Sejarah Tokoh Kraf Pasir Simpul.. Kuala Berang



  HAJI ABAS ADAM- Tokoh Kraf Pasir Simpul - anssy..    

 Menulis sejarah, terutama sejarah nasional, bukan sekadar kegiatan intelektual atau akademi, tetapi juga kegiatan yang bermakna politik. Hal ini karena sejarah dianggap sebagai dasar kesadaran bangsa yang fungsinya untuk memperkokoh identiti nasional atau kolektif.

  PENGENALAN

          Malaysia sekarang mengalami arus kemodenan yang sangat pesat tetapi terdapat juga segelintir masyarakat yang menggunakan barangan tradisional. Di Malaysia, dunia sosial telah melahirkan ramai tokoh kraf tangan yang berjaya dalam pelbagai jenis kraf tangan. Antaranya ialah Hajah Azizah binti Mohd Yusof (Kraf tekatan), Puan Lim Swee Kim (Kraf sulaman nyonya), Puan Hajah Zainab@Ngah binti Mamat (Kraf tenunan songket), Encik Salleh bin Mohd (Kraf pertukangan tembaga) dan sebagainya. Mereka telah banyak mengharumkan nama nagara di peringkat antarabangsa. Generasi baru dalam bidang ini wujud dan meneruskan perjuangan mereka dalam menghasilkan kraf tangan – kraf tangan supaya tidak dilupakan oleh masyarakat yang ditelan kemodenan yang pesat menbangun sekarang.

          Oleh itu, wujud tokoh seni kraf tangan yang baru, iaitu Haji Abas Adam. Beliau dilahirkan di Kampung  Durian Hijau, Ketereh, Kota Bharu, Kelantan pada 19 Disember 1929. Beliau mempunyai 13 orang anak dimana lima orang dengan isteri yang terdahulu. Selepas isteri pertamanya meninggal dunia, beliau berkahwin dengan perempuan lain dan dianugerahkan lima orang anak dan selepas kematian isteri yang kedua, beliau berkahwin dengan janda kawan baik beliau sendiri dan telah dikurniakan empat orang anak. Haji Abas Adam bersama dengan isteri yang ketiga, Timoh Sidek telah hidup dengan bahagia sehingga sekarang.

Beliau merupakan seorang tokoh kraf tangan yang menghasilkan barangan menangkap ikan seperti Bubu, Serkap dan Tangkut. Selain itu, beliau juga menghasilkan alat tradisonal untuk menapis beras seperti Nyiru dan sebagainya. Beliau mempelajari untuk menghasilkan kraf tangan ini daripada ayahnya yang bernama Adam. Beliau telah diajar oleh ayahnya ketika beliau berumur 6 tahun lagi. Beliau telah diberi amanah oleh ayahnya untuk mencari,mengajak dan memberi didikan kepada masyarakat yang berbakat dalam bidang ini bagi meneruskan legasi ini agar tidak lapuk dek zaman yang pesat membangun ini. Beliau telah berjaya mempelajari seni kraf tangan daripada ayahnya sehingga beliau telah menarik minat Majalah 3 untuk menemuabual beliau. Selain itu, sekarang beliau telah mempunyai satu gerai khas untuk meletakkan hasil seni kraf tangan yang dihasilkan untuk dijual. Dari pelbagai negeri seperti Pahang, Johor, Kuala Lumpur, Cameran Highland dan sebagainya telah membeli hasil seni kraf tangan beliau, bukan sahaja untuk digunakan tetapi untuk hiasan rumah kerana penghasilan yang dibuat sangat halus dan unik. Bukan sahaja dari dalam negara bahkan ada daripada luar negara sanggup ke rumahnya untuk membeli dan mengetahui cara – cara untuk melakukannya. Sekarang,beliau telah berjaya.  

