BUTAKAH SEJARAH - Realiti atau mitos

  " Hidup Kayu berbuah,
     Hidup manusia berfeadah"          


         Historia membawa maksud penyelidikan, perkataan yang berasal daripada perkataan Yunani purba. Bermaksud seseorang perlu membuat penyelidikan mengenai  sesuatu peristiwa sejarah masa lampau yang hendak disentuh.  Sejarah adalah satu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dan masa lampau, merupakan rakaman peradaban dan warisan sesuatu bangsa.

         Ahli sejarah mengkaji mengikut displin ilmu untuk mengambil perngertian dan menjadi petunjuk serta memandu generasi terkemudian mengenal akal umbi, susur galur sesuatu peristiwa dan warisan sesuatu bangsa.Sejarah harus dipersembahkan secara objektif tanpa berat sebelah, emosional mahupun pengadilan moral, mungkin mereka yang berhasrat mahu mengubah sejarah tanah air boleh melakukan 'propaganda sejarah' . Donal V Gawronski dalam History meaning and method: A primier of historycal method (1969) menyatakan mesti tidak dipengaruhi oleh perasaan memihak dan prasangka.Pareto dalam cours d'econome politique pernah menulis bahwa sejarah adalah kuburan bagi golongan aristokrat politik.
     Apabila kita berbicara atau mengkritik bidang sejarah, maka ia memerlukan penelitian fakta. Sejarah bukan semata-semata untuk diingati dan dikenang lalu dibiarkan menjadi nostalgia, jika melibatkan  jatuh bangun kebangkitan dan pembentukan dan pembentukan bangsa dan negara, ia berperanan lebih dari itu.Walaupun peranan itu di terapkan bermula dengan dokumentasi iaitu subjek di ajar di sekolah, namun untuk mendapat natijah lebih besar, penegasan dan penghayatan perlu ada dalam diri setiap warga, agar perbalahan antara rakyat dan kepercayaan yang berbeza tentang sejarah negara sendiri dapat dibetulkan.
     Ketandusan pengetahuan sejarah di kalangan rakyat Malaysia adalah kerana kealpaan dan diulit kemewahan serta pengaruh budaya luar.Maka lahirlah warga negara yang jahil mengenai negara sendir .Sejarah wajar menjadi guru, sejarah mesti menjadi tenaga penyedar bagaimana kita menbina negara bangsa kerana sejarah negara mlempunyai keunikan tersendiri kearah pembentukan negara bangsa.

      Jika sejarah yang diajar di sekolah hanya bertujuan untuk lulus peperiksaan sudah tentu genarasi akan datang tidak akan mengenal akar umbi dan warisan sejarah peradaban, budaya bangsanya.Ini kerana pelajar diajar menghafal sejarah bukan menghayati. Sebenarnya pelajar harus mempelajari subjek sejarah untuk mengetahui peristiwa penting, tindakan yang kan dijadikan panduan, pengajaran dan benteng untuk masa akan datang. Jadi perlulah mencari jalan supaya pelajar menguasai sejarah melalui penghayatan bukan menghafal semata-mata untuk lulus keran takut gagal jika tidak meningatinya. Lagipun sejarah janganlah sekadar diajar kepada pelajar sebagi syarat jadual ,mengajar, tidak hairanlah jika generasi yang akan lahir nanti mengambil mudah dan tidak ambil penduli tenatng kepentingan sejarah.

      Subjek Sejarah diakui penting kerana kerana dalam mencapai negara 'maju' dan berpendapatan tinggi, subjek sejarah diperlukan untuk penambah nilai yang sebenar. tetapi sanggupkah atau beranikah kita menhadapi kenyataan atau kebenaran dalam sejarah. adakah dalam keadah mengajar sejarah itu guru-guru membenarkan pelajar melakukan pendebatan mengenai sejarah.Sepeerti dibanyak negara Sejarah telah menjadi kekuatan dalam menbina negara bangsa seperti di Indonesai, Thailand maupun Amerika Syarikat pengajian sejarah telah menjadi satu kekuatan. sanggupkah orang yang berkepentingan membuka minda menerima parti berhaluan kiri, yang sama-sama berjuang untuk kemerdekaan negara, bukan hanya UMNO dan pakatan Parti Perikatan melalui konsep Jus Soli, ataupun Kontra Sosialnya

.Jadi siapakah yang sebenarnya yang buta sejarah, atau subjek sejarah hanyalah mitos semata.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

P2 bab 3

BEPANG DAN SEJARAH KULINARI

PULAU DUYUNG ADALAH LIDAH NEGERI TERENGGANU