KULIAH 10



KULIAH 10: PEMERINTAHAN BERAJA DI RUSSIA ABAD KE-16 MASIHI HINGGA KE-20 MASIHI
LATAR BELAKANG  PEMERINTAHAN BERAJA DI RUSSIA
1.       Russia  diasaskan oleh Ivan III yang berjaya membentuk monarki kebangsaan dengan menamatkan penguasaan orang – orang Mongol ( Golden Horde ) pada tahun 1450.
2.       Kejayaannya menyebabkan beliau digelar Ivan Yang Agong ( Grand Duke of Muscovy ).
3.       Ivan III berjaya menyatukan wilayah – wilayah di Russia dan diletakkan di bawah pemerintahan Moscow serta membebaskan kawasan Belarusia dan Ukraine daripada kekuasaan Poland-Lithuania.
4.       Selain menjalankan dasar pemerintahan besifat autokrasi, Ivan III menerapkan pemerintahan Byzantine dalam pemerintahannya dengan meletakkan asas Caesaropapism dalam teras pemerintahannya ( gabungan kuasa politik dan keagamaan ).
5.       Dasar ini diamalkan bagi menggantikan Byzantine yang telah jatuh ke tangan orang – orang Islam serta meneruskan legasi Byzantine hasil perkahwinannya dengan cucu Constantine ( Maharaja Byzantine ).
6.       Bagi menonjolkan kekuasaan, gelaran Tzar digunakan bermula zaman Ivan IV hingga berakhirnya Dinasti Romanov pada tahun 1917.
7.       Antara tokoh dalam pemerintahan beraja Russia ialah Ivan III sendiri, Ivan IV, Micheal Romanov, Peter I ( Peter The Great ), Catherine I dan Catherine The Great.
8.       Pemerintahan beraja Rusia tamat apabila pemerintah terakhir Dinasti Romanov, Tsar Nicholas II, menandatangani surat penurunan takhta pada 2 Mac 1917.
9.       Menjelang bulan Oktober 1917, Rusia dikuasai oleh kerajaan komunis pimpinan Vladimir Ilyich Lenin.
KEDUDUKAN RAJA RUSSIA
1.       Dalam sistem pemerintahan beraja di Rusia, Tsar mempunyai kedudukan tertinggi dalam struktur masyarakat. Rakyat perlu taat dan menghormati Tsar. Tsar merupakan ketua dalam setiap bidang pemerintahan di Rusia. Tsar berkuasa membuat segala keputusan yang akan dilaksanakan di Rusia dan segala perintah Tsar wajib ditaati oleh rakyat. Hal ini bersesuaian dengan dasar autokrasi yang dipraktikkan
2.       Sebelum Revolusi Rusia 1917, Rusia mempratikkan pemerintahan bercorak autokratik. Pada tahun 1547, Ivan IV yang lebih dikenali sebagai ”Ivan yang ganas” telah memerintah Rusia dengan menggunakan kuasa mutlak.
3.       Beliau telah bertindak mengisytiharkan kanun undang-undang baharu pada tahun 1550, menubuhkan badan perwakilan feudal (Zemskii Sabor) pertama di Rusia dan berjaya melemahkan kedudukan orang Tartar di Rusia dengan menguasai Kazan (1552) dan Astrakhan (1556). Begitu juga dengan pemerintahan Tsar IV Nikolai II  (1894-1917) mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan keputusan pentadbiran serta hal-ehwal kerajaan.
4.       Maharaja Rusia seperti maharaja lain di dunia mempunyai hak istimewa dalam masyarakat seperti kekebalan dari segi undang-undang dan diberi pelbagai kemudahan istimewa. Segala kata Tsar akan dirujuk dan dianggap sebagai undang-undang.
Peranan Maharaja Russia dalam pemerintahan

1.       Maharaja Rusia berperanan sebagai ketua negara atau ketua kerajaan yang berkuasa mutlak dalam pentadbiran. Baginda berkuasa dalam bidang politik, ekonomi dan sosial seperti mana zaman pemerintahan Tzar Nicholas II.

2.       Tsar Rusia berkuasa dalam menentukan hubungan luar negeri/hubungan diplomatik. Maharaja Rusia telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara Eropah Barat termasuk Jerman untuk melatih ketenteraan Rusia.

3.        Tsar Alexander I (1801-1825) telah menandatangani satu perjanjian dengan Napoleon pada tahun 1807 iaitu Rusia bebas menjalankan dasar menakluki Turki dan berjaya merampas wilayah Bessarabia pada tahun 1812.

