Alam kehidupan- Petani

Alam kehidupan Petani

Kebaruh dan Kebukit - Bertani

Dalam abad ke 18 hinggalah awal bad ke20 banyak tempat yang penduduknya sangat padat  . Para petani dikampung dan desa pedalaman sibuk dengan kegiatan bercucuk tanam  ataupun bertani. Para petani yang hendak menanam padi di baruh (bendang / sawah / paya ), perlulah mendapatkan air terlebih dahulu, air yang dialirkan kebaruh ataupun air hujan apabila turun pada musih hujan pada penghujung tahun. Air hujan yang mencurah-curah ini kadangkalanya melebihi pemintaan menyebabkan terjadi banjir, yang memusnahkan baruh padi .Para petani terlebih dahulu melakukan pelbagai pekerjaan sebelum kegiatan ( mencedung ) menanam anak padi bermula.

Pekara yang pertama perlu dilakukan ialah tanah baruh perlu ditenggala terlebih dahulu, alat yang digunakan untuk memcerna tanah baruh pada waktu itu ialah tenggala (bajak ) yang ditarik oleh kerbau. Kebiasanya si ayah akan menarik kerbau yang disangkut  tenggala diatas belakang kerbau tersebut. Dan diatas tenggala di belakang kerbau, berdirilah sianak dengan hanya bercelana pendek dengan begitu asyiknya memegang ekor sang kerbau ataupun tenggala yang dibuat dari kayu yang kukuh agar tidak jatuh ketika sang kerbau menarik bajak.Sinak sangat gembira berkerja demikian kerana bermain lumpur tanah sangat menyeronokkan.

Siklusnya bercocok tanam dan menjaga padi  sama saja dimana-manapun di dunia nusantara ini, sama sahaja dengan keadaan kampung dan desa dipedalaman, biasanya disesuaikan dengan kedatangan dan kelamaan musim hujan.Dimana para petani hanya sekali setahun bertanam padi, maka menjelang musim hujan, petani mulai menyemai benih padi ditapak peyemaian yang tidak memerluka kawasan yang luas.Sementara menunggu semaian itu mengeluarkan akarnya dan menjadi besar, baruh  dibajak terlebih dahulu bersama keluarga,  dicabut segala rumput-rumput dan tanahnya dibajak serta digemburi sebaik mungkin.Apabila hujan lebat turun dan airnya meresapi kedalam petak baruh, barulah semaian itu mulai dicabut dan semai-semai yang diikat dipanggil "gemal" (anak padi yang dicabut kemudian  dalam satu ikatan) dipindahkan kebaruh dengan cara memikulnya dengan sejenis alat yang dikenali sebagai "tokeng" yang dapat mengisi "gemal" lebih banyak. Barulah semaian ini ditanam dengan mengunakan tangan, dan ditanam dengan bercelah-celah mengikut jarak yang telah ditetapkan, petani sangat mahir tentang jarak antara satu sama lain.Kebiasaaanya kegiatan menanam semaian ini dijalan secara gotong royong atau dengan kata lain berderai, yakni bergilir mengerjakan baruh mengikut giliran, upah yang disediakan adalah sejumlah nasi yang berwarna kuning (nasi kunyit ) berlaukan ikan kukus.Sehinggalah semua kawasan baruh selesai ditanam, barulah masing-masing boleh melakukan kegiatan lain.

Sementara menungu tanaman itu semakin membesar dan hujan yang semakin lebat serta air yang melanda sawah semakin bertambah, biasanya batas-batas atau pematang sawh haruslah dibaiki  dan mengalir air secara teratur. Kalau air itu semakin surut, sudah tentu sawah akan menjadi kering, disamping itu padi tersebut perlu kepada baja yang sesuai dan racun serangga yang menyerang padi. Berkat usaha dan panas matahari padi membesar dan mulai buting. Dan selepas ini akan ada pesta menuai pulak. Waktu menuai merupak waktu pesta kepada petani, kaum lelaki maupun perempuan dan   kanak-kanak bekerja beramai-ramai di sawah. Kegiatan menuai padi dikenali dengan nama mengetam padi biasanya juga dilakukan secara bergotong royong  (berderai) dan diupah dengan padi yang diketam itu.Alat untuk mengetam padi dikenali dengan nama "ketaman" yang biasa dibuat dari kayu (papan) nipis dan diletak sejenis pisau pada bahagian bahawa ketaman untuk memotong padi. yang siap dipotong dikat mengunakan batang padi dan disebut gemal. Gemal-gemal ini kemudian diisi kedalam guni dan dibawah balik mengunakan basikal ataupun kereta lembu. Gemal padi ini disimpang ditempat yang disediakan desebut baloh.Kenapa kegiatan mengetam, padi ini dinaa pesta, kerana semasa menjalankan kegitan tersebut, biasanya berbagai ragam dan berdendang, kelakar dan bercerita berbagai pekara yang menyebabkan mereka lupa akan kepenatan bekerja dibaruh.

 Menanam padi dan bersawah tidak banyak memakan masa dan pekerjaan. Di mana bersawah itu hanya sekali setahun, maka teknik pertanian mereka amat bersahaja serta dikerjakan dengan sangat intensif. Kegiatan menanam padi huma dan sawah berbeza dengan kegitan menanam di baruh.Ini kerana tanaman padi huma dan sawah tidak memerlukan benih disemai terlebih dahulu.Biasanya kegitan menanam bermula dengan membersihkan kawasan penanaman, meramu dan membakar pokok yang telah ditenbs dan ditebang. Kemudian tanah sawah dibajak dengan cara yang sama seperti dibaruh, Tanah bukit pula selepas dipugari dan diramu serta kegitan membakar selesa, barulah tanaman padi dapat dilakukan.

Cara menanam pdi juga berbeza antara swah dan bukit dengan di bedang, bermula dengan kegiatan "menuggal" yakni membuat lubang yang kecil dengan mengunakan alat dari kayu yang direka khas untuk tujuan menuggal tersebut. Kerja tuggal menuggal ini dikerjakan olek kaum lelaki. Setiap lubang yang dibuat itu kemudianya diisi dengan benih padi yang dilakukan oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Kegitan ini juga dijalankan secara berderau, bagi kawasan yang luas.Setlah selesai mengisi benih, benih dibiarkan tumbuh dengan bantuancahaya matahari dan hujan. Semakin besar benih padi ini tumbuh, barulah kegiatan merumput mengunakan " keri " dilakukan, untuk memastikan rumput tidak memnggangu pertumbuhan padi.Selepas itu baja kan ditabur dan padi  ini akan membesar mengikut acuannya sediri dan sehinggalah aktivi menuai atau mengetam dilakukan untuk memdapat hasil.

Pesta menuai setiap tahun dilakukan dengan begitu menyeronokkan dan pesta petani ini terus berjalan selepas aktiviti menuai untuk menmenuhi masa lapang petani.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

P2 bab 3

BEPANG DAN SEJARAH KULINARI

PULAU DUYUNG ADALAH LIDAH NEGERI TERENGGANU