Contoh Skema P2

Huraikan bagaimana Nabi Muhammad S.A.W menghadapi pelbagai masalah yang dihadapi
oleh masyarakat Madinah setelah berhijrah ke kota tersebut.


PENGENALAN
- Sebelum kedatangan Rasulullah S.A.W, terdapat 3 golongan masyarakat yang tinggal di Madinah. Mereka ialah kaum Aus dan Kahzraj yang merupakan penduduk tempatan Madinah dan Yahudi yang merupakan kaum pendatang dari Palastine. Ketiga-tiga kaum ini terlibat dalam krisis politik yang panjang kerana perebutan kuasa dan pengaruh. Kaum-kaum ini sentiasa  bersaing antara satu sama lain untuk menguasai politik Madinah.
- Selepas Rasulullah S.A.W dan umat Islam berhijrah ke Madinah, komposisi masyarakat Madinah menjadi semakin komplek khususnya selepas kedatangan orang Muhajirin. Oleh itu, Rasulullah S.A.W terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah yang ditumbulkan oleh kaum kaum tersebut. Antara langkah yang diambil oleh Rasulullah S.A.W untuk mengatasi masalah tersebut ialah membina masjid, menggubal perlembagan Madinah, menyatukan antara kaum Aus dengan Kahzraj dan sebagainya.
 
ISI
1. Nabi menyelesaikan masalah permusuhan tradisi Aus dan Khazraj.
Masalah yang besar terpaksa dihadapi oleh Rasulullah S.A.W di Madinah ialah permusnahan tradisi antara puak Aus dan Khazraj. Permusuhan sudah cukup lama sehingga membawa kepada beberapa siri peperangan. Perang terakhir kedua-dua pihak ialah Perang Budh. Punca permusuhan mereka ialah disebabkan perebutan kuasa politik untuk menguasai Kota Madinah serta sikap orang Yahudi sering melaga-lagakan mereka. Nabi Muhammad S.A.W menangani masalah ini dengan mempersaudarakan mereka menerusi ikatan persaudaraan Islam. Kedua dua golongan ini dipersaudarakan dan dinamankan Ansar. Jelaslah bahawa kaum ini dapat diatasi dengan penyatuan akidah Islam.
2. Masalah sosioekonomi kaum muhajirin
Selain itu, Nabi Muhammad S.AW menghadapi masalah sosioekonomi kaum Muhajirin. Nabi Muhammad S.A.W juga berhadapan dengan masalah sosioekonomi Muhajirin iaitu masyarakat Arab Quraish Mekah bersama-sama Nabi Muhammad S.A.W ke Madinah. Golongan banyak menghadapi masalah sosioekonomi ketika mula-mula tiba di Masinag seperti tiada tempat tinggal, tiada pakaian, makanan, harta benda, saudara mara dan sebagainya. Kebanyakan mereka ini tinggal sementara di anjung Majid Nabawi. Langkah yang diambil oleh Nabi Muhammad S.A.W dengan mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar berasakan konsep persaudaraan Islam. Selain itu, mereka dikaitkan dengan satu perjanjian yang berasakan konsep
ummah seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Madinah. Kesan daripada langkah 2 tersebut, kaum Ansar banyak mengatasi masalah sosioekonomi kaum Muhajirin sepertimembantu memberi tempat tinggal, bercucuk tanam dan memberi modal.
3. Masalah orang yahudi.
Rasulullah S.A.W juga menghadapi masalah yang ditimbulkan oleh orang Yahudi seperti seperti Bani Qainuqa’, Nadhir dan Bani Quraizah. Orang Yahudi pada mulanya menerima perundangan Madinah dan bersetuju menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai ketua Negara Madinah. Namun demikian, mereka telah melanggar perlembagaan Madinah dan telah melanggar perlembagaan Madinah Pentadbiran Islam. Bani Qainuqat merupakan orang Yahudi yang mula mula melanggar perlembagaan Madinah dan menjatuhkan maruah seorang wanita Islam di kedai Yahudi di Pasar Madinah. Seorang Islam yang melihat kejadian itu membunuh orangYahudi tersebut dan sebagai membalas dendam, orang Islam tadi dibunuh oleh orang-orang
Yahudi. Mereka juga telah mempersendakan kemenangan Rasulullah dan pengikutnya dalam Perang Badar. Mereka tidak mematuhi amaran Rasul supaya menjaga keamanan dan kadamaian Madinah. Sehubungan itu, Rasulullah S.A.W telah menghalau mereka dari Kota Madinah ke sesuatu kawasan yang berhampiran dengan negeri Syam di Utara semenanjung Tanah Arab. Manakala Bani Nadir melakukan 2 kesalahan besar. Mereka telah mengadakan komplot untuk membunuh Rasulullah S.A.W semasa baginda mengadakan rundingan dengan salah seorang ketua mereka. Baginda terselamat dengan wahyu yang diturunkan oleh Allah
S.W.T. mereka telah menyokong Kafir Quraish Mekah dalam Perang Uhud. Kesalahan-kesalahan ini merupakan pengingkaran terhadap Perlembagaan Madinah dengan arahan Rasulullah S.A.W  kemudiannya, mereka dikepung oleh tentera Islam selama 6 hari. Setelah mereka menyerah kalah, mereka besetuju meninggalkan Kota Madina. Bani Quraizah mengingkari Program Madinah dengan menimbulkan masalah besar semasa Perang Khandak @ al-Azab. Mereka telah dihasut oleh kaum Nadir supaya membatalkan perjanjiannya dengan Rasulullah S.A.W dan seterusnya memihak kepada tentera Quraish yang mengepung Madinah. Mereka tidak mengendahkan amaran Rasulullah S.A.W. selepas Perang Khandak yang dimenangi oleh tentera Islam, umat Islam mengepung perkampungan Bani Khuraizah selama 25 hari. Akhirnya, mereka
menyerah kalah. Saad bin Muaz, telah dilantik menjadi hakim kepada kesalahan mereka. Saad bin Muaz telah membuat keputusan harta mereka dirampas. Orang-orang tua, kanak-kanakdan kaum wanita ditawan. Manakala orang lelaki pula dipancung. Hukuman ini setimpal dengan perjanjian orang-orang Islam. Oleh ini, masalah yang ditimbulkan oleh ketiga-ketiga kaum Yahudi ini akhirnya telah dapat diselesaikan.
4. Golongan munafik
Mereka bersepakat dengan orang Yahudi dan tidak menyertai sebarang peperangan dengan orang Musyrikin. Malah melarikan diri daripada medan perang Uhud, memfitnah orang-orang Islam, membantu pihak musuh dan membina masjid Dhirar bagi memecahbelahkan perpaduan umat Islam. Rasulullah S.A.W tidak mengambil apa-apa tindakan kerana sesame Islam. Mereka takut dituduh memusuhi sesame Islam. Baginda menasihati para sahabat supaya berhati-hati dengan orang munafik. Baginda memulau golongan ini seperti tidak membalas salam mereka. Kemuncak penentangan mereka dihukum selepas Perang Khandak kerana berpakat dengan orang Quraish Mekah untuk menghancurkan Islam. Mereka dihalau dari kota Madinah .

