FAZIALLAH MAMAT: PERTAHANAN TENGAH BOLA SEPAK TERENGGANU



PENGLIBATAN DAN KEJAYAAN FAZIALLAH MAMAT DALAM SUKAN BOLA SEPAK DI TERENGGANU 1990 HINGGA 2000.
Faziallah bin Mamat merupakan tokoh bola sepak yang terkenal di daerah Marang dan di negeri Terengganu.  Beliau dilahirkan di Kg Bukit Kolam, Pengkalan Berangan 21040, Marang Terengganu, pada tarikh 1/5/1979. Beliau menimba ilmu di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Berangan, Marang dan menyambung pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Berangan dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Universiti Malaya di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan.
Bakat beliau  dikesan sejak  sekolah rendah.  Beliau mula bermain pada peringkat sekolah seterusya peringkat daerah pada tahun 1990 hingga tahun 1992.  Seterusnya beliau masih lagi menceburi bidang bola sepak tetapi pada peringkat sekolah menengah beliau dilatih oleh Encik Abdullah (kini Allahyarham) seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Berangan pada ketika itu. Beliau seorang yang aktif dalam sukan.  Antara sukan yang pernah beliau sertai adalah bola sepak, olahraga dan juga bola baling.
Akan tetapi bakat beliau lebih menyerlah dalam sukan bola sepak.Beliau terpilih untuk mewakili daerah pada tahun 1995. Seterusnya beliau mengorak langkah dengan lebih jauh lagi apabila beliau terpilih mewakili Negeri Terengganu bawah 16 tahun dalam perlawanan bagi memenangi Piala Razak pada tahun 1996. Walaupun hanya ke peringkat separuh akhir tetapi ia masih boleh dibanggakan.
Seterusnya,beliau telah terpilih bagi menjalani latihan bersama Piala Presiden pasukan Terengganu pada tahun 1997 dibawah kendalian Jurulatih berpengalaman iaitu Sulaiman Rejab dan mereka berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir. Beliau juga terpilih bagi menjalani latihan bersama pasukan remaja kebangsaan untuk mengikuti kejohanan Piala Remaja Asia pada tahun 1998 dibawah kendalian Jurulatih Kebangsaan iaitu B.Sathianathan.Semua orang mengimpikan bermain untuk Negara dalam  Piala Dunia Remaja dan impian beliau tercapai kerana namanya dipanggil bagi menjalani latihan pada kelayakan Piala Dunia Remaja. Walaupun tidak terpilih sebagai pemain mewakili negara, akan tetapi pencapaian ini perlu dibanggakan kerana tidak semua orang terpilih bagi mengikuti latihan Piala Dunia Remaja.
Akhir sekali, beliau terpilih mewakili Negara pada sukan Olimpik dibawah kendalian Jurulatih Kebangsaan iaitu Hatem Sousi pada tahun 1998,1999 dan pada tahun 2000.
Dan harapan beliau bagi sukan bola sepak Negara ini adalah sukan bola sepak Negara ini terus maju dan dikenali di peringakat dunia.Selain itu, membuka mata masyarakat antarabangsa agar tidak memandang rendah pasukan bola sepak Malaysia pada masa akan datang.


