SEJARAH RINGKAS SEKOLAH RENDAH TERENGGANU 1



ALKISAH.......
        Sejarah Awal Pendidikan di Tanah Melayu, Corak pendidikan yang ada di waktu ini berbentuk bukan formal dan tidak memberatkan perkembangan kongnitif pe1ajar-pelajar.  Ia wujud dan berkembang bersama-sama pengembangan agama Islam di negari-negeri Semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan Melayu pada abad ke 14. Pedagang Arab dan India yang beragama Islam datang ke kawasan Asia Tenggara. Di waktu itu wujudnya institusi pendidikan yang dinamakan 'sekolah pondok'. Sekolah pondok ini dibangunkan dan dimajukan bersama secara gotong royong di kalangan masyarakat setempat. Pada abad ke 18 dan 19 di Terengganu, Kelantan dan Kedah yang paling banyak sekolah pondok. Corak pendidikan yang ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-quran, tingkah laku, dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan
              Pada zaman ini pada umumnya merupakan pendidikan yang tidak menekankan soal formal. Penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab suci Al-Quran, tingkah laku dan akhlak yang baik, pengetahuan dan juga sifat kerohanian. Terdapat juga sebilangan pelajar yang mempelajari pendidikan agama di sekolah-sekolah pondok yang ditubuhkan oleh para ulama Islam yang terkenal pada zaman tersebut. Sekolah-sekolah jenis ini masih boleh dilihat sekarang di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah.
            Pada amnya pendidikan tradisi ini mempunyai kurikulum yang terlalu sempit kerana pelajaran adalah terhad kepada teks Al-Quran sahaja. Namun, kelebihan yang boleh diperolehi daripada aspek pengajaran sebegini ialah ia telah berjaya mewujudkan ramai tokoh agama yang bukan sahaja terkenal dalam bidang agama, tetapi juga mempunyai tahap etika yang amat tinggi Pada peringkat lebih teratur terdapat satu sistem pendidikan agama yang disebut ‘sekolah pondok ‘ yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh ulama-ulama Islam yang terkenal. Pelajar-pelajar menuntut di madrasah agama dan tinggal di pondok yang di bina di sekelilingnya. Ramainya tokoh-tokoh agama muncul menyebarkan agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu. Sekolah pondok juga merebak di Semenanjung Tanah Melayu termasuk Singapura. Sehingga sebelum abad ke 20 masih tiada sistem dan organisasi pendidikan berbentuk formal. Pendidikan Di waktu Penjajahan Inggeris (1800 hingga 1956) Sistem pendidikan diwaktu ini adalah warisan budaya pendidikan zaman pemerintahan Inggeri              
                Peringkat kedua dalam perkembangan sistem pendidikan di Tanah melayu berlaku semasa zaman penjajahan Inggeris ( 1824-1957 ). Pada peringkat ini pendidikan di Tanah melayu telah dikelola, dikendalikan, dikawal dan diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah yang konkrit atau Dasar pendidikan Kebangsaan.
             Pentadbiran pendidikan di Tanah melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu “pecah dan perintah ” serta dasar terbuka dan tiada campurtangan tentang pendidikan vernacular. Matlamat utama sistem pendidikan penjajah ialah semata-mata untuk memberi pendidikan kepada segolongan rakyat bagi membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi. Dengan itu, Inggeris mula memberi tumpuan besar kepada pelajaran Inggeris 1816.
               Oleh itu objektif pemerintahan Inggeris adalah bukan hendak mengubah atau memajukan struktur sosial tetapi sekadar menjadikan keadaan struktur sosial yang sedia ada itu sedikit efisien sahaja.Tegasnya, pendidikan pada zaman ini berkembang secara sewenang-wenangnya tanpa satu dasar yang jelas dapat membina dan memupuk unsur- unsur kebangsaan di kalangan rakyat. Akibat dasar Inggeris tersebut maka wujudlah sistem pendidikan plural (plural educatin al system) sesuai dengan keadaan struktur masyarakat majmuk
                   Orientasi pendidikan yang Sumbang ini telah menekan dan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang kepada negara asal mereka.
