Sejarah Kg Terpilih

ASAL USUL KAMPUNG TERPILIH


     Sejarah asal usul sesebuah kampung penting dalam mendapatkan maklumat yang lebih jelas dan tepat. Hal ini kerana,sejarah ini perlu dipelihara supaya generasi akan datang mengetahui asal usul kampung-kampung tersebut dengan lebih jelas. Kajian yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk mengkaji tentang sejarah asal usul lima buah kampung di Terengganu. Antara kampung yang dikaji ialah Kampung Alor Limbat, Kampung Felda Bukit Bading, Kampung Wakaf Tapai, Kampung Buloh dan Kampung Jerong Seberang. Kampung-kampung ini merupakan antara kampung tertua dalam lipatan Sejarah Terengganu. Dalam mengkaji sejarah asal usul kampung-kampung tersebut, terdapat pelbagai kaedah yang telah digunakan bagi mendapatkan maklumat yang tepat.
     Kampung Alor Limbat telah diletakkan sebagai ‘alor limbat’ kerana terdapat peristiwa-peristiwa yang agak unik. Mengikut cerita orang-orang kampung, peristiwa ikan limbat putih yang sering bermaharajalela di sepanjang sungai apabila hujan turun. Ikan ini mempunyai kepanjangan lebih kurang tiga kaki dan mempunyai balung dibadannya. Kampung Felda Bukit Bading. pula diambil namanya disebabkan…….. Seterusnya, Kampung Wakaf Tapai juga mempunyai sejarah yang agak menarik. Kampung ini diambil apabila nama Wakaf Tapai disebut oleh penghulu Mat Amin semasa menjalankan kerja gotong royong membuat jalan di kampung ini untuk menghubungkan kampung ini dengan Kuala Berang. Pekerja-pekerja gotong royong ini selalu singgah di wakaf  tempat Mandak Busu dan ibunya, Siah yang menjual tapai di sebuah wakaf. Pada masa yang sama, kampung ini juga pernah dikenali sebagai Pekan Koboi.Namun begitu cerita ini masih tidak dapat dikenal pasti kesahihannya.
     Seperti kampung-kampung lain,Kampung Buloh juga mempunyai sejarah yang menarik.Nama kampung ini diambil bersempena………. Kampung Jerong Seberang. Nama kampung ini telah diambil berikutan kedudukan kampung ini yang dipisahkan oleh sebatang sungai yang memisahkannya dengan kampung-kampung lain di sekitarnya. Sejarah kampung mempunyai makna yang agak mendalam bagi penduduk dan tidak patut dilupai walaupun perubahan telah berlaku.

     Konklusinya,asal usul nama sesebuah amat penting untuk diketahui umum.Hal ini delikia kerana,sejarah kampung-kampung ini sangat penting supaya generasi akan datang dapat mengetahui asal usul kampung-kampung tersebut dengan lebih jelas.


