Sejarah Itu Indah -Kg Merchang



KAMPUNG MERCHANG – NIZAM

Kampung Merchang merupakan sebuah perkampungan nelayan yang sudah sekian lama wujud dengan kemajuannya yang tersendiri. Mengikut buku sejarah Negeri Terengganu yang dikarang oleh Haji Buyung bin Adil, Kampung Merchang telah dicatatkan sebagai sebuah daerah dari 13 buah daerah di dalam negeri Terengganu yang telah dibahagikan oleh Sultan Terengganu iaitu Sultan Zainal Abidin II yang memerintah Terengganu pada tahun 1881 sehingga 1919.
Sultan telah melantik Tengku Putera yang berada di Singapura untuk mengawasi Daerah Merchang, manakala beliau sendiri telah mewakilkan kepada dua orang isteri baginda iaitu Tengku Long dan Tengku Safiah. Hasil utama pada masa itu ialah perusahaan membuat belacan dan memproses ikan kering. 7/8 daripada hasil pengeluarannya telah dihantar ke Singapura, manakala 1/8 lagi dijual di dalam negeri dan negeri-negeri jiran.
Mengikut cerita orang tua-tua, nama Merchang adalah berkait rapat dengan perkataan Belacan, disebabkan kemajuan pengeluaran belacan yang banyak dan enak telah menjadikannya sebagai bualan orang sehingga dikenali di Johor iaitu Daerah Mersing dan Singapura. Hasil laut yang banyak iaitu ikan bilis dan ikan halus (Udang Baring) telah menarik ramai nelayan persisiran pantai dalam Negeri Terengganu berhijrah ke Merchang1
            Kampung Merchang yang menjadi tempat kajian saya terletak di Negeri Terengganu Darul Iman. Kalau bertolak dari Kuala Lumpur, perjalanan ke Kampung Merchang mengambil masa kira-kira 8 jam dengan bas ekspres. Perjalanan ini melalui Negeri Selangor, Negeri Pahang dan Negeri Terengganu. Ia terletak sejauh 40 kilometer dari Kuala Terengganu.
Pekan yang paling dekat dengan Kampung Merchang ialah Marang yang terletak lebih kurang 25 km dari Kampung Merchang. Pekan Marang ini dikunjungi ramai pelancong bukan sahaja dari dalam negeri tetapi juga dari luar Negara kerana keindahan pantainya dan ia juga menjadi pelabuhan persinggahan untuk ke Pulau Kapas. Pulau Kapas yang terkenal dengan keindahan laut dan pantai doleh disampai dalam masa 30 minit dari Marang dengan bot bermotor.
 Kampung Merchang mempunyai keluasan 2, 880 ekar persegi dengan 1,458 ekar persegi dimiliki oleh orang kampong sendiri sementara 1,422 ekar dimiliki kerajaan Negeri Terengganu.
Jenis tanah
keluasan
Peratusan(%)
Tanah milik
1,458 ekar
50.6
Tanah kerajaan
1,422 ekar
49.4
Luas kampung
2,880 ekar
100
Sumber : kajian lapangan

Tanah yang dimiliki oleh penduduk Kampung Merchang digunakan untuk pelbagai tujuan, iaitu padang dan kebun getah, tembakau, kelapa, dan rumah atau bangunan2.
Penggunaan tanah
ekar
Peratusan(%)
Getah
720
49.4
Kampung
345
23.7
Kelapa
197
13.5
Tembakau
120
8.2
Bangunan
62
4.2
Dusun
14
1.0
Jumlah
1,458
100
Sumber : kajian lapangan

