KULIAH 9



KULIAH 9: PEMERINTAHAN BERAJA DI CHINA
KEDUDUKAN MAHARAJA DI CHINA
1.       Maharaja menduduki hierarki tertinggi dalam masyarakat di China sesuai dengan gelaran atau status maharaja yang menggambarkan kekuasaan yang tiada tolak bandingnya.

2.       Sebagai pemerintah, maharaja mempunyai kuasa mutlak iaitu berkuasa penuh sama ada dalam bidang politik, ekonomi, keagamaan, ketenteraan, perundangan dan sebagainya.

3.       Pada abad ke-16 – 19 Masihi, China diperintah oleh bebrapa buah dinasti; antara yang paling berpengaruh ialah Dinasti Ming dan Dinasti Manchu ( Qing ). Kedua – dua kerajaan ini diketuai oleh raja yang berkuasa mutlak.

4.       Kekuasaan raja di China diperkukuhkan lagi dengan kepercayaan bahawa raja mendapat mandat dari syurga. Sehubungan dengan itu, raja di China sering dikaitkan dengan konsep anak syurga atau son of heaven.

5.       Konsep mandat dari syurga juga menggambarkan seseorang raja di China mewujudkan keadilan dan memaparkan keperibadiannya yang mulia. Seandainya seseorang raja gagal mewujudkan situasi tersebut, ia menggambarkan mandat berkenaan akan ditarik balik bila – bila masa.

6.       Fenomena bencana alam seeprti kemarau yang panjang dan banjir yang buruk juga menggambarkan seseorang raja telah kehilangan mandat, maka raja berkenaan perlu turun dari takhta sama ada secara sukarela atau paksaan.

7.       Maharaja di China juga perlu mendokong prinsip kesetiaan sebagaimana yang terdapat dalam ajaran Confucianisme; seseorang raja itu mesti akur dengan arahan Tuhan. Manakala rakyat pula wajib taat kepada pemerintah demi mewujudkan suasana yang aman dan makmur.

8.       Kesimpulannya, dengan mandat yang diperoleh dari syurga , ia menggambarkan maharaja merupakan individu yang menduduki hierarki tertinggi dalam masyarakat, berkuasa penuh, mendapat penghormatan tertinggi dalam kalangan rakyat dan bertanggungjawab menjamin kemakmuran dan keharmonian negara dan masyarakat.
PERANAN RAJA / MAHARAJA DI CHINA 
1.       Aspek Politik
-          Menjadi ketua tertinggi negara, menguasai bidang perundangan, eksekutif, dan kehakiman
-          Berkuasa mutlak dan bertanggungjawab menentukan segala dasar yang akan dilaksanakan demi kepentingan diri, masyarakat dan negara
-          Menentukan hubungan diplomatik umpamanya sewaktu kekuasaan Dinasti Ming, hubungan diplomatik diwujudkan untuk menonjolkan pengaruh  dan kekuasaannya; contohnya hubungan dengan Srivijaya dan Melaka.

2.       Aspek Pentadbiran
-          Sebagai ketua eksekutif, raja di China bertanggungjawab membentuk sistem birokrasi bagi melancarkan urusan pentadbiran, umpamanya pada zaman kekuasaan Dinasti Ming dan Dinasti Manchu, jawatan Perdana Menteri dihapuskan sebaliknya bagi mengukuhkan kekuasaannya, Maharaja China membentuk Sekretariat Agung yang hanya berperanan sebagai penasihat kepada raja.
-          Di peringkat wilayah, raja melantik gabenor dan pentadbir – pentadbir lain yang setia kepadanya  dengan diawasi oleh pegawai – pegawai kerajaan peringkat pusat bagi memastikan pembesar di wilayah tersebut tidak menggugat kekuasaannya. 

