Kampung Rawai- catatan II




KAMPUNG RAWAI -  Catan Samin
LATAR BELAKANG KAMPUNG RAWAI
Rawai berasal daripada sejenis alat menangkap ikan.Menurut kamus dewan edisi keempat, rawai membawa maksud sejenis alat untuk menangkap ikan yang terdiri daripada beberapa bentuk mata kail yang tergantung pada tali atau rotan yang terentang1.Teknik rawai masih lagi digunakan oleh para pemancing pada masa ini. Pada zaman dahulu,seorang penduduk kampung telah menahan rawai di sebuah alor sungai yang terletak tidak jauh daripada Kampung Rawai.Tidak lama kemudian,rawai yang dipasang oleh seseorang itu dimakan oleh ikan,dan datanglah seekor harimau yang kelaparan lalu memakan ikan yang terkena rawai itu2.Menurut orang lama Kampung Rawai,harimau yang memakan ikan yang terkena rawai itu berasal daripada kampung berdekatan iaitu kampung Alor Limbat3.
Sejurus kemudian,harimau yang memakan rawai itu membawa lari ikan yang terkena rawai ke desa ini.Harimau itu,telah mati akibat tertelan rawai tersebut.Beberapa orang penduduk kampung telah menemui bangkai harimau itu.Daripada peristiwa itu bermulalah nama Kampung Rawai dimana sebelum Kampung Rawai diberi nama penduduk setempat memanggil kampung tersebut sebagai Padang Rawai,lama-kelamaan padang rawai telah bertukar nama menjadi Kampung Rawai hingga kini4.
Kampung Rawai ialah sebuah kampung yang mempunyai keluasan 770 hektar (30008 batu persegi),1290 orang penduduk,229 buah keluarga dan 229 buah rumah yang tercatat.Kampung-kampung yang bergabung dengan Kampung Rawai ialah Kampung Padang Pak Wan,Kampung Bukit Damar,Kampung Tok Rasek,Kampung Wakaf Paka,Kampung Tok Gelap,Kampung Seberang Alor,dan Kampung Pak Belong4.
Sehubungan dengan itu,beberapa perkembangan telah dikaji iaitu dari segi ekonomi dan sosial.Melalui kajian ini,beberapa perubahan telah berlaku dan perubahan ini telah menunjukkan bahawa Kampung Rawai sebuah kampung yang berprestij.

                                                