PENDUDUK
Negeri Terengganu terdiri daripada tujuh buah daerah, iaitu Besut, Dungun, Kemaman, Kuala Terengganu, Marang, Ulu Terengganu dan Setiu. Tiap-tiap daerah tersebut terbahagi kepada beberapa buah mukim dan tiap-tiap mukim pula terbahagi kepada beberapa buah kampung. Daerah Marang terdiri daripada enam buah mukim, iaitu mukim Rusila, Pulau Kerengga, Merchang, Jerong, Bukit Payung dan Alor Limbat. Mukim Kampung Merchang terdiri daripada beberapa buah kampung, iaitu Gong Kasim, Gong Balai, Pasir Puteh, Jambu Bongkok. Ini bermakna Kampung Merchang, tempat kajian teletak di daerah Marang, Negeri Terengganu.
Dari segi pentadbiran, pegawai daerah mengurus daerah masing-masing untuk membangun daerah dan menjalankan pembangunan dengan seimbang. Di Daerah Marang terdapat 2 orang penghulu, iaitu Penghulu Kanan dan Penghulu Mukim. Tugas kedua-dua orang penghulu ini berlainan. Penghulu Kanan membantu pegawai daerah untuk mengurus perkara-perkara dalam Daerah Marang sementara penghulu mukim yang tinggal di dalam mukim itu mengurus hal-ehwal mukim sahaja. Di bawah penghulu, ketua kampung mengurus kampung dan biasanya ketua kampung dilantik oleh pegawai daerah. Tetapi di Kampung Merchang, keturunan pengasas kampung mewarisi gelaran dan tugas sebagai ketua kampung daripada nenek moyang mereka sejak pembukaan kampung pada tahun 1881 hingga masa kini3. Ketua kampung sekarang ialah En. Zamri Bin Musa, 50 tahun, lebih dikenal sebagai pok yee oleh penduduk Kampung Merchang. Selain menjadi ketua kampung, beliau bekerja sebagai petani.
            Menurut Pok Yee, bakal penggantinya belum ditetapkan dan beliau menyerahkan kepada kehendak penduduk kampung untuk menentukannya. Keputusan yang merubah tradisi ini diambil kerana pada pendapat beliau tidak semestinya keturunannya yang terus menjadi pemimpin yang terbaik. Memang menjadi kenyataan, ketua yang dipilih dengan suara ramai akan dapat menjelaskan tugas dengan lebih berkesan lantaran adanya sokongan yang jitu lagi padu daripada orang ramai.
Penduduk Kampung Merchang pada tahun 1985 berjumlah 790 orang; 399 orang lelaki, 391 orang perempuan. Bilangan keluarga ialah 157 ; 154 atau 98% daripada mereka adalah keluarga melayu dan 3 keluarga atau 2% keturunan orang Indonesia. Keluarga Indonesia ini beragama islam dan mengikuti cara hidup orang melayu. Kebanyakan penduduk sekarang ini adalah keturunan orang yang mengikut rombongan tersebut pada tahun 1860-an dan kedatangan orang luar tidak banyak. Oleh itu Kampung Merchang mempunyai perpaduan dan pergaulan masyarakat yang masih erat.
Jadual : Penduduk Kampung Merchang dari segi keturunan
Jenis keturunan
Bilangan keluarga
Pertusan (%)
Melayu
154
98
Indonesia
3
2
Saya telah memilih Kampung Merchang sebagai tempat kajian berdasarkan beberapa ciri khusus. Berdasarkan keadaan Kampung Merchang tersebut, saya memilih kampung ini sebagai tempat kajian lapangan sebab (i) Kampung ini ialah sebuah kampung melayu tipikal yang hampir hampir semua penduduknya terdiri daripada orang-orang melayu dan beragama islam, (ii) Masyarakat melayu Merchang terdedah kepada perubahan dari pelbagai segi, termasuk social, ekonomi dan politik. Ini kerana letaknya tidak berapa jauh dari Bandar Kuala Terengganu dan tempat peranginan(pulau kapas). Oleh itu, masyarakat melayu Merchang terbuka kepada pengaruh masyarakat luar dan orang asing, (iii) Masyarakat melayu Merchang ini masih mempertahankan tradisi melayu walaupun terdedah kepada kemajuan dan perkembangan industri serta perlancongan. Berdasarkan keadaan kampung tersebut, saya memilih Kampung Merchang untuk meneliti kewujudan dan penggunaan konsep “jadi orang” tradisi serta memahami perubahan konsep tersebut menurut perubahan sosio-ekonomi dalam pembentukan personaliti anak-anak mereka.