5. Masalah keselamatan Madinah.
Rasulullah menghadapi masalah mengenai keselamatan kota Madinah. Ketika itu, Madinah diancam oleh kuasa kaum Quraish dan kuasa-kuasa Rom dan Parsi menyebabkan kedudukan Kota Madinah tidak terselamat. Ditambah lagi dengan masalah ketiadaan undang-undang khusus bagi mengawal masalah social masyarakat Madinah. Rasulullah S.A.W telah mengubal Perlembagaan Madinah pada 1 dan 2 Hijrah yang mengandungi 47 fasal yang menyentuh semua aspek kehidupan bernegara. Ini membolehkan Rasulullah S.A.W mengawal penduduk madinah dari masalah jenayah dan ketidakadilan masyarakat. Dengan ini, keselamatan di Madinah terjamin.

6. Masalah Aqidah umat Islam.
Rasulullah S.A.W menghadapi kelemahan jiwa dan akidah umat Islam di Madinah dimana sebelum kedatangan Islam, masyarakat Madinah menganuti pelbagai agama seperti menyembah berhala Nasrani dan sebagainya. Oleh itu, pada peringkat awal, mereka sukar menerima sepenuhnya ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah. Langkah yang diambil oleh Rasulullah S.A.W adalah dengan membina masjid, mempertingkatkan fungsi masjid dimana masjid bukan sahaja dijadikan tempat beribadat tetapi juga sebagai institusi pendidikan Islam disamping pusat kegiatan social dan politik. Contohnya, masjid terawal yang dibina ialah Masjid Nabawi dan Masjid Quba’
KESIMPULAN
Sebagai seorang negarawan yang unggul, baginda telah membuktikan ketokohannya. Dalam menangani masalah masyarakat di Madinah, Rasulullah telah mengenalpasti terlebih dahulu masalah yang dihadapi sebelum merancang strategi atau kaedah yang sesuai untuk mengatasinya. Langkah-langkah tersebut adalah berkesan untuk mengatasi pelbagai masalah yang berbilang kaum di Madinah. Bangsa-bangsa Arab telah berjaya disatukan dan sebuah negara Islam yang tidak berlandaskan perkauman telah berjaya ditubuhkan.
 Jawapan wajib menceritakan masalah yg dihadapi dan cara penyelesaian permasalahan oleh Rasulullah dalam setiap perenggan.
 Jika calon gagal menjawab sebagaimana kehendak soalan markah maksima hanya 7 sahaja.

 Soalan 2
Huraikan kejayaan yang dicapai oleh Khalifah Harun al-Rashid sepanjang pentadbirannya.
Pendahuluan
- Khalifah keempat selepas khalifah al-Mahdi,lahir pada 145H (763M). Memerintah dari tahun 170 H hingga 192 H (786-809M).
- Pernah memegang jawatan Gabenor hinggalah dilantik menjadi Putera Mahkota.
- Keperibadian iaitu bijaksana, berilmu dan cekap membolehkan kerajaan Abbasiyah mencapai kegemilangan semasa pemerintahan baginda.
Isi
1. Pentadbiran Negara
- Baginda sebelum dilantik menjadi khalifah telahpun dilatih oleh ayahndanya al Mahdi. Setelah ayahndanya mangkat beliau dengan pengalaman yang ada telah berjaya meletakkan kerajaan dipuncak kegemilangan
- Beliau dibantu oleh menteri-menteri yang bijaksana seperti al Fadhl bin Rabi, keluarga al Barmaki dan di bantu oleh Abu Yusuf sebagai kadi yang terkenal .Yahya telah diberikan kuasa eksekutif mentadbir selama 17 tahun. Anak Yahya Fadl dan Jaafar dipertanggungjawab membendung kekacauan.
- Kerajaan Abbasiyah semasa pentadbiran baginda telah berada di kemuncak. Baghdad muncul sebagai kota ilmu yang indah dengan taman dan istana. as Sayuti menegaskan zaman pemerintahan baginda penuh dengan kebaikan , semuanya indah seperti pengantin-pengantin baru.

2. Menghapuskan pengaruh keluarga al-Barmaki
-Apabila baginda menyedari keluarga al Barmaki cuba menguasai pentadbiran Abbasiyah baginda telah membunuh Yahya Khalid al Barmaki, Jaafar dan Fadhil al Barmaki.
-Kematian mereka telah menghapuskan kebimbangan khalifah bahawa keluarga ini akan merampas pemerintahan. Lebih penting lagi ialah khalifah telah berjaya mengembalikan pentadbiran negara daripada penguasaan orang-orang Farsi (keluarga al Barmaki) kembali dikuasai oleh golongan Arab .
3. Mengekang dan menghapuskan ancaman musuh
-Baginda telah menghapuskan saki baki keluarga al Barmaki di Moroko dengan menghantar panglimanya iaitu Ibrahim Aghlab . Setelah menemui kejayaan, Khalifah Harun telah menyerahkan wilayah tersebut kepada Ibrahim .
-Khalifah juga berjaya menghapuskan kebangkitan puak Khawarij yang muncul di Jazirah pada tahun 178 hijrah, dipimpin oleh al Walid bin Tarif . Khalifah telah menghantar panglimanya  iaitu Yazid bin Mazid dan al Walid berjaya dihapuskannya.
-Khalifah memimpin 95 000 tentera memerangi Rom 786M dan memaksa Rom meminta perdamaian melalui Maharani Irene Leo iv.
-Mengekang pengaruh Syiah. Puak Syiah merupakan sekutu Abbasyiah pada peringkat awal gerakan menjatuhkan kerajaan Umayyah. Syiah tersingkir dan Abbasyiah berjaya menguasai teraju pemerintahan Islam. Golongan Syiah sentiasa mengancam Kerajaan Abbasyiah.Sehubungan dengan itu Khalifah Harun al Rasyid sentiasa mengekang kebangkitan Syiah. Baginda bertindak membunuh sesiapa yang bersimpati membantu Syiah.
4. Melantik putera mahkota sebagai pengganti
-Bagi menjamin kesinambungan pemerintahan keluarganya dan mengelakkan perebutan jawatan , khalifah telah melantik anak-anaknya sebagai pengganti iaitu al Amin, al Makmum dan al Muktasim melalui perjanjian yang disaksikan oleh ahli undang-undang, ketua-ketua dan pembesar.
-Kesannya al Makmum telah berjaya membawa kesinamb ungan kecemerlangan pemerintahan yang ditinggalkan baginda.
5. Menjalinkan hubungan diplomatik dengan kuasa luar
-Khalifah telah menalinkan hubungan diplomatik dengan Rom setelah kuasa tersebut meminta perdamaian dengan kerajaan Islam 
-Hubungan turut dijalin dengan Perancis. Khalifah rapat dengan raja Charlamgne. Mereka sering bertukar cederamata. Hubngan akrab ini membawa kepada perkembangan Islam di Perancis.
-Hubungan turut dijalinkan dengan Spanyol (Andalusia). Kerajaan ini di tadbir oleh pewaris Kerajaan Umayyah. Penduduk Andalusia bersikap anti Abbasiyah namun baginda mengambil sikap positif tidak menyerang kerajaan ini .
-Hubungan diplomatik juga turut dijalin dengan India. hubungan dijalinkan adalah kerana kepentingan perdagangan , dakwah dan keilmuan.

