kUALIAH 12



KULIAH 12: PERANAN PEMBESAR DI RUSSIA ABAD KE-16  HINGGA  ABAD KE-20
1.          Sebagaimana di China, pembesar di Russia juga berperanan penting dalam urusan pentadbiran khususnya membantu Tzar / Tzarina menjalankan tanggungjawabnya.

2.          Peringkat awal, Tsar di Russia dibantu oleh Golongan Boyar iaitu golongan pembesar feudal merupakan golongan bangsawan yang menjadi tuan-tuan tanah. Mereka berperanan seperti raja-raja kecil yang memerintah di kawasan tanah kepunyaan mereka. 

3.       Golongan Boyar juga berkuasa ke atas golongan petani. Menurut undang-undang yang diluluskan pada tahun 1649, golongan Boyar diisytiharkan mempunyai kuasa ke atas golongan petani.

4.       Menurut undang-undang tersebut, petani-petani dianggap sebagai “abdi” kepada golongan Boyar buat selama-selamanya. Mereka juga menjadikan tanah-tanah feudal sebagai tanah kepunyaan peribadi mereka.

5.       Pada abad ke-18, di bawah penyusunan semula pentadbiran Rusia, Tsar Peter I telah mengurangkan kuasa golongan Boyar

6.          Pada era kekuasaan Moscow dan Dinasti      Romanov, raja di Russia dibantu oleh tiga buah institusi yang dianggotai oleh pembesar iaitu Duma, Zemskii Sabor, dan Prikazi.

7.          Ketiga – tiga buah institusi ini dianggotai oleh golongan bangsawan yang dilantik oleh Tzar dan bukannya dipilih sebagaimana di China melalui sistem peperiksaan awam.

8.          Duma dianggotai oleh golongan bangsawan yang paling kanan bertanggungjawab dalam hal ehwal pentadbiran khususnya membuat dan meluluskan sesuatu termasuk yang berkaitan dengan sistem kehakiman.

9.          Zemskii Sabor pula merupakan institusi yang dianggotai antara 40 hingga 50 orang golongan bangsawan berfungsi sebagai  badan penasihat namun kuasanya lebih rendah berbanding Duma.

10.      Sementara Prikazi pula merupakan institusi yang dianggotai oleh golongan bangsawan dalam jabatan – jabatan tertentu berperanan melaksanakan dasar yang diluluskan oleh Duma.

11.      Walaupun Duma dan Zemskii Sabor seolah – olah menjadi badan terpenting dalam aspek pemerintahan dan pentadbiran, namun kuasa sebenarnya tetap berada di tangan raja di Russia.

12.   Golongan bangsawan (tuan tanah) juga menganggotai Zemstvo iaitu Majlis Perundangan Tempatan yang ditubuhkan pada tahun 1864 oleh Tsar Alexander II.

13.   Badan ini berperanan sebagai memungut cukai-cukai di peringkat kawasan masing-masing, serta melaksanakan kuasa tempatan seperti menjalankan kerja-kerja menyediakan kemudahan asas, memberi bantuan kepada golongan miskin, dan menjaga kesihatan awam.


14.      Pada zaman kekuasaan Peter The Great, Majlis Senate yang turut dianggotai oleh golongan bangsawan telah diwujudkan bagi menggantikan peranan Duma dan Zemskii Sabor.

15.      Pemerintah di Russia juga bertindak mengetepikan peranan institusi dan ahli gereja dalam pemerintahan, umpamanya Patriarch ( Ketua Gereja ) baharu tidak dilantik pada zaman pemerintahan Peter The Great sebaliknya membentuk Holy Synod bagi mengambil alih peranan Patriach.

16.      Sewaktu pemerintahan Tzar Alexander 1 pula, Jawatankuasa Tidak Rasmi dibentuk yang berperanan sebagai pendokong utama Tzar dan bertindak sebagai penasihat dalam hal ehwal dasar negara.

17.      Tzar Nicholas II pula mewujudkan kembali Duma dengan berfungsi sebagai Parlimen Rendah dan pemilihan keahliannya berdasarkan suara undian terbanyak dan bukannya dilantik oleh Tsar.

18.      Di peringkat daerah, gabenor atau naib gabenor yang dilantik oleh kerajaan pusat  bertanggungjawab dalam hal ehwal pentadbiran daerah masing – masing.

19.      Di peringkat kampung pula, Komun  atau mir atau Majlis Kampung dipertanggungjawabkan  menguruskan soal pentadbiran termasuk memungut cukai yang ditetapkan.

20.      Selain itu Komun juga berperanan menentukan jenis tanaman yang diusahakan oleh petani, mengagihkan tanah pertanian, melatih generasi muda dalam kalangan petani  sebagai tentera kerahan, mengelak pengaruh negatif menular dalam kalangan penduduk luar bandar dan bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan pusat.

21.      Selain daripada institusi – institusi berkenaan, Tsar juga membentuk pasukan Polis Rahsia bagi mengawal sebarang penyebaran propaganda yang negatif dan   mengawal jalan keluar masuk empayar Russia.

