Revolusi itu apa? Kepentingan Publikkah?

Peristiwa yang hangat diperkatakan di peringkat Antrabangsa ialah tentang revolusi, terutama apa yang terjadi di Dunia Arab sekarang. khususnya Tunissia dan Mesir. a? Kenapa rakyat mula meluahkan ketidakpuasnya? Saya tidak pasti adakah ini perasaan yang sama ketika kehangatan revolusi dirasakan dunia pada dekad 1940an,1950-an dan 1960-an serta 1980-an. Kelihatan semacam ada satu desakan baru kepada apa yang disebut pertanggungjawaban kerajaan. Ya, sudah tentu revolusi tidak muncul tiba-tiba tanpa naratifnya yang selalu tidak sunyi daripada kezaliman, kawalan berlebihan, penyelewengan dan rasuah oleh penguasa.

Kebetulan apa saya sentuh ini adalah kalimat merah bernama revolusi. Tatkala mendengar kalimat itu, yang terbayang beberapa saat adalah darah, korban masyarakat awam, dan vandalisme serta aksi-aksi rusuhan yang menyeramkan. Cukup menyebabkan kepala kita terangkat ke belakang, seakan membenarkan anggapan orang bahwa revolusi tidaklah berjalan perlahan. Revolusi Perancis tahun 1789 berakhir dalam cengkaman Rejim Teror (Reign of Terror) dimana puluhan ribu orang diinjuksi di bawah pisau guillotine. Revolusi Bolshevik (Oktober Revolution) tahun 1917 di Rusia, memakan korban yang tidak sedikit pula dan melumpuhkan St. Petersburg selama berbulan-bulan demi mengangakt kaum Tsaris. Cina juga akrab dengan revolusi, dari Revolusi Xinhai hingga revolusi kultur. Revolusi Kuba tahun 1959 yang merupakan perebutan kekuasaan paksa Fidel Castro terhadap batista serta revolusi Iran 1979 yang mengakhiri rezim monarki di Iran.

Kesemuanya itu melalui sebuah perjalanan yang memenatkan, selelah usaha kita demi mempertahankan kemerdekaan 55 tahun silam. Belum lagi usaha-usaha mengubah keadaan sosial masyarakat yang sudah begitu berakar, layaknya mencabut pohon tua beserta akar-akarnya dan menanam pohon baru pula.

Namun bagi sesetengah orang, dibalik wajah yang mengerikan, tersimpan cita-cita luhur dan segunung harapan, yang tiba wujud idea dan saat itulah kita ingin merealisasikannya dengan mengukir batu itu menjadi sesuatu yang kita idamkan. Sakit, tentu saja, perlu waktu dan bergantung pula pada kerumitan gambarnya. tapi yang pasti batu yang diukir itu susah untuk dibentuk dengan mudah, perlu keahlian dan peralatan yang memadai agar semua yang dinginkan tercapai.

Begitulah bagi mereka yang menghendaki revolusi dan para arkitek revolusi. Analogi di atas cocok dengan pandangan mereka tentang kehebatan revolusi. Revolusi laksana tempat membuat kraftangan. Yang anda perlu adalah kesediaan alat-alatnya yaitu rakyat, sudah siapkah? Apa yang ingin diukir atau digambar? Itu terserah, tapi sesuaikah dengan alatnya (rakyat)? Perlu diteliti dulu melalui disiplin ilmu seperti sosiologi. Apa yang menjadi objek ukirannya? Negara. bagaimana keadaan objeknya? Lihat dulu kondisi objeknya, kasar atau tidak. Setelah itu barulah direalisasikan.