Kesimpulan
-Kecekapan khalifah mentadbir dengan bantuan para menteri yang bijaksana telah membawa kepada keamanan negara. Kestabilan ini merupakan kelebihan kepada khalifah bagi mencorakkan kemajuan kerajaan Abbasiyah di puncak kegemilangan.
* Wajib menjawab pentadbiran dengan jelas dalam isi penghujahan penulisan esei.
Soalan 3
Bincangkan kemajuan ekonomi di zaman Kerajaan Bani Abbasiyah pada abad ke 11 hingga
abad ke 12 masihi.

Pengenalan
Pada abad ke 8M hingga abad ke 12M KBA telah menjadi empayar Islam yang terunggul dan maju dalam bidang ekonomi. Ini disebabkan oleh kemajuan yang dimiliki oleh KBA dalam bidang ekonomi khususnya dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindustrian.
(Apa apa yang berkaitan dengan soalan )
KEMAJUAN PERTANIAN
- Kegiatan utama masyarakat KBA dan golongan petani dihormati . Ini kerana pertanian memberi pulangan yang amat besar kepada pendapatan negara kerana kemewahan dalam bidang pertanian. Antara kawasan pertanian yang utama di zaman KBA ialah di Baghdad ( Iraq ) sendiri yang kaya dengan pelbagai hasil pertanian seperti gandum, kurma, bijan, kapas rami, buah buahan, sayuran dan bunga bungaan ( mawar dan violet ) yang boleh ditanam sepanjang musim. Kawasan ini kaya dengan hasil pertanian kerana memiliki tanah yang subur khususnya di Lembah Sg Tigris dan Euprates ( al Sawad). Di Khurasan pula merupakan daerah pertanian yang paling makmur, subur dan kaya.
- Kawasan ini pembekal sumber makanan dan pendapatan yang banyak kepada kerajaan. Di sini terletaknya Kota Bukhara yg menjadi daerah perkebunan yang subur. Diantara kota Samarkhan dan Bukhara terdapat sebuah kawasan kebun buah buahan, sayuran dan bunga bungaan yang luas, subur, indah dan cantik iaitu Lembah Sagdiana,Sui’ib Bawwan dan Ubalah Canal.- Antara yang ditanam di sini seperti sayuran ( terung, lobak, mentimun ), buah buahan ( epal, kurma, eprikot, prum, lemon, limau, anggur, zaitun, almond, delima dan tembikai ), bunga bungaan ( mawar dan selasih. Hasil ini dibawa masuk ke Baghdad dan menjadi barangan mewah khususnya tembikai.
- Sepanyol juga penyumbang kemajuan ekonomi pertanian zaman KBA yang menghasilkan gandum, ubi kentang, lobak, tomato, sayuran dan buah buahan Mediterenan dan ia menjadi sumber makanan baru kepada masyarakat di zaman KBA.
- Telah muncul kajian dan penerokaan ilmiah oleh sarjana Islam dalam bidang pertanian seperti Ibn Wahsiyiyah dengan bukunya bertajuk al Filahah al Nabatiyah pada tahun 904 Masehi. Ada juga buku yang dihasilkan mengenai penghasilan wangian dari bunga bungaan.- Kemajuan dalam bidang pertanian telah memberi sumbangan yang besar kpd KBA dalam aspek cukai tanah dan zakat pertanian dan seterusnya dapat membangunkan negara.
PERDAGANGAN
- Perdagangan di zaman KBA pada abad ini mengalami kepesatan yang luar biasa dan tidak ada tolok bandingnya. Aktiviti perdagangan ini juga dikaitkan dengan proses penyebaran Islam ke seluruh pelusuk dunia dengan begitu pesat.- KBA telah menjadi empayar perdagangan antarabangsa yang terkenal kerana proses perdagangan eksport import berlaku ke seluruh benua seperti Eropah Barat, Asia, Afrika melalui pelabuhan pelabuhan utama.
- Pelabuhan pelabuhan perdagangan menjadi pintu masuk barangan dari seluruh dunia seperti sutera, teh, rempah, gading, daging, permata, hamba abdi dan sebagainya. Kepesatan aktiviti perdagangan ini disebabkan oleh peranan pelabuhan perdagangan seperti Baghdad, Iskandariah, Kaherah, Basrah, Damsyik, Basrah dan di sekitar Laut Mediterenan, laut Hitam dan Laut Caspian. Pelabuhan ini telah bertindak menjadi pusat pertemuan jalur jalur niaga di seluruh dunia. Contoh Baghdad merupakan kota dagangan yang terbesar di Asia standing dengan Iskandariah sebagai pusat perdagangan di Afrika.
- Di samping itu juga telah wujud ‘ jalan sutera ‘ yang bertindak sebagai jalan darat untuk pedagang Islam ke China melalui Samarkandan Turkestan. Ini secara tidak langsung mewujudkan pusat pusat perniagaan baru di sepanjang laluan tersebut. Secara tidak langsung wujudnya hubungan diplomatik dengan China.
- Dalam aktiviti perdagangan, pedagang Islam telah menggunakan cek kembara dalam urusan kewangan yang dikenali sebagai Saftajah.- Kemajuan dalam aktiviti perdagagan ini disebabkan oleh kepesatan dalam bidang pertanian dan pembuatan, pasaran yang luas, kemajuan dalam bidang perkapalan dan sebagainya.- Aktiviti perdagangan ini telah berkembang pesat di seluruh negara dan menjadi sumber pendapatan utama KBA.
PERINDUSTRIAN
- Mengalami kemajuan yang amat pesat di seluruh wilayah KBA penyumbag yang besar kepada sumber kewangan negara.- Diusahakan oleh pihak swasta dengan inisiatif kerajaan secara sistemetik untuk menjamin keseimbangan dalam ekonomi.
- Antara industri yang muncul pada zaman ini ialah industri pembuatan seperti industri, pakaian, permaidani, tenunan yang bersulam emas dan perak khususnya di Iraq. Produk ini digunakan dalam wilayah dan dieksport ke Eropah khususnya di Peranchis dan Itali.
- Industri tenunan menjadi salah satu industri yang maju dan terkenal khususnya di Parsi. Hasil tenunan yang berkualiti dihasilkan yang bersulamkan benang emas dan perak di kenali dengan damask dan khazz dan juga industri membuat robes untuk kegunaan khalifah dan pegawai tinggi kerajaan.
- Di Barat Asia menjadi pusat industri permaidani, sutera, kapas, kain satin, perabut dan semua jenis kelengkapan rumah termasuk sofa dan tilam. Penghasilan kain bulu ( wollen ) yang berkualiti dihasilkan di Shiraz dan digemari oleh wanita bangsawan Eropah termasuklah pakaian dalam.
- KBA juga menerokai industri pembuatan kertas yang bermutu tinggi. Teknologi ini diperoleh dari peradaban China setelah KBA Berjaya menguasai wlayah Samarkand pada tahun 704 M . Industri penghasilan kertas ini telah dikembangkan pada zaman Khalifah Harun al Rasyid dan mendirikan kilang kertas pertama dalam sejarah Islam di Baghdad ( first paper-mill industry). Industri ini terus berkembang pesat di Mesir, Morocco dan Sepanyol yang banyak membantu dalam kemajuan pembelajaran semasa pemerintahan beliau.
- Industri kemahiran tangan ( Kraftangan ) juga berkembang dengan luar biasa di zaman KBA khususnya seni mengolah dan menghasilkan perhiasan. Ia dihasilkan oleh pihak swasta yang mempunyai imej dan kedudukan yang tersendiri dalam bidang ini.- Antara barangan kraftangan seperti barangan berasaskan tembaga dan besi seperti pedang, tombak, lampu tembaga serta barangan pewter di hasilkan di Wilayah Transoxiana.- Di Mesir dan Syria terkenal dengan penghasilan ukiran kaca, mozek dan cermin untuk dekorasi masjid, istana, gereja dan rumah.
PERLOMBONGAN
- Kemajuan dalam bidang perlombongan juga pada zaman KBA pada abad 11 - 12 Masehi yang telah menyumbang kemewahan kepada umat Islam.- Perlombongan emas, perak dan batu marmar begitu pesat di wilayah Khurasan.- Batu delima, lazawarda dan batu azura juga di usahakan di wilayah Transoxiana di samping wilayah Kiriman menjadi pusat pengeluar bijih timah dan perak.- Pengeluaran batu mutiara juga terdapat di Bahrain dan batu pirus di Naisabur dan perlombongan besi di pergunungan Lebonan.- Wilayah Georgian dan Farghana menjadi pusat pengeluar minyak tar yang terkemuka pada masa itu.- Kemajuan dalam sektor ekonomi ini menjadikan masyarakat di zaman KBA mengalami perubahan cara hidup yang lebih mewah yang menjadi fenomena baru dalam masyarakat KBA dan sejarah Islam.
KESIMPULAN.
- Ekonomi zaman KBA amat maju dengan luar biasa pada abad ke 11 – 12. Kecekapan dan keberkesanan dalam aspek pemerintahan yang berjaya memanupulasikekayaan negara yang melimpah ruah untuk kemakmuran rakyat secara adil dan sama rata. Ini menyebabkan KBA Berjaya membangunkan negara dengan begitu cemerlang dan menjadi kuasa besar dunia yang kuat pada zaman tersebut. Abad ini dikenali oleh ahli sejarah sebagai Zaman Keemasan ( Golden Period ) umat Islam.
 Jawapan pelajar menjurus kepada kemajuan ekonomi pertanian, perdagangan,
industri dan perlombongan .
 Setiap kemajuan ekonomi disertakan dengan contoh dan wilayah
 Huraian /penaakulan – faktor perkembangan atau kesan daripada kemajuan
ekonomi tersebut.