PERKEMBANGAN KAMPUNG RAWAI DARI SEGI EKONOMI
       Pada awal penubuhan Kampung Rawai,kebanyakkan penduduk setempat hanya melakukan aktiviti sara diri5.Penduduk Kampung Rawai ketika itu kebanyakannya petani.Antara tanaman yang ditanam oleh penduduk setempat adalah getah,padi,dan sayur-sayuran5.Tanaman yang ditanam oleh penduduk setempat hanya untuk keperluan hidup sahaja.Mereka tidak mampu untuk menjalankan aktiviti perniagaan kerana penduduk setempat yang tidak ramai dan dianggarkan seramai lima puluh buah rumah sahaja ketika itu dan kehidupan mereka juga agak miskin hanya cukup makan sahaja seperti ‘kais pagi makan pagi,kais petang makan petang’.
      Selepas negara Malaysia merdeka,beberapa perubahan telah berlaku di Kampung Rawai antaranya projek pembangunan ekonomi kategori perniagaan6.Kebanyakan peniaga dan perusaan kecil hanya berkelulusan SPM dan SRP sahaja.Kedai Runcit dan Kopi hak milik Pn Azizah Busu merupakan salah sebuah kedai terawal di Kampung Rawai yang dicatat.Penubuhan  kedai tersebut pada tahun 1980 dan kedai tersebut masih berjalan hingga sekarang.Pn Azizah Busu hanya berkelulusan SPM sahaja dan hasil purata bulanan sebanyak RM450.00.Seterusnya,setiap penduduk Kampung Rawai mengenali Kedai Runcit  dan Kedai Makan En.Zaid Mamat yang mempunyai sebuah kedai.Kedai tersebut telah dibina pada tahun 1985 dan telah berlaku perubahan dari segi penambahbaikkan.Kedai Runcit dan Kedai Makan En.Zaid masih lagi berjalan dan hasil purata bulanan kedai tersebut sebanyak RM1500.00 dan telah berpindah ke Bukit Payong.Seterusnya,projek Memproses dan Jualan Runcit Ayam Daging milik En.Mohd Zuki bin Mohd Don adalah satu-satunya tempat untuk memproses ayam di Kampung Rawai dan ia mula ditubuhkan pada tahun 1989 dan komoditi milik beliau sebanyak 1500 ekor ayam yang diperuntukkan.Status perniagaan En.Mohd Zuki Mohd Don adalah masih berjalan.Hasil purata Bulanan yang dimiliki olehnya adalah sebanyak RM1500.00.Perniagaan Kerja Besi dan Welding En.Zainuddin Deris dibina pada tahun 1994 dan memiliki sebuah bangunan sahaja.Hasil purata bulanan yang dimiliki olehnya adalah sebanyak RM2000.00 juga telah berpindah ke Bukit Payong.Kebanyakkan orang kampung menggunakan khidmatnya untuk mempateri sesuatu.Seterusnya,marilah berkunjung ke perniagaan Kedai Makanan En.Lokman Deris dibina pada tahun 1995 dan masih lagi meneruskan perniagaan.Kedai makan En.Lokman merupakan kedai makan yang selalu dikunjungi oleh penduduk setempat.Pendapatan bulanan En.Lokman adalah sebanyak  RM1500.00. Kedai Minuman yang dimiliki oleh Cik Zurashima Museh masih lagi berjalan dan dibina pada tahun 1997.Hasil purata yang dimiliki olehnya adalah sebanyak RM400.00 sebulan.Akhirnya,projek Mesin Jentolak milik En.Hamzah Ngah.Mesin Jentolak yang dimiliki olehnya ada sebuah sahaja.Perniagaannya masih lagi dijalankan.Purata bulanan yang dihasilkan olehnya adalah sebanyak RM2000.006.
      Melalui projek ini Kampung Rawai dapat berkembang dan menjadi salah sebuah kampung yang dapat berdiri dengan kaki sendiri.
      Seterusnya,projek pembangunan ekonomi ketegori pertanian dan ternakan7.Antara kegiatan pertanian dan ternakan yang paling awal diwujudkan di Kampung Rawai adalah Projek Pertanian Kelapa Sawit.Ladang kelapa sawit ini dimiliki oleh Haji Abd Wahab Mohamad,projek ini dijalankan pada tahun 1986.Keluasan ladang kelapa sawit hak milik beliau adalah sebesar dua pulu ekar.Tanaman kelapa sawit ini masih lagi berjalan dan hasil purata bulanan yang dimiliki adalah sebanyak 7 tan kelapa sawit.Seterusnya,projek Tanaman Limau Madu milik En Sabri Talib seluas 5 ekar dan ditubuhkan pada tahun 1992.Tanaman Limau Madu ini masih lagi berjalan dan hasil purata bulanan yang dimiliki adalah sebanyak RM1000.00.Seterusnya,tanaman Semula Getah,projek pertanian ini dimiliki oleh En.Jamjamsari Yusof.Keluasan ladang En Jamjamsuri adalah seluas 4 ekar dan dibina pada tahun 1992.Tanaman Semula Getah ini masih lagi berjalan dan mempunyai hasil purata bulanan sebanyak RM400.00.Projek Tanaman Bumi Hijau hak milik ahli masyarakat dan belia ini ditubuhkan pada tahun 1995.Antara tanaman yang dijalankan adalah seperti buah-buahan,sayur-sayuran,dan bunga hiasan.Projek ini bertujuan untuk kegunaan sara diri.Dari segi ternakan pula,Ternakan Lembu Kampung En.Sabri Talib salah sebuah projek yang agak berjaya seterusnya mempunyai keluasan sebesar empat puluh ekar.Terrnakan ini dibina pada tahun 1996 dan masih lagi berjalan hingga sekarang.Hasil purata yang dimiliki olehnya bulanan adalah sebanyak RM800.00.Akhirnya,projek tanaman Ubi Kayu,yang dimiliki oleh Pn.Fatimah Binti Said dijalankan pada tahun 1996 dan mempunyai keluasan 4 ekar.Tanaman Ubi Kayu  ini masih lagi berjalan dan tanaman tersebut adalah untuk dijual.
      Melalui projek-projek ini Kampung Rawai dapat terus berkembang dan maju7.Selain itu,ia juga menunjukkan bahawa Kampung Rawai berpotensi untuk menjadi sebuah kampung yang terbilang.