4.       Dalam sistem pemerintahan beraja di Rusia, Tsar juga mempunyai kuasa melantik menteri bagi mengukuhkan kedudukannya. Selain itu baginda juga berkuasa untuk memecat menteri yang dianggap menentangnya dalam pemerintahan. Contohnya semasa pemerintahan Tsar Nicholas II.

5.       Tsar akan memilih dan melantik menterinya yang benar-benar boleh dipercayai dan mampu mentadbir kerajaan. Menteri diibarat sebagai tulang belakang atau penyokong kuat kerajaan. Kuat atau lemah seseorang Tsar itu bergantung kepada golongan menteri ini.

6.       Tsar Peter I telah menubuhkan Dewan Senat yang menjadi badan eksekutif yang paling tinggi dalam pemerintahan Rusia. Selain itu, beliau juga telah menubuhkan kementerian-kementerian  yang setiap satunya bertanggungjawab bagi satu cabang pentadbiran seperti Kementerian Perniagaan, kementerian Pertahanan, Kementerian Kehakiman, Kementerian Angkatan Laut dan lain-lain.

7.       Pada peringkat wilayah pula, Rusia dibahagikan kepada wilayah-wilayah yang ditadbir oleh gabenor-gabenor.

8.       Pemerintah Rusia bertanggungjawab untuk memulih, menjaga keamanan dan keselamatan seluruh negara Rusia daripada ancaman musuh. Pemerintah Michael Ramanov telah berjaya mempertahankan Rusia daripada pencerobohan asing dengan menjadikan beberapa buah bandar yang berkubu di selatan untuk menentang Tartar dan Turki.

9.       Sebagai ketua angkatan tentera Tsar membangunkan angkatan tentera yang besar dan kuat. Pasukan Streltsi ditubuhkan sebagai Pengawal Istana dan menjadikan tentera berbangsa Cossack sebagai barisan hadapan untuk mejaga dan mempertahankan sempadan Rusia.

10.   Tsar yang paling berjaya dalam bidang ketenteraan ialah Tsar Peter I (1689-1725),, beliau telah momodenkan angkatan tentera darat dan menubuhkan angkatan tentera laut yang pertama Rusia. Tsar Alexander I (1801-1825) pula telah berjaya mempertahankan Rusia dari serangan Napoleon Bonarparte dari Perancis dengan taktik “bumi hangus” dan menggunakan taktik serangan hendap oleh tentera Cossack. Pada era St. Petersburg, tentera Rusia muncul sebagai pasukan tentera yang disegani di Eropah.

11.   Sebagai pewaris empayar Byzantine yang dikenali sebagai Third Rome, maharaja-maharaja Rusia telah meluaskan kuasa. Tsar Peter I telah berusaha membentuk empayar Rusia. Tsarina Catherine Agung (1762-1796) meneruskan dasar Peter I iaitu dasar perluasan kuasa yang agresif. Antara yang terpenting ialah Crimea yang dirampas dari Turki dan sebahagian daripada wilayah Poland. Tsar Alexander I (1801-1825) pula berjaya menakluki Findland, Bessarabia, dan sebahagian besar Poland.
12.   Sebagai pewaris empayar Byzantine yang dikenali sebagai Third Rome, maharaja-maharaja Rusia telah meluaskan kuasa. Tsar Peter I telah berusaha membentuk empayar Rusia. Tsarina Catherine Agung (1762-1796) meneruskan dasar Peter I iaitu dasar perluasan kuasa yang agresif. Antara yang terpenting ialah Crimea yang dirampas dari Turki dan sebahagian daripada wilayah Poland. Tsar Alexander I (1801-1825) pula berjaya menakluki Findland, Bessarabia, dan sebahagian besar Poland.
13.   Dasar perluasan wilayah juga mendorong pemerintah Rusia mengawal ketenteraan. Oleh sebab Rusia sering terancam telah menyebabkan pemerintah Rusia memperkuatkan tenteranya seperti mana yang dilakukan oleh Peter The Great. Peter teleh menambah peruntukan ketenteraan sebanyak 2.3 juta rouble pada tahun 1701 kepada 32 juta rouble pada tahun 1710. Peter juga memastikan peruntukkan perbelanjaan pusat memberi keutamaan kepada pertahanan negara Rusia.

14.   Begitu juga dengan pemerintah Yekaterina Agung (1762-1796) yang meluaskan kuasanya ke Poland-Lithuania dan di selatan memerangi wilayah empayar Uthmaniyyah. Alexander II (1855-1881) yang telah memodenkan tentera Rusia berjaya membebaskan Bulgaria daripada pemerintahan Uthmaniyyah dalam Perang Rusia-Turki (1877-1898).