Soalan 4
Huraikan sumbangan Al-Khawarizmi kepada perkembangan tamadun Islam
A.PENGENALAN
1. Latar belakang Al-Khawarizi: Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Musa Abu Al-Khawarizmi. dikenali di barat sebagai Al-Goritmi, Al-Cowarizmi atau Al-Gorism. Dilahirkan di sekitar tahun 780 M dan meninggal dunia pada tahun 850 M.Tokoh ilmuwan Islam yang berpengetahuan luas dalam bidang Matematik, Falsafah, Lojik, Arithmetik, Geometri, Muzik, Kejuruteraan serta Sejarah Islam.Sumbangan beliau mula terserlah semasa pemerintahan Khalifah Al-Makmun di Baghdad khasnya dalam bidang Matematik dan dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja. Sumbangan beliau ini tidak terhad kepada Kerajaan Abbasiyah sahaja beliau bahkan dimanfaatkan kepada tamadun islam sehingga kini.
B. ISI-ISI
a) Bidang Matematik
1.Mempelopori ilmu Algebra
- Al-Khawarizmi dikenali sebagai Bapa AL-Jabr berikutan sumbangannya dalam bidang Arithmetik iaitu Al-Jabr (Algebra) - Karya teragungnya Al-Jabr wa al-Muqabilah telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada kurun ke-12 dan menjadi rujukan di university-universiti di Eropah.
- Al-Jabr merupakan satu bidang matematik yang dikenali sebagai ilmu persamaan. Beliau telah menggunakan simbol bagi mewakili nombor, nilai dan pembolehubah. Melalui kaedah ini, banyak masalah pengiraan dapat diselesaikan seperti pembahagian zakat dan wasiat.
- Ini menunjukkan bahawa Al-Khawarizmi merupakan pengasas ilmu algebra. Cabang ilmu algebra initelah menjadikan karya beliau menjadi rujukan kepada tamadun islam dan dunia
2. Memperkenalkan sistem nombor
- Al-Khawarizmi memperkenalkan system nombor yang digunakan sehingga kini dan menyumbang kepada perkembangan tamadun islam iaitu 0,1,2,3,4,5,6,7,8, dan 9. Angka-angka tersebut menggunakan symbol-simbol tertentu yang mewakili nilai-nilai tertentu.
- Al-Khawarizmi ialah individu pertama yang memperkenalkan angkar sifar (0) dan perpuluhan dalam matematik. Melalui penggunaan angka sifar, muncul nombor yang mencapai infiniti. Sifar yang diperkenalkan beliau dipinjam oleh bahasa-bahasa Eropah dengan sebutan cifre, chiffredan zero.
- Pengenalan sistem angka yang sistematik ini membolehkan operasi pengiraan matematik diperluaskan meliputi operasi kuasa, log, kosinus dan membolehkan ilmu sains dan teknologi berkembang dengan pesat.
- Ini terbukti apabila Al-Khawarizmi memperkenalkan sistem ini membolehkan beliau mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan Abbasiyah bahkan juga masyarakat dan dunia barat.
3.Mencipta ilmu-ilmu baharu
- Al-Khawarizmi mencipta ilmu baharu seperti istilah baharu tentang ilmu matematik yandiperkenalkan dan digunakan sehingga kini. Antaranya ialah pembolehubah (x) , pembolehubah kuasa dua (x²) dan pemalar (c).
- Karya beliau yang bertajuk Hisab al-Jabr wa Al-Muwabalah mengandungi bab-bab yang meliputi pelbagai topic seperti pengiraan darab, campur tolak dan bahagi, persamaan, timbangan dan ukuran, keluasan bulatan dan segitiga dan isipadu bentuk piramid dan kon.
- Ciptaan ini menunjukkan bahawa beliau sangat hebat dalam bidang matematik dan menyumbang kepada perkembangan tamadun islam.
4.Penyelesaian permasalahan harta pusaka
- Beliau menghasilkan karya Al-Mukhtasat fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah yang dapat menyelesaikan masalah praktikal yang dihadapi oleh umat Islam khususnya melibatkan pengiraan seperti pembahagian harta pusaka dan perniagaan.
- Penyelesaian masalah-masalah itu terdapat di dalam al-Quran dan Hadis namun ilmu yang diperkenalkannya dapat membantu mengatasi masalah pengiraan yang lebih rumit dan kompleks yang tidak dihuraikan dalam kedua-dua sumber itu.
- Melalui karya beliau, memudahkan umat Islam untuk menyelesaikan permasalahan berkaitan harta pusaka sehingga ke hari ini.
A ) Bidang Geometri dan Trigonometri
- Al-Khawarizmi turut memberikan sumbangan seperti bidang geometri dan trigonometri kerana kedua-dua bidang tersebut merupakan pecahan kepada bidang matematik yang melibatkan pengiraan.
- Ilmu geometri berkaitan dengan ciri dan hubungan antara titik, garis, sudut, permukaan dan pepejal dalam ruang. Manakala trigonometri pula berkaitan dengan pengiraan segitiga, sukatan sisi dan sudutnya.
- Sumbangan beliau ini dapat menjadi asas kepada tokoh-tokoh ilmuwan yang lain untuk membuat rujukan dan mengembangkan ketamdunan islam sejagat.
B ) Bidang Atronomi.
- Beliau menghasilkan takwim Islam yang berjudul Zij al Sindhind.
- Beliau juga menyemak dan mengemaskini ilmu astronomi yang dikemukakan oleh Ptolemy.
- Beliau juga menghasilkan makalah berkaitan dengan ilmu astronomi.
- Beliau menggunakan ilmu matematik khususnya algebra dalam pengiraan.
- Sumbangan beliau dalam bidang ini menjadi panduan kepada ahli-ahli astronomi selepas zaman beliau dan menyumbang kepada perkembangan tamadun islam
C ) Bidang Geografi
- Beliau menghasilkan karya berdasarkan ilmu yang diperoleh daripada sarjana Yunani.
- Beliau mengukur latitud dan longitud kedudukan bumi.
- Beliau juga menjelaskan jarak antara negara-negara.
- Usaha beliau ini membolehkan beliau bukan sahaja mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan Abbasiyah bahkan dijadikan rujukan oleh ahli geografi masa kini.
C Kesimpulan
- Jasa dan sumbangan beliau telah mendapat pengiktirafan daripada pemerintah kerajaan Abbasiyah dan disanjungi oleh umat Islam. Sumbangan beliau menjadi panduan dan memberi manfaat kepada perkembangan tamadun islam sehingga hari ini.
CATATAN KEPADA PEMERIKSA
 CALON HARUSLAH MENGAITKAN SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI TERHADAP
PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM SETIAP ISI JAWAPAN YANG
DIBINCANGKAN OLEH CALON
 Sekiranya jawapan sumbangan sahaja markah maksima 7 sahaja.

