Jakarta oh Jakarta
Jakarta oh Jakarta!!!!!!!!!!!!!! Banyak dan macam-macam cerita yang telah aku lalui sebelum dan sesampai sampai di Jakarta,terutamanya mengenai orentasi Dalam bab ini aku akan menceritakan mengenai orentasi yang pernah aku alami ketika hendak bergelar mahasiswa……… Setelah kami semua berangkat ke Indonesia, selepas dilepaskan oleh keluarga dan sahabat andai di Lapangan Terbang antarabangsa Subang, Kuala Lumpur. Perjalanan seterusnnya ialah Jakarta, destinasi kedua, sebelum kami semua dipisahkan dan dihantar ke Universitas yang terpilih, mengikut rangkin atau keputusan peperiksaan UMPTN tempoh hari, itu yang dinyatakan oleh En. Kamaruzaman iaitu pegawai JPA yang menguruskan keberangkatan kami ke Indonesia. Setelah lebih kurang 2 jam 45 minit penerbangan. Penerbangan kami kemudiannya mendarat di Bandara (Bandaraya Udara Sukarno-Hattta) Cengkareng, Jatinegara...