 

 SEJARAH KEHIDUPAN HAJI ABAS ADAM

          Adam Abdullah merupakan seorang pembuat kraf tangan yang terkenal di Kampung Durian Hijau, Ketereh, Kota Bharu, Kelantan. Beliau telah berkahwin dengan seorang janda yang bernama Rogayah Ali. Selepas beberapa bulan mereka berkahwin, mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Abas Adam1. Haji Abas Adam dilahirkan pada 19 September 1929 di Kampung Durian Hijau, Ketereh, Kota Bharu, Kelantan2. Beliau dibesarkan oleh kedua - dua ibubapanya dengan penuh kasih sayang walaupun, Rogayah Ali mempunyai dua anak perempuan hasil perkahwinannya dengan suami pertamanya, beliau tetap memberi kasih sayang yang sama rata tanpa ada sekelumit perbezaan. Haji Abas Adam merupakan anak yang rapat dengan bapanya, Adam Abdullah walaupun bapanya digelar ‘singa’ oleh adik – beradik bapanya kerana ketegasan dan kegarangan beliau3. Setiap kali bapanya bekerja, beliau turut serta. Adam Abdullah bekerja sebagai pembuat kraf tangan di kedai yang didirikan daripada hasil titik peluh beliau sendiri, iaitu dengan hasil jualan kraf tangan yang dihasilkannya sendiri seperti Bubu catup, Nyiru, Tangkup, Serkap dan sebagainya. Isterinya, Rogayah Ali sentiasa menolongnya di kedai4, tetapi sejak isteri beliau disahkan menghidap penyakit kencing manis, isterinya hanya berehat di rumah bersama anak – anak perempuannya. Dan sekarang, anak lelaki tunggalnya, Haji Abas Adam yang membantu beliau di kedai. Haji Abas Adam telah menunjukkan minat yang mendalam terhadap pembuatan seni kraf tangan ini. Haji Abas Adam cepat belajar dari bapanya. Beliau hanya mengambil masa selama sebulan untuk mempelajari seni kraf tangan dengan mahir5.

          Pada tahun 1944, iaitu ketika Haji Abas Adam berumur 15 tahun. Ibunya, Rogayah Ali meninggal dunia kerana penyakit kencing manis yang dialaminya sudah ditahap kritikal. Ibunya menghembus nafasnya ketika Haji Abas Adam sedang solat subuh berjemaah bersama bapa dan dua orang adik tirinya. Beberapa bulan selepas itu, bapanya, Adam Ali telah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Kuantan. Adam Ali telah membawa ketiga – tiga anaknya berhijrah ke Kuantan, iaitu di Kampung Paya Rambutan, Kuantan, Pahang. Di situ, Adam Ali telah membuka sebuah gerai yang menjual pelbagai seni kraf tangan buatan beliau dan anak lelaki tunggal beliau iaitu Haji Abas Adam. Selain itu, Adam Ali telah mengambil tiga orang pekerja iaitu dua orang lelaki dan seorang perempuan. Selepas beberapa bulan mereka menetap di Kampung Paya Rambutan, pada tahun 1945, Adam Ali telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan jirannya, Semek Hitam yang banyak membantu beliau. Hasil perkongsian beliau dengan Semek Hitam, beliau telah memdapat dua orang anak lelaki dan tiga orang anak perempuan6.

          Pada tahun 1950, bapa Haji Abas Adam telah menghembuskan nafas terakhirnya di Kampung Paya Rambutan di ribaan isterinya, Semek Hitam kerana sakit tua. Selepas beberapa bulan menguruskan gerai bapanya, beliau meminta izin emak tirinya, semek Hitam untuk berhijrah ke Terengganu bersama kawan baiknya, Ghani Mahmud. Pada tahun 1950, Haji Abas Adam berhijrah ke Terengganu bersama kawan baiknya. Mereka menetap di Kampung Chapu, Kuala Berang iaitu kampung kedua ibubapa Ghani Mahmud7.