Soalan  : Jelaskan dasar Tanzimat (gerakan pembaharuan) yang dilaksanakan oleh Kerajaan Turki Uthmaniyah antara tahun 1839 hingga 1876.


a) Pengenalan
- Tanzimat dari segi sejarah bermaksud pembaharuan atau reformasi yang berlaku dalam kerajaan Turki Utmaniyah secara evolusi dari tahun 1839 hingga 1876.- Tujuan Tanzimat diperkenalkan adalah untuk mengembalikan kegemilangan kerajaan Turki Uthmaniyah dengan mengatasi kelemahan sistem pemerintahan dan pentadbiran. Tanzimat memberi fokus kepada masalah rakyat yang beragama Kristian supaya mereka tidak mencari naungan dan perlindungan daripada negara atau kuasa luar.- Tekanan daripada kuasa luar yang berterusan, terutama dari Britain, merupakan antara faktor utama pelaksanaan Tanzimat.- Terdapat pelbagai dasar Tanzimat yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Turki Uthmaniyah dari tahun 1839 hingga 1876
ISI 1: Jenis Dasar
Dasar Tanzimat dalam kerajaan Utmaniyah bermula dengan penggubalan piagam Hatt-i Syarif Gulhane pada tahun 1839 dan diteruskan dengan Piagam Hatt-i Humayun pada tahun 1856.Piagam Hatt-I Syarif Gulhane bersifat sekular, iaitu menyeru kepada reformasi yang melibatkan perubahan terhadap institusi masyarakat, namun syariat Islam masih menjadi undang-undang kerajaan tersebut.
Piagam Hatt-I Syarif Gulhane menjanjikan keselamatan nyawa, maruah, dan harta benda kepada semua rakyat tanpa mengira agama, di samping menjamin persamaan hak dan perbicaraan yang adil, teluas dan terbuka Piagam Hatt-i Humayun mengesahkan semua janji yang termaktub dalam piagam Hatt-i Syarif Gulhane sebaliknya semua aspek yang berkaitan dengan syariat Islam digugurkan sama sekali
Hal ini menggambarkan pengaruh sekular kian menular dalam kerajaan Turki Uthmaniyah.
ISI 2: (Dalam bidang pentadbiran)
Melalui dasar ni pembaharuan telah dilakukan dalam pentadbiran Kerajaan Turki Uthmaniyah Pentadbiran yang dirangka bermodelkan pentadbiran Barat (Perancis) bertunjangkan sistem demokrasi.Pentadbiran pusat dikemaskini dengan membentuk beberapa kementerian .Antaranya ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pelajaran (1857) dan Kementerian Polis (1870). Majlis Diraja diberi jenama baru, iaitu Majlis Tanzimat yang berperanan merangka segala pembaharuan serta mengelakkan amalan rasuah dalam kalangan pentadbir kerajaan.
Ahli-ahli yang dipilih mempunyai pendidikan Barat dan perbincangan kerap diadakan untuk mewujudkan amalan demokrasi.  Majlis Tanzimat ini juga berperanan menasihati sultan dalam pentadbiran.
Pada hakikatnya, didapati sultan hanya mengikut telunjuk golongan Pasha dan tidak mempunyai kuasa untuk menentukan dasar negara. Malahan, kuasa-kuasa gabenor wilayah juga turut dikurangkan.