 PENGLIBATAN DARI TAHUN 1990 HINGGA TAHUN 2000
Add caption
Penglibatan Faziallah B Mamat dalam bola sepak bermula dalam tahun 1990, ketika masih bersekolah rendah. Bukan itu sahaja, beliau juga turut bermain, sukan olahraga. Pada setiap petang, beliau akan menolong ayahnya, seperti mengheret lembu masuk ke dalam kandang menurut abangya1.  Setelah solat maghrib beliau bersama-sama adik beradik beliau akan mengaji di rumah Tok Guru mengaji. Semasa dalam perjalanan pergi dengan pulang, beliau akan menimang bola terlebih dahulu. Hal ini demikian kerana, minat beliau yang amat mendalam terhadap sukan bola sepak, menyebabkan beliau berbuat sedemikian untuk memahirkan lagi bakat beliau dalam sukan bola sepak itu2.
Beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Berangan, semasa berada di sekolah tersebut beliau telah dilatih oleh Encik Abdullah (Allahyarham). Jurulatih beliau sangat komited dalam melahirkan pemain-pemain bola yang boleh menghadiahkan kemenangan kepada sekolah. Jurulatih beliau juga seorang yang garang apabila berada di padang. Beliau tidak suka jika pemain-pemainnya bermain secara main-main3. Hal ini demikian kerana, beliau amat dahagakan kemenangan kerana sudah lama sekolah tersebut tidak memenangi apa-apa jua permainan walaupun sukan dalaman seperti, permainan ping-pong, badminton dan sebagainya4.
Ketika berehat bersama-sama rakan beliau selepas berlatih, guru beliau telah menyebut nama pemain yang terpilih bagi mewakili sekolah dalan sukan bola sepak. Nama beliau turut tersenarai dalam senarai pemain yang terpilih. Guru beliau amat berharap agar pasukan yang dilatih oleh beliau memenangi perlawanan yang akan dipertandingkan5. Selepas itu, pada tingkatan 4, beliau terpilih untuk mewakili daerah ke peringkat Negeri Terengganu pada tahun 1995. Bermula daripada inilah beliau meneruskan karier bola sepaknya pada peringkat Negeri Terengganu. Beliau telah membanggakan jurulatih beliau kerana beliau terpilih mewakili Negeri Terengganu bawah 16 tahun dalam perlawanan bola sepak bagi memenangi Piala Razak. Akan tetapi, perlawanan ini terkandas di peringkat separuh akhir6.
Walaupun kecewa dengan kekalahan ini, beliau berfikir positif bahawa beliau masih lagi mempunyai  peluang untuk memenangi perlawanan pada masa akan datang. Beliau  beranggapan bahawa beliau masih belum mempunyai kemahiran yang begitu baik. Rakan-rakan beliau turut memberi semangat bahawa mereka masih belum bersedia dalam apa-apa jua perlawanan7. Setelah tamat pengajian tingkatan 5, minat beliau terhadap bidang bola sepak semakin menebal. Beliau memberi tumpuan yang lebih terhadap bidang bola sepak ini. Pada tahun 1997, Faziallah B Mamat terpilih untuk menjalani latihan bersama pemain Piala Presiden pasukan Negeri Terengganu. Mereka diletakkan dibawah jurulatih berpengalaman iaitu Sulaiman Rejab. Walaupun hanya ke peringkat suku akhir, Faziallah B Mamat mahu membuktikan yang dia mampu untuk mencapai taraf yang lebih tinggi dalam sukan bola sepak ini. Beliau masih kecewa kerana belum dapat membawa sebarang pingat untuk tontonan ahli keluarga, masyarakat kampung dan peminat bola sepak khususnya peminat bola sepak Negeri Terengganu8.
Selepas itu, beliau masih lagi memeruskan perjuangan beliau dalam bidang bola sepak ini. Semasa beliau berlatih bersama-sama rakan beliau, jurulatih beliau memumumkan bahawa Faziallah  B Mamat telah terpilih untuk mewakili Malaysia dalam kejohanan Piala Remaja Asia bawah 19 tahun dibawah kendalian B.Sathianathan. Semua pemain mempunyai impian untuk bermain ke peringkat yang lebih tinggi. Akhirnya impian beliau tercapai untuk bermain ke peringkat lebih tinggi. Rata-rata rakan sepasukan beliau amat mencemburui beliau kerana beliau terpilih untuk menjalani latihan bersama jurulatih tersohor Malaysia. Faziallah B Mamat mengambil segala ilmu yang telah diajar oleh B.Sathianathan untuk dimanfaatkan oleh beliau dan beliau juga seorang yang tidak lokek ilmu untuk mengajarkan kepada rakan-rakan beliau9.
Usaha beliau hampir membuahkan hasil apabila beliau telah dipanggil untuk menjalani latihan untuk Kelayakan Piala Dunia. Walaupun hanya sempat menjalani latihan tetapi beliau tidak berputus asa bagi meletakkan diri beliau ke tempat yang lebih tinggi dalam bidang bola sepak ini. Beliau bermain dengan bersungguh-sungguh sehingga terpilih untuk bermain di peringkat yang paling tinggi dalam arena bola sepak ini. Faziallah B Mamat telah terpilih untuk mewakili Negara pada Sukan Olimpik dibawah kendalian Jurulatih Kebangsaan iaitu Hatem Sousi pada tahun 1998,1999 dan pada tahun 2000. Perlawanan bola sepak ini dipertandingkan di Negara Nepal10. Beliau menyarung jersi nombor 18. Di dalam padang beliau bermain pada posisi tengah. Berada di posisi tengah menyebabkan beliau perlu mengatur pergerakan permainan rakan-rakan agar tidak menjadi kucar kacir11. Faziallah B Mamat mempunyai tubuh badan yang tinggi dan tegap12. Beliau sentiasa tersenyum kepada sesiapa sahaja dan mudah pula diajak berbual dengan sesiapa sahaja walaupun tidak mengenali antara satu sama lain13.
Untuk menjadi pemain yang berjaya, Faziallah B Mamat perlu sedar bahawa dia perlu mempunyai disiplin diri yang ketat. Oleh sebab itu, Faziallah B Mamat perlu menjauhkan dirinya daripada tabiat buruk, iaitu merokok. Beliau sedar bahawa merokok boleh membahayakan kesihatannya. Faziallah B Mamat juga tidak pernah tidur lewat kerana tidur yang cukup begitu penting untuk kesegaran badan dan kecergasan apabila berada di dalam padang bola14.
Walaupun tidak dapat membawa pulang sebarang pingat, usaha dan jasa beliau dalam bidang bola sepak perlu dihargai kerana telah membawa nama Negara Malaysia di luar Negara dan telah memperkenalkan Negara Malaysia dimata Dunia. Tidak hanya beliau sahaja, akan tetapi semua rakan-rakan sepasukan beliau. Masyarakat tidak perlu merendah-rendahkan kebolehan golongan pemain ini, kerana mereka telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk membawa pulang pingat. Mereka tidak hanya duduk diam sahaja apabila kalah, akan tetapi mereka ini akan berfikir jalan yang terbaik untuk mendapatkan pingat pada masa akan datang15.




