Arti Penting Sejarah

APA ITU KAJIAN SEJARAH

Sejarah itu teori. Tapi belajar sejarah itu belajar cara membuktikan teori itu benar atau salah. Melalui banyak cara iaitu
1. Rekod rasmi
2. Penyata Kerajaan
3. Kertas Putih
4. Akta dan Gazet
5. Kartografi
6. Bahan bergambar
7. Manuskrip
8. Artifak/Arkeologi
9.Bahan bercetak/sekunder
10. Sejarah Lisan

Ikut senarai Arkib Negara ini ada banyak lagi sumber bahan yang boleh dirujuk dan dinilai untuk menulis semula sejarah. Konsep sejarah itu luas dan dilihat dari pelbagai sudut maka tidak hairanlah sekiranya berlaku pertembungan pendapat di antara sejarawan dan pengkaji sejarah.
Usai tahap kefahaman dan epistemologi juga berbeza. Jadi hanya dengan bersandarkan kepada rekod2 sedia ada maka kita boleh membuktikan kebenaran sesebuah sejarah yang kadangkala melibatkan sempadan dan kedaulatan sesebuah negara.
Contohnya
Perjanjian sempadan Malaysia-Thai.
Perjanjian Sabah - Sulu.
Perjanjian sempadan diantara negeri di Malaysia.
Sejarah Pembangunan Negeri Melayu selepas merdeka.
Sejarah Pentadbiran Kolonial
Sejarah Pemasyuran Sultan Melayu
Sejarah Melayu berdasarkan manuskrip
Dan banyak lagi.
Jadi untuk menjadikan sejarah itu praktikal ialah dengan cara
1. Mengadakan program wacana, seminar dll.
2. Mengadakan pameran
3. Mengumpul bahan2 dari tokoh, orang ramai dan kumpulan
4. Membuat rakaman temuramah
5. Membuat kerja cari gali
6. Melukis
Dan banyak lagi.

Jadi ilmu sejarah mestilah dibuktikan dengan cara saintifik dan mesti ditulis seperti ia sebenar-benarnya berlaku berdasarkan semua sumber yang ada.
Walaupun begitu, penulisan sejarah yang pelbagai naratif samada tepat atau tidak bergantung kepada kepentingan dan sebab mengapa penulisan sejarah itu dibuat. Tujuan ini pula tergolong kepada
1. Matlamat Peribadi
2. Mengangkat martabat sendiri
3. Membantu Negeri/Negara
4. Menambah kefahaman masyarakat
5. Menyambung semula kajian2 yang ditinggalkan oleh sejarawan yang sudah tiada.
6. Membantu menambahkan koleksi rekod dan bahan untuk kepentingan negara.
7. Untuk tatapan generasi akan datang.

Oleh sebab itu, maka kadangkala muncul orang atau kumpulan yang merasakan bahawa subjek sejarah adalah penting untuk diperjuangkan dan kadangkala ia digunakan sebagai satu cara untuk menjadi popular. Sejarah pula dimanipulasi untuk kepentingan mereka dengan tujuan menampakkan keagungan diri penulis dan nasab mereka.

Maka atas sebab inilah Sejarah dijadikan satu subjek pendidikan agar dakyah2 daripada pihak2 seperti ini dapat disangkal dan masyarakat dapat menjadi penilai kepada setiap penulisan.
Sebuah masyarakat akan menjadi pincang dan mudah tersentuh sekiranya sejarah disalahertikan dan ditulis tanpa melihat implikasinya.
Sejarah bersifat kaku dan berat. Sejarah bukan bersifat romantis kerana subjek kajian sudah tentulah mempunyai sisi baik dan buruk. Oleh itu kajian sejarah akan menceritakan kedua2 sisi ini.
Seorang pengkaji sejarah seboleh2 nya digalakkan agar tidak berpihak kepada mana2 orang kecuali dalam hal berkaitan agama, bangsa dan negara bila kajian tersebut bertembung dengan pihak luar.
Sebagai contohnya HMJ Maeir seorang Belanda yang mengkaji tentang Hikayat Merongmahawangsa mengatakan HMM dan hikayat Melayu hanya bahan lawak dan mengarut. Pendapat ini telah di sanggah oleh Prof Siti Hawa Salleh dengan mengatakan hikayat Melayu perlu dirasai dan dilihat dari mata Melayu.
Dalam penulisan lain, Prof Siti Hawa mengatakan hikayat2 Melayu yang tersimpan hari ini adakalanya di jual kepada mereka oleh para bangsawan dan keturunan Raja sendiri, ada yang diserahkan begitu saja dan ada pula ditemui di pasar2 karat.
Jadi inilah sejarah dan pengkajian sejarah. Bila ditulis ia adalah teori selagi mana tidak dibukukan dan tidak dibahaskan kepada umum.


