-orang tertentu untuk mengutip wang. Dikir Barat adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater tradisional yang lain.
       Perkembangannya sukar diatasi kerana ianya sering menerima perubahan dari bentuk persembahannya dari masa ke semasa mengikut perkembangan zaman. Perkataan Dikir ialah hasil dari dua kombinasi seni iaitu Dikir dan pantun atau dikir dan karut. 43Pengertian "Karut" itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair. Jadi Dikir Barat, Dikir Karut, Dikir pantun dan Dikir Syair adalah sama ertinya. Walaubagaimanapun di Kelantan ianya lebih terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan Thai dengan Dikir Karut.44

KEGIATAN UTAMA DI KAMPUNG BAONG
         Penduduk Kampung Baong suka menanam pokok pisang, pokok duku dan daun sirih. Mereka akan membuat “Kepuk” daripada kulit kayu.45 Selain itu, mereka juga gemar menanam padi di sawah bersama keluarga mereka. Kebiasaanya selepas mereka menuai padi, mereka akan meletakkan padi ke dalam kepuk.46 Mereka juga sering melakukan aktiviti jual beli di Kuala Ping dan Kuala Berang. Selain itu, penduduk kampung juga sering berkawan dan bermain bersama dengan orang Asli. Antara kawan mereka ialah Timun, Gelugor, Tanjung dan Tebu.47 Walaubagaimanapun, masyarakat tidak akan lupa untuk bermain permainan gandut dan galah panjang pada waktu petang. Galah panjang adalah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong. Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain. Gelanggang galah panjang dibuat mengikut bilangan pemain yang bermain galah panjang. Contohnya jika pemain ada 10 orang, gelanggang yang dibuat mengandungi 4 baris. Jika bilangan pemain sebanyak lapan orang, gelanggang galah pnjang mengandungi 3 baris. Permainan ini melibatkan kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang mengawal gelanggang. Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak yang menempuh gelanggang. Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang dengan mudah.48
       Cara permainan galah panjang tidaklah sesukar mana tapi ia dapat menguji kepintaran, kecekapan dan kepantansan setiap pemain. Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang. Panjang dan lebar bergantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemain. Selalunya satu petak galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter.  Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggan dan siapa yang menempuh gelanggang.
              Selepas penentuan, kumpulan yang menjaga gelanggang akan menjaga gelanggang dengan berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau belakang. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan menyapakan tangannya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya mereka belari masuk ke dalam gelanggang. Penjaga akan mejaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang dijaganya. Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik. Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi garisan permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin berhenti.
           Syarat permainan , jika penjaga gelanggang dapat menyentuh anak buah, maka anak buah akan mati atau tamat gilirannya bermain dan dikehendaki keluar gelanggang.
Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua, maka seluruh ahli penempuh akan tamat giliran dan akan bertukar giliran antara penjaga dan penempuh.49
            Setelah itu,mereka akan pergi ke sungai untuk mandi dan pulang sebelum waktu maghrib.Penduduk kampung juga sering belajar silat daripada Tok Janggut pada setiap hari.Belajar silat merupakan runtin harian penduduk Kampung Baong malah,penduduk kampung lain juga turut sama untuk belajar silat daripada beliau.50

