KULIAH 1 4
KULIAH 14: ENGLAND KE ARAH PEMERINTAHAN RAJA BERPERLEMBAGAAN
KRONOLOGI KE ARAH PEMERINTAHAN RAJA
BERPERLEMBAGAAN DI ENGLAND
1.
Dasar Raja James I
a)
mendokong prinsip Devine Right of
Kings ( doktrin kuasa suci raja ) – raja mengatasi segala undang - undang
b)
mengenepikan prinsip perbatasan kuasa
pemerintah ( Magna Carta ) – tidak ada perkongsian kuasa dengan mana – mana
institusi pemerintahan
c)
mengenepikan peranan dan suara ahli
Parlimen – mengenakan cukai tanpa kebenaran ( mendakwa mempunyai kuasa penuh
dalam soal cukai dan kewangan )
2.
Konflik Raja James I dengan golongan
Puritan
a)
Menganggap dasar Raja James I berpihak
kepada mazhab Katolik
b)
Berpendapat agama adalah hak peribadi
bukannya menjadi asas kepada pemerintahan
c)
Tindakannya mengahwinkan puteranya
dengan puteri Perancis bermazhab Katolik
3.
Konflik Raja James I dengan golongan saudagar
a)
Bertindak campur tangan dalam kegiatan
ekonomi
b)
Memberikan hak monopoli dan
keistimewaan kepada syarikat yang disukainya
4.
Dasar Raja Charles I
a)
Meneruskan dasar ayahandanya, James I
b)
Bersikap anti golongan Puritan dan meminggirkan peranan Ahli Parlimen dalam
pemerintahan dan pentadbiran
c)
Menahan ahli Parlimen yang
menentangnya dan bertindak mengepung
kediaman mereka
5.
Isu Petition of Rights
a)
Mengkritik tindakan raja yang memungut
cukai tanpa kelulusan Parlimen
b)
Menolak tindakan raja menahan dan
memenjarakan seseorang tanpa perbicaraan
c)
Mendesak raja menyingkirkan pegawai
kerajaan yang terlibat dengan rasuah
d)
Charles I mengabaikan sebaliknya
menahan ahli Parlimen serta bertindak membubarkannya
6.
Pasca Pembubaran Parlimen
a)
Charles I menjalankan pemerintahan
secara mutlak selama 11 tahun
b)
Melaksanakan pelbagai cukai
c)
Memonopoli penjualan barangan pengguna
d)
Melantik William Laud sebagai ketua
gereja kebangsaan; memulihkan semula tradisi dan amalan Roman Katolik dalam
gereja Anglican
e)
Memaksa golongan Presbyterian memasuki
gereja Anglican
7.
Pembentukan Semula Parlimen
a)
Raja Charles I memerlukan peruntukan
tambahan
b)
Gagal mendapat sokongan ahli Parlimen
yang mendesak reformasi dan memecat pegawai yang terlibat dengan rasuah
c)
Parlimen dibubar
8.
Perang Saudara
a)
Pertelagahan antara penyokong raja
dengan penyokong ahli Parlimen
b)
Tentera penyokong ahli Parlimen
diketuai oleh Oliver Cromwell menewaskan tentera Charles I
c)
Berlaku konflik sesama ahli Parlimen;
golongan tentera dengan golongan pro-pemerintahan beraja
d)
Golongan tentera berhasrat membentuk
republik manakala golongan pro-pemerintahan beraja berhasrat menubuhkan
pemerintahan raja berperlembagaan
e)
Berlaku juga konflik keagamaan;
golongan Presbyterian berhasrat menggantikan Anglican sebagai gereja kebangsaan
f)
Oliver Cromwell
berjaya menubuhkan pemerintahan republik di England;
9.
Pemerintahan Oliver Cromwell
a)
Parlimen mengisytiharkan England
sebagai negara republik
b)
Cromwell menghadapi perjuangan golongan
Levellers dan Diggers
c)
Golongan Levellers yang menuntut semua golongan
diberikan hak mengundi
d)
Golongan Diggers
memperjuangkan persamaan dalam soal pemilikan harta; tanah adakah hak bersama
e)
Oliver Cromwell bertindak terhadap kedua –
duanya; Parlimen dibubar dan kerajaan baru yang dikenali sebagai Protectorate
dengan beliau memegang jawatan Lord Protectorate ( ditaktor ketenteraan )
10.
