Jakarta oh Jakarta
Jakarta
oh Jakarta!!!!!!!!!!!!!!
Banyak
dan macam-macam cerita yang telah aku lalui sebelum dan sesampai sampai di Jakarta,terutamanya
mengenai orentasi Dalam bab ini aku akan menceritakan mengenai orentasi yang pernah aku alami ketika hendak bergelar mahasiswa………
Setelah
kami semua berangkat ke Indonesia,
selepas dilepaskan oleh keluarga dan sahabat andai di Lapangan Terbang antarabangsa Subang, Kuala Lumpur. Perjalanan
seterusnnya ialah Jakarta, destinasi kedua, sebelum kami semua dipisahkan dan
dihantar ke Universitas yang terpilih, mengikut rangkin atau keputusan
peperiksaan UMPTN tempoh hari, itu yang dinyatakan oleh En. Kamaruzaman iaitu
pegawai JPA yang menguruskan keberangkatan kami ke Indonesia. Setelah lebih kurang 2 jam 45 minit penerbangan.
Penerbangan kami kemudiannya mendarat di
Bandara (Bandaraya Udara Sukarno-Hattta) Cengkareng, Jatinegara, Jawa Barat.
En.
Kamaruzaman dengan baik hati telah menyampaikan sumbangan kewangan. yang
diberikan kepada semua pelajar sebagai persiapan dan keperluan di Indonesia
nanti. Setiap seorang pelajar telah diberi wang saku sebanyak RM1200/= seorang. Wang ini untuk digunakan sebagai kos
menbayar sewa rumah dan keperluan yang lain. Aku bersyukur kerana telah
diberikan wang sebanyak itu, kerana memangnya aku tidak membawa wang sakupun
sebagai persiapan, hanya sekadar cukup untuk makan beberapa hari sahaja. Begitu
juga dengan kawan yang lain, kerana dari apa yang dibualkan rata-rata mereka
semua bersyukur mendapat “pocket money “ tersebut.
Ketibaan
kami sekitar jam 3.00 petang, kami disambut oleh berapa orang pegawai dari
Kedutaan Malayisa di Jakarta. Terutamnya pegawai dari Bahagian Jabatan Penutut
Pelajar Malaysia di Indonesia (JPMI), dan beberapa orang senior dari (Persatuan
Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesai (PKPMI pusat) dan cabang Jakarta. Kami
semua diangkut mengunakan 3 buah bas dari sebuah syarikat PT. Megah Indah.
Sebuah kain rentang dari syarikat tersebut berbunyi “ Selamat datang Mahsiswa
Malaysia ke Indonesia” berdiri megah pada sebuah bis yang kebetulan di naiki
oleh aku dan kawan-kawan yang lain. Kami berangkat ke jakarta dengan perasaan
gembira, lantaran pertama kali dapat menjejakkan kaki ke Negara orang.
Kedatangan kami juga telah di siarkan ol Koran sore iaitu suarat kabar
(Koran) Suara Pembaharuan ,koran yang diterbitkan pada waktu petang.Kliping
Koran tersebut telah hilang dari simpananku bersama hilangnya bahan-bahan
penting yang lain semasa aku berpindah rumah dan dalam rangka membina rumah yang
baru.
Masih ku ingat lagu lama ini ?
“Siapa suruh datang ke Jakarta,
sendiri tanggung sendiri rasa
Itu
adalah lagu keramat yang dinyanyikan oleh para senior di Jakarta, selebihnya
sudah aku lupa….lagu yang sengaja di nyanyikan oleh senior untuk
menakut-nakutkan kami yang belajar di Jakarta, lagu yang menyedarkan kami akan
keadaan sebenar Jakarta. Mengajar kami tentang hiru-pikuk bandaraya Jakarta
“ Di Jakarta rame banget, banyak orang banyak penduduknya.. biaya tempat
tinggal serba mahal, buat makan aja juga muashook mahal nya (dibandingin dengan
tempatku jelas lebih murah tempatku).Begitulah bunyi nada orang yang
bermastautin di Jakarta, orang daerah yang datang ke Jakarta” celoteh seorang
sohabat
Siapa suruh datang Jakarta
Siapa suruh datang Jakarta
sendiri susah sendiri rasa
edoe…. sayang….
