AKU JUGA BURUH


~ Kawanku buruh kasar dan Kawanku seorang cikgu ~


Aku --juga buruh, ---kawanku juga buruh-----cekgu juga buruh-----apa bedanya???

---Aku melihat siburuh kasar kawanku  bekerja ditengah panas. Tabah mengangkat batu bata yang berat demi sesuap nasi dan sedikit rezeki. Gigih dengan kudrat tulang empat kerat menolak kereta yg penuh dengan simen. Peluh menitik tiada hentinya. Penat. Sangat memenatkan, sangat melelehkan. Mengharapkan peluh menjadi keringat yg memberi hasil yg mengenyangkan. Balik kerumah tidurnya lena yang amat akibat seharian keletihan di tengah panas.Tidak lagi menghiraukan  keadaaan sekeliling. Lena begitu lena..

Tangan kamilah siburuh yang membangun gedung gedung mewah,berdiri megah, yg nantinya sukar utk diduduki oleh kami kaum buruh, sukar utk dimasuki kalau nantinya menjadi pusat perbelajaan mewah. Maka tangan kami juga yg harus mengubah nasib kami.Tempat kerja kami berbahaya, mengacam nyawa dan tanpa jaminan masa depan, tdk ada sorso....tdk ada caruman KWSP...duit pencen entah kemana. tapi kami tetap megah, kami tetap gembira apabila pulang kerumah, semua penat lelah hilang begitu saja...tanpa ada kerja rumah, tanpa apa apa bebanan hutang...mungkin hanya memikirkan bagaimana menambah pendapatan. Tidurlah dengan lena..

Aku melihat sahabatku seorang guru. Hanya perlu mengangkat pen dan marker sahaja. Ringan. Kerjanya bawah bumbung yang teduh dan dan kadang dalam bilik berhawa dingin , walaupun kadang kadang dibawah kipas berpusing ligat . Namun bebanan kerja yang menanti tidak sedikit. Perlu kejar itu, perlu siapkan ini perlu bekejaran tanpa berhari minggu. Sehingga tak kenal siang dan malam _

Badannya tidak penat. Tapi masanya sibuk. Kerjanya tidak hanya di sekolah. Sampai ke rumah dibawa pulang lagi. Buat pula kerja dengan peralatan sendiri. Duit poket sendiri.

Laptop itu harganya beribu. Projektor itu pun beribu juga. Printer dan laminate itu harganya beratus-ratus. Belum campur harga scanner, toner dan seribu macam benda lagi.

Tapi dia diam, walau suami dia sering tidak senang. Tidak senang dia sampai ikat perut untuk beli keperluan demi pekerjaannya yang mulia, tidak senang bila masa bersama keluarga terpaksa dikurangkan demi kecintaan pada kerjaya.

Memberi tumpuan pada anak orang lain melebihi anak sendiri. Ya, itulah guru.

Badannya mungkin tidak sepenat si buruh kasar yang bekerja dibawah mentari terik. Namun emosinya penat. Sangat penat.

Emosinya penat bila pasangan mula menyindir kurang perhatian (bagi pasangan yang tidak memahami). Emosinya penat ditekan pihak atasan yang mahu kesempurnaan. Emosinya penat ditekan karenah ibubapa yang terlampau manja dan mengada-ngada.

Ya, emosinya penat. Tolong faham itu.

Tidur si buruh kasar penuh lena lantaran kepenatan tubuh badan. Namun emosi sang guru yang penat merosakkan nafsu tidur. Mencarikkan segala mimpi indah.

Malah, mengurangkan nafsu makan juga. Yang kemurungan pun ada juga.Hampir bunuh diri

Mana tidaknya. Dia berkorban segala benda. Dari duit poket, tenaga, masa, malah keluarga. Tapi sedikit salahnya dibesar-besarkan. Dibuat laporan besar besaran. Dihadap kamar keadilan.Heboh seantero dunia,,,,,

Salah apa dia?

Salahnya kerana dia cinta. Ya, dia cinta akan professionnya.

Salahnya, hanya sedikit sentuhan fizikal untuk mendidik dan mengajar anak orang lain supaya pandai. Supaya berjaya. Supaya menjadi insan berguna. Supaya menjadi manusia.

Buat sahabat guru diluar sana yang diuji ujian sebegini, dibuat laporan dan diserang ibubapa, bertabahlah. Seluruh doa para guru bersama anda. Semoga yang dihadapkan ke mahkamah menang kes, yang dibuat laporan polis pula laporan dapat ditarik balik.

Kami melihat diri kami dalam diri kami. Kerana kami juga Buruh. Kerana kami juga guru, dan guru itu adalah kami.Guru kepada kehidupan kami, segala segalanya memerlukan pergorbanan....


BURUH DAN GURU

Detik jarum jam melaju
Ketika termanggu
Masa depan yang kacau

Buruh dan Guru
sama sama diburu
oleh waktu

Di dalam waktu
Hidup kadang kadang tak menentu
kerana waktu bagai peluru
melaju

Dengan badan yang berbau
saling berpacu
Tak boleh mengerutu

Seiring berputarnya waktu
sebenarnya ku ingin mencurahka
ku ingin menggoreskan

ketika upah buruh, gaji guru dinaikkan
itu pasti saat menbahagiakan
kerana itu memang lama dirindukan 


.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

P2 bab 3

BEPANG DAN SEJARAH KULINARI

PULAU DUYUNG ADALAH LIDAH NEGERI TERENGGANU