3.       Aspek Ketenteraan
-          Maharaja berperanan sebagai ketua tentera dan sebagaimana kerajaan – kerajaan sebelumnya, maharaja bertanggungjawab  menentukan strategi peperangan dan melantik pegawai yang akan terlibat dalam sesuatu ekspedisi ketenteraan
-          Raja juga berperanan menyatukan wilayah – wilayah di China yang sebelum ini berada di bawah kekuasaan golongan bangsawan, sebagaimana tindakan Maharaja Hung Wu telah menyatukan wilayah – wilayah di China pada zaman Dinasti Ming.
-          Raja juga mengadakan ekspedisi ketenteraan; dilancarkan bagi menggambarkan kehebatan empayar di China, umpamanya menyerang negara – negara jiran seperti Jepun, Korea dan Manchuria.

4.       Aspek Agama
-          Maharaja berperanan sebagai ketua agama sesuai dengan statusnya sebagai anak Tuhan. Sehubungan dengan itu, maharaja di China  berperanan mewujudkan keadilan dalam pemerintahan serta mempamerkan akhlak yang boleh diteladani oleh rakyat.
-          Prinsip kesetiaan menjadi teras kepada pemerintahan; bersesuaian dengan fahaman / falsafah Confucianisme
-          Sebagai wakil tuhan di muka bumi, raja dikehendaki meneruskan dasar – dasar yang memberi manfaat kepada rakyat bagi memastikan raja berkenaan tidak hilang mandat

5.       Aspek Kehakiman
-          Menjadi ketua hakim sekaligus mempunyai kuasa pemutus sama ada menjatuhkan hukuman atau mengampuni kesalahan seseorang individu
-          Pelaksanaan hukuman yang adil amat penting memandangkan ia akan mencerminkan imej seseorang raja. Kegagalan menjatuhkan hukuman yang sewajarnya boleh membawa hilangnya mandat seseorang maharaja

6.       Aspek Ekonomi
-          Maharaja di China bertanggungjawab menganugerahkan tanah kepada mana – mana individu yang memberikan sumbangan kepada negara
-          Walau bagaimanapun, tanah yang dianugerahkan tersebut bukanlah milik sepenuhnya individu berkenaan disebabkan hasil daripada tanah berkenaan mesti diserahkan kepada raja sebagai cukai tahunan atau balasan kesetiaan kepada raja
-          Raja di China juga bertanggungjawab menggalakkan aktiviti ekonomi sama ada aktiviti pertanian seperti menyediakan kemudahan – kemudahan asas seperti sistem saliran dan aktiviti perdagangan dengan menggalakkan kegiatan import dan eksport yang sememangnya dapat mencerminkan keunggulan dan kekayaan China disebabkan China mempunyai komoditi yang bernilai seperti sutera, tembikar, jed dan teh.

7.       Menentukan Dasar Luar
-          Maharaja China menganggap dasar luar negara mempunyai pengaruh penting  ke atas perkembangan negara China sama ada dari sudut politik, ekonomi mahupun sosial.
-          Pada abad ke-17 dan ke- 18, Maharaja China mengamalkan dasar buka pintu dengan harapan dasar tersebut akan memberikan manfaat kepada perkembangan ekonomi China dan menuju ke arah  pemodenan. Umpamanya, China menggalakkan kedatangan pedagang Portugis, Sepanyol, Perancis dan Russia.
-          Namun pada abad ke-19 dan             abad ke-20, China mula mengamalkan dasar tutup pintu (  isolasi  ) disebabkan Maharaja China sedar kedatangan orang – orang Barat telah mengikis sedikit demi sedikit adat tradisional khususnya penyebaran agama Kristian. Malah, maharaja  pada zaman Dinasti Manchu  menganggap orang – orang Barat sebagai barbarian yang boleh menjejaskan ketamadunan China.




Komentar

Postingan populer dari blog ini

P2 bab 3

BEPANG DAN SEJARAH KULINARI

PULAU DUYUNG ADALAH LIDAH NEGERI TERENGGANU