Perhambaan
Sistem Perhambaan Di Alam Melayu mengikut Abdullah Munsyi (Sekitar 1819-1854)
Perhambaan dalam masyarakat Melayu telah lama wujub sebelum kedatangan inggeris lagi. ...
Perhambaan dalam masyarakat melayu tradisional adalah institusi sosial dan amat berlainan dengan sistem perhambaan barat.Di barat pula sistem perhambaan mereka lebih kepada corak perdagangan manusia dan pernindasan.Ulasan dari Artikel yang diterbitkan oleh Hanapi Dollah,Pensyarah di UKM Bangi.1992.
Daripada petikan itu dapat saya huraikan bahawa sistem hamba dalam Masyarakat melayu adalah merujuk kepada sistem ketaatan serta pekerjaan,mereka menjadi hamba kepada tuan mereka,yang memberi upah dan tempat tinggal.Hamba dalam masyarakat kita bukalah bermaksud hamba abdi yang dibeli dan dipaksa bekerja seperti dalam masyarakat di benua lain.Hamba di Tanah Melayu sebenarnya lebih bertumpu kepada kegiatan pekerjaan diman mereka dapat upah dan bebas untuk melakukan apa saja dan bebas untuk tinggal di mana-mana,kecuali mereka perlu taat untuk membuat kerja yang diarahkan.......
Institusi perhambaan
merupakan amalan kemasyarakatan yang telah diamalkan di Negeri-negeri
Melayu sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi. Hamba dapat
melambangkan pengaruh dan kekayaan seseorang pembesar pada ketika itu.
Semakin ramai hamba yang dimiliki seseorang pembesar, ini menunjukkan
semakin berstatus kedudukannya dalam masyarakat dan semakin kukuhlah
kedudukan ekonominya. Sebelum kedatangan Barat hamba boleh dibahagikan
kepada beberapa jenis iaitu hamba abdi, hamba berhutang, dan hamba raja
Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
Institusi perhambaan
merupakan amalan kemasyarakatan yang telah diamalkan di Negeri-negeri
Melayu sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi. Hamba dapat
melambangkan pengaruh dan kekayaan seseorang pembesar pada ketika itu.
Semakin ramai hamba yang dimiliki seseorang pembesar, ini menunjukkan
semakin berstatus kedudukannya dalam masyarakat dan semakin kukuhlah
kedudukan ekonominya. Sebelum kedatangan Barat hamba boleh dibahagikan
kepada beberapa jenis iaitu hamba abdi, hamba berhutang, dan hamba raja.
Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
Institusi perhambaan
merupakan amalan kemasyarakatan yang telah diamalkan di Negeri-negeri
Melayu sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi. Hamba dapat
melambangkan pengaruh dan kekayaan seseorang pembesar pada ketika itu.
Semakin ramai hamba yang dimiliki seseorang pembesar, ini menunjukkan
semakin berstatus kedudukannya dalam masyarakat dan semakin kukuhlah
kedudukan ekonominya. Sebelum kedatangan Barat hamba boleh dibahagikan
kepada beberapa jenis iaitu hamba abdi, hamba berhutang, dan hamba raja.
Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
Dalam masyarakat Melayu dahulu seseorang
rakyat yang berhutang dan gagal menjelaskan hutang berkenaan maka dengan
itu bukan sahaja dia sendiri menjadi hamba tetapi juga keluarganya
kalau dia sudah berkeluarga.Hamba-hamba yang berkeluarga biasanya
bertugas utk membuat kerja pengeluaran iaitu bertani dan melombong .Jika
hamba perempuan(yang berhutang)mereka lebih tertumpu kepada kerja
domestik iaitu memasak,mengasuh,mengangkat air,membelah kayu api
,menumbuk padi dan membersih rumah.Hamba-hamba perempuan yang belum
berkahwin dijadikan bakal isteri kepada pengikut lelaki muda.Mana-mana
yang bernasib baik dapat menjadi isteri kepada pembesar atau gundik
kepada raja.
Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
Abdullah Munsyi menceritakan:-
Syahadan maka pada suatu hari, iaitu musim Bugis datang, maka kulihat ada lima enam puluh orang hamba-hamba laki-laki perempuan dibawa Bugis berjalan keliling negeri Singapura. Ada yang tua, ada yang muda, ada yang mendukung anak, ada yang sakit. Maka dihalau oleh orang Bugis itu dengan suatu rotan di tangan, di sana dipukulnya, di sini dipukulnya. Maka pergilah aku mendapatkan orang itu, maka kutanya, "Apakah bangsa-bangsa orang ini?" Maka ditunjukkannya. "Ini orang Manggarai anak beranak, ini lagi orang Mandar." Dan lagi katanya, "Jikalau Encik turun ke laut itu, ada satu perahu baharu masuk semalam, ada tiga empat ratus hamba dibawanya." Maka cuma-cumalah aku bertanya, "Ini berapa harga?" Maka katanya, "Ini empat puluh, itu tiga puluh." Maka kemudian aku pun berjalanlah.