          Haji Abas Adam merupakan keluarga yang tidak begitu berharta walaupun bapanya ketika itu merupakan pembuat seni kraf tangan. Beliau hanya belajar daripada kedua – dua kakak tirinya di mana kedua – dua kakak tirinya bersekolah. Selepas habis sesi persekolahan, kakak – kakak tirinya akan mengajar beliau membaca dan menulis. Beliau tidak bersekolah kerana beliau semasa kecil merupakan seorang yang cepat gementar apabila berada di khalayak ramai. Oleh kerana itu, beliau tidak begitu mempunyai ramai kawan – kawan dan beliau hanya membantu bapanya membuat seni kraf tangan tersebut. Selain itu, pada setiap malam, beliau akan di hantar oleh bapanya ke rumah datuknya yang merupakan seorang imam di kampung tersebut untuk belajar mengaji Al – Quran. Tetapi, pada tahun 1941, ketika beliau berumur 12 tahun, beliau di hantar ke pondok untuk belajar selama empat bulan. Pada mulanya, beliau menangis kerana tidak mahu pergi tetapi dengan ketegasan bapanya ketika itu, beliau terpaksa ke pondok tersebut dan belajar di situ selama empat bulan. Di situlah beliau bertemu dengan salah seorang sahabatnya yang bernama Ghani Mahmud8. 

           Di Terengganu, Haji Abas Adam telah bekerja sebagai pengecat rumah untuk menyara kehidupannya. Selepas beberapa minggu menetap di Terengganu, ketika beliau berumur 21 tahun beliau telah berkahwin dengan seorang gadis iaitu merupakan anak kepada bilal di Kampung Chapu9.

          Pada mulanya, ayah mentuanya tidak mengizinkan beliau untuk berkahwin dengan anak gadis tunggalnya itu. Tetapi dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Haji Abas Adam bagi memperisterikan anaknya, telah membuka hatinya untuk menerima Haji Abas Adam sebagai menantunya10. Pada hujung tahun 1950, Haji Abas Adam telah berkahwin dengan Tun Rohani Tun Kiran dengan majlis yang sederhana. Selama hidup bersama dengan Tun Rohani Tun Kiran selama 6 tahun, beliau telah dianugerahkan lima orang anak di mana tiga orang lelaki dan dua orang perempuan11. Tetapi malangnya, ketika Haji Abas Adam berumur 27 tahun pada tahun 1956, isterinya Tun Rohani Tun Kiran dan anak bongsu mereka telah kemalangan dan meninggal dunia di tempat kejadian. Kesan peristiwa tersebut, Haji Abas Adam sangat kecewa dan sedih kerana isteri yang amat disayangi telah meninggal dunia. Dalam tempoh beberapa bulan, beliau sangat tidak terurus dan anak – anak beliau dijaga oleh keluarga mentuanya. Ayah mentuanya berasa kasihan terhadap menantunya, dan beliau telah mencari calon isterinya untuk menantunya itu. Pada mulanya, Haji Abas Adam tidak menerima cadangan bapa mentuanya tetapi kerana mengenang jasa bapa mentuanya, beliau bersetuju untuk berkahwin dengan anak saudara bapa mentuanya12.

          Isteri kedua beliau ini merupakan seorang yatim piatu kerana kedua ibubapanya telah meninggal dunia ketika berada di Mekah ketika mereka menunaikan ibadat haji. Perkahwinan kedua ini telah mengurniakan permata hati seramai lima orang, di mana empat orang adalah perempuan dan selebihnya adalah lelaki. Isteri kedua beliau ini merupakan anak orang kaya di mana dia merupakan seorang anak tunggal dalam keluarga. Sebelum ibubapanya berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji, bapanya telah mewasiatkan agar menjaga sebuah banglo kepada Hasmah Yatim, iaitu isteri kedua Haji Abas Adam13. Hasmah Yatim dan Haji Abas Adam telah bersetuju untuk menjadikan banglo itu sebagai kedai kraf tangan yang dihasilkan oleh beliau sendiri, manakala di tingkat dua dijadikan kelas untuk mempelajari seni kraf tangan dan beliau sendiri yang menjadi gurunya14. Hal ini kerana, sebelum bapanya Adam Ali meninggal dunia, beliau sempat mewasiatkan kepada Haji Abas Adam agar mencari, mengajak dan memberi didikan kepada masyarakat untuk membuat kraf tangan tersebut agar tidak lapuk dek zaman15.