KAMPUNG BAONG AWAL HINGGA TAHUN  2000
            Pada tahun 1920,ketika Kampung Baong dibuka oleh Sheikh Mohd Hakim hanya beberapa buah keluarga sahaja yang tinggal di sana. Mereka merupakan orang melayu yang berasal dari Terengganu.Sheikh Mohd Hakim merupakan seorang ulama Terengganu dan beliau juga ialah satu-satunya guru silat di Kampung Baong. Beliau diberi gelaran oleh masyarakat sabagai Tok Janggut.51 Selepas beliau membuka kampung tersebut,semakin ramai yang datang untuk menetap di sana. Tetapi selepas tahun 1950 hinggalah tahun 2000, Tok Janggut diganti oleh Ali bin Ismail. Selain itu, beliau juga merupakan seorang imam di masjid  Kampung Baong. Penduduk kampung menggelar Ali bin Ismail dengan gelaran Tok Katik Ali.
            Pada setiap hari, mereka selalu bermain harimau, gandut, galah panjang dan lain-lain.52 Selepas bermain pada waktu petang, kanak-kanak akan pergi bermandi-manda di sungai. Pada tahun 1920 hingga 1998, sungai di Kampung Baong sangat besar dan dalam. Walaupun sungai di sana agak dalam tetapi, ia bukanlah halangan bagi penduduk kampung untuk mandi di sungai atau membasuh pakaian. Pada tahun 2000 pula, permainan yang sering dimainkan oleh penduduk kampung ialah bola sepak takraw, badminton, bola tampar dan congkak. Congkak pula adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli.53
            Selain itu,ketika kampung Baong mula dibuka, rumah yang dibina tidak banyak seperti tahun 2000. Dahulu, hanya terdapat beberapa buah ruma    h sahaja malah, masih terdapat keluarga yang tidak mempunyai rumah.Mereka yang tidak mampu membina rumah, mereka akan membina bangsal.54
Bangsal merupakan satu binaan beratap yang berdinding atau tanpa dinding, yang kebiasaannya tidak digunakan sebagai tempat kediaman, tetapi sebagai tempat menyimpan barang. Contohnya untuk menyimpan padi, traktor serta binatang ternakan (kandang). Bangsal biasanya dijumpai di ladang-ladang. Di Sabah, bangsal juga dikenali sebagai sulap.
            Oleh kerana itu, bangsal biasanya berukuran kecil, tetapi terdapat juga bangsal yang berukuran lebih besar berbanding rumah, umpamanya bangsal tempat perkahwinan. Bangsal juga digunakan sebagai gelaran tempat tinggal, bagi rumah yang terlalu kecil, biasanya satu bilik sahaja, atau tiada berdinding.  55
Bangsal yang dibina oleh mereka daripada buluh dan hanya lebih kurang 10 buah sahaja yang dibina. Pada tahun 2000, bilangan rumah semakin banyak dibina kerana semakin ramai yang datang menetap di sana.Rumah yang dibina pada tahun 2000 ialah sebanyak 102 buah.56
Seterusnya ialah penduduk kampung juga sering menjual dan membeli di Kuala Ping dan Kuala Berang. Kebiasaannya, mereka akan membeli ikan selayan, ikan baong, rempah ratus, coklat dan lain-lain.57 Ikan selayan dan ikan baong yang dibeli oleh mereka akan dijadikan lauk nasi dan kanak-kanak lebih suka membeli coklat. Apabila mereka hendak pergi ke Kuala Ping atau Kuala Berang, mereka terpaksa meredah hutan atau naik perahu untuk sampai di sana, namun apabila tahun 2000, jalan di Kampung Baong semakin baik. Sebelum 1955, jalan tar belum wujud kerana tiada peruntukan untuk membuat jalan tar. Tanpa jalan tar, kehidupan penduduk Kampung Baong sangat susah kerana terpaksa meredah hutan atau naik perahu yang uzur.
              Oleh itu, pihak kerajaan telah membantu penduduk kampung dengan menggantikan hutan dengan jalan tar.Hal ini akan memudahkan masyarakat untuk pergi ke mana sahaja. Mereka boleh membeli barang keperluan dengan kereta,motosikal atau basikal tanpa meredah hutan. Selain itu, penduduk kampung juga boleh membeli ikan tenggiri,ikan talapia dan banyak lagi di Kuala Ping dan Kuala Berang. Oleh itu, penduduk kampung tidak usah bersusah payah seperti tahun 1992 atau sejak pembukaan Kampung Baong itu lagi.                                                                                                                                                          
KESIMPULAN
           Dalam jangka masa kira-kira 80 tahun yang bermula dari awal 1920-an hingga  tahun 2000, kita lihat Kampung Baong telah mengalami pelbagai perubahan ke arah kemajuan dan perkembangan yang luar biasa dalam pelbagai aspek. Pada ketika dahulu, penduduk kampung ini amat mementingkan ekonomi dan permainan tradisional. Hal ini mungkin disebabkan oleh cara hidup penduduk kampung ini yang sangat kuat perpegang kepada tradisi yang telah lama ditinggalkan oleh nenek  moyang mereka. Di samping itu, mereka dapat merapatkan hubungan silaturahim sesama mereka. Semangat persaudaraan antara mereka menjadi kebanggaan dan menunjukkan perpaduan yang kukuh dalam kampung ini. Kampung ini semakin hari semakin maju dengan peningkatan taraf dan kemudahan yang wujud bermula 90-an.
            Walaupun keadaan telah banyak berubah dengan pelbagai unsur yang begitu cepat ke dalam penduduk kampung ini, tetapi  penduduk Kampung Baong masih lagi dapat memelihara identiti awal pembukaan dan sehingga sekarang.Kampung Baong menjadi kebanggaan penduduk kampung kerana Kampung Baong terkenal dengan durian yang paling sedap.



BIBLIOGRAFI
Ismail Ali, 2013. Penduduk Kampung Baong, 21700 Kuala Berang [ 15 Mac 2013 ]
Mohd Zain Zaharah, Penduduk Kampung Baong, 21700 Kuala Berang [15 Mac 2013]
Laman Web Google. 2013. http://ms.wikipedia.org/wiki/Silat [28 Mac 2013 ]
Laman Web Google. 2013. http://ms.wikipedia.org/wiki/Galah_panjang [27 Mac 2013 ]
Laman Web Google. 2013. http://bb2008chijsjc.wordpress.com/sepak-takraw/ [28 Mac 2013 ]
Laman Web Google. 2013. http://ms.wikipedia.org/wiki/Congkak [28 Mac 2013]
Profail Kampung Baong
Laman Web Google. 2013. http://ms.wikipedia.org/wiki/Ikan_Baung [27 Mac 2013]
Laman Web Google. 2013. http://en.wikipedia.org/wiki/Dikir_barat [27 Mac 2013 ]
Kajian Lapangan di Kampung Baong (LAMPIRAN)

Komentar

Postingan populer dari blog ini

P2 bab 3

BEPANG DAN SEJARAH KULINARI

PULAU DUYUNG ADALAH LIDAH NEGERI TERENGGANU