Jangan khawatir jika anda tukang amatur. Karena buku-buku petunjuk teknik memahatnya (cara merevolusikannya) tersedia dimana-mana seperti buku merah Mao jika menghendak revolusi yang bergerak perlahan di luar pusat ibukota atau buku pedoman karangan Lenin yang cukup menghendaki revolusi di jantung kota, atau apa saja. Mengenai pandangan sinis orang-orang tentang Revolusi yang selalu disinonimkan dengan darah, mereka berdalih, “Kata siapa selalu berakhir dengan kekerasan, lihat saja revolusi velvet di Cekoslovakia malah berjalan damai”

Kini tinggal anda menilai revolusi itu sendiri. Bagaimana pandangan anda tentang revolusi? Revolusi itu seperti apa, Apa perkaitannya dengan kepentingan Rakyat?

Apa yang menarik dan terus membuatkan saya tertanya ialah hakikat bahawa revolusi kuasa rakyat sejak dulu hingga kini, sentiasa hadir sokongan berterusan terhadap pemimpin menyeleweng dan zalim ini (Ya, tentulah jika hanya mereka yang tinggal, bagaimanakah kezaliman itu dapat dilaksanakan?).Mereka ini hadir dalam banyak bentuk. Sebahagiannya memang orang kanan bagi pemimpin termasuk mereka yang mendapat keuntungan perniagaan melalui jalan revolusi sebegini. Sebahagiannya mungkin rakyat biasa yang mendapat tempias daripada bantuan pemimpin. Mungkin, jika wang negara itu nilainya sampai ratusan billion, mereka terhutang budi dengan bantuan RM100 setahun yang disampaikan oleh jentera yang mengukuhkan pimpinan ini.

Tugas para penyokong ini pula mungkin pelbagai. Dari satu sisi, mereka berdepan secara langsung dengan kelompok yang menolak kepimpinan menyeleweng dan zalim ini. Dari satu sisi lain, mereka ini tampil lebih sederhana. Tugas mereka ialah untuk menunjukkan bahawa belum tentu yang akan menggantikan pemimpin sedia ada ini lebih baik, atau mungkin diberatkan lagi dengan pertimbangan kaum dan agama. Strategi lain yang boleh dipakai ialah untuk mengasingkan terus rakyat daripada kesedaran politik. Politik digambarkan kotor dan sepak terajangnya perit untuk dilalui oleh rakyat, khususnya mereka yang hidupnya sederhana atau sukar.

Bagi yang kaya dan tidak bimbangkan persoalan kewangan, ketakutan ditanam melalui kehilangan atau gangguan terhadap perniagaan atau pekerjaan. Tidak cukup dengan itu, perhatian rakyat dialihkan kepada persoalan lain misalnya penekanan masalah yang lebih kecil tetapi penting seperti jenayah setempat; atau kepada masalah yang nampak besar dan sukar difahami misalnya keganasan antarabangsa, perseteruan dengan pemimpin asing atau berita-berita gembira melalui media yang sentiasa menggambarkan satu sisi – tentunya baik – untuk kerajaan berkuasa.

Ringkasnya, ia memimpin dengan asas ketakutan dan ketaatan tanpa soal. Namun, jalan kediktatoran sentiasa sedar akan elemen yang tidak mengenal, atau sedia untuk melawan persekitaran tersebut. Jalan menanganinya tentulah sikap keras dan anti-demokrasi. Ini juga adalah bahagian penting untuk dilihat sepanjang proses yang membawa kepada protes massa di jalanan.

Revolusi kuasa rakyat (atau mungkin reformasi di Malaysia) tidak sunyi daripada dihakimi sejarah. Sama ada ia gagal atau belum berjaya adalah persoalan yang sentiasa dibincang. Namun, Almonte menjelaskan dengan cukup indah buat saya. Katanya “revolusi tidak pernah gagal kerana tidak ada revolusi yang menghancurkan negara. Negara hancur hanya apabila rakyat hilang kesanggupan untuk memastikan ia ditadbir dengan baik melalui prinsip kebebasan dan keadilan.” Beliau meneruskan: “Sebuah revolusi dilancarkan bukan daripada perhitungan prospek kejayaan sebelumnya atau pertanggungjawaban terhadap kegagalannya. Revolusi dilancarkan sebagai maklum balas kepada keharusan moral. Ia dilancar kerana rakyat menilainya sebagai tindakan terakhir yang betul untuk dilakukan. Dalam kata lain, revolusi dilancarkan sebagai pilihan moral. Sama ada ia berjaya atau gagal, ia membenarkan sebuah negara mendapatkan kembali penghormatan diri untuk memperbaharui ‘kehidupannya’. Bagaimana sebuah negara melalui ‘hidup barunya’ bergantung kepada pelajaran yang diambil daripada revolusi dan kesediaan negara mempelajarinya.”