ISI 3: (Bidang pendidikan).
Seterusnya dalam proses tanzimat dalam kerajaan Turki Uthmaniyah pada abad ke-19, turut melibatkan bidang pendidikan.Sistem pendidikan yang dirangka mengikut aliran akademik yang terpisah dengan keagamaan. Institusi pendidikan yang ditubuhkan bermula dari sekolah rendah sehingga ke peringkat universiti. Kurikulum ala Barat yang diperkenalkan merangkumi mata pelajaran berasakan ilmu aqliah yang diletakkan di bawah selenggaraan Akademi Pelajaran. Pendidikan sekular hanya memberi tumpuan kepada karya sastera dan membawa kepada perkembangan dalam arena persuratan dan terjemahan daripada fiksyen Barat.Sekolah profesional dan tentera diberikan keutamaan menyebabkan sistem madrasah semakin ketinggalan. Akibat daripada penekanan terhadap mata pelajaran sekular, pengetahuan para pelajar Muslim tentang agama Islam kian berkurangan hingga menyebabkan kehilangan identiti dalam kalangan mereka.
Kesannya, negara Barat telah mengambil peluang untuk menyerapkan pendidikan mereka, maka hasilnya telah menggalakkkan penerapan idea nasionalisme, kapitalisme dan imperialisme terhadap masyarakat Turki sehingga lahirnya sentimen perkauman dan telah menjatuhkan kerajaan Islam tersebut.
ISI 4: Perundangan dan kehakiman
Di samping itu, tanzimat turut melibatkan bidang perundangan dan kehakiman dalam kerajaan Turki Uthmaniyah.Beberapa peraturan digubal tanpa penglibatan para ulama. Sedikit demi sedikit peranan mereka mula diketepikan dalam bidang perundangan dan kehakiman Peraturan berhubung jenayah, tanah, perniagaan dan pelayaran diubah suai berdasarkan undang-undang Perancis. Institusi mahkamah turut mengalami perubahan. Mahkamah sekular didirikan bagi mengendalikan undang-undang baharu.
Pada tahun 1847,mahkamah campuran didirikan bagi mengendalikan kes jenayah dan sivil dengan dihakimi sama ada oleh hakim berbangsa Eropah atau yang beragama Islam. Hal ini merupakan petanda masyarakat Turki lebih memeandang dunia dan mengetepikan undang-undang Islam yang mendorong kejatuhan kerajaan Islam tersebut.
ISI 5: Bidang ketenteraan
Bidang ketenteraan turut terlibat dalam pelaksanaan tanzimat oleh Kerajaan Turki Uthmaniyah pada abad ke-19. Latihan dikendalikan mengikut model Barat, Sultan Mahmud II memodenkan ketenteraan kerajaan Uthmaniyah dengan menghapuskan tentera janissari dan digantikan dengan tentera nizam-I Cedid Janissari tidak lagi menjadi pasukan elit yang padu dan memberi kesetiaan kepada sultan tetapi memupuk minat dan tanggungjawab luaran mereka. Malah individu yang mempunyai hubungan keluarga serta rapat dengan istana dan penghuni bandar diberikan peluang berkhidmat dalam tentera darat dan laut.
Maka tidak hairanlah tanzimat dalam bidang ketenteraan ini telah mengakibatkan muncul pegawai-pegawai muda yang memainkan peranan penting melancarkan gerakan merampas kuasa dengan menggulingkan institusi kesultanan.



ISI 6: Bidang komunikasi
Dasar tanzimat ini juga melibatkan bidang komunikasi dalam kerajaan Turki Uthmaniyah. Media massa dimanfaatkan untuk mempopularkan idea-idea baharu dari Barat Karya–karya berbentuk puisi, novel dan cerpen berorientasikan Barat diutamakan sebaliknya nilai-nilai keislaman diketapikan.Karya-karya yang dipopularkan menyentuh isu raja berperlembagaan sedangkan ketaatan beragama tidak pernah disentuh. Kemudahan infrastrutur juga disediakan tetapi kemajuannya tidak seimbang.
Jadi hal ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat Turki dan telah mengakibatkan berlakunya tentangan rakyat terhadap pemerintahan sultan.
ISI 7 : Bidang ekonomi
Tanzimat juga melibatkan pemulihan semula ekonomi di Turk itetapi lebih kepada kebaratan. Hal ini telah memberi tekanan kepada kerajaan Turki Uthmaniyah untuk melakukan pelbagai perubahan. Kuasa barat merancang agar kerajaan Turki Uthmaniyah meminjam wang atau modal yang menyebabkan kerajaan ini terpaksa berhutang dengan pemodal-pemodal asing. Malah kerajaan Turki terpaksa bergantung kepada Barat bagi mendapatkan bekalan makanan, peralatan dan modal bagi perbelanjaan pembangunannya.
Misalnya, Sultan Mahmud (1808-1839) mengagumi kemajuan Eropah. Baginda telah melaksanakan projek jaringan kereta api Oreint Railway dan pembinaan Istana Dolmabahce yang megah menggantikan istana Topkapi. Dalam pembangunan ekonomi sultan juga telah membuat pinjaman yang banyak dengan bank Eropah sehingga muflis. (Sultan Abd.Aziz -1875)
Akibat daripada pembaharuan ekonomi yang tidak terancang dan hanya mengikut telunjuk kuasa Barat maka kewangan Uthmaniyah telah dikawal oleh pemilik bank Eropah.
KESIMPULAN
Kesimpulannya,Tanzimat yang berlaku pada tahun 1839 hingga 1876 dalam kerajaan Turki Uthmaniyah walaupun dirancang untuk memodenkan kerajaan tersebut namun menimbulkan impak negatif disebabkan pembaharuan yang dilaksanakan lebih condong ke arah pemupukan sekularisme, sedangkan Islam mula diketepikan sedikit demi sedikit. Situasi ini akhirnya membawa kegoyahan dan kejatuhan kerajaan ini ke tangan individu yang berfikiran secular Pembaharuan ini meninggalkan kesan mendalam kepada masyarakat Turki dan umat Islam khasnya kerana perkembangan sekularisme telah mengambil alih pemerintahan Islam di dunia hingga ke hari ini.

 Soalan 5
Huraikan perluasan kuasa Barat pada zaman Khalifah Uthmaniyah berlaku kerana faktor agama, politik dan ekonomi.
Pendahuluan
1. Latar belakang kuasa Barat dan doktrin imperialisme:
 Sejak abad ke 15, kuasa Barat khususnya bangsa Eropah mula melancarkan gerakan perluasan kuasa secara besar-besaran melalui bidang perdagangan, kebudayaan, politik,pemindahan dan petempatan rakyat mereka sendiri di tanah-tanah baharu. Kuasa-kuasa Barat seperti Portugis, Sepanyol, British, Perancis, Rusia, Jerman dan Belanda menjalankan dasar imperialisme. Kuasa Barat ini juga bersaing untuk meluaskan wilayah yang dikuasai. Keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa Barat tersebut.
2. Latar belakang kerajaan Turki Uthmaniyah:
 Empayar ini diasaskan oleh Uthman Ertughrul pada tahun 1281 dan dipimpin oleh 37 orang khalifah selama lebih 600 tahun mula merosot pada abad ke-20. Menjelang abad ke-19, kuasa Barat mengalihkan perhatian mereka kepada empayar Turki Uthmaniyah. Kemerosotan empayar ini adalah kerana dasar perluasan kuasa negara-negara Barat yang didorong oleh faktor agama, politik dan ekonomi
Isi-isi utama
Faktor agama
1. Faktor agama merupakan sebab perluasan kuasa Barat dalam empayar Turki Uthmaniyah. Oleh kerana empayar Turki Uthmaniyah dipimpin oleh orang Islam, faktor agama turut mendorong kuasa-kuasa Barat menghapuskan empayar Islam ini. Tidak hairanlah jika Sultan Abdul Hamid II dalam catatannya menyebut “Kempen Perang Salib yang dilancarkan ke atas kerajaan Uthmaniyah masih belum tamat”.
2. Kekalahan dan kekecewaan Barat dalam Perang Salib turut menjadi pendorong imperialisme Barat terhadap kerajaan Uthmaniyah. Orang Kristian berdendam terhadap agama Islam dan mereka mahu membalas dendam dengan melakukan penjajahan.
3. Kuasa Barat menyemai idea bahawa Islam adalah agama mundur, anti kemajuan dan tidak berperikemanusiaan.
4. Kuasa Barat menyebarkan nilai dan falsafah hidup mereka ke atas masyarakat peribumi. British menyemai falsafah hidup Barat ke dalam masyarakat peribumi di Mesir setelah menguasai Mesir pada tahun 1881.
5. Perancis menekankan konsep kedaulatan dan ketaatan kepada negara di kalangan golongan elit di Mesir.
6. Sebaliknya sesiapa yang menolak konsep modenisasi akan dianggap sebagai manusia yang mundur, kolot atau ketinggalan zaman.