1.0 ASAL USUL LIMA BUAH KAMPUNG DI DAERAH MARANG,TERENGGANU

    1.1 KAMPUNG ALOR LIMBAT
     Kampung pertama yang saya kaji asal usulnya ialah Kampung Alor Limbat.Kampung ini terletak lebih kurang 19 kilometer daripada Bandar Kuala Terengganu dan mempunyai jumlah penduduk lebih kurang 1200 orang.Sumber pendapatan penduduk di kampung ini ialah di bidang pertanian.Kampung ini mempunyai 594 orang penduduk lelaki dan 597 orang penduduk perempuan.Kampung ini mempunyai keluasan lapan kilometer persegi  dan penggunaan tanah seluas 800 hektar, keadaan bentuk muka buminya adalah tanah pamah yang subur,berpaya dan berbukit.Alor Limbat merupakan sebuah kampung tertua dalam lipatan Sejarah Negeri Terengganu.Kampung ini mempunyai sejarah dan peristiwa yang agak unik.Menurut cerita beberapa orang tua yang telah saya temui,mereka telah menceritakan pelbagai kisah bagaimana kampung ini mendapat nama ‘Alor Limbat’.Pada mulanya,kampung ini dikenali sebagai Kampung Matahari Naik kerana kedudukannya adalah mengarah ke timur.Pada waktu itu,penduduk kampung hanya lebih kurang 17 belas orang sahaja dan terdiri dari tiga keluarga.Kampung ini diperintah oleh seorang tokoh yang gagah dan berani iaitu dikenali sebagai Tukang Dolah.Beliaulah yang menguasai sebahagian besar tanah di kampung ini.
     Menurut sumber-sumber yang diceritakan oleh orang-orang tua di kampung ini sebenarnya kampung ini telah wujud sejak sebelum tahun 1880-an lagi.Hal ini mungkin logik jika dikaitkan dengan peristiwa sejarah di mana di dalam tempoh 1820-an,Siam telah berkuasa ke atas empat negeri-negeri Melayu Utara iaitu Kedah,Perlis,Kelantan dan Terengganu.Dipercayai Marhum Mata Merah adalah pengasas kampung ini iaitu dari tahun 1839 hingga tahun 1880.Diantara tahun 1839 hingga tahun 1876,Terengganu diperintah oleh Sultan Omar dan baginda telah menghantar bunga emas kepada Siam setiap tiga tahun sebagai tanda persahabatan dengan Negara Siam.Jadi di dalam masa Terengganu bersahabat inilah kedudukannya menjadi lebih teguh.Baginda Sultan Omar telah membahagikan Negeri Terengganu kepada beberapa daerah dan dipecahkan pula kepada beberapa Mukim dan kampung-kampung kecil yang ditadbirkan oleh seorang Penghulu Mukim.
     Diceritakan,pada suatu masa dahulu terdapat seramai tujuh orang adik-beradik dari Siam telah datang ke kampung ini untuk membunuh seekor ular yang ganas iaitu dikenali sebagai ular bidar atau ular lembu.Ular ini sentiasa bergerak di dalam alur yang panjangnya hampir satu batu.Alur ini adalah bermula dari Bukit Tok Baut yang terletak di bahagian hulu kampung ini dan terus menganjur ke Baruh Dalam iaitu terletak mengarah ke utara kampung ini.Ular ini besar dan apabila berlakunya hujan panas,ular ini akan mengeluarkan bunyi seperti suara lembu.Oleh sebab itu,ular ini dikenali sebagai ular lembu.Di dalam usaha tujuh orang adik-beradik itu menangkap ular tersebut,enam orang daripada tujuh beradik itu telah pengsan.Akhirnya,seorang adik-beradiknya yang tidak pengsan itu telah berjaya menangkap ular tersebut dan membunuhnya.Sebahagian daripada daging ular itu telah direbus dan dijadikan ubat untuk memulihkan semula enam orang yang telah pengsan itu.Selepas makan ubat itu,enam beradik yang pengsan itu telah pulih.
     Selain daripada peristiwa ini,kampung ini juga telah mendapat nama bersempena seekor ikan yang benama Ikan Limbat.Tidak seberapa lama selepas peristiwa tujuh beradik itu,seekor gajah telah dijumpai terbunuh dipinggir Bukit Tok Baut.Ketika penduduk kampung ini pulang dari huma,mereka telah melihat sekumpulan ikan besar sedang makan bangkai gajah itu.Menurut cerita mereka, ikan ini mempunyai kepanjangan lebih kurang tiga kaki dan mempunyai balung iaitu bermula dari atas hidung hinggalah ke ekor.Ikan Limbat ini sentiasa berulang-alik melalui alur itu ke Bukit Tok Baut untuk makan bangkai gajah tersebut.Hal ini memang pernah disaksikan oleh orang-orang kampung yang sentiasa berulang-alik dari huma iaitu yang terletak di Bukit Tok Baut.Sekawan ikan limbat ini akan bermaharajalela apabila hujan turun.Tragedi ini berlaku di sebuah alur yang bernama Alur Kerkut.Menurut Haji Mat Saman bin Ali iaitu Ketua Kampung Alor Limbat,tujuh beradik dari Siam itu cuba melapah isi ikan untuk dibahagikan kepada tujuh bahagian,namun semasa hendak melapah isi ikan itu, pengikutnya pengsan secara tiba-tiba dan mati.1Oleh itu,kesan daripada dua peristiwa aneh itu,maka orang-orang kampung ini telah bersetuju memberikan nama kampung ini sebagai Kampung Alor Limbat.Cerita-cerita ini telah disampaikan dari satu generasi ke satu generasi dan tetap menjadi ingatan terutama kepada orang-orang tua di kampung ini.