England Selepas Pemerintahan Oliver
Cromwell
a)
Kegagalan mendapat sokongan ahli
Parlimen menyebabkan Richard Cromwell meletak jawatan
b)
Raja Charles II ditabal menjadi raja
baharu England - menghidupkan semula pemerintahan monarki
c)
Parlimen mengingatkan Charles II agar
mewujudkan pemerintahan Raja Berperlembagaan
d)
Berusaha mewujudkan toleransi
beragama; mengisytiharkan Declaration of Indulgence – memansuhkan undang –
undang menyekat golongan Katolik mengamalkan tradisi mereka dan tiada sekatan
untuk golongan ini menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam dan tentera
e)
Ahli Parlimen meluluskan Test Act;
melarang orang Katolik memegang jawatan dalam perkhidmatan awam
f)
Habeas Corpus Act juga digubal
membolehkan rakyat mendapat penjelasan daripada pihak berkuasa jika ditangkap
g)
Kemunculan Parti Whigg yang
memperjuangkan Parlimen sebagai institusi pemerintahan tertinggi
11.
Pemerintahan James II
a)
Pemerintah yang tidak cekap dan gagal menghormati
Parlimen
b)
Berusaha menghidupkan semula konsep
Devine Right of Kings
c)
Menjalankan dasar agama yang
pro-Katolik
d)
Sebagai seorang bermazhab Katolik, beliau enggan
mendukung Mazhab Anglican di bawah
naungan Church of England.
e)
James II bertindak mengisytiharkan Declaration of Indulgence ( kebebasan
beragama atau bermazhab ).
f)
Tindakan ini menunjukkan bahawa Parlimen sekali
lagi tercabar, berikutan tindakannya tanpa merujuk kepada institusi tersebut.
g)
Kebimbangan ahli Parlimen kian ketara apabila
James II memperoleh seorang putera hasil perkahwinannya dengan puteri Perancis
bermazhab Katolik
12.
Glorious Revolution
a)
1688 rakyat
Inggeris telah menjemput anak James II, Mary ( bermazhab Anglican ) yang berkahwin
dengan William of Orange untuk menggantikan ayahandanya.
b)
Apabila William dan Mary bersama angkatan
tenteranya berjumlah 15 000 orang
mendarat di England, James II telah melarikan diri ke Perancis.
c)
Revolusi Cemerlang ini telah menjamin kembali kedaulatan Parlimen, dan
secara tidak langsung pemerintahan Raja Berpelembagaan diperkenalkan semula.
d)
Selain itu Parlimen telah meluluskan Bill
of Rights yang menekankan perkara – perkara seperti keutamaan kuasa
Parlimen dan haknya memungut cukai, raja tidak boleh memansuh atau menggubal
sebarang undang – undang tanpa kelulusan Parlimen, raja menghormati hak
kebebasan bersuara dalam Parlimen, raja tiada hak menentukan ahli Parlimen dan
wujudnya undang – undang toleransi yang memberikan kebebasan kepada puak Puritan membina gereja dan menjalan
amalan agama mereka dengan bebas.
Perbandingan Antara Raja Mutlak Perancis dengan Raja Berperlembagaan
England
BIL
|
RAJA MUTLAK DI PERANCIS
|
RAJA BERPERLEMBAGAAN DI ENGLAND
|
1.
|
Kedudukan Raja Mutlak dalam pemerintahan – mempunyai
status yang paling tinggi. Sebagai Ketua Negara, raja dianggap sebagai “Tuhan
Kecil di Bumi” atau “Bayangan Tuhan”. Rakyat percaya raja dilantik oleh Tuhan
untuk memerintah mereka. Raja juga dianggap sebagai suci dan mereka mesti
patuh dan setia kepadanya. Raja juga mempunyai hak-hak suci pemerintahan yang
ditulis oleh pihak Gereja. Raja Perancis, Louis XIV digelar sebagai “Raja
Matahari” bagi menggambarkan ketinggian darjatnya.