Banyak pengalaman telah menunjukkan kerajaan zalim dan menyeleweng hanya diganti oleh sebuah kuasa kerajaan lain yang mengulangi kesilapan sama. Ia bermula dengan harapan besar akan sebuah kuasa kerajaan untuk mengubah nasib rakyat. Sambil ia benar pada tahap tertentu, pesan ahli ekonomi Perancis, Frederic Bastiat yang menyaksikan naik turun banyak kerajaan pasca Revolusi Perancis wajar difikirkan. Kata beliau: “Hampir semua orang mahu hidup dengan biaya kerajaan. Mereka lupa bahawa kerajaan mahu hidup dengan biaya semua orang”.

Untuk saya, revolusi kuasa rakyat hanya benar dapat berlaku melalui kebebasan dan keadilan. Ini berlaku apabila setiap rakyat sebagai individu membebaskan diri mereka daripada penggantungan besar kepada kerajaan dengan penegasan bahawa mereka boleh menguruskan diri mereka sendiri dalam banyak keadaan, sebagai individu atau kumpulan masyarakat sivil – sama ada berkaitan politik, ekonomi atau sosial. Kesanggupan rakyat ini dengan sendirinya menuntut peralihan peranan kerajaan dan ini adalah pilihan moral terbaik dengan prinsip yang jelas.

Sebagaimana yang berlaku kini, Revolusi Kuasa Rakyat di Filipina telah merebak ke beberapa negara lain seperti China, Korea, Burma, Hungary, Bulgaria, Romania, Chile dan Afrika sekitar 1980-an. Juga dikatakan, gelombang kuasa rakyat yang tersebar ini jugalah yang turut mendorong keruntuhan Tembok Berlin dan kejatuhan Kesatuan Soviet tidak lama selepas itu. Begitu juga kesungguhan dan minat yang mendalam Bung Karno kepada kerevolusioneran bangsa Indonesia ini tercermin dalam banyak sekali pidato-pidatonya (atau karya-karyanya). Boleh dikatakan bahwa Bung Karno-lah satu-satunya pemimpin Indonesia yang telah mencurahkan banyak tenaga dan fikirannya supaya bangsa Indonesia menjadi bangsa yang menempuh perjuangan revolusioner dan mempunyai cita-cita dan watak patriotisme yang tinggi dalam mengabdi kepada tanah-air dan bangsa.

Bagi semua orang yang masih juga mempunyai fikiran bahwa Revolusi yang selalu dianjurkan Bung Karno kepada bangsa Indonesia adalah sesuatu yang menakutkan, yang selalu merupakan tindakan yang berdarah-darah, atau kegiatan yang hanya bunuh-membunuh, atau pembrontakan dan amuk-amukan yang sembarangan saja, dan pengrusakan yang hanya menimbulkan anarchi atau kekacauan, sesungguhnya berusaha membaca atau mempelajari (dengan baik-baik) karya-karya Bung Karno dan sekali lagi bukan hal-hal negatif yang menjadi ajaran-ajaran revolusion, Enam hukum-hukum Revolusi menurut Bung Karno

Kata Bung Karno : »Apa hukum-hukum revolusi itu ? Hukum-hukum Revolusi itu, kecuali garis-besar romantika, dinamika, dialektika yang sudah kupaparkan tadi, pada pokoknya adalah :