SEJARAH BEBERAPA SEKOLAH TERENGGANU

SEK KEB PAYA BUNGA: SEKOLAH ELIT KUALA TERENGGANU

           Sekolah Kebangsaan Paya Bunga ini daripada segi lokasinya terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuala Terengganu sekarang ini. Di sekelilingnya pula terletaknya pusat membeli-belah, kedai-kedai, klinik dan jabatan-jabatan negeri serta jabatan-jabatan  kerajaan persekutuan. Beberapa bangunan penting yang lain juga dibina di sekitar sekolah ini sperti Istana Maziah yang menjadi istana rasmi Sultan Terengganu, bangunan Pejabat Pos Besar Kuala Terengganu yang mengendalikan urusan surat menyurat sejak zaman penjajah, bangunan Wisma Darul Iman yang menempatkan Pejabat Menteri Besar dan pejabat-pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan bangunan stesen bas utama Bandaraya Kuala Terengganu. Bangunan Masjid Zainal Abidin atau Masjid Putih yang menjadi antara masjid utama di negeri Terengganu. 1
Kini, Sekolah Kebangsaan Paya Bunga terletak di atas tanah lot yang bernombor 1809, 1182 dan 1815 yang juga merupakan laluan utama di dalam Bandaraya Kuala Terengganu.2
Awal penubuhan awal
            Sekolah Melayu Kampung Keling yang dibuka pada tahun 1912 merupakan sekolah yang terawal diwujudkan di Terengganu. Sekolah Melayu Kampung Keling ini dibina di kawasan benteng pengkalan penambang di antara pagar Kedai Payang hingga ke Pejabat Kastam di atas rang batang nibung dan lantainya juga dibina daripada nibung. Apabila rang ini runtuh akibat daripada peredaran masa, sekolah Melayu Kampung Keling telah dipindahkan ke kawasan tepi pagar Istana Maziah berhampiran pintu gerbang. Namun selepas beberapa tahun sekolah ini berada di situ, ia telah dipindahkan pula ke Kampung Patani seterusnya pada 1919 sekali lagi sekolah ini dipindahkan ke Kampung Banggol. Akhirnya ia ditempatkan di tapak Sekolah Melayu Paya Bunga hingga kini.3
            Sekolah Melayu Paya Bunga ini telah diasaskan oleh Encik Ali bin Ngah, Haji Wan Mamat @ Muhammad bin Megat Daud atau lebih dikenali sebagai Haji Wan Muhammad Kemaman dan Haji Awang bin Yunus. Ketiga-tiga pengasas ini merupakan pemegang saham terbesar di dalam Syarikat Lombong Bijih Timah Kajang yang terletak di Kemaman, Terengganu. Kerana kesedaran kepentingan pendidikan untuk masa depan kanak-kanak di sekitar Kuala Terengganu dan penduduk setempat, ketiga-tiga pengasas ini telah berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan sebidang tanah di Kuala Terengganu untuk mendirikan sebuah sekolah.4
            Melihat usaha keras Haji Wan Muhammad Kemaman dan rakan-rakannya, kerajaan negeri telah bersetuju untuk menghadiahkan sebidang tanah seluas 0.768 ekar. Pada masa itu nilaian tapak sekolah tersebut ialah RM400.00. Untuk tidak mensia-siakan penghargaan yang diberikan oleh kerajaan negeri, syarikat tersebut telah membiayai pembinaan sebuah bangunan kayu dengan kos RM3500.00. Pembinaan bangunan pertama Sekolah Melayu Paya Bunga ini siap dan telah digunakan pada tahun 1922.5
            Encik Md. Dahan bin Jaafar telah diberi amanat untuk memikul tugas sebagai Guru Besar pertama Sekolah Melayu Paya Bunga pada tahun 1922. Beliau menjadi ketua dan pentadbir kepada kakitangan dan murid-murid di sekolah tersebut. Tugas Encik Md. Dahan dan guru-guru Sekolah Melayu Paya Bunga pada masa itu ialah memastikan kehadiran kanak-kanak sekolah lebih ramai, tugas ini menjadi sukar apabila terdapatnya tentangan daripada sesetengah ibibapa yang tidak suka kepada pendidikan sekular.6
Sekolah Kebangsaan Paya Bunga sebelum merdeka