PERKEMBANGAN KAMPUNG RAWAI DARI SEGI SOSIAL
      Sebelum merdeka Kampung Rawai hanya mempunyai lebih kurang lima puluh buah rumah sahaja8.Kampung Rawai telah menjadi laluan untuk tentera jepun9.Walaupun begitu,nasib penduduk kampung ketika itu sangat baik kerana tentera-tentera jepun itu tidak mengancam nyawa penduduk di situ ketika itu9.      Pada awal 1990,kebanyakkan penduduk tiada pekerjaan yang tetap.Mereka hanya bercucuk tanam seperti getah,padi sawah,sayur-sayuran yang bertujuan untuk kegunaan harian bukan untuk dijual.Disebabkan oleh itu,bagi makanan harian mereka sangat jauh berbeza dengan sekarang.Jika sekarang kita makan-makanan yang enak dan lazat,tetapi dahulu mereka hanya makan umbi sagu atau ketupat ubi yang mudah dijumpai10.Bagi menerangi malam mereka yang gelap gelita mereka mengguna damar,minyak kelapa,dan menggunakan lampu minyak tanah sahaja11.
        Selain itu,penduduk Kampung Rawai kebanyakanya berjalan kaki untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.Bagi penduduk yang berkemampuan,mereka mempunyai basikal itu pun hanya jarang-jarang sahaja dapat dilihat.Setiap kampung pasti mempunyai seorang atau lebih orang kaya atau lebih dikenali sebagai saudagar oleh penduduk setempat.Golongan yang berpendapatan ini dapat bergerak dengan lebih mudah kerana mereka memiliki kereta.Itu pun tidak ramai dan kadang-kadang sahaja dapat dilihat12.
      Dari segi pendidikan,Kampung Rawai mempunyai sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai yang terletak berhampiran dengan Masjid Kampung Rawai.Sekolah rawai itu merupakan salah satu pusat pendidikan terawal di Kampung Rawai.Sekolah itu dibina pada tahun 1948 hanya beratapkan daun nipah13.Tidak ramai pelajar yang belajar disitu kerana kekurangan wang untuk membayar perbelanjaan.
      Seterusnya,pada awal tahun 1990,Kampung Rawai menjadi agak maju dan segala aktivi yang diadakan dicatat dalam buku.Aktiviti-aktiviti kampung dibahagikan oleh beberapa biro.Pertama biro pendidikan14,biro ini ditadbir oleh tujuh orang jawatankuasa.Objektif  biro ini ditubuhkan adalah untuk meningkatkan taraf ksesedaran pendidikan,berminda pendidikan,kreatif,produktif,dan inovatif.Seterusnya,membina warga belia kampung yang terdidik dan terpimpin untuk memimpin dan berdikari.Aktiviti yang dijalankan adalah dengan membina perpustakaan desa pada tahun 1990 dan dibuka hingga sekarang.Implikasi daripada pembinaan pustaka desa ini semakin ramai pelajar sekolah rendah dan menengah datang untuk membuat rujukan dan menambahkan ilmu pengatahuan.
        Seterusnya biro wanita,yang diketuai oleh PN.Zabidah bt.Busu15.Antara objektif penubuhan biro ini adalah untuk membina warga kampung yang berpengetahuan dan mampu menyumbang kearah institusi keluarga dan meningkatkan penglibatan wanita dalam aktiviti kemasyarakatan,aktiviti ilmu,dan aktiviti kerohanian.Antara aktiviti yang dijalankan adalah kelas berzanji,kelas ini diadakan pada tahun 1991 pada setiap sabtu.Seramai 30 peserta yang terlibat dan pernah menyertai pertandingan berzanji pada setiap tahun.Seterusnya,aktiviti kelas bimbingan AL-QURAN wanita untuk dewasa.Kelas ini ditubuhkan pada tahun 1992.Seramai 15 orang peserta dan diajar oleh HAJAH MASNAH BT HAJI AWANG iaitu johan qariah majlis tilawah al-quran peringkat kebangsaan dan antarabangsaan.Akhirnya aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti kelas memasak.Kelas ini bermula pada tahun 1995 hingga sekarang bertempatkan di dewan seri rawai seramai 20 orang peserta yang terlibat.
          Seterusnya biro agama atau kebajikan16,biro ini dipengerusikan oleh Haji Abdul Wahab b.Muhammad.Tujuan aktiviti ini dijalankaan adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran dan penghayatan kerohanian warga kampung,seterusnya meningkatkan keberkesanan dalam hal agama.Aktiviti yang diadakan adalah seperti kelas agama.kelas ini dijalankan pada tahun 1991 hingga sekarang.Ceramah agama bersama bersama Imam Muda Astro. Kuliah Ramadan diadakn 8 kali sepanjang bulan ramadan iaitu selepas solat subuh dan ceramah disampaikan oleh Pejabat Agama Marang.
        Melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan kampung rawai wajar menjadi sebuah kampung yang berpendidikan,berakhlak dan menjadi sebuah kampung yang aman damai jauh daripada kes jenayah.