          Selain itu, anak – anak hasil perkongsian dangan isteri pertama beliau Tun Rohani Tun Kiran, bergilir – gilir dijaga oleh keluarga mentuanya dengan isteri barunya. Keluarga mentua dan isteri banyak menbantu beliau dalam menguruskan kedai itu. Anak – anak beliau juga sentiasa menolong beliau menguruskan kedai tersebut. Dalam tempoh beberapa bulan, perniagaan Haji Abas Adam semakin maju dan diterima penduduk kampung sekitar2. Tetapi malang berlaku ke atas Haji Abas Adam dan keluarganya. Pada tahun 1975, ketika beliau berumur 46 tahun, kedai yang diusahakan itu telah terbakar hangus kerana hasad dengki seorang penduduk kampung seberang kampung yang mencemburui kehidupan Haji Abas Adam. Isteri dan anak perempuan bongsu hasil perkahwinan mereka yang ketika itu berada di dalam kedai turut terbakar dan meninggal dunia sebelum sempat di bawa ke hospital16. Selepas kejadian itu, Haji Abas Adam ingin berhijrah ke negeri lain, tetapi bapa mentuanya, Tun Kiran tidak membenarkan beliau berhijrah meninggalkan anaknya yang ramai ketika itu. Hal ini kerana Tun Kiran dan isterinya sudah semakin tua untuk menjaga cucu – cucu mereka walaupun cucu – cucu mereka itu sudah ada yang semakin dewasa17.

          Haji Abas Adam mempunya dua orang kawan baik di mana seorang sahabatnya yang bernama Dolah Maman telah meninggal dunia dan telah mewasiatkan agar beliau berkahwin dengan isteri Dolah Maman yang sebatang kara yang hanya bergantung harap terhadap suaminya, Dolah Maman ketika hayatnya. Haji Abas Adam bersetuju berkahwin dengan isterinya kerana Dolah Maman semasa hayatnya banyak membantu beliau. Selepas Timoh Sidek tamat tempoh iddahnya, Haji Abas Adam berkahwin dengannya dan mereka hidup bersama dengan anak – anak Timoh Sideh dengan Dolah Maman yang seramai tiga orang dan anak – anak Haji Abas Adam dengan isteri – isteri yang terdahulu. Perkahwinan beliau kekal sehingga sekarang dan mereka telah dikurniakan empat orang anak. Di samping itu, Haji Abas Adam telah membuka sebuah gerai yang menjual hasil seni kraf tangan yang dihasilkan oleh beliau dengan dibantu oleh isterinya, Timoh Sidek. Selain itu, anak – anak Haji Abas Adam yang lain hasil perkongsian dengan isteri – isteri terdahulu, kebanyakan bekerja di luar negeri dan ada yang hanya bekerja di kampung. Kehidupan beliau dengan Timoh Sidek sangat bahagia sehingga sekarang18.

 

SUMBANGAN DAN KEJAYAAN HAJI ABAS ADAM

Haji Abas Adam menceburkan diri dalam bidang seni kraf tangan ini ketika beliau masih kecil lagi iaitu ketika beliau berumur 12 tahun. Beliau sudah menunjukkan minat yang mendalam dalam menghasilkan seni kraf tangan ini. Beliau belajar membuat kraf tangan – kraf tangan seperti Bubu catup, Nyiru, Tangkup, Serkap dan sebagainya daripada bapanya, Adam Ali yang merupakan seorang yang mahir dalam menghasilkan kraf tangan – kraf tangan tersebut. Beliau belajar daripada bapanya sehingga mahir19. Dengan menceburkan diri dalam bidang seni kraf tangan ini yang kurang di pandang oleh masyarakat, tetapi beliau tetap memberi banyak sumbangan sehingga masyarakat sekarang boleh membuka mata mereka bahawa bidang seni kraf tangan ini perlu di beri perhatian juga kerana ia amat penting dalam warisan sesebuah negara20.