Faktor politik
1. Persaingan kuasa-kuasa Barat untuk memusnahkan kedaulatan empayar Turki Uthmaniyah
 Kuasa-kuasa Barat seperti British, Perancis, Rusia, Jerman dan Austria-Hungary bersaing sengit antara satu sama lain untuk menguasai empayar Turki Uthmaniyah dan seterusnyamemusnahkan kedaulatan empayar Turki Uthmaniyah. Keluasan tanah jajahan membangunkan kekuatan negara-negara Barat. Perancis misalnya telah berminat untuk menguasai wilayah-wilayah di bawah Turki Uthmaniyah seperti Algeria dan Tunisia. Pada tahun 1830, Perancis menawan Algeria dan pada tahun 1831 Perancis menawan Tunisia dengan alasan melindungi Algeria daripada gangguan kabilah Tunisia yang menetap disempadan. Turki Uthmaniyah gagal mempertahankan wilayah tersebut kerana mengalami masalah dalaman dan ancaman luar.
 Kekalahan Turki Uthmaniyah dalam Perang Rusia-Turki Uthamiyah (1877-1878) telah menyebabkan beberapa wilayah sperti Romania, Serbia dan Montenegro telah mengisytiharkan kemerdekaan dari Turki.
 Rusia menghasut wilayah-wilayah Bulgaria, Pulau Crete dan Greece supaya menentang Turki Uthmaniyah.
2. Kesan Perjanjian Berlin
 Perjanjian Berlin (1878) turut menyumbang imperialisme Barat dalam empayar Turki Uthmaniyah. Misalnya dengan membenarkan Austria-Hungary menduduki Bosnia Herzegovina dan Rusia menduduki Bessarabia dan kawasan Kars. Menurut perjanjian Berlin, Austria-Hungary dibenarkan menduduki Bosnia Herzegovina secara sementara. Namun selepas 30 tahun, mengisytiharkan wilayah tersebut sebagai milik kekal kerajaannya. Dalam perjanjian Berlin, Turki Uthmaniyah mendapat sokongan British dalam menentang
Rusia. Sokongan British bukan percuma kerana Turki Uthmaniyah terpaksa menyewakan Cyprus kepada British. Hal ini menyebabkan Cyprus diperintah oleh dua kuasa. Dari segi kedaulatan Cyprus berada di bawah Turki Uthmaniyah manakala dari segi kuasa pemerintahan, British menguasainya.
 British juga menguasai Mesir, Teluk Arab dan membuat perjanjian dengan Sheikh Mubaraq al Sabah pada tahun 1899 dan membuat perjanjian di Hadramaut, Bahrain dan Muscat. 1900, British mengadakan perjanjian dengan penguasa di wilayah Teluk Arab dan menghasut penduduk Bulgaria, Kurdis dan Armenia supaya menentang kerajaan Turki uthmaniyah.
3. Konflik antara kerajaan Turki Uthmaniyah dengan Rusia
 Konflik antara dua kerajaan ini turut menyumbang kepada dasar imperialisme Rusia dalam wilayah Turki Uthmaniyah. Peperangan pada tahun 1877 yang berakhir dengan perjanjian San Stefano pada tahun 1878. Perjanjian tersebut menguntungkan Rusia yang sekaligus membawa kepada kemerdekaan Serbia dan Montenegro. Rusia juga Berjaya menguasai Caucasus.