Arti Penting Sejarah


Dalam sejarah benua Asia terdapat tiga wilayah besar iaitu Alam Melayu, China dan India, masing-masing dengan sejarah yang lama dan peradaban yang kaya raya. Tiga wilayah ini merupakan tempat tumbuh dan berkembangnya tiga bangsa besar dalam sejarah Asia iaitu Melayu, China dan India, masing-masing dengan tamadunnya yang terkenal dari timur hingga ke barat.

Apa yang hendak saya katakan ini adalah mengikut pandangan dan pemikiran saya tentang sejarah negara.Pertamanya tentang negara kita dulu adalah negara maritim dan menrupakan pelabuhan utama di Asia Tenggara yang mana ada beberapa pulau di sekitar Riau-Lingga, tetapi mengapa tiada lagi sekarang. Dari golongan penguasa dan berkepentingan sampai golongan bawahan yang tak tahu kepentingan sejarah melihat negara kita seperti adanya sekarang. Mengapa ini terjadi . Ini adalah kesalahan historis. Kesalahan lain dengan kekeliruan. Kesalahan berasal dari otak, kalau keliru itu adalah salah dalam pelaksanaan teknikal. Kenapa terjadi kesalahan ini?

Sejak abad ke 16 Tanah Melayu (Melaka,) dikuasai oleh Portugis. Belanda hinggalah Briish. Pada satu isi penting, saya bersetuju dengan Tan Sri Khoo: kedaulatan kita tidak pernah dipindahkan dari Raja Melayu kepada Raja British. Dikatakan ada salinan perjanjian di antara Tuanku Muhammad dan Kerajaan Ratu Victoria dan sesungguhnya tidak ada fasal seumpamanya. Termasuk Perjanjian MacMichael, tidak ada perkataan tentang keperluan Kerajaan mewujudkan Malayan Union termasuk satu fasal yang memperakukan kesahan perjanjian yang ada. Selain Pulau Pinang, Melaka, Sabah (Borneo Utara) dan Sarawak, kita tidak pernah menjadi tanah jajahan secara formal oleh Hindia Timur British. Portugis dihalau Belanda, dan Belanda dihalau oleh Inggeris melalui persetiaan antara Raja Britian dengan Raja Belanada yang diadakan di London, berkaitan dengan Wilayah dan perdagangan di Hindia Timur, tanpa melibatkan pihak di Melaka, Kerajaan Johor Lama, maupun kerajaan Riau-Lingga ataupun Batavia.(Jawa).

Kenapa kata Hindia dipergunakan? Dan mungkin nama Malaysia juga asalnya dari catuman Melayu Hindia (Malay-asli India)Dan hasilnya menyebabkan lahirnya masyarakat Melayu-centrisme, semua diukur untuk kepentingan Melayu .Karena dalam abad ke 16 itu dunia Barat mencari rempah-rempah. Dan rempah-rempah itu mereka dapat diIndia.( Pelabuhan Goa dan Calcutta) Padahal asalnya dari Maluku dan Aceh (Sumatra) itu sebabnya terbawa-bawa terus nama India dan sampai sekarang pun kita belum pernah memperbetulkannya. Dari zaman Kerajaan Funan termasuk Kerajaan Langkasuka, Kerajaan Sriwijaya dan Kerajaan Majapahit, bangsa Melayu menganut agama Hindu dan Budda. Akan tetapi apabila Islam tersebar ke Alam Melayu khasnya setelah berdirinya Kerajaan Melaka pada tahun 1400, orang Melayu telah memeluk agama Islam. Sungguhpun begitu, tradisi sosiobudaya Hindu-Budda masih banyak mempengaruhi masyarakat Melayu khasnya dalam adat resam, kesenian, kesusasteraan Melayu klasik dan lain-lain.