TOKOH KAMPUNG RAWAI
       Hajah Masnah binti Haji Awang merupakan salah seorang tokoh yang banyak menyumbang dalam menaikkan Kampung Rawai.Beliau merupakan Johan Qariah Tilawah al Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa pada tahun 1420 hijrah bersamaan tahun 1999.Beliau dilahirkan di kampung Alor Limbat pada 4 mac 1951.Dibesarkan  di kampung Alor Limbat kemudian di Kampung Rawai.
        Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Simpang Kampung Rawai.Hajah Masnah telah berkahwin dengan Haji Wahab bin Ismail dan dikurniakan 8 orang anak serta 18 cucu.Suaminya telah kembali ke rahmutllah.Beliau kini berkhidmat sebagai guru al Quran disamping menjadi sebagai suri rumah.
         Beliau mula berkecimpun dalam bidang Taranum al-Quran pada tahun 1966.Antara guru-gurunya adalah DATO’HAJAH RUGAYAH BINTI SULONG,DATO’HAJI HASAN BIN AZHARI,DATO’SYEIKH ISMAIL BIN MUHAMMAD,HAJI NIK JAAFAR BIN NIK ISMAIL,HAJI JUSOH BIN ISMAIL.Hasilnya pada tahun 1997 dan 1998 beliau berjaya menjadi johan peringkat negeri dan melayakkan beliau menyertai peringkat negeri dan kebangsaan.Kemuncaknya pada tahun 1998 beliau berjaya merangkul merangkul johan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
      Setelah berkecimpun sekian lama mempelajari ilmu-ilmu al Quran beliau berkhidmat pula kepada masyarat mencurahkan segala ilmu yang dimilikinya.Beliau mula mengajar al quran pada tahun 1967.Kemudian  berkhidmat pula dengan Yayasan Islam Terengganu mulai tahun 1986 hingga tahun 2007 dan dalam masa yang sama turut berkhidmat dengan Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu.Hajah Masnah merupakan orang yang berpengalaman luas dalam bidang Tilawah al Quran.Beliau mula menyertai Majlis Tilawah al Quran dari tahun 1985 hingga tahun 2004.
        Antara pertandingan yang pernah disertainya dan memenangi sebagai johan ialah PERINGKAT DAERAH MARANG PADA TAHUN 1985,1987,1988,1989,1990,19911992,dan 1993,Pada tahun 1998 beliau memperoleh johan dalam MAJILS TILAWAH MAYC PERINGKAT KEBANGSAAN.Peringkat negeri mendapat naib johan dalam penyertaanya pada tahun 1991.Pada tahun 1999 beliau juga berjaya mendapat johan dalam MAJLIS TILAWAH AL-QURAN UMNO PEINGKAT KEBANGSAAN.
      Kejayaan paling manis beliau sepanjang melibatkan diri dalam Ujian Tilawah ini ialah apabila menjadi Johan ada Majlis Tilawah Al Quran peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa pada tahun 1999.Kejayaan tersebut mencuri perhatian pihak-pihak tertentu untuk menjemput beliau memperdengarkan bacaan al Quran dalam majlis yang dianjurkan.Antaranya ialah Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2000,Majis Tilawah al Quran peringkat kebangsaan Thailand pada tahun 2000 “Occasion of Majesty Fatimah Zahra’ Birthday in 1983(Quran dan Etrat Institute,Iran)” pada tahun 2004.
        Selain mengambil bahagian dalam pertandingan dan persembahan tilawah al Quran,Qariah terbilang ini juga menjadi tenaga pengajar al Quran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu,Jabatan Hal Ehwal agama Terengganu,Yayasan Islam Terengganu,Asrama Anak-anak Yatim Darul Falah dan PERKAYA,Terengganu dan di sekolah-sekolah rendah dan menengah sekitar daerah marang dan Terengganu.
        Kegembiraan bagi seorang guru al Quran ialah apabila anak-anak muridnya memperoleh kejayaan.Antara muridnya yang berjaya ialah Nazirah binti Ibrahim,wakil negeri dalam          Majlis Tilawah Al Quran sebanyak 2 kali.Ramlah binti Teras yang mendapat tempat ketiga dalam Majilis Tilawah al Quran peringkat kebangsaan pada taun 2006.Ramai lagi anak muridnya yang masih meningkat,antaranya Che ku Minah,Zainun dan Atikah binti Ibrahim yang turut berkecimpun dalam bidang sama ada masih menjadi Qari dan Qariah dan tidak kurang juga menjadi guru al Quran.Beliau juga berbangga kerana salah seorang anaknya turut menjejaki langkahnya iaitu Suhana binti Othman.
      Berkat kesungguhan beliau dalam bidang al-Quran,sebahagian anak-anak muridnya telah mengukir kejayaan dalam majlis-majlis tilawah al Quran yang diadakan,antaranya dalam Majlis Tilawah al Quran Pertubuhan Anak-anak Yatim Se Malaysia (PEYATIM) peringkat kebangsaan tahun 2003,Majlis Tilawah al Quran Sekolah Menengah Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu tahun 2004 dan Majlis Tilawah al Quran Peringkat Daerah Marang pada tahun 2005.
       Antara pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan sepanjang penglibatan beliau dalam bidang al Quran ini ialah ketika bersama-sama dengan DATO’HAJAH RUGAYAH BINTI SULONG mengajar di dewan sebuah masjid.Penduduk setempat menyumbangkan wang dan hasil tersebut untuk anak-anak yatim PERKAYA.Serta mendapat johan peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa pada tahun 1999.Pada tahun kejayaannya,EXCO Kerajaan Negeri Terengganu,iaitu Tengku Putera Tengku Awang telah mengumumkan untuk membina tempat belajar di rumahnya bagi memudahkan pelajar datang untuk belajar al Quran.Sebagai pemanis bicara,segala jasa dan sumbangan Hajah Masnah dalam memartabatkan al Quran ini telah mendapat pengiktirafan daripada pelbagai pihak.Pihak Kerajaan telah menganugerahkan beberapa pingat antaranya Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pada tahun 1997 dan Ahli Mahkota Terengganu (AMT) pada tahun 2000.
       Sehubungan dengan itu,diharap jasa yang dibaktikan oleh Hajah Masnah akan terus tersemat di dada seluruh rakyat malaysia.Selain itu,agar al Quran di tingkatkan martabatnya17.