Pertama, Revolusi mesti punya kawan dan lawan, dan kekuatan-kekuatan Revolusi harus tahu siapa kawan dan siapa lawan ; maka harus ditarik garis-pemisah yang terang dan harus diambil sikap yang tepat terhadap kawan dan terhadap lawan Revolusi ;

Kedua, Revolusi yang benar-benar Revolusi bukanlah « revolusi istana « atau « revolusi pemimpin », melainkan Revolusi Rakyat ; oleh sebab itu, maka Revolusi tidak boleh « main atas » saja, tetapi harus dijalankan dari atas dan dari bawah ;

Ketiga, Revolusi adalah simfoninya destruksi dan konstruksi, simfoninya penjebolan dan pembangunan, karena destruksi atau penjebolan saja tanpa konstruksi atau pembangunan adalah sama dengan anarchi, dan sebaliknya ; konstruksi atau pembangunan saja tanpa destruksi atau penjebolan berarti kompromi, reformisme

Keempat, Revolusi selalu punya tahap-tahap ; dalam hal Revolusi kita : tahap nasional-demokratis dan tahap Sosialis, tahap yang pertama meretas jalan buat yang kedua, tahap yang pertama harus dirampungkan dulu, tetapî sesudah rampung harus ditingkatkan ke tahap yang kedua -- inilah dialektik Revolusi ;

Kelima, Revolusi harus punya Program yang jelas dan tepat, seperti dalam Manipol kita merumuskan dengan jelas dan tepat : (A) Dasar/tujuan dan Kewajiban-kewajiban Revolusi Indonesia ; (B) Kekuatan-kekuatan sosial Revolusi Indonesia ; (C) Sifat revolusi Indonesia, (D) Hari depan Revolusi Indonesia ; dan (E) Musuh-musuh Revolusi Indonesia. Dan seluruh kebijaksanaan Revolusi harus setia kepada Program itu ;

Keenam, Revolusi harus punya sokoguru yang tepat dan punya pimpinan yang tepat, yang berpandangan jauh–kemuka, yang konsekwen, yang sanggup melaksanakan tugas-tugas Revolusi sampai pada akhirnya, dan Revolusi juga harus punya kader-kadernya yang tepat pengertiannya dan tinggi semangatnya.

Untuk membina kekuatan besar yang berupa pendukung, pendorong atau penggerak Revolusi yang demikian ini diperlukan waktu yang panjang , banyak tenaga dan fikiran, dan pengorbanan-pengorbanan yang tidak sedikit. Penggalangan kekuatan revolusioer ini boleh dilakukan melalui berbagai cara atau jalan dan dengan macam-macam bentuk, antara lain mengadakan aksi-aksi untuk membela kepentingan rakyat dan memperjuangkan tuntutan massa luas demi kehidupan lebih baik, dan dengan gerakan-gerakan untuk melawan segala macam penindasan oleh bangsa sendiri maupun bangsa asing,.

Segala macam aksi atau kegiatan revolusioner untuk membela kepentingan rakyat ini merupakan cara penting untuk meningkatkan kesedaran massa rakyat untuk mendukung revolusi dan juga langkah penting untuk mempersiapkan pelaksanaan revolusi. Kesedaran politik revolusioner yang tinggi dari rakyat banyak (terutama dari golongan bawahan, kalangan buruh, tani, rakyat miskin umumnya) adalah syarat bagi berhasilnya revolusi.

Jumlah rakyat yang sudah dirugikan dengan berbagai bentuk dan cara adalah amat besar, yang terdiri dari macam-macam golongan (jadi bukan hanya golongan komunis saja, melainkan juga dari golongan-golongan lainnya, termasuk golongan Islam). Demikian juga mereka yang jadi korban politik neo-liberalisme yang dianut pemerintahan dewasa ini, termasuk kalangan menengah (pengusaha kecil dll). Mereka ini semualah yang perlu dipersatukan di bawah bendera revolusi.