15.   Pemerintah Rusia juga bertanggungjawab memajukan ekonomi supaya negara bertambah kukuh dan stabil. Kesungguhan pemerintah Rusia dalam memajukan ekonomi dapat dilihat semasa pemerintahan Peter The Great, Tzar Alexander II dan Tzar Nicholas II.

16.   Semasa Peter The Great, beliau telah menggalakkan pembangunan industri perkilangan membuat senjata, peralatan tentera, pembuatan makanan, sektor pembuatan seperti tekstil, kertas, kaca dan barangan kulit. Industri besi dan keluli juga dimajukan di Ural sehingga Rusia boleh muncul sebagai pembekal besi utama untuk pasaran Eropah pada abad ke-18.

17.   Tzar Alexander II pula membangunkan sistem pengangkutan kereta api bagi memajukan lagi sektor industri di Rusia. Begitu juga pemerintah Tzar Nicholas II turut memberi tumpuan kepada kemajuan pengangkutan kereta api kerana ia menjadi kunci kepada pembangunan ekonomi Rusia.

18.   Pemerintah Rusia juga berperanan sebagai ketua agama, penaung agama Kristian Ortodoks dan bertanggungjawab memperkukuhkan serta menyuburkan ajaran agama Kristian Ortodoks. Tsar Ivan III (1462-1505) menganggap dirinya sebagai pengganti pemerintah Byzantine sebagai pemelihara tradisi kemaharajaan Byzantine yang berperanan sebagai penaung Agama Kristian Ortodoks.

19.   Pemerintah Rusia perlu memastikan rakyatnya sentiasa mematuhi pengamalan agama. Sebagai contoh pemerintah Peter The Great telah memberikan tawaran kemewahan dan kebendaan serta ada yang diugut yang mana tanah mereka akan dirampas jika tidak menukar agama. 
20.   Bagi menjayakan hasratnya juga, beliau telah mengarahkan mubaligh Kristian mempelajari bahasa masyarakat tempatan, menterjemahkan kitab Bible ke dalam bahasa tempatan dan menghantar mubaligh tinggal bersama keluarga yang menjadi sasaran pemerintah.

21.   Tsar di Russia juga berperanan menjaga kebajikan rakyat; Tsar Alexander II, cuba membela nasib rakyat dengan mengeluarkan satu undang-undang pada bulan Mac 1861. Undang-undang tersebut menghapuskan semua hak golongan bangsawan terhadap petani. Tujuan baginda ialah untuk menghapuskan perhambaan terhadap golongan petani oleh golongan bangsawan. Kira-kira 50,000 orang petanidari lebih kurang 50,000,000 orang petani berjaya dibebaskan dari perhambaan golongan bangsawan.

22.   Tsar juga bertanggungjawab memaju dan membangunkan negara. Tsar Peter I, Tsarina Catherine II, Alexander I dan Alexander II merupakan pemerintah-pemerintah Rusia yang banyak memajukan Rusia. Zaman pemerintahan Peter I merupakan tahap penting dalam sejarah Rusia. Peter I telah berusaha menjadikan Rusia sebuah negara yang maju setanding dengan negara-negara Eropah Barat.

23.    Baginda telah mendirikan Akademi Sains, membina jalan-jalan raya, terusan-terusan, mengasaskan kota St. Petersburg dan menyusun semula sistem pentadbiran. Peter I juga telah menghantar pelajar-pelajar Rusia ke Jerman dan England untuk mempelajari ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang serta membawa masuk tenaga mahir dari Eropah.

24.   Tsar turut bertanggungjawab membangunkan ekonomi Russia, umpamanya Tsar Peter I telah menggalakkan perkembangan industri senjata, peralatan tentera dan pembuatan makanan. Tumpuan juga diberikan untuk membangunkan sektor pembuatan seperti keluli, kertas, kaca , barangan kulit, besi dan keluli. Kesan daripada pengawalan kilang – kilang berkenaan, Russia telah muncul sebagai pembekal besi utama untuk pasaran Eropah pada abad ke-18

25.   Bagi menambah perbendaharaan negara, Tsar Peter I juga bertindak memperkenalkan pelbagai cukai seperti cukai tidak langsung terhadap barangan keperluan harian, cukai kepala; wajib dibayar dalam bentuk wang tunai. Belaiu juga memperkenalkan kaedah banci untuk memastikan tiada individu yang terkecuali daripada membayar cukai

Komentar

Postingan populer dari blog ini

P2 bab 3

BEPANG DAN SEJARAH KULINARI

PULAU DUYUNG ADALAH LIDAH NEGERI TERENGGANU