kULAIH 7



KULIAH 7: MASYARAKAT INDUSTRI
DEFINISI MASYARAKAT INDUSTRI
1.         Merujuk kepada masyarakat yang kegiatan ekonominya berteraskan perindustrian.

2.         Masyarakat industri mengalami perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran barangan. Antara perubahan yang paling ketara ialah penghasilan barangan daripada menggunakan tangan kepada penggunaan mesin dan  pengeluaran barangan kilang secara besar - besaran.

3.         Selaras dengan perkembangan industri, masyarakat juga mengalami perubahan dalam aspek sosial  dan intelektual.

4.         Sejarah mencatatkan masyarakat industri bermula dengan tercetusnya Revolusi Perindustrian di England pada tahun 1760 dan ianya berkembang di negara – negara Eropah lain.

5.         Berlakunya Revousi Perindustrian  telah mencetuskan sistem ekonomi kapitalisme; wujudnya pemilikan harta secara persendirian yang bermatlamatkan keuntungan dan penggunaan tenaga buruh berbayar di samping penggunaan peralatan yang berteknologi tinggi.

MASYARAKAT INDUSTRI DI ENGLAND

1.         Kemunculan masyarakat indusrti di England adalah  selari dengan tercetusnya Revolusi Perindustrian yang berlaku pada pertengahan abad yang ke-18.

2.         Akibat berlakunya revolusi ini, indusrti tekstil yang merupakan sector perusahaan tertua di negara ini telah mengalami perubahan yang mendadak; berlakunya peningkatan pengeluaran dan penggunaan tenaga buruh yang banyak.

3.         Kemunculan England sebagai negara industri yang sekaligus membawa kepada munculnya masyarakat industri disebabkan England mempunyai bahan mentah yang banyak khususnya arang batu dan bijih besi di samping mendapat bekalan daripada tanh – tanh jajahannya.

4.         Selain itu, England mempunyai modal yang banyak yang dipusatkan di Bank England dan pertambahan penduduk di koloni yang menjadi pasaran barangan yang dihasilkannya.

5.         Bekalan tenaga buruh yang mencukupi serta peningkatan teknologi  termasuk kemajuan sistem pengangkuatan dan perhubungan mempercepatkan lagi perkembangan industri di England.

6.         Akibat daripada berlakunya perkembangan industri, Englang telah mengalami pertambahan penduduk yang mendadak  terutamanya di kawasan bandar, buktinya pada tahun 1800, penduduk England bertambah dari 11 juta orang pada menjadi 21 juta pada tahun 1850

CIRI – CIRI MASYARAKAT INDUSTRI DI ENGLAND ABAD KE-18 DAN KE-19

1.         Masyarakat industri tertumpu di bandar; hal ini berpunca daripada penghijrahan penduduk dari kawasan desa ke bandar-bandar seperti  Liverpool dan Manchester yang memerlukan buruh sebagai tenaga kerja di kilang-kilangnya. Tumpuan penduduk - penduduk di bandar                     tersebut menyebabkan berlakunya perkembangan pesat di bandar-bandar berkenaan.

2.         Kemunculan kelas baharu dalam masyarakat. Akibat daripada perkembangan industri telah muncul golongan  pertengahan yang terdiri daripada pemilik kilang, peniaga, pelabur, ahli perbankan dan jurutera. Golongan ini berkeinginan  dan bersedia menerima sebarang risiko untuk mendapatkan kekayaan.  Sumbangan golongan ini ternyata telah membawa kepada pertumbuhan ekonomi England.

3.         Gaya hidup masyarakat turut mengalami perubahan, kehidupan di bandar menuntut masyarakat lebih berdikari yang menyebabkan hubungan kekeluargaan kian longgar. Setiap individu yang tinggal di bandar perlu menghadapi cabaran, Bakat dan kekayaan mula menjadi penentu kepada kejayaan individu dan bukan lagi bergantung kepada status tradisi keturunan atau keluarga.