1.Tuan Haji Mat Saman bin Ali,69 tahun,Kampung Alor Limbat,21400 Marang,Terengganu.




    1.2 KAMPUNG SUNGAI SERAI
     Seterusnya,saya juga telah mengkaji asal usul nama Kampung Sungai Serai.Kampung ini merupakan sebuah kampung yang terletak di daerah Marang,Terngganu.Perjalanan dari Bandar Marang memakan masa kira-kira 20 minit manakala untuk ke Kuala Terengganu pula kira-kira 40 minit.Kampung ini dibawah dun Pengkalan Berangan dan parlimennya adalah Marang.Berbeza dengan kampung-kampung lain,Kampung Sungai Serai terletak agak jauh di pedalaman.Oleh hal yang demikian,pertanian merupakan asas utama penduduk  untuk menjana ekonomi.Mempunyai jumlah penduduk yang dianggarkan seramai 1200 orang dan terdapat 147 buah rumah di kampung ini.Hampir sebahagian besar kawasan penempatan di kampung ini dibina secara berderet di pinggir jalan.
     Kampung Sungai Serai dikenali sebagai rumpun serai di tebing sungai.Mempunyai sejarah yang menarik dan unik dalam mendapatkan nama kampung ini.Menurut sumber internet yang saya perolehi,kampung ini mula dibuka sekitar tahun 1857-an.Orang pertama yang meneroka kampung ini berasal dari Kampung Undang iaitu Tun Khatib bersama 20 orang pengikutnya.Pada awal penerokaan,kampung ini dipenuhi dengan hutan tebal dan dikelilingi kawasan bukit serta beberapa batang sungai.Pekerjaan utama penduduk suatu ketika dahulu ialah petani dan pekebun kecil.Nama ‘Sungai Serai’ diambil bersempena rumpun-rumpun serai yang tumbuh bergitu banyak di sepanjang tebing sungai suatu ketika dahulu.Bermula dari situlah,Tun Khatib mendapat ilham bagi menamakan kampung ini sebagai Kampung Sungai Serai.Oleh kerana sifat kepimpinan yang wujud pada diri Tun Khatib,beliaulah telah dilantik sebagai penghulu pertama di kampung ini.Namun kini,rumpun-rumpun serai yang suatu ketika dahulu memenuhi tebing sungai telah pun hilang di telan zaman.22Selain itu,menurut JKKK kampung ini juga iaitu En.Abd.Wahab bin Omar,nama kampung ini juga diambil bersempena rumpun-rumpun serai yang tumbuh terlalu banyak di sepanjang sungai di kampung ini.3

2.http://119.110.105.61/KampungSungaiSerai/index.php?option=com_content&view=article&id=13&Itemid=17&lang=ms
3.En.Abd Wahab bin Omar, tahun,Kampung Sungai Serai,21400,Marang,Terengganu.