|
Raja
berperlembagaan juga mempunyai kedudukan yang tinggi iaitu sebagai Ketua
Negara, namun begitu ia dianggap
sebagai simbol kekuasaan sahaja (mengetuai upacara-upacara formal). Raja
sebagai pemerintah negara mewakilkan kuasanya kepada Perdana Menteri dan
kabinetnya. Raja berperlembagaan yang pertama di England, Raja Charles II
(1660-1685) bersumpah untuk mematuhi Magna Carta dan Petition of
Right bahawa baginda akan menghormati Parlimen, tidak akan mencampuri hal
ehwal agama dan mengenakan cukai-cukai. Dengan lain perkataan, raja mesti
mengikut kehendak Parlimen dan menghormati perlembagaan. Selain itu, Parlimen
juga mempunyai kuasa melucutkan hak memerintah seseorang raja.
|
2.
|
Dari segi kuasa pemerintahan, Raja Mutlak mempunyai
kuasa yang tidak terbatas. Kuasanya mengatasi kedudukan perlembagaan dalam
pemerintahan negara – melahirkan raja yang zalim dan menindas rakyat jelata.
Raja-raja Baurbons yang memerintah memerintah negara Perancis dengan kuasa
yang tidak terbatas.
|
Kuasa
pemerintahan raja tertakluk kepada peruntukan undang-undang. Dalam
menjalankan pemerintahan negara, raja mesti mendapat nasihat daripada Perdana
Menteri dan berpandukan kepada perlembagaan negara kerana perlembagaan negara
mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada raja.
|
3.
|
Dari segi ekonomi, Raja mempunyai kuasa ke atas ekonomi
negara. Kekayaan negara adalah milik peribadi raja. Harta negara dibelanjakan
dengan boros. Contohnya, Raja Louis XIV membelanjakan wang yang banyak untuk
membina istana besar Versailles (antara istana yang terbesar di dunia) dan
mengadakan majlis-majlis di istananya dengan tujuan untuk bermegah-megah.
|
Tidak memiliki kuasa ke atas ekonomi negara kecuali apa
yang diperuntukkan di dalam perlembagaan negara. Raja-raja England bergantung
kepada pendapatan sendiri dari sumber-sumber tetap seperti cukai kastam, kutipan-kutipan diraja, dan
lain-lain. Namun begitu, pada abad ke-18, kuasa memungut cukai-cukai telah
dilucutkan dan sebagai ganti raja hanya diberi elaun Civil List.
Misalnya, Raja William III (1694-1702) telah diberi elaun sara hidup sebanyak
₤700,000 setahun.
|
4.
|
Dari segi agama, raja merupakan penaung kepada agama.
Dalam konteks negara Perancis, Raja merupakan penaung kepada agama Kristian
Katolik. Raja mempunyai kuasa melantik Bishop dan kaki tangan gereja yang
lain serta membayar gaji-gaji mereka.
|
Raja sebagai
penaung kepada agama rakyatnya. Dalam konteks negara England, raja merupakan
penaung kepada agama Kristian Protestant (Calvinisme) – Gereja Anglikan.
|
5.
|
Dari segi undang-undang dan kehakiman, Raja berkuasa
menggubal undang-undang. Misalnya, terdapat peruntukan yang dinamakan lettre
de cachet, iaitu “sesiapa yang menyebabkan raja terperanjat, atau
menyakitkan hati golongan pembesar dan paderi” boleh dipenjarakan
selama-lamanya tanpa dibicarakan dengan perintah raja.
|
Raja-raja
berperlembagaan England tidak mempunyai kuasa menggubal undang-undang
mengikut kehendaknya sendiri atau menghalang undang-undang dibuat berlawanan
dengan kehendaknya. Mereka juga tidak mempunyai kuasa dalam bidang kehakiman
– tidak boleh memecat hakim walaupun hakim tersebut membuat keputusan yang bertentangan dengan
kehendak raja.
|
6.
|
Sebagai pemimpin tentera, raja menubuhkan angkatan
tentera dan memimpinnya.
|
Raja sebagai
ketua angkatan tentera tetapi tidak dibenarkan menubuhkan angkatan tentera
dan tidak dibenarkan melakukan peperangan.
|
Komentar
Posting Komentar