Siapa suruh datang Jakarta
sendiri susah sendiri rasa
edoe…. sayang….
Siapa
Suruh Datang Jakarta :
Koes Plus)
(ini nih.. Lagu lama yang memang cucok buat orang-orang daerah yang
datang ke Jakarta. *termasuk aku)
Siapa suruh datang Jakarta?
Ampun bener deh sama sumpek nya Jakarta, beeeeh macet bener dimana-mana
macet ditambah lagi transportasi di Jakarta yang masih ngak karuan. Walaupun memang sudah ada transportasi
bus transjakarta sekarang ini, namun masih belum bisa mengatasi masalah kemacetan
Jakarta. Apa ini mungkin karena penduduk diJakarta yang makin bertambah ya..
Siapa suruh datang Jakarta?
Dengan banyaknya penduduk, biaya hidup yang tinggi, juga lapangan
pekerjaan yang makin sedikit tersebut membuat tingkat kriminalitas di Jakarta
menjadi besar. Ini terjadi sama saya, hampir saja saya kecolongan. Hal ini
terjadi di dalam Bus Transjakarta yang mana memang disitu lagi rame-ramenya ,
ketika itu tas saya dibuka sama orang di samping saya dan saya ga sadar. Baru
sadar ketika bus nya berhenti dan saya melihat tas saya terbuka dengan dompet
diujung resleting tas dan orang di samping saya membungkus tangannya dengan
jaket. Bapak petugas trans jakarta pun mengingatkan saya agar di cek barang
saya. Begitu saya tahu dan sadar, orang yang hampir berhasil ambil dompet saya
itu langsung turun di halte tersebut. Kejamnya Ibukota………kata teman sekuliahku dari Semarang, Bambang Supriyanto ( peranakan Tionghoa Jawa).
Siapa suruh datang Jakarta?
Kembali kepada diriku, setiba di Jakarta, kami di bawa ke Wisma Malaysia,
di daerah elit Jakarta, sebagai tempat penempatan pertama kami, sebelum
dihantar ke distinasi masing, masing. Di
sini bermulalah orentasi pertama kami di Indonesia, orentasi selama
seminggu ini di uruskan oleh pihak Kedutaan
Malaysia di Jakarta, orentasi yang mengenalkan kami dengan Indonesia,
budaya dan selak belok Indonesia, serta tingkah laku masyarakat Indoensia.
Bagaimana keadaan sebenar Indonesia telah di dedahkan kepada kami, kami juga di
bawa melawat ketempat-tempat menarik di Jakarta terutama Taman Mini Indonesia. Selepas seminggu barulah kami
diagih-agihkan ke tempat masing-masing, baru aku tahu yang aku telah terpilih
ke Universiti Indonesia, dan aku a kan tetap menentap di Jakarta nantinya.
Kerana baru kau tahu aku dipilih ke Universitas Indonesia…..salah satu
universitas tersohor di Indonesia. Selamat tinggal kawan, selamat jalan
semua…..teruskanlah hijrahmu…..
Siapa suruh datang Jakarta
Siapa suruh datang Jakarta
sendiri susah sendiri rasa
Siapa suruh datang Jakarta
sendiri susah sendiri rasa
Aku di Wisma Malaysia, Jakarta mulai di
datangi oleh senior yang belajar di Jakarta, samada pelajar AIAN, AIP, IKJ dan
pelajar UI sendiri, yang mulai malakukan provokasi agar kami pelajar Jakarta
mulai marah, jengkel dan sebal akan kelakuan mereka. Aku tidak terkecuali,
suatu ketika sedang aku berehat di ajung wisma bersama beberapa kawan lelaki,
yang belajar di Jakarta, di UI dan IKIP Jakarta, kami didatangi dua orang
senior,
Hey…..kamu, ganu….jangan nak tunjuk lagak,
kamu ingat kamu gedebalke…..kamu budak Tanjungke…..bukan main lagi …..rambut
panjang….tak macam pelajar….