22.       Menjelang abad ke-20, berlaku perubahan dari segi perlantikan para pembesar; individu yang dilantik kini mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi.

23.      Harapan dengan perubahan ini ialah, Russia akan mengalami perubahan ekonomi sekaligus dapat meningkatkan kredibiliti pemerintahan Tsar.

24.      Contoh yang jelas, Sergei Witte yang merupakan graduan dalam bidang matematik dilantik sebagai Menteri Kewangan bertanggungjawab memajukan Russia dalam bidang ekonomi khususnya sektor perindustrian.   

25.      Begitu juga dengan perlantikan Peter A. Stolypin sebagai Perdana Menteri, pembaharuan yang diperkenalkan dalam bidang pertanian telah menambat hati para petani  sekaligus memulihkan ekonomi pertanian dan meningkatkan imej Tsar.






Perbandingan Antara Peranan Pembesar China dengan Pembesar Russia

BIL
PEMBESAR CHINA
PEMBESAR RUSIA
1.
Merupakan golongan Mandarin yang mendapat status pembesar melalui peperiksaan awam. Golongan pembesar juga terdiri daripada sida-sida yang berkhidmat untuk maharaja di istana. Selain itu, golongan pahlawan juga tergolong di dalam kategori ini, mereka merupakan pendokong kepada kewujudan dan keteguhan seseorang Maharaja.
Terdiri daripada tuan-tuan tanah feudal (golongan boyar) dan keturunan mereka. Golongan ini merupakan golongan yang memainkan peranan penting dalam pemerintahan negara Rusia.
2.
Memainkan peranan penting dalam pemerintahan negara sebagai pembantu Maharaja dalam pemerintahan dan pentadbiran di peringkat pusat. Pada zaman pemerintahan Dinasti Ming, golongan pembesar menganggotai institusi Sekretariat Agung, Enam Badan Menteri dan Censorate (Lembaga Penapis)
Pembesar Rusia juga berperanan sebagai penasihat kepada Tsar dalam pemerintahan negara. Misalnya pada era pemerintahan Tsar Alexander I, golongan pembesar menganggotai badan penasihat khas yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Tidak Rasmi untuk menasihati Tsar dalam hal ehwal berhubung dengan dasar kerajaan.
3.
Para Pembesar China menganggotai jabatan-jabatan penting dalam kerajaan yang membantu Maharaja dalam pemerintahan, jabatan-jabatan tersebut ialah seperti Jabatan Awam, Jabatan Perang, Jabatan Hukuman, Jabatan Perkhidmatan, Jabatan Hasil dan Cukai, dan Jabatan Upacara dan Adat Istiadat.
Golongan pembesar juga merupakan ahli-ahli Duma, Zemskii Sabor dan Prikazi. Duma ialah majlis penasihat tertinggi atau parlimen yang dianggotai oleh para bangsawan paling kanan dan bertindak menyelaras hal ehwal pemerintahan, membuat dan melulus dasar tertentu, dan sistem kehakiman. Mereka juga menganggotai Zemstvo iaitu Majlis Perundangan Tempatan yang ditubuhkan pada tahun 1864 oleh Tsar Alexander II.
4.
Mengetuai pemerintahan peringkat wilayah -  biasanya pembesar dari golongan pahlawan dan gentry (bijak pandai) dilanik oleh maharaja untuk mewakilinya memerintah di peringkat wilayah. Tugas mereka ialah memastikan wilayah tersebut dalam keadaan aman dan mematuhi arahan-arahan dari kerajaan pusat. Pada zaman Dinasti Ming, pemerintahan peringkat wilayah diurus olen enam orang menteri yang memegang jawatan Menteri Personal, Menteri Kewangan, Menteri Adat, Menteri Perang, Menteri Keadilan dan Menteri Keria-Kerja Awam. Para Menteri ini dibantu pula oleh pembesar-pembesar yang memegang jawatan gabenor dan penyelia daerah.
Golongan Boyar menguasai pemerintahan peringkat wilayah sebagai raja-raja kecil di kawasan mereka. Mereka menggunakan sistem feudal dalam struktur pemerintahan mereka. Mereka merupakan anggota Dewan Perhimpunan Wilayah. Pada era pemerintahan Tsar Alexander II, golongan bangsawan (tuan tanah) juga menganggotai Zemstvo iaitu Majlis Perundangan Tempatan yang ditubuhkan pada tahun 1864. Badan ini berperanan sebagai memungut cukai-cukai di peringkat kawasan masing-masing, serta melaksanakan kuasa tempatan seperti menjalankan kerja-kerja menyediakan kemudahan asas, memberi bantuan kepada golongan miskin, dan menjaga kesihatan awam.



Komentar

Postingan populer dari blog ini

P2 bab 3

BEPANG DAN SEJARAH KULINARI

PULAU DUYUNG ADALAH LIDAH NEGERI TERENGGANU