PENUTUP
      Melalui pendekatan ini,Kampung Rawai telah banyak melalui pahit manis yang tersendiri.Selain itu,Kampung Rawai mendapat nama yang cukup tersendiri iaitu mengenai seekor harimau yang kelaparan yang telah termakan rawai.     Seterusnya Kampung Rawai telah berkembang daripada penggunaan damar,minyak kelapa,dan lampu minyak tanah untuk menerangi malam mereka.Sekarang ini,Kampung Rawai telah mendapat bekalan elektrik.Dari segi pengangkutan pula,kebanyakan penduduk setempat mempunyai kenderaan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
      Akhirnya, Kampung Rawai telah berjaya dinaikkan di mata dunia dengan kejayaan Hajah Masnah apabila memenangi pertandingan Majlis Tilawah Al Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa.sehubungan dengan itu,kajian ini telah membuka mata saya bahawa setiap sejarah yang ada perlu dikekalkan untuk tatapan golongan belia pada masa akan datang dan tidak hilang ditelan zaman.

BIBLIOGRAFI
1.      Buku profil Kampung – Kampung Rawai Marang.Terengganu D/A Dewan Seri Rawai,Kampung Rawai,Marang,Terengganu.
2.      Kamus dewan edisi ke empat – dicetak oleh Dawama SDn.Bhd.Kompleks Dawama Lot 1037,Jalan AU3/1 54200 Ampang/Hulu Kelang Selangor Darul Ehsan.
3.      Temu bual  Tn Hj Mohd b. Jusoh – bekas ketua Kampung Rawai yang ke empat.Telah Menjadi ketua Kampung Rawai selama 20 tahun bermula tahun 1988 hingga 2008.
4.      Internet CIKGUBEST:Lawatan Jejak Qari – file:///C:/Users/User/Documents/CIKGUBEST Lawatan Jejak Qari.
5.      Peta lokasi Kampung Rawai – maps.google.com.my/maps?f=q&source=s_q&hl=en&geocode=&q=Kampung+rawai&aq=t&sll=4.813891,103.283157&sspn=0.2949,0.441513&vpsrc=6&ie...

Komentar

Postingan populer dari blog ini

P2 bab 3

BEPANG DAN SEJARAH KULINARI

PULAU DUYUNG ADALAH LIDAH NEGERI TERENGGANU