Bukit Puteri - Alkisah Puteri Bunian

                   Sang Pemimpi

Tuan puteri berbaju serong
Tuan puteri bersanggol sendeng
Tuan puteri bersubang gading
Tuan puteri berselendang kuning

                 Nama asal Bukit Puteri ini tidak dapat dikesan tetapi dalam persejarahan Terengganu ada dinyatakan Bukit Puteri itu telah pun wujud sejak abad ke-16 lagi. Nama gelaran yang diberikan pada Bukit Puteri yang tetap teguh hingga ke hari ini, yang sebenarnya sudahpun diguna dan diketahui ramai tentangnya sebelum Sultan Zainal Abidin yang pertama menaiki takhta dan menerajui pemerintahan negeri Terengganu. Bukit Puteri Kuala Terengganu terletak berhampiran Pasar Besar Kedai Payang, tidak perlu diperkenalkan lagi kepada masyarakat Terengganu yang sedia maklum lokasi itu penuh dengan kisah dan bahan sejarah.
         Dengan kedudukannya yang menghala ke Kuala Sungai Terengganu dan ketinggian lebih kurang 200meter berserta berkeluasan kira kira 0.688 hektar, Bukit Puteri ini menjadi salah satu daripada tempat tempat bersejarah yang tidak kurang pentingnya bagi peminat sejarah dan lokasi kunjungan pelancong. Bukit Puteri juga menyimpan berbagai kisah atau peristiwa yang berlaku, baik di puncaknya mahupun dikawasan sekitarnya. Ini membuktikan kepentingan tempat ini kepada Kerajaan Terengganu bagi menghadapi musuh-musuh daripada luar khususnya yang datang dari arah laut.
Seindah Nama, kisah yang berlingkar isebalik kewujudan Bukit puteri ini juga penuh dengan lengenda dan mitosnya tersendiri.  
 
Terdapat beberapa pendapat mengenai asal muasal nama Bukit Puteri
   Asal usul sebenar  kewujudan Bukit Puteri itu tidak dapat dipastikan, tetapi menurut cerita orang tua tua, asalnya pada zaman dahulu bukit ini merupakan kerajaan bagi puteri puteri jin atau tempat tinggal Puteri Bunian. Puteri ini mempunyai pelbagai perkakas majlis keramaian dan perkahwinan.Menjadi kelaziman bagi penduduk berdekatan meminjam perkakas itu apabila ingin melangsungkan sesuatu majlis. Pada masa itu, telah menjdi kelaziman penduduk kampung sentiasa datang untuk meminjam peralatan seperti pinggan mangkuk untuk majlis perkahwinan atau majlis keramaian.
 Malangnya, akibat tidak memulangkan kembali peralatan yang dipinjam dan mengganti semula peralatan yang rosak dan pecah. Akibat kecewa dengan sikap penduduk menyebabkan Tuan Puteri kecewa, Tuab Puteri  merajuk dan melarikan diri dari Bukit Puteri, melarikan diri ke sebuah bukit di daerah Besut.Iaitu berpindah ke Bukit Bintang di sempadan Setiu-Besut. (ataupun juga Bukit Puteri ) Selepas peristiwa itu, penduduk kampung sepakat menamakan kawasan itu sebagai Bukit Puteri.
         Menurut penduduk tempatan yang bernama Puan Fatimah (40 tahun, 1994), nama bukit ini berasal daripada puteri tujuh beradik yang tinggal di puncak bukit ini1. Dipercayai bahawa tujuh puteri berkenaan adalah penjaga bukit berkenaan dan ini dikuatkan dengan dakwaan beberapa penduduk yang sering tercium bau wangi apabila berada di kawasan bukit berkenaan. Bau itu dipercayai adalah bau puteri-puteri berkenaan. Beliau juga mendakwa bahawa penduduk tempatan mempercayai lagu “Ulek Mayang” juga berkaitan dengan ketujuh-tujuh puteri terbabit.
“Bukit ini dipercayai didiami oleh puteri bunian”. Kisah puteri Bunian yang mendiami bukit Puteri ini adalah satu kisah lenganda atau mitos yang bermain dikalangan penduduk setempat.
Adapun mengikut sumber sumber lain, dikatakan pada kurun ke-17, orang yang bertanggunjawab membuka Bukit Puteri ialah Tuk Raja Menteri. Tuk raja Menteri daripada Johor telah datang ke Terengganu bersama sama beberapa orang pengawai,yang terdiripada Megat Mendali dan saudaranya Megat Manikam serta Megat Atut.Selain membantu Tuk Raj Menteri membuka Bukit Puteri, mereka juga dikatakan membuka beberapa kawasan lain, mislanya Megat Mendali telah membuka Pelong, Megat Manikan telah membuka Tanjung Batu ( kini dikenali sebgai Hulu Terengganu) dan Megat Atut yang juga di gelar Tuk Pak Laris telah ke Langkat. Begitulah seadanya….lagipun Sultan Zainal Abidin 1 merupakan waris atau berketurunan Tun Katib Abdul Jalil, Bendahara Paduka Seri Maharaja, Bendahara ke XIX Johor, Bendahara Padang Saujana2 berputerakan sultan zainalabidin 1 .Tun Raja Menteri datang dengan tujuan menlantik Sultan Zainal Abidin sebagai Sultan Terengganu yang pertama.
Pendapat lain menyatakan, sememangnya bukit ini telah lama dikenali sebagai Bukit Puteri, semenjak beratus tahun yang lampau3. Dikatakan Datuk Bendahara Padang Saujana Johor telah menghantar Megat Seri Rama disertai Paduka Raja bertujuan untuk menjalankan pemerintah diTerengganu. Menurut Megat Seri Rama, ketika tiba ke Terengganu,mereka berdua mendapati bahawa  bukit ini telah dikenali sebagai Bukit Puteri dan sudahpun dikenali ramaiterutama bagi penduduk setempat Kuala Terengganu. Kehadiran seorang tokoh yang bernama Tok Bukit Menteri daripada Johor datang membuka bukit ini. Pada mulanya bukit ini digelar Bukit Menteri, tetapi kelamaan kerana dialek tempatan, nama berkenaan bertukar menjadi Bukit Puteri.