Sekitar tahun 80-an, banyak orang-orang yang menamakan anaknya dengan Ayatullah dan Al Khomeini, Ramatullah Al Khomeini. Entah berapa banyak kaum muslimin yang terkagum-kagum dengan sosok ‘Khomeini’ sebagai pemimpin revolusi Iran. Kekaguman tersebut sebenarnya bisa dimaklumi mengingat banyaknya orang yang tertipu sejak dahulu oleh sosok kakek tua dengan jenggot putih lebat yang “Zuhud” ini. Kekaguman yang sama juga pernah terjadi pada sosok Saddam Hussein saat perang teluk tahun 90-an meletus. Bahkan saya masih ingat sebuah pemberitaan di salah satu stesen television bahwa ada sekitar 300-an bayi yang lahir dinamakan Saddam Hussein!

Sebelum tercetus revolusi tahun 1979, Iran berada di bawah kekuasaan Shah Muhammad Reza Pahlevi yang diktator dan tiran. Meski Iran merupakan negara penghasil minyak terbesar nomor tiga di dunia, yang meraup keuntungan 40 miliar dollar lebih tiap tahun dari penjualan minyaknya, akan tetapi rakyatnya hidup sangat menderita di bawah pemimpin yang diktator dan negara yang disetir sepenuhnya oleh Amerika Serikat ini. Pemerintah Iran bahkan mempekerjakan 50 ribu orang AS sebagai penasehat, dengan gaji total 4 miliar dollar tiap tahunnya. Namun di saat yang sama, rakyatnya hidup dalam keterpurukan sebagaimana yang digambarkan oleh Dr. Musa Al Musawi sbb:

Jumlah pengangguran mencapai 1,5 juta orang dan mereka berkeliaran di jalan-jalan atau hijrah ke negara-negara teluk demi mencari sesuap nasi.Rakyat Iran segera tergerak untuk melepaskan diri mereka dari cengkeraman penguasa kejam yang tega berbuat apa saja terhadap rakyatnya selagi ia mampu, yang sekarang harus patuh kepada pengaruh asing hingga menampakkan sikap lunak terhadap rakyatnya. Rakyat Iran harus segera memanfaatkan situasi ini sebelum semuanya berubah dan kembali seperti semula.

Kelompok-kelompok yang memusuhi Shah tahu benar bahwa kesempatan sedang terbuka untuk mereka, dan mereka tidak boleh mensia-siakannya. Mengingat Shah mulai menuruti kemauan rakyat, maka rakyat harus terus menaikkan tuntutannya terhadap hak-hak mereka yang selama ini dirampas, maka kelompok-kelompok anti Shah pun bersatu melawan musuh bersama mereka.

Bangsa Iran saat itu boleh jadi merupakan bangsa muslim yang masih memiliki semangat keimanan, dan hal ini harus dimanfaatkan, lebih-lebih mengingat adanya permusuhan sengit antara Shah dengan banyak tokoh agama, dan di antara tokoh yang paling menentangnya adalah Khomeini yang saat itu sedang berada di Irak, jauh dari jangkauan Shah dan aman dari gangguan pasukannya. Maka kelompok-kelompok politik yang bersekutu tadi sepakat untuk mengangkat Si Kakek yang berusia 80 tahun ini sebagai pemimpin revolusi.

Semua orang mulanya mengira bahwa jatuhnya pilihan atas Khomeini sebagai pemimpin revolusi akan mengobarkan semangat persatuan bagi rakyat Iran dalam perjuangannya, sekaligus menyatukan berbagai kelompok dan unsur yang berbeda ideologi. Tak ada seorang pun yang menyangka bahwa bila revolusi ini berhasil maka pemimpinnya akan mengkhianati kepercayaan yang diberikan rakyat kepadanya, lalu melakukan pengkhianatan besar dengan memonopoli kekuasaan untuk pribadi dan golongannya (baca: Syi’ah), dengan cara-cara keji yang membuat bulu kuduk berdiri mendengarnya!