Faktor ekonomi
1. Revolusi Perindustrian
 Faktor seterusnya ialah kepesatan sektor perindustrian yang berlaku di Eropah pada abad ke-18 menyebabkan kuasa-kuasa Barat tidak ada pilihan selain melaksanakan dasar perluasan kuasa bagi memenuhi kehendak Revolusi Perindustrian.  Tambahan pula, hasil Revolusi Perindustrian seperti di Britain memerlukan arang batu untuk menggerakkan enjin berkuasa wap, lokomotif berenjin kuasa wap, kapal laut berkuasa wap.Kemajuan bidang pengangkutan memudah dan mempercepatkan perjalanan.
 Pemodal-pemodal Eropah telah menanam modal di wilayah Turki Uthmaniyah termasuk diAfrika Utara dengan membuka ladang, mengendali lombong, mengimpot buruh dan sebagainya.
 Begitu juga dengan penciptaan telegraf, pihak kuasa Barat dapat member arahan kepada pegawai-pegawai mereka dengan lebih cepat dan berkesan di mana-mana wilayah Turki Uthmaniyah.
2. Keperluan bahan mentah
 Keperluan terhadap sumber bahan mentah iaitu petroleum juga menyebabkan perluasan kuasa. Kawasan Turki Uthmaniyah kaya dengan petroleum. Sumber ekonomi ini mendorong kuasa-kuasa Barat menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan konsesi melombong petroleum. British, Perancis dan Jerman menggunakan
muslihat dan tipu helah untuk mencapai impian mereka.
 Sultan Abdul Hamid II kehilangan takhta baginda kerana isu cari gali minyak petroleum. Pada awak abad ke-20, petroleum ditemui di Iran, Iraq, Arab Saudi, Kuwait dan Bahrain. Penemuan ini menimbulkan persaingan dan konflik antara kuasa-kuasa Barat. Jerman dan Amerika Syarikat juga mula melibatkan diri dalam perluasan kuasa di Turki Uthmaniyah.
3. Pembinaan Terusan Suez
 Pembinaan Terusan Suez juga mendorong perluasan kuasa Barat. Kuasa-kuasa Barat telah menguasai terusan ini kerana ianya merupakan jalan perdagangan laut yang paling penting pada masa itu. Terusan ini membenarkan laluan air secara dua hala dan menjadi kepentingan antara Eropah dengan Asia tanpa perlu mengelilingi benua Afrika. Sebelum pembukaan terusan ini, barang dagangan dipunggah keluar dari kapal dan diangkut menggunakan kenderaan darat antara dua laut tersebut.
 Tidak dapat dinafikan bahawa perdagangan antarabangsa berkembang pesat kerana laluan perdagangan dipendekkan dan dapat menjimatkan kos. British Berjaya menguasai terusan ini dengan membeli 45 peratus jumlah saham syarikat awam yang membina terusan ini. British membeli saham ini daripada Khedif Ismail, iaitu Gabenor Mesir yang hampir muflis. Dengan memiliki Terusan Suez, British dapat meluaskan
kuasanya di Mesir.
Kesimpulan
 Jelaslah faktor agama, politik dan ekonomi yang dinyatakan telah membawa kepada
perluasan kuasa Barat dalam empayar Turki Uthmaniyah. Konflik dengan kuasa-kuasa Barat, kelemahan kepimpinan, pemberontakan wilayah-wilayah di bawah kekuasaan Turki Uthmaniyah telah mendedahkan kepincangan dalam kerajaan Turki Uthmaniyah yang sekaligus menyumbang kepada kemerosotan dan kejatuhan empayarnya.
 Empayar Turki Uthmaniyah runtuh selepas Perang Dunia Pertama. Empayar ini berpecah pecah kerana negara-negara Eropah yang meraih kemenangan membahagi-bahagikan empayar ini. Sistem pemerintahan khalifah dihapuskan dan Kerajaan Turki menjadi sebuahrepublik.
Jawapan *
 Calon perlu menyentuh ketiga-tiga faktor iaitu agama, politik dan ekonomi.
 Jawapan calon yang cemerlang dari segi pengetahuan, faham terhadap kehendak subjek
soalan.
 Setiap faktor mesti ada 1 hingga 2 fakta isi.
Soalan 6
Bincangkan kesan-kesan kekalahan Kerajaan Turki Uthmaniyyah selepas Perang Dunia 1.
Pengenalan
Kerajaan Turki Uthmaniyyah terbentuk dibawah pemerintahan Osman 1. Kerajaan Turki Uthmaniyah mencapai zaman kehebatan dibawah pemeritahan Sultan Muhammad Al-Fatih apabila berjaya mengalahkan kerajaan Byzantine. Kerajaan Turki mengalami zaman kejatuhan apabila terlibat dalam Perang Dunia 1 pada tahun 1914 dengan menyertai kuasa tengah terdiri daripada Jerman, Austria-Hungary dan Itali.
Kesannya kuasa tengah mengalami kekalahan dan merupakan titik tolak kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Kejatuhan ini merupakan sebahagian perancangan untuk menjatuhkan kerajaan Islam Turki setelah Eropah mengalami kekalahan sepanjang Perang Salib sebelum perang Dunia Pertama. Kesan-kesan kekalahan Kerajaan Turki Uthmaniyah melibatkan perpecahan empayar Turki, berakhirnya sistem khalifah Islam, kematian rakyat empayar Turki, kewangan yang besar dalam membiayai perang dan lain-lain.
Isi
Kesan-kesan kekalahan Kerajaan Turki Uthmaniyyah selepas Perang Dunia 1
Kesan Politik
1. Kesan geopolitik selepas kekalahan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia 1 ialah empayar Turki berpecah menjadi negara berasingan. Selepas Perang Dunia 1, Kerajaan Turki Uthmaniyah menandatangani perjanjian Sykes-Picot 1916 telah menyebabkan wilayah Turki Uthmaniyah dibahagikan kepada Perancis, Inggeris, Rusia dan Itali.
2. Munculnya negara bangsa dari wilayah-wilayah Uthmaniyah apabila sempadan sempadan telah digariskan oleh pihak Barat dengan memisahkan penduduk negara masing-masing walaupun semua satu agama.
3. Kesan gencatan senjata Mudros 1918 –Kerajaan Uthmaniyah terpaksa melepaskan wilayah kekuasaannya di Timur Tengah dan membuka Selat Dardanellers dan Bosphorus kepada kuasa Bersekutu. Pasukan tentera Uthmaniyah terpaksa dibubarkan ,membawa kepada penaklukan tentera Bersekutu ke atas Istanbul
4. Politik Islam selepas kekalahan Turki Uthmaniyah mula pecah apabila kepercayaan kepada sistem khalifah semakin pudar. Sistem sekular mula menular apabila Turki kalah dalam Perang Dunia Pertama. Eropah mula melatih pemimpin muda Turki dengan ilmu sekular ataupun “Freemason” untuk menjatuhkan kerajaan Islam. Tokoh yang dipilih Eropah ialah Mustafa Kamal, merupakan seorang pelajar sekolah tentera bermula tahun
1885 hingga 1907 yang dididik dengan fahaman Barat dan membenci sistem khalifah Islam. Selepas tahun 1918 Turki menjadi negara sekular.

Kesan Ekonomi
5. Kekalahan dalam Perang Dunia 1, telah menyebabkan Turki Uthmaniyah menanggung bebebanan kewangan yang tinggi. Kemerosotan ekonomi kerajaan Turki kerana terpaksa menanggung pembiayaan perang dan telah menyebabkan negara dibawah wilayah Turki mengalami kemerosotan ekonomi seperti negara Timur Tengah dan Afrika Utara selepas perjanjian dengan negara Eropah kesan kekalahan dalam Perang Dunia Pertama.
6. Perdagangan semakin merosot kerana kuasa Eropah telah menguasai perdagangan diLaut Hindi ,Laut Mediterranean,Terusan Suez dan jalan perdagangan lain. Situasi ini menyebabkan Eropah semakin menguasai negara Islam. Golongan Yahudi turut menguasai ekonomi Mesir, Soviet Union menguasai perniagaan asing di Iran
7. Ekonomi Islam merosot apabila sistem kewangan Islam mula terjejas apabila negara dibawah wilayah Turki mula bebas daripada pengaruh sistem khalifah Islam. Negara yang bebas menerima pengaruh Eropah dan sistem ekonomi Eropah dalam pentadbiran terutamanya negara di blok Eropah.
Kesan Sosial
8. Perang Dunia Pertama telah mengakibatkan kematian yang besar. seramai 800,000 tentera Turki meninggal dunia dalam perang. Selain itu kematian juga disebabkan oleh kebuluran dan penyakit kesan daripada perang dunia pertama. Satu juta tentera Uthamaniah dari kalangan rakyat Armenia meninggal dunia kesan perang dunia pertama kerana di halau keluar dari Armenia dan dibunuh.
9. Kesan perang dunia pertama juga telah menyebabkan perpaduan dikalangan wilayah Turki Uthmaniyah mula longgar. Kesannya berlaku perpecahan dikalangan negara dalam wilayah Turki Uthmaniyah. Negara Islam mula mengambil idea barat dalam meneruskan kehidupan samada dalam pendidikan mahupun kehidupan seharian. Amalan syariat Islam semakin tercalar dan terdedah kepada perubahan hasil pembaratan. Kehilangan identiti dan tradisi rakyat Turki. Perpecahan ummah ekoran kewujudan negara Bangsa
Kesimpulan
Kekalahan Turki Uthmaniyah dalam PD1, merupakan titik permulaan kepada kejatuhan sistem Islam dalam pemerintahan dan permulaan kepada menularnya faham sekular dalam negara Islam. Dunia Islam selepas kekalahan Turki Uthmaniyah mula hilang penguasaan politik, ekonomi dan sosial berasaskan kehidupan Islam.
 Jawapan mesti merangkumi aspek politik, ekonomi dan sosial dan wajib berhujah kesan PD1 kepada Turki Uthmaniyah. Penghujahan mestilah tidak melebihi tahun sukatan 1918

Komentar

Postingan populer dari blog ini

P2 bab 3

BEPANG DAN SEJARAH KULINARI

PULAU DUYUNG ADALAH LIDAH NEGERI TERENGGANU