Aku dan kawan-kawan lain terkejut, Aku sedar
pasti kat-kata itu di tujukan kepada aku….
“Oh nak melawan ye….kerana memang gaya aku
begitu…..air mukaku kelihatan agak “ganas” sedikit…
Lagipun aku tidak suka dengan gaya senior
tersebut…
‘nanti kamu beli tissue wangi, beritahu kawan-kawan kamu yang
lain…..arahnya lagi
Kami semua termanggu-manggu. Lepas
berbincang, petangnya kami semua berjalan menuju ke Pasaraya Sakinah, pasar
raya yang besar di Jakarta……hanya itulah pasar raya yang kami tahu……
Arahan dan gaya begitulah yang pernah
kami semua hadapi semasa satu acara
orentasi yang di adakan oleh Biro Tata Negara ( BTN) di Universiti Pertanian
Malayisa (sekarang Universiti Putra Malaysia) yang berlangsung awal Julai 87. Orentasi itu berlaku bersamaan kemasukan
pelajar ke UPM, pelajar baru ambilan Julai 87.
Kira-kira jam 8.00 mlm ……………………kami diarahkan
ke Dewan UPM, untuk satu majlis taklimat, itu arahan dari Pegawai JPA.
Kira-kira jam 8.50 mlm, semasa menunggu
kedatangan pegawai yang memberi arahan , Tiba-tiba dewan dimasuki oleh tiga
orang yang tidak di kenali.
“ Serahkan semua kad pengenalan kamu” bunyi
arahan dari salah seorang lelaki tadi, badannya agak gempal
Kami semua terperanjat dan terjadilah
perbincangan antara kami, Bunyi bising memenuhi dewan tersebut.lantaran kami
berkenalan sesama sendiri , lagipun tanpa pengawasan.
Tiba-tiba masuk tiga orang lelaki, yang tidak
kami kenali dan terus member arahan.
“Hey, kamu semua diam, Cepat serahkan kad
pengenalan kamu,” sambil menghampiri pelajar lain.
Beliau
mulai merampas kad pengenalan yang ada
di tangan pelajar, beberapa orang pelajar mulai bising dengan tingkah laku
orang tersebut.
Selepas beberapa orang pelajar dirampas kad
pengenalan mereka, Salah seorang lelaki tersebut mengarahkan pelajar lain duduk
di kerusi masing-masing dan diam.
“ Kamu semua diam, dan duduk di kerusi
masing-masing”, tegas bunyi arahan tersebut.
Kami semua terpaku,
Kemudian lelaki tersebut mulai memarahi kami.
“ Kamu semua ini bersikap kurang ajar,
sudahlah tidak menghormati tetamu,
“ Kamu tahu apa akibatnya , jika kad
pengenalan ini kami serahkan kepada orang yang tidak kamu kenali” marahnya lagi
Lenteran-lenteran terus berterusan,
seoalah-olah kami dijadikan tempat mereka melepaskan geram dan amarah mereka.
Lenteran ini juga telah menyedarkan kami, siapakah mereka ini, yang datang
secara tiba-tiba, dan merompak kami,serta merampas kad pengenalan sebahagia
dari kami, pelajar perempuan mulai menangis. Aku dan beberapa pelajar lelaki
mula berbincang sesama sendiri dan bertindak keluar dari dewan. Jesteru kami
mendesak penghulu yang kami lantik bertindak, kami berbincang sesama sendiri, kami memutuskan
penghulu harus bertindak menwakili kami.
“Kita lawan saja mereka tu, enak aje datang
kesini marah-marah kita semua” seorang kawan dari Kelantan bersuara.