KEGIATAN EKONOMI KAMPUNG MERCHANG
Kampung Merchang merupakan sebuah kampung yang mempunyai pelbagai aktiviti keusahawanan yang rancak. Aktiviti keusahawanan di sini diusahakan oleh penduduk kampung yang mempunyai minat dalam perniagaan. Mereka bukan sahaja menerima tempahan produk dari penduduk setempat, malah dari penduduk luar juga4.
Terdapat pelbagai bentuk perusahaan yang dijalankan, terutamanya berasaskan hasil laut. Selain itu, terdapat juga beberapa pengusaha yang menjadi Anak Angkat kepada persatuan Nelayan dan Jabatan Perikanan Negeri Terengganu .
Mereka biasanya mengusahakan produk seperti belacan, pelbagai jenis keropok dan ikan masin. Terdapat juga perniaga atau usahawan yang masih dalam bimbingan pihak terbabit dan lebih dikenali sebagai Usahawan Bimbingan, bertujuan untuk membantu mereka bergerak lebih jauh lagi5. Antara keusahawanan yang dijalankan ialah :
           Puan Hajah Senik binti Yusof, 56 Tahun ialah seorang pengusaha kedai runcit di kampung Merchang. Memulakan perniagaannya dengan bermodalkan wang simpanan sendiri, dan telah menjalankan perniagaannya selama 23 tahun, sejak tahun 1984. Dahulu perniagannya dibantu oleh beberapa orang pekerja, tetapi kini beliau menjalankan perniagaannya hanya dibantu oleh suaminya.Puan Hajah Senik mengusahakan perniagaan barangan runcit dan barang keperluan dapur seperti sayur-sayuran, ikan dan lain-lain. Memulakan perniagaannya seawal jam 8 pagi sehingga jam 10 malam, dan dibuka pada setiap hari.


          Noraiha Bt Harun ialah seorang pengusaha kedai makan yang terdapat di Kampung Merchang. Puan Noraiha telah Berjaya menjalankan perniagaannya selama 10 tahun, serta dibantu oleh 4 orang pekerja. Beliau memulakan perniagaannya dengan bermodalkan wang simpanan sendiri dan pernah mendapat latihan keusahawanan di Institut Latihan Pengendali Makanan.  Selain menjalankan perniagaan kedai makan di Kampung Merchang, beliau juga menguruskan perusahaan makanan di kantin di Sekolah Menengah Merchang.
             Encik Mohd Jaafar Bin Mohd Salleh merupakan bekas penunutut Insitut Kemahiran Mara, dan kini adalah seorang pengusaha sebuah bengkel motorsikal di Kampung Merchang. Bengkel yang telah beroperasi sejak 10 tahun yang lalu ini dibuka dengan bermodalkan daripada wang simpanannya sendiri,  dan masih beroperasi sehingga kini.  Selain itu, bengkel motorsikal ini turut menjual alat-alat ganti motorsikal. Beroperasi bermula jam 9 pagi sehingga 9 malam, pada setiap hari kecuali pada hari Jumaat. Kedai ini beralamat di Simpang Empat, Lot 418 Merchang, 21610 Marang, Terengganu. Di samping itu, Encik Mohd Jaafar juga mempunyai ladang tebu seluas 1 ekar, di mana dibantu oleh 3 orang lagi pekerjanya. Ladang tebu ini baru sahaja diusahakan dan dalam proses percubaan untuk menambahkan lagi sumber pendapatannya bagi memenuhi impian dan kejayaannya.
            Kedai makan ini diusahakan oleh Abdullah bin Ismail, 17 tahun, dan kakaknya Minah binti Deraman, 30 tahun. Keduanya adalah adik-beradik yang telah menyambung perniagaan ayah saudara mereka, Muhammad Bali yang telah dibuka semenjak 30 tahun lalu. Kedai mereka dibantu 2 orang pekerja. Beroperasi setiap hari dari pukul 4.30 petang  sehingga pukul 10 malam. Kedai makan ini khusus dengan pelbagai jenis roti canai dan minuman. 
           Ayu Amani Enterprise ini dimiliki oleh Raja Rokiah Bt Raja Senit, 35 tahun. Mula menjalankan perniagaan pada tahun 1997. Ayu Amani Enterprise menerima tempahan jahitan pakaian dan langsir,   menjual barangan  dan  peralatan untuk menjahit serta sewaan peralatan untuk perkahwinan termasuk perkhidmatan solekan (andaman) untuk perkahwinan. Raja Rokiah dibantu 4 orang pekerja. Kedai ini dibuka pada jam 10 pagi hingga 10 malam pada setiap hari, namun ditutup pada hari Jumaat. Kedai ini beralamat di No.3, Simpang Tiga, Jalan Gong, 21610 Merchang, Marang, Terengganu.
       Puan Zaliha Bt Ishak ialah seorang pengusaha keropok lekor di Kampung Merchang. Dilahirkan pada 11 September 1964, dan kini berumur 43 tahun. Selain menjual keropok lekor, terdapat juga pelbagai jenis keropok keping yang diusahakan. Perniagaanya diuruskan oleh Nor Amira iaitu anak kepada Puan Zaliha Bt Ishak. Selain  Nor Amira, perusahaanya juga dibantu oleh 3 orang pekerja lain. Perniagaannya dibuka pada setiap hari iaitu bermula jam 9 pagi sehingga jam 9 malam.
          Henry Carwash and Services di Kampung Merchang diusahakan oleh Mohd Khairi Bin Mohd Zin. Henry Carwash and Services menyediakan perkhidmatan cucian dan penyelenggaraan kenderaan.  Mempunyai 2 orang pekerja yang diupah iaitu Jaswadi Bin Jawang termasuk seorang pengurus yang menguruskan bengkel ini iaitu Mohd Hereida Bin Mohammad. Memulakan operasinya pada setiap hari dan tutup pada hari Jumaat bermula jam 9 pagi sehingga jam 9 malam. Bengkel ini bertempat di alamat: Batu 4 ½ Kampung Merchang, 21610 Marang, Terengganu.


