Mokhtaruddin Lasso: Si Atheist Melayu yang memperjuangkan Kemerdekaan Malaya
Zin Mahmud (artikel lama disiarkan semula dari Blog Neo Malayu)
 
 
Mungkin gambar 1 orang                                           
 
 
Dalam sejarah tanah air ada satu watak yang menarik pada diriku. Namanya ialah Mokhtaruddin Lasso. Namanya pun pelik. Mokhtar adalah nama biasa di kalangan orang Melayu. Tetapi aku tak pernah dengar nama orang Mokhtaruddin.
Yang pasti beliau adalah aeorang Melayu dipercayai berasal dari Sumatera. Lasso pula adalah nama keluarga atau marga. Adakah beliau keturunan Mandailing. Aku tak pasti ada marga Mandailing bernama Lasso.
Atau Mokhtaruddin Lasso itu hanyalah nama samaran. Orang perjuangan sering menggunakan nama samaran.
Beliau adalah orang perjuangan Seorang kiri. Sosialis. Malah beliau dipercayai seorang komunis. Beliau atheis. Beliau dikatakan seorang agen Parti Komunis Indonesia, PKI.
Mokhtaruddin muncul di Perak pada tahun 1945, tahun Sukarno mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia. Revolusi Indonesia telah bermula Beliau adalah seorang revolusioner dalam erti kata pendokong revolusi. Revolusi Indonesia.
Misinya di Ipoh ialah menubuhkan sebuah parti politik untuk memperjuangkan kemerdekaan Malaya. Beliau menghimpun pejuang-pejuang dari kalangan bekas aktivis Kesatuan Melayu Muda, KMM. Antara tokoh yang beliau dapat kumpulkan ialah Ishak Haji Muhammad, Dr Burhanuddin Al Helmy dan Ahmad Boestamam
.
Setelah dikumpulkan, ternyata ia terdiri daripada golongan kanan, dan satu golongan kiri. Golongan kanan terdiri daripada nasionalis dan Islamis. Golongan kiri ialah sosialis dan komunis. Tetapi nasionalis dan Islamis yang berhimpun di situ jika ikut ukuran sekarang dianggap sebagai golongan kiri juga.
Pak Sako, Dr Burhanuddin dan Boestamam adalah golongsn kanan dalam parti itu. Dr Burhanuddin dianggap Islamis di kalangan kanan dalam parti itu Sementara Mokhtaruddin adalah golongan kiri. Perbezaan ini nyata apabila hendak menamakan parti Melayu pertama di Malaya ini.
Mokhtaruddin mahu menamakan parti ini sebagai Parti Sosialis Malaya. Sementara Boestamam mahu meniru parti Sukarno yang bernama Parti Nasional Indonesia, PNI. Maka beliau mahukan nama Parti Kebangsaan Melayu, MNP, Malay National Party.
Bila undian dijalankan, golongan kanan menang dan ia dinamakan Parti Kebangsaan Melayu, dan kemudian dikenali sebagai Parti Kebangsaan Melayu Malaya, PKMM atau Pekemam Malah Dr Burhanuddin Al-Helmy, seorang Islamis dipilih sebagai Yang Dipertua. Mokhtaruddin tidaklah menjadi ketua walaupun beliau menjadi pengasas.
Matlamat parti ini ialah memperjuangkan kemerdekaan Malaya dan menyatukannya dengan Indonesia. Ia mengambil Sang Saka Merah Purih sebagai benderanya dan slogan parti ialah Merdeka! dan Malaya-Indomesia Satu! Sistem ekonomi yang diperjuangkan ialah sosialisme.
Walaupun golongan kiri kalah dalam menamakan parti, mereka tetap betsama dalam PKMM. Mokhtaruddin membantu Boestamam menubuhkan akhbar rasmi parti yang diberi nama Suara Rakyat.
Boestamam menceritakan bagaimana terdapat satu perdebatan mesra antara Mokhtaruddin dan Burhanuddin mengenai kepercayasn kepada Tuhan. Burhanuddin dapat mematah hujah-hujah Mokhtaruddin yang merupakan seorang atheis. Mereka bersetuju untuk tidak bersetuju.
Setelah beberapa lama bekerja untuk menggerakkan PKMM, pada satu hari Mokhtaruddin hilang begitu saja Tidak tahu ke mana dia pergi Adakah dia pulang ke Indonesia atau meninggal dunia. Tidak tahu.
Juga persoalan timbul. Kalau dia agen PKI, apakah tujuannya menubuhkan PKMM dengan asalnya mahu menamakannya sebagai Parti Sosialis Malaya.
Mengapa ia tidak menubuhkan Parti Komunis Melayu? Di Malaya sudah ada Parti Komunis Malaya, PKM. Mokhraruddin kelihatan tiada kaitan dengan PKM yang didominasi kaum Cina. Atau PKMM ini hendak dijadikan parti komunis untuk orang Melayu? Atau ia kemudian mahu dijadikan sayap Melayu dalam satu Barisan Bersatu dengan PKM.
Di Indonesia ada Parti Sosialis Indonesia, PSI yang berjaya meraih banyak undi hingga ketuanya Sutan Sjahrir dilantik sebagai Perdana Menteri. Tetapi PSI dan PKI bertentangan.
Kalau benar Mokhtaruddin agen PKI, siapakah arahan sebenar kepadanya. Arahan Moscow adalah bagi setiap wilayah yang dijajah kuasa Barat hendaklah ada gerakan kemerdekaan. Di Malaya sudah ada PKM yang diiktiraf sebagai parti kemerdekaan oleh Moscow , PKI dan PKM tidak mungkin bercanggah gerakan.
Atau Mokhtaruddin mungkin seorang nasionalis, sosialis dan komunis tetapi bukanlah seorang agen PKI. Beliau adalah pejuang bebas yang mahu memperjuangkan kemerdekaan Malaya.

 

Komentar

Postingan populer dari blog ini

P2 bab 3

BEPANG DAN SEJARAH KULINARI

PULAU DUYUNG ADALAH LIDAH NEGERI TERENGGANU