     1.3 KAMPUNG WAKAF TAPAI
     Kampung Wakaf Tapai juga mempunyai sejarah dan peristiwa yang unik.Kampung yang terletak di daerah Marang,Terengganu ini mendapat nama ‘Wakaf Tapai’ kerana mempunyai dua peristiwa yang menarik.Wakaf Tapai ialah sebuah kampung yang terletak di kilometer 26 jalan Kuala Terengganu ke Kuala Berang.Keluasannya lebih kurang 6.4 kilometer persegi,mengandungi 1928 orang penduduk yang terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu,Cina dan India. Kaum Melayu berjumlah 1521 orang,Cina,400 orang dan India,tujuh orang.Kira-kira tige per empat dari penduduknya bekerja sebagai penoreh getah dan penanam padi sementara satu per empat lagi bekerja dalam berbagai-bagai lapangan seperti berniaga,peraih tukang dan sebagainya.
     Pada awal-awal tahun 1930-an,nama Wakaf Tapai masih belum muncul lagi.Namanya pada masa itu dikenali sebagai Ara Mehit oleh penduduk di situ dan orang-orang di sekitar Alor Limbat.Oleh sebab itu,ramai daripada penduduk Kampung Wakaf Tapai berasal dari  Kampung Alor Limbat.Ada beberapa sumber tentang kemunculan nama Wakaf Tapai.Mengikut Mandak bt.Busu,nama Wakaf Tapai mula disebut oleh Penghulu Mat Amin semasa menjalankan kerja gotong-royong membuat jalan di kampung ini untuk menghubungkan dengan Kuala Berang.Pekerja-pekerja gotong-royong ini selalu singgah di sebuah wakaf tempat Mandak dan ibunya,Siah menjual tapai.Akhirnya, apabila ramai orang yang datang ke tempat ini untuk membeli tapai,lama-lama namanya semakin popular dan disebut Wakaf Tapai.
     Kenyataan ini disokong oleh Halimah bt.Mohd.Menurutnya,nama kampung ini mula-mula disebut secara rasmi oleh Penghulu Mat Amin pada hari Jumaat semasa beliau dan orang-orangnya balik dari kerja membuat jalan dan singgah membeli tapai yang dijual oleh Mandak.Dikatakan,semasa pekerja-pekerja membuat jalan yang berjumlah kira-kira 200 orang itu sedang makan tapai,Penghulu Mat Amin mencadangkan supaya tempat ini dinamakan Wakaf Tapai mengambil sempena nama wakaf tempat Mandak menjual tapai.Cadangan ini juga disokong oleh Penghulu Abd.Rahman bin Samad (Penghulu Man).Maka dari hari itulah,nama Wakaf Tapai mula disebut secara rasmi.Perasmian nama kampung ini berlaku kira-kira dalam tahun 1932 atau tahun 1933.Dikatakan juga pada hari itu, 12 bakul tapai telah habis dijual.Menurut JKKK Kampung Wakaf Tapai,En Sulong bin Ismail,Mandak Busu menjual tapai semasa berhenti berehat selepas penat berjalan dan menurutnya lagi,kampung ini juga pernah dikenali sebagai Pekan Koboi.4

4.En.Sulong bin Ismail,69 tahun,Tanah Lot SPKA Wakaf Tapai,21040,Marang,Terengganu.
    
      Ada juga sumber lain yang menyatakan bahawa orang yang mula-mula menyebut nama Wakaf Tapai ialah orang-orang dari Kampung Ibai iaitu sebuah kampung yang hampir dengan Kampung Atas Tol lebih kurang 16 kilometer dari Kampung Wakaf Tapai.Mereka selalu berulang-alik di antara tempat mereka dengan kampung Wakaf Tapai.Dalam perjalanan,mereka selalu singgah di wakaf tempat Mandak dan ibunya,Siah menjual tapai.Oleh sebab itulah mereka menyebut nama kampung ini sebagai Wakaf Tapai.Dari kenyataan-kenyataan ini kita boleh membuat kesimpulan bahawa mereka semua bersetuju yang nama Wakaf Tapai diambil dari nama wakaf tempat dimana Mandak bt.Busu dan ibunya,Siah menjual tapai.Wakaf ini telah didirikan oleh bapa Mandak yang dikenali dengan nama Tok Busu dan beliau berasal dari Kelantan.Wakaf ini dibuat dengan kayu bulat dan beratap daun sagu.Orang yang mula-mula yang tinggal di kampung ini ialah Tok Bidan Midah,Mandak bt.Busu dan Penghulu Man.Mereka datang ke sini sebelum berlakunya banjir besar pada tahun 1926.Mandak bt.Busu merupakan anak kelahiran Kampung Tanggul sementara Penghulu Man berasal dari Kampung Pulau Manis