KEJAYAAN-KEJAYAAN YANG TELAH DI CAPAI
Tidak semua permainan yang disertai akan berakhir dengan kejayaan, ada juga permainan yang disertai akan mengalami kekalahan. Pelbagai jenis kekalahan, antaranya kalah dengan bermaruah dan kalah dengan tidak bermaruah. Faziallah B Mamat menempa nama dalam bidang bola sepak sejak sekolah menengah lagi apabila terpilih mewakili Negeri Terenganu bawah 16 tahun bagi memenangi Piala Razak pada tahun 199616. Walaupun tidak memengani apa-apa jua pingat, tetapi apabila Faziallah B Mamat telah terpilih untuk mewakili Negeri Terengganu, perkara ini telah menjadi pembakar semangat kepada rakan-rakan Faziallah B Mamat dan juga kepada Faziallah B Mamat itu sendiri dalam memburu kemenangan yang sering diidamkan dan kemenangan ini akan menjadi pembakar semangat untuk terus memburu kejayaan pada masa hadapan dan menjadi rangsangan kepada pemain pelapis mengekalkan kemenangan tersebut agar semangat kesukanan dan semangat untuk menang tidak pudar 17.
Walaupun kecewa dengan kekalahan ini, beliau berfikir positif bahawa beliau masih lagi mempunyai  peluang untuk memenangi perlawanan pada masa akan datang. Beliau  beranggapan bahawa beliau masih belum mempunyai kemahiran yang begitu baik. Setelah tamat pengajian tingkatan 5, minat beliau terhadap bidang bola sepak semakin menebal. Beliau memberi tumpuan yang lebih kepada bidang ini18. Pada tahun 1997, Faziallah B Mamat terpilih untuk menjalani latihan bersama Piala Presiden pasukan Negeri Terengganu. Dibawah jurulatih berpengalaman iaitu Sulaiman Rejab. Walaupun hanya ke peringkat suku akhir, dan kecewa dengan kekalahan tersebut, Faziallah B Mamat mahu membuktikan yang dia mampu untuk mencapai taraf yang lebih tinggi. Beliau masih kecewa kerana masih belum dapat membawa sebarang pingat untuk tontonan ahli keluarga, masyarakat kampung dan peminat bola sepak khususnya peminat bola Negeri Terengganu19.
Selepas itu, beliau masih lagi memeruskan perjuangan beliau dalam bidang bola sepak ini. Faziallah  B Mamat telah terpilih untuk mewakili Malaysia dalam kejohanan Piala Remaja Asia bawah 19 tahun dibawah kendalian B.Sathianathan. Semua pemain mempunyai impian untuk bermain ke peringkat yang lebih tinggi. Akhirnya impian  beliau tercapai untuk bermain ke peringkat lebih tinggi. Rata-rata rakan sepasukan beliau amat mencemburui beliau kerana beliau terpilih untuk menjalani latihan bersama jurulatih tersohor Malaysia. Faziallah B Mamat mengambil segala ilmu yang telah diajar oleh B.Sathianathan untuk dimanfaatkan oleh beliau dan rakan-rakan beliau20.
Usaha beliau hampir membuahkan hasil apabila beliau telah dipanggil untuk menjalani latihan untuk Kelayakan Piala Dunia. Walaupun hanya sempat menjalani latihan tetapi beliau tidak berputus asa bagi meletakkan diri beliau ketempat yang lebih tinggi dalam bidang bola sepak ini. Beliau bermain dengan bersungguh-sungguh sehingga terpilih untuk bermain di peringkat yang paling tinggi dalam arena bola sepak ini. Faziallah B Mamat telah terpilih untuk mewakili Negara pada Sukan Olimpik dibawah kendalian Jurulatih Kebangsaan iaitu Hatem Sousi pada tahun 1998,1999 dan pada tahun 2000. Perlawanan bola sepak ini dipertandingkan di Negara Nepal21.
Walaupun tidak dapat membawa pulang sebarang pingat, usaha dan jasa beliau dalam bidang bola sepak perlu dihargai kerana telah membawa nama Negara Malaysia di luar Negara dan telah memperkenalkan Negara Malaysia dimata Dunia22. Tidak hanya beliau sahaja, akan tetapi semua rakan-rakan sepasukan beliau. Masyarakat tidak perlu merendah-rendahkan kebolehan golongan pemain ini, kerana mereka telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk membawa pulang pingat. Mereka tidak hanya duduk diam sahaja apabila kalah, akan tetapi mereka ini akan berfikir jalan yang terbaik untuk mendapatkan pingat pada masa akan datang. Kebanyakan hanya ahli keluarga sahaja yang memahami perasaan mereka apabila mengalami kekalahan yang teruk dan kebanyakan teman rapat sahaja yang berada di belakang untuk mempertahankan diri mereka yang telah hilang semangat untuk bermain setelah mengetahui mereka telah kalah. Masyarakat perlu menyokong mereka dari segi moral dan mendoakan agar  kemenangan menjadi milik mereka23.
Sepanjang penglibatannya dalam arena bola sepak, pelbagai pengalaman pahit dan manis yang pernah dirasainya24. Antara yang paling menggembirakan adalah apabila beliau dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian daripada Sultan Terengganu25. Selain itu, beliau juga turut terpilih untuk bermain di peringkat Olimpik di Negara Nepal pada tahun 1998, 1999 dan pada tahun 2000. Selain itu,pengalaman manis beliau juga adalah Juara Piala Malaysia, Piala Sumbangsih dan Piala FA (Football Asia) bagi Negeri Terengganu. Pengalaman pahit beliau adalah, beliau mendapat kecederaan di lutut. Akibatnya, beliau terpaksa menarik diri dalam beberapa perlawanan bola sepak. Beliau terpaksa menjalani pembedahan lutut dan beliau mengambil masa selama 6 bulan untuk sembuh daripada kecederaan beliau itu26. Hal inidemikian kerana, beliau tidak yakin sekiranya beliau menyertai perlawanan, beliau akan memperoleh kemenangan. Beliau memberi peluang kepada orang yang lebih layak daripada beliau untuk membawa kemenangan terhadap Negeri dan Negara27.
Pada waktu itu, beliau sudah tawar hati untuk terus menabur bakti kepada Negara. Hatinya sudah patah akibat kecederaan serius yang dialami. Walaupun namanya terkenal akan tetapi beliau terpaksa meneriman hakikat bahawa beliau mengalami kecederaan yang serius dan terpaksa bercuti lama daripada bermain bola. Akan tetapi, setelah sembuh  beliau tidak lagi menyambung karier beliau kerana mempunyai masa yang amat terhad. Beliau terpaksa membahagikan masa beliau antara bermain dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar28   .