“Ya, kita lawan” sahut yang lain.
“Nanti dulu, kita harus berbincang dengan
tenang” kata Penghulu
“Tapi, kami tidak puashati, dengan cara
mereka, sahut yang lain.
Kemarahan di kalangan kami tidak terkawal
lagi. Akhirnya kata putus dibuat, ….KITA LAWAN…..
Kami semua masuk kembali ke dewan.
Kemudian Penghulu bersuara memwakili
kami.
“Serahkan kad pengenalan kami” desak Penghulu
“Ya, serahkan kad pengenalan kami” sahut
pelajar lelaki, sambil berdiri dan mulai mengangkat kerusi.
“Kalau kamu tidak serahkan kad pengenalan
kami, kami semua akan bertindak” sahut yang lain.
Hal ini menyebabkan ketiga-tiga pegawai
tersebut terperanjat.
“Sabar, jangan bertindak melulu” kata salah
seorang dari mereka.
“Ya, jangan bertindak sesuka hati, kamu
tidaka mengenali kami, kata pegawai tersebut.
“Kami tak kisah siapa kamu, kami tidak
peduli, yang penting kembalikan kad pengenalan kami semua” celah seorang kawan,
Amran namanya
“ Ya, kembalikan kad pengenalan kawan-kawan
kami, sebelum kami semua bertindak ,
sudahlah masuk bagai penyamun, tanpa salam
dan mengenalkan diri, datang terus marah-marah”, sahutku berani.
Terjadi pertikaian antara kami dengan pegawai tersebut. Pelajar mendesak ajk yang
dilantik bertindak, atau kami semua bertindak. Beberapa pelajar dari Kelantan,
Johor dan Kedah mulai bertindak liar, dengan melontarkan kerusi dan buku kearah pegawai tersebut. Kedaaan tidak terkawal lagi…..
Akhirnya pengawai tersebut mengalah , setelah
melihat kedaan sudah tidak terkawal lagi. Menyerahkan kad pengenalan kami, dan bergegas
keluar
mengikut pintu belakang dewan .
Kami semu bersorak gembira .Kemudiannya kami
semua balik kebilik masing-masing dengan rasa gembira. Keesokannya, seorang pegawai JPA datang berjumpa kami, memberi tahu program
orentasi kami akan tetap diadakan, tetapi cara dan coraknya berubah. Itupun
setelah berbincang dengan kami semua. Bermulalah orentasi sebenar, dan kami di
bahagikan kepada beberapa kumpulan, dan aku dalam kumpulan 7, diketuai oleh EN. Mazlan
pensyarah UTM , kami diberi nama mengikut nama tempatan, DR Zalilah sekumpulan dengan aku,
namaku ialah Durian, dan DR Zalilah
dengan nama Pamolive.
Orentasi itu juga telah berubah corak, dari
kekeganasan kepada bentukyang lebih bersahabat, kebanyakkan lebih kepada sessi
motivasi dan kecintaan kepada Negara. Itu adalah orentasi pertama yang aku
hadapi. Setelah tamat orentasi tersebut, seminggu kemudian kamipun berangkat ke
Jakarta
Dan bermulalah orentasi…..untuk pelajar
Jakarta….
“Suruh beli tissue wangi, pun tak tahu,”
marah senior IKJ
“Kamu nie sokk kaya, berbelanja di Sarinah,
kamu tahu hanya orang gendongan aje yang berbelanja disitu” tambahnya lagi.
Kami semua
terdiam buat seketika
“Kamu ganu”, kamu tahu tissue yang aku
suruhnya beli harganya ngaak sampei 30sen aje, habis yang kamu beli yang mahal
nie, siape suruh? Soalnya.
“Tissu yang kau suruh beli nie, ada dijual di
warung depan Wisma nie” tambahnya lagi
Belum sempat aku menjawab, tiba-tiba
“Oh
nak nak melawan ya, kamu tu belum di daftarkan sebagai mahasiswa lagi,”
lontaran suara dari senior asal Kelantan semacam satu ancaman.