Yang diramalkan oleh banyak kalangan ialah bahwa Khomeini bersedia memimpin revolusi tanpa berhasrat terhadap kekuasaan, hingga dialah satu-satunya yang dianggap sesuai untuk menyatukan berbagai kelompok politik yang berlainan ideologi tersebut. Apalagi mengingat bahwa Khomeini telah bersumpah demi Allah di hadapan dunia bahwa ia dan kelompoknya tidak menginginkan keuntungan apa-apa dari revolusi tersebut jika berhasil, bahkan mereka menyatakan akan kembali ke madrasah-madrasah dieniyyah mereka di Qum, untuk mengkaji, menulis buku, dan mengajar. Sedangkan rakyat akan diberi kebebasan penuh untuk menentukan pemimpin baru yang mereka sukai

Jadi, tersingkirnya Shah sebagai sekutu yang ’sakit’ bila digantikan dengan penguasa agama yang konservatif dan kaku, yang dapat menumpas komunisme dengan pedang Islam, bisa diangap sebagai sekutu alami buat AS. Intinya, menumpas komunisme hingga ke akar-akarnya atas nama agama dan keimanan –sebagaimana yang diketahui oleh dunia- tidak lain termasuk bagian dari skenario utama politik AS di wilayah yang sensitif tersebut, mengingat Timur Tengah memiliki 70% dari cadangan minyak dunia yang menjadi bahan bakar peradaban Eropa dan Amerika

Makna gerakan revolusioner di sini sederhananya adalah perjuangan untuk memutar balik (sesuai dengan arti revolusi itu sendiri, yakni putaran) hubungan kekuasaan dalam masyarakat untuk mencapai tujuan akhir berupa masyarakat tanpa penindasan. Yang menjadi persoalan utama adalah: apa metode yang digunakan untuk mencapai tujuan tersebut? Sebagaimana coba ditunjukkan di bawah ini, Leninisme tidak serta merta menjawab pertanyaan itu dengan "kekerasan" atau "kediktatoran" (dalam maknanya saat ini berupa kediktatoran individu, yang dipertentangkan dengan demokrasi). Sebaliknya, gerakan revolusioner yang dipimpin Lenin (maupun Marx) justru ditandai oleh komitmennya terhadap kerja-kerja pembangunan kesadaran dan kehendak massa, perjuangan untuk kebebasan politik, berbeda dengan kelompok-kelompok revolusioner lain di masanya yang mengandalkan serangan-serangan mendadak dan teror.

Upaya memanifestasikan kehendak rakyat dan demokrasi, merupakan suatu proses perjuangan historis yang semakin melibatkan rakyat sebagai tokoh utama (protagonis). Perjuangan ini berlangsung dalam konteks perlawanan terhadap belenggu tatanan sosial lama yang sarat penindasan, apakah itu monarki, imperialisme asing, atau rejim kapitalis yang tidak populer. Dari sudut pandang ini, demokratisasi sangat erat dengan revolusi, yakni sama-sama membuka jalan untuk menjungkirbalikkan hubungan kekuasaan dalam masyarakat. Tidaklah berlebihan untuk menyatakan, kaum revolusioner dalam pengertian kelompok yang berupaya mendorong roda revolusi untuk mengangkat posisi politik massa rakyat - seperti kaum Jacobin dalam Revolusi Perancis, kaum sosialis dan sosio-demokrat (sosialis Marxis) di Eropa pada akhir abad 19 dan awal abad 20, dan para pejuang anti-kolonial dan anti-imperialis di negeri Dunia Ketiga paska PD II - merupakan pejuang-pejuang demokrasi yang terdepan pada masanya.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

P2 bab 3

BEPANG DAN SEJARAH KULINARI

PULAU DUYUNG ADALAH LIDAH NEGERI TERENGGANU