    1.4 KAMPUNG TELAGA MENGKUDU
     Selain itu,saya juga mengkaji asal usul nama Kampung Telaga Mengkudu iaitu sebuah kampung yang terletak di dalam daerah Marang,Terengganu.Kampung ini terletak 18 kilometer dari bandar Kuala Terengganu dan 25 kilometer dari bandar Marang.Kampung Telaga Mengkudu mempunyai sejarah dan peristiwa yang amat menarik.Terdapat pelbagai maklumat berkaitan asal usul nama kampung ini.Berikut merupakan maklumat-maklumat yang dapat diperolehi dan disenaraikan merangkumi Sejarah Komuniti Tempatan.Saya mendapat maklumat ini melalui sesi temu bual bersama penduduk kampung ini.Menurut cerita beberapa orang tua yang telah saya temui,mereka telah menceritakan pelbagai kisah bagaimana kampung ini mendapat nama Telaga Mengkudu.
     Menurut mereka,Kampung Telaga Mengkudu mendapat nama semasa tahun 1800-an.Keluasan kampung ini pada masa itu tidak begitu besar.Hal ini demikian kerana,Kampung Telaga Mengkudu pada masa itu merupakan kampung yang tidak mempunyai nama tetapi dinyatakan telah bergabung dengan dua buah kampung lain iaitu  Kampung Pusu Tiga dan Kampung Balai Tanjung.Saya difahamkan juga kampung ini dipanggil Hutan Tuan Haji Dollah.Menurut cerita mereka,terdapat seorang bangsawan pada zaman dahulu yang tinggal di kampung ini.Dia berasal dari Negeri Sembilan dan dikenali sebagai orang besar Tuan Harun.Semasa dia sampai di kampung ini,penduduk di situ kebanyakkannya menanam padi dan menangkap ikan.Kampung ini dilihat sebagai satu komuniti kerana tidak menjadi kampung gabungan lagi pada masa itu.
     Apabila terdengar cerita ini,orang besar Tuan Harun telah pergi meminta pendapat orang kampung tentang perkara ini.Orang besar Tuan Harun telah bertanya akan pendapat orang kampung tentang perkara tersebut.Orang besar Tuan Harun telah meminta pendapat mereka dan berbincang tentang perletakan nama kampung ini.Kampung Telaga Mengkudu terletak ditepi jalan yang menghubungkan Kuala Berang dengan Kuala Terengganu.Semasa penduduk Kuala Berang hendak ke Kuala Terengganu,mereka akan berhenti berehat di wakaf yang terletak di tengah-tengah jalan yang menghubung dua tempat ini.Ditepi wakaf tersebut telah dibina sebuah telaga oleh orang kampung disebabkan ramai yang mengalami sakit kaki setelah berjalan agak jauh.Oleh itu,mereka telan menanam pokok mengkudu ditepi telaga itu untuk dijadikan ubat kepada mereka yang mengalami sakit kaki itu.Disebabkan kejadian ini,mereka telah mengambil keputusan untuk tidak meletakkan nama kampung ini sebagai kampung Wakaf Mengkudu tetapi sebaliknya telah meletakkan nama kampung ini sebagai Telaga Mengkudu.
     Versi lain yang diceritakan oleh JKKK Kampung Telaga Mengkudu iaitu En.Mahadi bin Abd Rahman,pada masa dahulu terdapat sepohon pokok sena atau pohon kulai yang amat besar.Pokok ini telah wujud dari zaman 1850-an lagi.Sebelum itu,terdapat dua ekor burung kelekeng putih yang tinggan diatas pokok sena dengan membuat sarang dipohon tersebut.Pada masa yang sama,di bawah pohon itu terdapat kubur yang menyebabkan penduduk kampung tidak berani untuk melaluinya.Ada diceritakan apabila burung itu lapar pada musim kemarau,burung itu telah menyambar seorang budak yang kebetulannya sedang bermain dibawah pohon tersebut tetapi budak itu jatuh kedalam semak.Budak itu telah menceritakan kajadian itu kepada orang kampung.
     Semasa baruh kering,burung itu telah ternampak sebuah telaga di rumah seorang penduduk kampung.Pada masa itu,penduduk kampung itu sedang bertani,burung itu telah turun ke telaga tersebut yang ditepinya terdapat rimbunan pohon-pohon mengkudu.Orang kampung tidak berani untuk bertani kerana burung itu sering turun untuk minum air di telaga itu pada setiap musim kemarau.Dalam masa yang sama,ada juga orang kampung ini yang memuja pohon sena itu untuk mendapatkan nombor ekor pada waktu malam.Oleh itu,burung itu telah lari kerana takut telurnya diambil oleh penduduk kampung yang sering memuja pohon itu.Tetapi,ada juga diceritakan pasangan kepada burung itu telah mati dan menyebabkannya lari dari pohon sena itu.Melalui kejadian ini,orang kampung telah bersepakat untuk memanggil nama kampung ini sebagai Telaga Mengkudu tetapi jika ditakdirkan telag aitu tidak wujug,orang-orang kampung ingin meletakkan nama kampung ini sebagai Kampung Telaga Burung.5