PERLANCONGAN

            Kampung Merchang juga terkenal dengan lagunnya. Lagun yang indah ini telah banyak kali menggamit kedatangan pelancong ke sini. Antara destinasi pelancongan yang terkenal di sini ialah Pulau Kapas yang hanya terletak 18 km dari Merchang dan mengambil masa hanya 15 minit dari Jeti Marang. Pulau Kapas ini amat terkenal dengan kecantikan airnya dan tempat untuk aktiviti menyelam (Scuba Diving dan Snoorkeling).
            Selain itu, terdapat juga beting pasir yang menyumbang kepada aktiviti pelancongan. Pulau Ranggut yang    mempunyai ternakan udang harimau, paya bakau dan paya nipah. Selain aktiviti pelancongan, aktiviti berbentuk  riadah dan program–program kemasyarakatan anjuran belia turut diadakan di sini. Ekoran daripada aktiviti pelancongan yang rancak dijalankan di sini, penduduk tempatan telah mengambil kesempatan untuk membuka chalet dan rumah tetamu (guest house) serta homestay yang sangat maju dengan permintaan yang tinggi dari orang ramai untuk menikmati keindahan kampung serta mengikuti aktiviti perikanan yang ada6.
Kemudahan Asas

              Selaras dengan kemajuan Terengganu, Kampung Merchang kini telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas. Kemudahan insfrastruktur yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Marang dan juga Kerajaan Negeri Terengganu ini. Kemudahan ini dibina bertujuan untuk memberi kesenangan kepada penduduk Kampung Merchang supaya dapat menjalani kehidupan sehariannya dengan sempurna. Antara kemudahan asas yang disediakan adalah seperti berikut :