Antara sumbangan Haji Abas Adam dalam menceburkan diri dalam bidang seni kraf tangan ini ialah beliau telah menaikkan nama Kampung Chapu di samping menaikkan Negeri Terengganu, seterusnya Negara Malaysia. Pada tahun 2012, Penerbit Rancangan Panorama TV1 telah menemui Haji Abas Adam bagi menemu ramah beliau tentang seni kraf tangan tersebut yang telah menarik perhatian pelancong dari luar negara mahupun luar negeri untuk membelinya21.

Selain itu, beliau juga telah menaikkan sektor pelancongan terutama di Negeri Terengganu. Ramai pelancong dari luar negara dan luar negeri seperti Australia, Itali, Mongolia, Cameran Highland, Pahang, Johor, Kuala Lumpur dan sebagainya datang ke Terengganu semata – mata untuk membeli hasil kraf tangan – kraf tangan yang dihasilkan oleh Haji Abas Adam sendiri22. Hal ini kerana, kraf tangan – kraf tangan yang dihasilkan oleh beliau sangat unik dan beliau merupakan seorang yang sangat teliti ketika membuat kraf tangan tersebut23.

Bapanya, Adam Ali sebelum meninggal dunia telah mewasiatkan kepada Haji Abas Adam supaya jangan kedekut ilmu sekiranya ada orang yang mahu belajar untuk menghasilkan kraf tangan ini. Hal ini kerana, bapanya mahu mengekalkan seni warisan kraf tangan ini. Beliau tidak lupa wasiat daripada bapanya sehingga sekarang24. Oleh itu, sumbangan beliau ialah beliau memberikan latihan dan bimbingan kepada kumpulan pelapis bagi mengekalkan seni warisan ini. Pelatih beliau terdiri dari seluruh negara. Di samping itu, beliau juga memberi tunjuk ajar untuk menghasilkan seni kraf tangan ini kepada para pelancong yang ingin mengetahui cara – cara penghasilannya yang datang ke rumahnya di Kampung Chapu25. Walaubagaimanapun sekarang beliau tidak begitu aktif lagi untuk menghasilkan kraf tangan – kraf tangan ini. Hal ini kerana, usia beliau semakin meningkat tua dan beliau sering mengalami sakit – sakit26.

 
 USAHA DAN CABARAN YANG DIHADAPI HAJI ABAS ADAM

Haji Abas Adam merupakan seorang yang dikenali oleh penduduk kampung sebagai seorang yang tidak mudah berputus asa. Beliau tidak mudah berputus asa walaupun kedainya telah terbakar. Beliau tetap meneruskan usahanya dan beliau telah membina sebuah gerai baru untuk menjual kraf tangan tersebut walaupun tidak sebesar kedai yang terdahulu dan beliau bersama – sama isterinya, Timoh Sidek telah mengusahakan gerai itu27.

Selain itu, beliau sanggup bangun awal pagi untuk ke hutan mencari barang – barang bagi menghasilkan kraf tangan – kraf tangan tersebut seperti buluh, rotan, akar kayu dan sebagainya. Pelbagai dugaan telah dialami di hutan, antaranya beliau sesat selama dua hari, ditangkap oleh orang asli dan sebagainya. Tetapi beliau tetap tidak mudah berputus asa bahkan beliau lebih bersemangat. Dan sekarang, apa yang dialaminya telah menghasilkan kejayaan sehingga beliau menjadi terkenal28.

Di samping itu, beliau dan isterinya telah mengusahakan sebuah tanah yang ditinggalkan oleh bapa mentua beliau dengan bercucuk tanam pelbagai sayur – sayuran dan buah – buahan, dan mereka menjual hasil daripada tanaman tersebut di pasar bagi mendapat keuntungan. Dengan keuntungan itu, beliau menggunakan untuk membeli alat – alatan bagi menghasilkan kraf tangan – kraf tangan seperti syelek, vanish, pisau raut dan sebaginya2. Ketika kehidupan susah dahulu, isterinya Timoh Sidek banyak membantunya. Dia sanggup berjaga malam untuk membuat kuih – muih bagi menjualnya pada setiap pagi, dan untung yang diperolehi akan diberikan kepada suaminya, Haji Abas Adam. Selain itu, pada setiap hujung minggu, Haji Abas Adam bekerja sampingan sebagai pengecat rumah, dan beliau hanya memperoleh upah hanya RM6 setiap rumah yang dicat oleh beliau29.

