KULIAH 3



KULIAH 3 : MASYARAKAT AGRARIA
DEFINISI MASYARAKAT AGRARIA
1.            Merujuk kepada masyarakat yang kegiatan dan pengeluaran ekonominya bertumpu kepada pertanian.

2.         Kegiatan pertanian merujuk kepada aktiviti bercucuk tanam, penternakan, pemungutan hasil hutan dan sungai.

3.         Masyarakat agraria mempunyai kemahiran menghasilkan makanan sendiri, bermula dengan pertanian pindah sehinggalah mengusahakan pertanian tetap. Pada masa yang sama masyarakat agraria mempunyai hubungan dengan masyarakat maritim dan saling bergantungan antara satu sama lain.

4.         Amnya, petempatan masyarakat agraria bertumpu di sekitar kawasan yang subur sama ada di lembah sungai, kawasan tanah pamah atau dataran, kawasan berbukit yang mempunyai sistem saliran yang baik.
MASYARAKAT AGRARIA DI CHINA ABAD KE-16 DAN KE-17
1.         Abad ke- 16 dan ke- 17 menyaksikan pemerintahan dan penguasaan Dinasti Ming dan Dinasti Ch’ing ( Qing ) di China. Pemerintahan Dinasti Ming berlangsung pada tahun 1368 hingga tahun 1644.

2.            Kebangkitan orang – orang Manchu pada akhir pemerintahan Dinasti Ming, telah membawa kepada kelahiran Dinasti Ch’ing di China pada tahun 1644 sehingga tahun 1911.

3.            Tidak dinafikan dalam kedua – dua buah kerajaan ini wujud masyarakat agrarian disebabkan China mempunyai kawasan yang subur serta bersaliran baik yang sesuai dengan aktiviti pertanian  dengan disokong faktor iklim yang sesuai.

4.            Tumpuan masyarakat agraria di China ialah antara kawasan timur laut China dengan Mongolia, iaitu dataran loes yang subur yang diairi oleh Sungai Kuning. Di sebelah selatan Sungai Kuning pula terletak kawasan tengah yang luas dan terdapatnya Sungai Yangzte yang sememangnya member sumbangan dan mempengaruhi masyarakat agraria di China.
CIRI – CIRI MASYARAKAT AGRARIA DI CHINA
1.         Sebagaimana zaman sebelumnya, masyarakat agraria khususnya dalam kalangan petani, golongan ini dianggap golongan yang mulia dalam susun lapis masyarakat China disebabkan sumbangan mereka yang membekalkan makanan sepanjang tahun kepada negara dan masyarakat.



2.      Tanaman utama yang diusahakan oleh masyarakat agraria di China ialah padi sawah khususnya di lembah Sungai Yangtze dan lembah Sungai Kuning. Selain itu, ada dalam kalangan masyarakat ini menjalankan penanaman bijirin lain seperti barli, sekoi, sementara yang tinggal di kawasan tanah tinggi mengusahakan tanaman padi huma dan kekacang.

3.      Masyarakat di China mengamalkan kegiatan ekonomi sara diri iaitu menjalankan aktiviti sekadar untuk menampung keperluan harian sahaja         ( tidak mengadakan simpanan ) .

4.      Oleh sebab itulah, tidak menjadi sesuatu yang aneh, masyarakat ini  dikaitkan dengan masalah kemiskinan dan kesengsaraan terutamanya apabila negara menghadapi bencana alam seperti banjir dan kemarau.

5.      Lebihan pengeluaran biasanya akan dijual kepada penduduk bandar dan golongan yang tidak terlibat dengan aktiviti pertanian seperti tukang-tukang dan saudagar, golongan agama dan sebagainya.

6.      Pendapatan yang diperoleh  digunakan untuk membeli biji benih, membaik pulih peralatan, menguruskan belanja kematian, menderma dan menyertai jamuan yang diadakan sekali – sekala.


7.         Masyarakat mengamalkan aktiviti pertanian secara kolektif ( bersama ) dan tidak mengutamakan hak individu. Segala hasil yang diperoleh  akan dinikmati bersama. Mereka mewujudkan ladang – ladang kolektif atau dikenali sebagai sistem pao-chia yang diusahakan secara berkelompok. Pada zaman pemerintahan Dinasti Ch’ing, golongan bangsawan memainkan peranan utama mengawasi sistem ini  untuk mengawal kaum petani.

8.      Peringkat awal, masyarakat menajalankan aktiviti harian menggunakan peralatan lama, namun masih memberikan pulangan yang diharapkan disebabkan penggunaan baja najis binatang  yang mampu meningkatkan produktiviti.

9.      Pada zaman pemerintahan Dinasti Ming, pengurusan sistem saliran yang sistematik, pengenalan tanaman bergilir, tanaman dua musim ( benih padi Vietnam ), tanaman baru seperti jagung, ubi kentang manis serta kacang.

10.  Penggunaan alatan seperti cangkul, sabit, dan tenggala telah meningkatkan produktiviti sekaligus membolehkan para petani  memperbaiki taraf hidup mereka.



11.  Peningkatan pengeluaran ini telah membolehkan banyak pasar dibuka dalam kawasan perkampungan dan membolehkan masyarakat menjalankan aktiviti perniagaan secara sistem barter.  Maka tidak \, dikatakan pada zaman Dinasti Ming ini telah mencetuskan Revolusi Pertanian di kawasan luar bandar.

12.  Masyarakat agraria di China turut mendapat galakan daripada pemerintah.  Selain penyediaan prasarana yang diperlukan, pengurangan kadar cukai tanah telah memberikan insentif kepada para petani untuk meningkatkan hasil.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

P2 bab 3

BEPANG DAN SEJARAH KULINARI

PULAU DUYUNG ADALAH LIDAH NEGERI TERENGGANU