BIL
NAMA
JUMLAH


1
Sekolah Kebangsaan Merchang
1


2
Sekolah Menengah Kebangsaan Merchang
1


3
Tadika
3


4
Balai Raya
4


5
Dewan
2


6
Kompleks Mini Sukan Merchang
1


7
Surau
8


8
Masjid
1


9
Kedai
31


10
Telefon Awam
19


11
Pusat Kesihatan Keluarga
1


12
Balai Polis
1


13
Padang Permainan
4


14
Pasar Malam/Pasar Lambak
1


15
Pejabat Penghulu
1


16
Balai Penghulu
1


17
Perpustakaan Awam
1


18
Pusat Kegiatan KEMAS
1


19
Tanah Perkuburan Islam
1


20
Pejabat Belia
1


21
Jeti Perikanan
1

Pendidikan






             Pendidikan di Kampung Merchang mula di perkuatkuasakan pada 1980. Pendidikan ini bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang berpendidikan dan agama yang tinggi. Dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. JKKK Kampung Merchang telah mengambil inisiatif sendiri7.
Pra Sekolah
Tabika KEMAS di Pusat Kegiatan KEMAS Merchang
Tabika KEMAS di Kampung Kampung Gong Kasim Merchang
Sekolah Rendah dan Menengah
Sekolah Rendah Merchang
Sekolah Menengah Kebangsaan Merchang
             Terdapat sebuah sekolah rendah di sini iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Merchang, yang mempunyai seramai 847 orang murid, dengan jumlah tenaga pengajar seramai 48 orang. Sekolah rendah kebangsaan merchang mula wujud dalam lingkungan tahun 1981. Selain sekolah rendah, terdapat juga sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Merchang. Sekolah menengah ini mempunyai seramai 1,345 orang pelajar dan seramai 69 orang guru bertugas. Kedua-dua sekolah ini terletak  di dalam kawasan Merchang. Rata-rata pelajarnya adalah dari anak-anak penduduk tempatan.
            Kelas komputer mula di buka pada tahun 2000. Kelas komputer juga turut diadakan di sini bagi membimbing generasi Kampung Merchang ke arah celik IT. Kelas komputer ini diadakan di KEMAS Merchang iaitu 5 kali dalam seminggu selama 2 jam. Jumlah peserta yang terlibat adalah seramai 27 orang dan kelas komputer ini masih lagi dalam usaha untuk menambah peserta8.
           Perpustakaan Desa ini mula ditubuhkan pada tahun 2000. Perpustakaan Desa diwujudkan di bawah kelolaan Perpustakaan Awam Terengganu, dengan jumlah buku yang dibekalkan sebanyak 2,000 buah dan jumlah ahli seramai 195 orang. Perpustakaan Desa ini juga terletak bersebelahan dengan masjid Kampung Merchang. Perpustakaan Desa ini mempunyai pelbagai buku yang berbentuk agama, motivasi, sastera dan sebagainya. Perpustakaan Desa dibuka bertujuan untuk menggalak kepada anak-anak muda supaya rajin membaca. Selain itu, dapat menambahkan ilmu pengetahuan penduduk Kampung Merchang9.
PENUTUP
Kehidupan manusia di dunia ini bermula dari sebuah sekelompok manusi terdiri dari beberapa keluarga yang akhirnya berkembang  menjadi sebuah perkampungan. Kadang-kadang ia ditempatkan  di satu-satu tempat oleh kumpulan tertentu menjadi satu perkampungan dengan kehidupan yang tersusun. Demikianlah dengan perkampungan yang telah dibincangkan di atas, sehingga ia membentuk sebuah kuantiti yang besar dan berkembang adalah hasil usaha pihak kerajaan yang berusaha memberikan kehidupan yang lebih baik untuk rakyat mereka. Sejarah awalnya perlu di terokai dan di tulis  untuk menjadi pencerahan untuk generasi akan datang  agar mereka  sedar bahawa sebuah kehidupan yang segar dan berjaya hari ini sebenarnya dirintis dan diterokai oleh generasi terdahulu dengan jerit perih dan kepayahan. Sewajarnya usaha generasi terdahulu perlu disedari, dipelihara dan dimajukan agar ia tidak hilang dan tergadai kerana kesilapan kita generasi terkemudian








BIBLIOGRAFI
Buku sejarah Negeri Terengganu yang dikarang oleh Haji Buyung bin Adil
Hajah Senik bt Yusuf, pengusaha kedai runcit, wawancara, 16/32013
Laman web
Laman web
M. Jaafar bin Salleh, perniagaan kedai motorsikal, wawancara, 23/2/2013
Puan Noraiha bt Harun, pengusaha kedai makan, wawancara, 9/3/2013
Raja Rokiah bt Raja Senik, pengusaha kedai menjahit, wawancara, 1/3/2013
Zakiha bt Ishak, pengusaha keropok lekor, wawancara, 15/3/2013
Temubual En. Abd Aziz bin Sulaiman

Komentar

Postingan populer dari blog ini

P2 bab 3

BEPANG DAN SEJARAH KULINARI

PULAU DUYUNG ADALAH LIDAH NEGERI TERENGGANU