Seperti kita ketahui, dalam sejarah orang Melayu adalah pengasas masyarakat bertamadun negara kita. Mereka telah melampaui masyarakat primitif, kemudian masyarakat perhambaan serta masyarakat feudal. Dalam perjalanan sejarah yang panjang ini, bangsa Melayu telah terbentuk secara beransur-ansur iaitu dalam proses peralihan daripada masyarakat primitif ke masyarakat berkelas, daripada kumpulan pertalian darah atau perseikatan suku kepada negara. Menurut pandangan historikal materialisme, peralihan ini memulakan langkah pertama ke arah pembentukan bangsa. Demikianlah muncul bangsa Melayu di panggung sejarah sebagai satu komuniti manusia yang mantap yang terbentuk dalam sejarah dengan bahasa bersama, wilayah bersama, kehidupan ekonomi bersama serta unsur psikologi bersama yang diperlihatkan dalam kebudayaan bersama di rantau Alam Melayu ini

Penjajah Inggeeris yang masuk dengan pertahanan Inggeris itu didasarkan pada pertahanan Darat, pertahanan Darat dipertahankan sistemnya pada sekarang ini. Padahal sistem pertahanan Malaysia harus pertahananan laut. Salah satu bukti kelemahan pertahanan Darat untuk negara maritim. Waktu diserang oleh Jepun pada 1942 dalam beberapa hari juga menyerah kalah. Jadi kalau itu diteruskan sampai sekarang, itu bukan lagi kekeliruan, tetapi kesalahan. Persoalannya adalah keberanian untuk mengbaiki kesalahan. Keberanian tidaknya itu terserah kepada angkatan muda yang belum terpakukan pada sebuah sistem

Pada waktu Inggeris menguasai Tanah Melayu, Tanah Melayu menjadi kekuasaan maritim di dunia. Syarikat Hindia Timur Inggeris merupakan Syarikat Dagang Inggeris yang membangun imperium maritim terbesar di dunia dengan ibukotanya di Kepuluan Melayu. SHTI itu mengirimkan pasukan keluar Kepuluan Melayu membawa harta di bawa keLandon. Ini Perbuatan SHTI. Tetapi kemudian SHTI muflis, kapal-kapalnya pada tenggelam karena rasuah para pegawainya, dengan mengangkuti barang-barang berlebihan. Hancurnya SHTI, kemudian muncul pemerintah Inggeris,mulai menguasai Tanah Melayu dengan tipu muslihat dan kejahatannya.

Akan tetapi, di depan pencerobohan dan pendudukan kuasa-kuasa penjajah asing khususnya kuasa-kuasa penjajah barat - Portugis, Belanda, Inggeris, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Jepun - Alam Melayu tidak dapat memelihara keutuhannya. Alam Melayu sebahagian demi sebahagian telah dilapah-lapah dan dibelah bahagikan menurut lingkungan pengaruh kuasa-kuasa penceroboh tersebut sehingga terbentuklah negara-negara yang berlainan dan bangsa-bangsa yang berlainan berdasarkan syarat-syarat sejarah yang baru yang dapat kita lihat Malaysia, Indonesia, Filipina dan lain-lain. Satu unsur penting yang sama yang melahirkan baik bangsa Malaya (Malaysia) mahupun bangsa Indonesia atau bangsa Filipina ialah perang yang berjangka panjang serta perjuangan-perjuangan bentuk lainnya melawan pencerobohan asing dalam mewujudkan negara bangsa yang merdeka dan berdaulat. Dalam proses perjuangan itu terbentuklah kesedaran nasional bersama yang menggemblengkan penduduk-penduduk dalam wilayah masing-masing itu.

Sejak paruh kedua abad ke-19, masyarakat Tanah Melayu telah berubah menjadi masyarakat berbilang kaum. Orang Cina dan India di Malaya berasal daripada dua bangsa terbesar di Asia. Mereka dibawa masuk secara besar-besaran ke Malaya untuk menjadi lembu perahan kaum kapitalis monopoli British dan lain-lain di lombong-lombong, estet-estet, jalan-jalan raya dan jalan kereta api, pelabuhan-pelabuhan dan sebagainya. Setelah berada di Malaya, mereka hidup dan bekerja di satu alam material dan rohaniah yang baru, yang berbeza sama sekali dengan tempat asal mereka. Melalui beberapa dekad tinggal di sini, mereka beransur-ansur menjadi mantap sebagai tenaga produktif yang maju serta komponen penting masyarakat Malaya. Dengan demikian lahirlah kelas proletariat di Malaya.

Perubahan ekonomi dan masyarakat secara besar-besaran ini telah membawa perubahan baru kepada perkembangan bangsa di sini. Malaya tidak lagi menjadi negeri yang didiami orang Melayu atau Orang Asli semata-mata, tetapi didiami bersama oleh kaum Cina dan India yang sudah memutuskan ikatan politik mereka dengan negara asal serta menjadikan negara ini tempat tumpah darah mereka dan tumpuan taat setia mereka yang menyebabkan Melayu jauh tertinggal dan terkebelakang dari segi ekonomi keran dasar penjajah.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

P2 bab 3

BEPANG DAN SEJARAH KULINARI

PULAU DUYUNG ADALAH LIDAH NEGERI TERENGGANU