Pada dasarnya, penyertaan Faziallah B Mamat dalam pasukan bola sepak menyemarakkan lagi arena bola sepak. Penglibatan beliau menyebabkan beliau mencipta sejarah beliau yang tersendiri. Pada masa kini, pasukan Negeri Terengganu susah untuk mencapai kemenangan. Pada andaian penyelidik, pemain pada masa kini kebanyakannya tidak berdisiplin seperti tidak menepati masa. Hal ini boleh mengganggu masa pemain kerana pemain hadir lambat ketempat latihan.  Ini juga boleh mengganggu masa jurulatih kerana jurulatih mempunyai banyak kerja yang perlu diselesaikan.Tidak hanya melatih pemain-pemain, jurulatih perlu membuat penilaian terhadap tahap kecergasan dan kecerdasan pemain semasa berada di dalam padang bola29.
Selain itu, pemain berlatih secara bermain-main. Pemain pada masa kini bermain untuk mencari popular bukan untuk membantu menaikkan martabat bola sepak Negara/Negeri. Mereka ini juga lebih mementingkan gaji yang tinggi berbanding daripada kemenangan yang perlu mereka capai. Pada hujung minggu, pemain pada masa kini lebih suka lepak berbanding berehat di rumah dan membuat perkara yang berfaedah. Adalah jika lebih baik, mereka berehat sambil memikirkan strategi yang boleh membuatkan pasukan lawanberasa takut30. Sepanjang penglibatan Faziallah B Mamat dalam sukan bola sepak, beliau tidak perlu memikirkan soal gaji yang akan diberikan kepada beliau kerana beliau memperoleh elaun sebanyak RM  5000 sebulan31. Pemain pada masa kini lebih mementingkan gaya mereka diluar padang berbanding gaya mereka bermain didalam padang. Pemain juga lebih banyak meletakkan gaji yang tinggi dan kadang-kadang pemain meletakkan gaji yang terlalu melampau berbanding menerima gaji yang ditawarkan kerana menganggap diri mereka telah bermain dengan baik dan juga menganggap diri mereka telah lama bermain dibawah satu-satu persatuan32.
Harapan tokoh Faziallah B Mamat terhadap sukan bola sepak Negara adalah, beliau berharap agar sukan bola sepak Malaysia ini terus maju pada masa hadapan dan dikenali diseluruh dunia dan nama pasukan bola sepak Malaysia terus disebut oleh peminat bola sepak dunia. Antara lain harapan beliau adalah, beliau juga berharap sukan bola sepak Malaysia ini dapat membuka mata masyarakat antarabangsa mengenai sukan bola sepak Negara agar tidak memandang rendah pasukan bola sepak Negara Malaysia33.
Antara usaha yang perlu dilakukan untuk mencari pemain bola sepak seperti Allahyarham  Mokhtar Dahari adalah, perlu melakukan pelbagai transformasi dalam sukan bola sepak itu sendiri. Induk sukan bola sepak Malaysia iaitu FAM perlu mencari alternatif bagi mencapai pelbagai kejayaan dalam sukan bola sepak pada masa hadapan. Rancangan realiti seperti “Mencari Ramli” perlu dipertingkatkan kerana cabaran sukan bola sepak pada masa kini lebih berat berbanding dahulu. Hal ini demikian kerana, sukan bola sepak ini diminati oleh orang ramai kerana sukan bola sepak ini merupakan ibu kepada segala sukan yang terdapat di dunia21.