5.En.Mahadi Abd.Rahman, tahun,Kampung Telaga Mengkudu,21400 Marang,Terengganu.


1.5 KAMPUNG JERONG SEBERANG
     Kampung terakhir yang dikaji asal usul namanya ialah Kampung Jerong Seberang. Kampung ini terletak di dalam daerah Marang,Terengganu.Kampung ini terletak lebih kurang 20 minit perjalanan dari Bandar Marang dan 40 minit perjalan dari bandar Kuala Terengganu. Dianggarkan seramai 686 orang penduduk menetap di Kampung Jerong Seberang yang majoritinya berbangsa Melayu.Penduduk di sini sejak dahulu lagi telah tinggal di rumah-rumah yang dibina di tanah masing-masing.Oleh sebab itu,kedudukan rumah penduduk agak berjauhan antara satu sama lain.Kampung jerong Seberang mempunyai bentuk muka buminya yang menjadikan sumber pendapatan penduduk pada masa dahulu adalah berasaskan pertanian.
     Menurut JKKK Kampung Jerong Seberang,En.Abdul Manas bin Bidin,nama kampung ini sangat unik yang pasti menimbulkan tanda Tanya kepada sesiapa sahaja yang mendengarnya.Pada masa dahulu,masyarakat di Kampung Jerong Seberang dikatakan tidak pandai menyebut perkataan “jauh” tetapi telah menyebutnya “jerong”.Diceritakan lagi,selain daripada kepayahan masyarakat menyebut perkataan “jauh” itu,perkataan “seberang” telah timbul berikutan kedudukan kampung ini yang dipisahkan dengan sebatang sungai.Sungai ini telah memisahkan Kampung Jerong Seberang dengan kampung-kampung lain disekitarnya.
     Bagi mengatasi masalah ini,masyarakat kampung ini telah membina sebuah titi kayu di sungai tersebut.Masyarakat Kampung Jerong Seberang telah membina titi kayu ini agar penduduk dari kampung lain boleh menyeberangi sungai dan datang ke kampung ini.Daripada dua peristiwa inilah yang menyebabkan nama Kampung Jerong Seberang telah digunakan oleh penduduk kampung dalam meletakkannya sebagai nama kampung.Ekoran dengan itu,nama Kampung Jerong Seberang telah kekal sehingga ke hari ini.6

6.En.Abdul Manas bin Bidin,44 tahun,JA 9 Kampung Jerong Surau,Wakaf Tapai,21040 Marang,Terengganu.


Komentar

Postingan populer dari blog ini

P2 bab 3

BEPANG DAN SEJARAH KULINARI

PULAU DUYUNG ADALAH LIDAH NEGERI TERENGGANU