Hatta setelah keesokan harinya pagi-pagi aku turunlah ke laut hendak pergi melihat itu. Maka apabila sampai ke perahu itu, maka kulihat penuh sesak dengan hamba, ada kira-kira tiga ratus orang laki-laki, perempuan, budak-budak, ada yang bunting hampir beranak, yakni bunting sarat. Maka terlalulah kasihan hatiku melihat akan dia. Maka sebentar lagi kulihat orang-orang Cina datang beratus-ratus hendak membeli itu. Maka aku pun adalah berdiri melihatkan hal mereka itu dengan belas kasihan sebab melihat hal perempuan yang bunting itu, dipandangnya akan daku meleleh air matanya, maka aku pun meleleh air mataku sebab terkenangkan hal anak bini siapakah ini, dan lagi sebab melihatkan pula darihal seksanya hamba-hamba itu diberi nasi dalam tempurung, dan diberinya air dalam bambu, seperti orang memberi makan anjing.
Kemudian masuklah aku ke bawah, kulihat perempuan, banyak muda-muda, ada yang tengah naik, ada yang sudah sampai umurnya baligh, ada yang putih, ada yang hitam, berbagai rupanya, ada pula yang tiada tahu bahasa Melayu, yang ada rambutnya kerinting, dan yang ada hitam, kelihatan gigi sahaja putih, perutnya besar, dan bibirnya tebal. Bermula orang yang empunya hamba-hamba itu kelakuannya seperti binatang yang tiada bermalu dan tiada takut kepada Allah. Adapun budak-budak perempuan yang muda-muda itu duduklah berdekat-dekat dengan dia, kelakuan yang tidak patut kutuliskan dalam kitab ini. Adapun barang siapa yang hendak membeli budak-budak itu, maka dibukakannya tubuhnya dan berbagai-bagai lakunya, dengan tiada menaruh kasihan barang sedikit jua pun, kerana kulihat apabila budak-budak kecil anak hamba-hamba itu menangis ditendangnya akan dia tunggang balik, dan dipukul maknya dengan kayu, bengkak-bengkak tubuhnya.
Maka yang mana perempuan muda-muda itu sebab banyak orang hendak membeli diberinyalah sepotong kain, dan yang mana tua-tua dan ada sakit-sakit itu tiadalah dipedulikannya, dan lagi pula yang terlalu besar celaka kulihat maknya dijualkannya kepada orang lain, maka menangislah emaknya, dan anaknya itu pun berteriak-teriaklah sebab melihat maknya dibawa pergi itu. Maka tatkala itu seperti putuslah rasanya hatiku melihatkan hal itu. Maka pada perasaanku, jikalau kiranya aku ini orang yang berkuasa, nescaya kuhukumkan orang celaka yang membuat demikian itu. Dan lagi pula yang ada hamba laki-lakinya itu pula diikatnya pinggangnya seperti monyet, seorang suatu tali, ditambatkannya di tepi perahu itu, berak kencing pun di situlah. Maka baunya perahu itu tiada boleh membuka hidung adanya.
Adapun kebanyakan hamba-hamba perempuan yang datang pada masa itu perempuan Bali dan Bugis, maka sekalian itulah dibeli oleh segala bangsa, baik Cina, baik Keling, Melayu, dibuatnya bini, menjadi banyak beranak-beranak sampai sekarang ini. Dan lagi pula perahu-perahu Melayu pun ada membawa hamba-hamba dari Siak dan Minangkabau, dan Pekan Baharu, maka semuanya datang tumpah ruah ke Singapura, seperti orang menjual kambing dihalaunya sepanjang-panjang jalan, disesahnya dengan rotan. Maka demikianlah halnya masa itu hamba-hamba dijual orang, seperti orang menjual binatang, baik di Melaka, baik di Singapura.
Syahadan telah aku pulang ke darat, pada esoknya kukhabarkanlah segala hal-ehwal itu kepada Tuan Raffles. Maka jawabnya, "Pekerjaan itu tiada berapa lama lagi nanti dibuangkan Inggeris, terlalu jahatnya, kerana beberapa banyak orang yang telah pergi mengadukan pekerjaan itu ke dalam Parlimen di negeri Inggeris, meminta hilangkan pekerjaan menjual beli hamba itu." Dan lagi kata Tuan Raffles, "Bukannya di sini sahaja pekerjaan jahat itu, di negeri Inggeris berkapal-kapal dibawa orang dari negeri-negeri lain, iaitu orang hitam beribu-ribu hamba, dijadikannya dagangan pada segenap tanah Eropah." Dan lagi katanya, " Jikalau ada umur kita panjang, bolehlah kita lihat segala hamba-hamba itu kelak menjadi merdeka, seperti kita sekalian juga adanya."
[Dipetik dari Hikayat Abdullah, halaman 190 hingga 192, terbitan Pustaka Antara, cetakan ketujuh 1997]
Komentar
Posting Komentar