Catatan hujung
1. Fazli B Mamat, 23/1/2016, 2:30 petang
2. Faezah Bt Mamat, 23/1/2016, 2:30 petang.
3. 20 Tokoh Sukan, Mohd Sofi Munajir, M/S:45
4. Faziallah B Mamat 22/1/2016, 3:00 petang
5. ibid
6. 20 Tokoh Sukan , Mohd Sofi Munajir, M/S:47
7. ibid M/S: 48
8. ibid m/s: 46
9. Faziallah B Mamat 22/1/2016, 300: petang
10. ibid
11. 20 Tokoh Sukan , Mohd Sofi Munajir, M/S:47
12. 20 Tokoh Sukan , Mohd Sofi Munajir, M/S:50
13. Fazli B Mamat, 23/1/2016, 2:30 petang
14. 20 Tokoh Sukan , Mohd Sofi Munajir, M/S:50-51
 15. Faziallah B Mamat, 22/1/2016, 3:00 petang
16. ibid
17. ibid
18. 20 Tokoh Sukan , Mohd Sofi Munajir, M/S:46
19. Faziallah B Mamat, 22/1/2016, 3:00 petang
20. ibid
21. ibid
22. 20 Tokoh Sukan , Mohd Sofi Munajir, M/S:51
23. Faziallah B Mamat, 22/1/2016, 3:00 petang
24. 20 Tokoh Sukan , Mohd Sofi Munajir, M/S:48
25. Faziallah B Mamat, 22/1/2016, 3:00 petang
26. ibid
27. ibid
28. ibid
29. ibid
30. ibid
31. Paridah Bt Salleh, 23/1/2016, 2:30 petang
32. Faziallah B Mamat, 22/1/2016, 3:00 petang
33. ibid


Komentar

Postingan populer dari blog ini

BEPANG DAN SEJARAH KULINARI

P2 bab 3

PULAU DUYUNG ADALAH LIDAH NEGERI TERENGGANU