4.         Tempat tinggal masyarakat industri di England biasanya terletak berhampiran dengan kilang-kilang tempat mereka bekerja. Ini telah menyebabkan kemunculan pekan-pekan kecil di kawasan berhampiran dengan kilang-kilang. Keadaan hidup di pekan-pekan itu sangat buruk dan penuh sesak dengan rumah-rumah yang didirikan secara tidak teratur dan tanpa bekalan kemudahan asas yang mencukupi. Pekerja-pekerja kilang yang tidak mampu memiliki rumah terpaksa tinggal di dalam lubang-lubang bawah tanah..

5.         Masyarakat industri di England juga terdedah  dengan masalah asap dan bahan-bahan buangan kilang yang mencemarkan udara dan persekitarannya. Hal ini mengundang persekitaran yang tercemar sekaligus membawa risiko penularan wabak penyakit seperti kolera dan taun. 1842, dilaporkan keadaan kebersihan dan kualiti kesihatan penduduk miskin di bandar agak tinggi  berbanding dengan golongan kaya. Sehubungan dengan itu, 1875 Akta Kesihatan Awam digubal bagi memperbaiki tahap eksihatan masyarakat di bandar.

6.         Berkaitan dengan pekerja kilang, amnya  menerima gaji yang kecil yang tidak mencukupi untuk menampung keperluan hidup di bandar-bandar. Kaum perempuan dan kanak-kanak terpaksa bekerja untuk menambah pendapatan keluarga mereka dengan gaji yang jauh lebih rendah dari pekerja lelaki.

7.         Kanak-kanak yang berumur sembilan tahun atau kurang diterima untuk bekerja di kilang-kilang. Nasib mereka tidak terbela. Keadaan kerja mereka biasanya sangat buruk, mereka terpaksa bekerja di kilang-kilang selama 12 jam sehari dalam keadaan yang sangat kotor. Terdapat juga buruh kanak-kanak yang bekerja di kilang-kilang, dan lombong-lombong arang batu di bawah tanah. Mereka bekerja selama 14 jam sehari.

8.         Pemilik-pemilik kilang pula mendapat keuntungan yang sangat banyak kerana amalan dasar ekonomi bebas atau laissez-faire. Mereka mengeksploitasi dan menindas golongan pekerja tanpa batasan. Tidak terdapat undang-undang untuk menghalang pengambilan buruh bawah umur dan menghadkan masa bekerja.

9.         Masyarakat industri di England menggunakan teknologi tinggi bagi menghasilkan pengeluaran yang banyak dan dan berkualiti. Permintaan tinggi barangan tekstil telah membawa kepada penciptaan mesin pemintal oleh James Hargreaves diikuti penciptaan mesin tenun yang menggunakan kuasa air oleh Edmund Cartwright. Penggunaan jentera  secara meluas pada abad ke-18 dan ke-19 di kilang – kilang perindustrian telah menyebabkan keperluan terhadap tenaga manusia kian berkurangan menyebabkan timbulnya masalah pengangguran atau bayaran bagi buruh menjadi agak rendah.

10.      Abad ke-18 juga menyaksikan  timbulnya kesedaran golongan proletariat  yang berasakan golongan kaya telah mengeksploitasi golongan miskin dengan menguasai sumber kakayaan negara. Golongan ini mahukan pihak kerajaan campur tangan dalam perdagangan dan industri bagi melahirkan masyarakat yang adil dalam ekonomi.

11.     1830-an juga menyaksikan munculnya idea pemikiran Robert Owen dalam masyarakat industri  di Britain yang menyarankan agar sistem kapitalis haris lebih bersifat kemanusiaan. Majikan perlu membayar upah yang tinggi kepada para pekerja, menyediakan perumahan yang sempurna, pendidikan untuk anak – anak pekerja  dan amsa kerja wajar dihadkan kepada 10 jam sehari. Idea yang disarankan dalam amsyarakat industri ini bertujuan menjaga kebajikan pekerja dan pada masa yang sama pihak majikan boleh mengaut keuntungan.




Komentar

Postingan populer dari blog ini

P2 bab 3

BEPANG DAN SEJARAH KULINARI

PULAU DUYUNG ADALAH LIDAH NEGERI TERENGGANU