“Jange nok tunjuk gedebel, kawe lamo doh
sini”, tambahnya lagi.
“Mung ganu, jangan dok belagak gok”.
Kami semua terdiam, Kami sedar, pihak JPMI
menyerahkan kepada senior kami tentang
urusan pendaftaran di universitas nantinya.
Aku hanya tersenyum pahit, dalam hati aku
berfikir “ memang kamu bernasib baik,
kerana kamu yang sampai dulu di Jakarta, tunggulah nanti”, getusku. Dan baru ku
tahu tissue yang dimaksudkan itu seperti “tissue untuk babay” (tissue Wispey”)
Kemudian keesokkan harinya kami semua
diarahkan ke Budi Kemuliaan, sebagai tempat tinggal sementara sebelum kami di
bawa ke Depok. Alasannya belum ada tempat tinggal untuk kami di Depok.
Dan disinilah bermulanya seksaan berbentuk
orentasi buat kami semua, buat pelajar baru di Jakarta, seramai 13 orang
kesemuanya (termasuklah dua orang
pelajar dari Sabah yang akan belajar di
IKIP Jakarta. Aku seramai 11 orang pelajar yang akan di daftarkan di UI
nantinya. Seperti biasa majlis orentasi
di mulai dengan air selamat datang, air pertama di Jakarta katanya….dan
kemudiannya kami telah diberi nama
mengikut gaya dan wajah muka seseorang. Kebanyakkan nama lebih kepada nama
yang “ mengaibkan” sesorang……..selebihnya lu pikirlah sendiri.
Biasalah orentasi seolah-olah hendak mengajar
kita tentang gaya hidup di Jakarta, dan yang penting kerjasama antara sesame
mahasiswa di tempat orang {kompak katanya) hehehehehhheeeeee…
Yang penting kompak deh…….
Siapa suruh datang Jakarta
Siapa suruh datang Jakarta
sendiri susah sendiri rasa
Siapa suruh datang Jakarta
sendiri susah sendiri rasa
Buat yang yang baru datang ke
Jakarta,
1. tentukan tujuan (mau ngapain ke Jakarta, berapa lama, tinggal dimana,
dst) juga persiapkan fizikal, mental, dan MONEY alias DUIT!! Kalo enggak
yaelaaah, nggak usah ke Jakarta deh yaa.. :p
2. Hati-hati sama barang bawaan masing-masing.
3. Jangan pake perhiasan, pakaian atau aksesoris berlebihan yang
“mengundang”.
3. Kalau bawa tas, tas nya jangan diselempang ke belakang atau ke
samping. pokoknya kalo bisa terlihat dari pandangan mata kamu.
4. Kalau ga ada yang antar atau ga ada kendaraan pribadi, naik bus
transjakarta bisa jadi alternatif pilihan sih tapi jangan sampe nyasar ya..
cari rute bus yang sesuai dan berada di koridor mana yang sesuai dengan arah
tujuan.
5. sedia kompas, eh maksud saya peta.
biar pada ngaak nyasar ya..
Kata teman sekuliahku lagi…..
Orentasi seterusnya adalah di universitas tapi di universitas aku tidak
terlibat kerana urusan pendaftaran kami telah terlambat dua minggu, dan orentasi
di jurusan masing-masing, mengikut jurusan
apa yang kita ikut, ianya berbeza, dan sebenarnya aku telah siap mental dan
fizikal. Kerana telah melalui beberapa kali orentasi.
Jakarta memang buat mereka yang ingin “bergelut” dengannya. Dan siapapun
yang “bergelut” dengan Jakarta membutuhkan kekuatan ekstra untuk menghadapinya.
Jakarta masih tetap jadi magnet walaupun menyiksa orang yang ditarik oleh
kekuatan magnetnya.
Siapa suruh datang Jakarta
Komentar
Posting Komentar