Alkisah terjadinya perang saudara
Sewaktu zaman pemerintahan Kesultan Terengganu, Bukit Puteri ini telah diubahsuai dengan binaan binaan tertentu. Ia telah digunakan sebagi benteng utama bagi kubu pertahanan perang saudara yang telah tercetus diantara jangka mangsa pemerintahan ketiga tiga sultan iaitu  Sultan Mansur II pada 1831 sehingga 1836, Sultan Muhamad I (1836-1839) dan Sultan Umar (1839-1876). Bukit ini menjadi tempat penting dalam peranag Saudara Terengganu, dan menjadi rebutan kerana lokasinya yang strategik dan merupakan pusat pertahanan negeri. Bukit ini dikatakan  berfungsi sebagai sebuah kubu yang menjadi benteng perthanan ketika tercetusnya perang saudara sekitar tahun 1831 hingga 1839 itu.
Sekitar 1831-1839, berlaku perebutan kuasa yang menjurus kepada satu perperangan saudara di antara tiga pihak yang ingin menguasai pentadbiran Terengganu Darul Iman. Peristiwa ini dikenali sebagai Perang Saudara Terengganu.

Retenten kejadian
Kisah perang saudara ini bermula sekitar tahun 1831, Peristiwa tersebut berlaku di antara Baginda Umar( Tengku Omar),  dengan Sultan Mansur Syah II(  Tengku Mansor ) dan Sultan Muhammad Imengenai siapa yang harus memegang tampuk pemerintahan Terengganu waktu itu. Dalam Perebutan kuasa tersebut Sultan Omar telah menggunakan Bukit Puteri sebagai kubu bagi menghalang Sultan Mansur syah yang ketika itu berkubu di kawasan Balik Bukit. Perbalahan ini membawa kepada rundingan yang akhirnya telah membawa keputusan keluarga diraja istana bahawa Tengku Mansur dilantik menjadi Sultan Terengganu manakala Tengku Umar dilantik sebagai Yang Di Pertuan Besar.
Namun, peristiwa berkenaan tidak selesai, sikap kepahlawanan dan ditambah dengan pertelingkahan sedia ada telah membawa Terengganu ke perang saudara melibatkan pihak Tengku Umar dan Tengku Mansur.
Tengku Umar menggunakan Bukit Puteri sebagai kubu untuk menghalang serangan Tengku Mansur yang berkubu di Balik Bukit. Namun, akhirnya Tengku Umar mengalami kekalahan dan terpaksa meninggalkan Bukit Puteri. Kemudiannya Tengku Umar melarikan diri ke Besut, seterusnya ke Daik (Kecamatan Lingga, Kabupaten Lingga, Provinsi Kepulauan Riau, Indonesia). Ada yang mengtakan Tengku Umar disingkirkan ke Kemaman dan akhirnya dibunag negeri Ke Lingga.
Kemudiannya Tengku Mansur  telah ditablkan sebagai Sultan Terengganu dan terus berkuasa semula di tanah jajahan Terengganu dan memerintah takhta Negeri Terengganu dengan gelaran Sultan Mansur Shah II. Setelah kemangkatan Sultan Mansur Shah II, Sultan Muhammad I dilantik menjadi sultan menggantikan ayahnda baginda.
Ketika pemerintahan Sultan Muhammad I , Tengku Umar telah kembali dar lIngga. Atapun Dalam masa yang sama, Tengku Umar kembali dari Daik dan menyerang Terengganu untuk merampas takhta kerajaan. Berlaku pertempuran besar di Bukit Puteri yang menjadi kubu pertahanan SUltan Muhammad I. Akhirnya Sultan Muhammad I menyerah kalah dan berundur ke Dungun, Tengku Umar pula yang menguasai Bukit Puteri. Sultan Muhammad I tidak berputus asa dan meminta pertolongan dari Tengku Hitam dari Dungun. Akhirnya baginda bekerjasama dan cuba untuk menyerang Tengku Umar yang berkubu di Bukit Puteri. Malangnya cubaan berkenaan gagal.
Berlaku satu pertempuran yang yang hebat di Bukit Puteri dan akhirnya Sultan Muhammad Shah I mengalami kekalahan dan terpaksa berundur ke Kelantan. Bukit puteri pula di kuasi oleh Tengku Omar yang kemudiannya ditabalkan menjadi sultan dengan gelaran Sultan Omar Riayat Shah pada tahun 1839.
Rujukan:
Aminudin, Bukit Puteri, antara lagenda dan Sejarah
Dato Setai Jasa Haji Muhammad Saleh Haji Awang (MISBAHA) 1994, Sejarah daru Iman, Utusan Publication dan Distribution sdn bhd.
Pihak Muzium Negeri Terengganu
Bukit Puteri Sejarah Lambang Negeri, Syed Mohamad bin Syed Abdullah – Ms 24, Berita Darul Iman Edisi Mei/Jun 1994.

Komentar

  1. Numpang promo ya Admin^^
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    ayo segera bergabung dengan kami di ionpk.club ^_$
    add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^

    BalasHapus

Posting Komentar

Postingan populer dari blog ini

BEPANG DAN SEJARAH KULINARI

P2 bab 3

PULAU DUYUNG ADALAH LIDAH NEGERI TERENGGANU