  KESIMPULAN

Haji Abas Adam ialah merupakan seorang tokoh yang merupakan seorang yang mempunyai jiwa kesenian sejak dari kecil lagi. Beliau mahu seni kraf tangan yang dihasilkan bakal memjadi warisan turun - temurun. Beliau tidak mahu seni kraf tangan itu akan lapuk dek zaman yang semakin maju ini. Harapan beliau terhadap anak – anak muda, beliau mahu mereka tidak meminggirkan warisan seni kraf tangan ini.  Katanya, “ Manusia sekarang sudah semakin melupakan seni kraf tangan, mereka berfikiran seni kraf tangan ini tidak penting dalam kehidupan. Padahal seni kraf tangan ini ada yang merupakan warisan seni yang harus disimpan untuk anak – anak yang mendatang tahu akan warisan ini”. Selain itu, beliau berharap ada anak – anak muda dari Terengganu ingin belajar mengenai kraf tangan ini supaya ada anak waris dari Terengganu. Seterusnya, Haji Abas Adam merupakan seorang sangat mahir dalam menghasilkan seni kraf tangan yang pelbagai. Di samping itu, beliau juga menabur bakti kepada Kampung Chapu dengan hasil seni kraf tangan yang dihasilkan oleh beliau dan mengharapkan anak – anak muda sekarang mempunyai minat terhadap seni kraf tangan ini yang kurang digemari di kalangan golongan remaja. Dengan kejayaan yang beliau telah kecapi telah membuatkan rancangan TV1 iaitu Rancangan Panorama telah berjumpa dan menemual beliau kerana kejayaan beliau.

  NOTA KAKI

Ghani Mahmud, wawancara, 1 Februari 2014

Haji Abas Adam, 86 Tahun, wawancara, 25 Januari 2014

Ghani Mahmud, wawancara, 1 Februari 2014

Haji Abas Adam, 86 Tahun, wawancara, 24 Januari 2014

Ghani Mahmud, wawancara, 1 Februari 2014

Ibid

Ibid

Ibid

Timoh Sidek, wawancara, 25 Januari 2014

Ghani Mahmud, wawancara, 7 Februari 2014

Timoh Sidek, wawancara, 25 Januari 2014

Ghani Mahmud, wawancara, 7 Februari 2014

Timoh Sidek, wawancara, 25 Januari 2014

Ghani Mahmud, wawancara, 7 Februari 2014

Haji Abas Adam, 86 Tahun, wawancara, 25 Januari 2014

Timoh Sidek, wawancara, 25 Januari 2014

Ibid

Ibid

Haji Abas Adam, 86 Tahun, wawancara, 25 Januari 2014

http://pemuliharaankraf.blogspot.com/2011/06/bicara-tokoh-bersama-adiguru-dan-tokoh.html, 31 Januari 2014

Nur Ain Syuhada Saras, wawancara, 15 Februari 2014

Haji Abas Adam, 86 Tahun, wawancara, 25 Januari 2014

Timoh Sidek, wawancara, 25 Januari 2014

Haji Abas Adam, 86 Tahun, wawancara, 25 Januari 2014

Tengku Hanifah Syahira Tengku Malik, wawancara, 25 Januari 2014

Haji Abas Adam, 86 Tahun, wawancara, 25 Januari 2014

Saras Ali, wawancara, 25 Januari 2014

Timoh Sidek, wawancara, 25 Januari 2014

Ibid

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Komentar

Postingan populer dari blog ini

P2 bab 3

BEPANG DAN SEJARAH KULINARI

PULAU DUYUNG ADALAH LIDAH NEGERI TERENGGANU