KULIAH 11



KULIAH 11:  PERANAN PEMBESAR DI CHINA
1.       Golongan pembesar juga dikenali sebagai golongan pentadbir berperanan penting melaksanakan segala urusan pemerintahan dan pentadbiran  yang diarahkan oleh maharaja / raja.

2.       Secara amnya, pembesar dapat dibahagikan kepada tiga kategori bergantung  kepada lokasi dan kepentingannya; peringkat pusat, peringkat wilayah, dan peringkat daerah.

3.       Kebiasaanya individu yang dilantik sebagai pembesar merupakan individu yang mendapat kepercayaan pemerintah dan sentiasa memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi.

4.       Namun bagi memastikan, kuasa atau pengaruh golongan pembesar tidak menjejaskan kekuasaan pemerintah, kebiasaannya raja / maharaja akan membentuk badan pemantau yang menjadi mata dan telinga kepada pemerintah
PERANAN PEMBESAR DI CHINA ABAD KE-16 HINGGA  ABAD KE-20
1.       Dalam menjalankan pemerintahan, maharaja di China turut dibantu oleh golongan pembesar ( mandarin ) yang terdiri daripada golongan bangsawan, golongan cerdik pandai dan golongan tentera.

2.       Asas kepada perlantikan seseorang pembesar di China ialah lulus peperiksaan awam yang diadakan mengikut tahap tertentu; bermula di peringkat daerah,  wilayah, dan negeri. Mereka yang lulus dalam peperiksaan awam ini akan diserap menjadi pembesar di China.

3.       Peperiksaan awam yang diadakan membolehkan maharaja memilih golongan cerdik pandai memegang jawatan dalam perkhidmatan kerajaan sekaligus menggambarkan lulusnya dalam peperiksaan ini menjadi kunci kepada kekayaan dan pangkat penting dalam kerajaan.

4.        Golongan cerdik pandai ( gentry ) ini ditempatkan di kementerian – kementerian yang penting yang melibatkan penggubalan dasar ( menganggotai Imperial Secretariat )  dan bertanggungjawab meminda sesuatu dasar ( menganggotai Imperial Canselory ).

5.       Terdapat enam buah kementerian utama; Kementerian Personal, Kementerian Kewangan, Kementerian Adat, Kementerian Perang, Kementerian Keadilan, dan Kementerian Kerja Raya

6.       Golongan gentri ini juga bertindak sebagai orang tengah antara pembesar kerajaan dengan rakyat jelata di kawasan mereka sendiri.

7.       Pada zaman pemerintahan Dinasti Manchu, gabenor dilantik sebagai pembesar wilayah; bertanggungjawab menjaga urusan pentadbiran wilayah, menjaga keamanan, mengutip cukai untuk dihantar ke peringkat pusat dan diberi kebebasan bertindak dengan hal yang berkaitan adat tempatan.

8.       Golongan bangsawan memiliki wilayahnya tersendiri yang ditauliahkan oleh maharaja. Mereka ini berkuasa mentadbir wilayah masing-masing; juga dikehendaki lulus dalam peperiksaan awam.
9.       Bagi memastikan pembesar di peringkat wilayah khususnya gabenor menjalankan arahan raja, maharaja di China telah membentuk Lembaga Penapis                        ( Censorate ) yang menjadi mata dan telinga pemerintah serta menjamin

10.   Badan ini juga bertanggungjawab membendung amalan rasuah malah mempunyai kuasa untuk mengkritik tindakan pengawai kanan kerajaan dan maharaja sendiri.

11.   Terdapat juga pembesar yang bukan golongan bangsawan. Mereka ini berpengaruh di peringkat wilayah kerana memiliki angkatan tentera mereka sendiri. Golongan ini bertanggungjawab ke atas wilayah mereka sendiri dan bersedia membantu dari segi ketenteraan kepada kerajaan pusat pada bila-bila masa.

12.   Peranan golongan tentera dalam pemerintahan di China juga tidak dinafikan. Golongan ini menjadi pendokong kepada kewujudan dan kedudukan seseorang maharaja; memastikan suasana aman.

13.   Dalam melaksanakan tugasnya yang memegang amanah ‘mandat dari syurga’ maharaja amat bergantung kepada kekuatan angkatan tentera, oleh sebab itulah jawatan ketua tentera mendapat tempat istimewa dalam kerajaan, malah Jabatan Perang telah menjadi salah satu daripada enam jabatan terpenting yang membantu maharaja dalam pentadbiran.

14.   Pada abad ke 19 berlaku gerakan dalaman di China. Ini beriaku kerana kebangkitan para pembesar wilayah yang mula mengumpulkan kekuatan dan akhirnya menyaingi kerajaan pusat.

15.   Contohnya, pembesar wilayah mula membebaskan diri daripada kerajaan pusat yang semakin lemah dan membentuk "kerajaan merdeka" yang tidak lagi terikat dengan kerajaan pusat, hal ini disebabkan Maharaja China pada abad ke-19 adalah lemah dan terlalu bergantung kepada pembesar dan pegawai-pegawai wilayah.

16.   Selain itu menjelang abad ke-19 juga menyaksikan sistem peperiksaan awam di China kian merosot kerana kandungan peperiksaannya hanya memerlukan hafalan dan ulangan tafsiran dan bukannya mementingkan pemikiran asli.

17.   Golongan Mandarin ( pembesar ) yang membantu maharaja dalam pentadbiran, juga tidak bersedia untuk menyesuaikan diri dengan dunia sekeliling mereka. Mereka masih menggunakan panduan daripada zaman lampau China untuk menghadapi masalah-masalah yang dihadapi oleh negara.

18.   Malah para pembesar pada zaman Dinasti Manchu tidak perlu lagi melalui saringan yang ketat, tidak diuji sama ada mampu mentadbir negara dengan baik berdasarkan ajaran klasik Confucius ( nilai dan etika Confucius kian diketepikan oleh para pembesar )

19.    Ada juga dalam kalangan pembesar cenderung memberikan nasihat dan panduan yang kurang tepat kepada maharaja misalnya kes candu yang membawa kepada penamatan dasar isolasi China terhadap kuasa – kuasa Barat.

Komentar

Posting Komentar

Postingan populer dari blog ini

P2 bab 3

BEPANG DAN SEJARAH KULINARI

PULAU DUYUNG ADALAH LIDAH NEGERI TERENGGANU