            Sebenarnya tapak asal Sekolah Melayu Paya Bunga ialah sebuah kawasan perkuburan, namun besar kemungkinan kubur-kubur yang berada di kawasan ini telah dipindahkan setelah tanah ini diluluskan oleh kerajaan negeri untuk pembinaan sekolah.7
            Bangunan pertama Sekolah Kebangsaan Paya Bunga ini mempunyai keluasan 150 kai panjang dan 50 kaki lebar. Bangunan ini  merupakan bangunan satu tingkat dengan tiang di bahagian bawah dibuat daripada simen dan dinding daripada kayu, manakala bahagian atas pula dibuat daripada kayu sepenuhnya. Bangunan ini dilindungi oleh atap yang baik berbanding dengan sekolah lain yang wujud pada masa itu yang masih menggunakan atap nipah.8
            Kayu yang digunakan untuk membina bangunan Sekolah Melayu Paya Bunga ini merupakan kayu-kayu yang tahan dan baik agar bangunan tahan lama dan kukuh. Manakala untuk lantai di tingkat atas pula, kayu papan yang telah dikeset iaitu kayu yang telah dibuat lubang ditepi agar dapat disambungkan dengan kayu-kayu yang lain agar papan-papan kayu itu lebuh kukuh. Pada masa itu, keset papan dilakukan dengan tangan tanpa bantuan mesin, sudah pasti ia memerlukan masa yang lama dan kepakaran yang tinggi. Untuk naik ke tingkat atas, dua tangga dibina di bahagian dalam bangunan ini iaitu dibelakang pintu masuk. Tangga-tangga ini dibina di sebelah kiri bangunan.9
            Tingkap dan pintu juga menggunakan kayu papan. Dibahagian pintu utama digunakan jarring manakal tingkap menggunakan papan sepenuhnya. di tingkat atas, sebahagian dinding di bawah tingkap telah dibina sisip angin. Sisip ini membantu peredaran udara yang baik dan menjadikan murid-murid lebih selesa untuk belajar.10
            Sebagai tanda sempadan sekolah pula, sekeliling kawasan sekolah ditanam dengan pokok buluh cina. Pokok buluh cina ini juga dapat berfungsi sebagai pagar dan hiasan. Pagar buluh ini juga digunakan oleh kebanyakan rumah-rumah di Kuala Terengganu pada masa itu.11
Perubahan Nama Sekolah
            Sejajar dengan peredaran masa dan perubahan dasar-dasar di dalam pendidikan negara, nama Sekolah Melayu Paya Bunga telah ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan Paya Bunga. Perubahan nama ini dilakukan setelah rombakan sistem pendidikan di peringkat nasional dilakukan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Dato’ Hussein yang memegang jawatan Menteri Pelajaran pada ketika itu . Beliau mendapati sistem pelajaran yang dianjurkan oleh penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah demi kepentingan mereka, telah menyebabkan terhapusnya kesepaduan antara sekolah-sekolah Melayu ,sekolah-sekolah vernakular Cina dan sekolah-sekolah vernakular Tamil. Perbezaan yang ketara di dalam sistem pendidikan akan menyebabkan penyatuan bangsa negara merdeka sukar dicapai.14
            Oleh yang demikian, Penyata Razak telah diumumkan pada 16 Mei 1956, telah digubal bagi tujuan menyelaraskan sukatan pelajaran semua aliran sekolah di negara ini. Jawatankuasa ini telah bermesyuarat sebanyak lapan kali iaitu antara September 1955 sehingga April 1956. Seterusnya, pada 7 Mac 1957, Majlis Perundangan  Persekutuan, dengan sebulat suara telah meluluskan Penyata Razak. Dengan kelulusan dasar ini jugalah sekolah-sekolah Melayu ditukar nama menjadi Sekolah Kebangsaan termasuk Sekolah Melayu Paya Bunga telah ditukar nama menjadi Sekolah Kebangsaan Paya Bunga.15
Perkembangan Selepas Merdeka
            Sekolah Kebangsaan Paya Bunga mendapat perhatian daripada ibi bapa untuk menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah tersebut. Terdapat beberapa faktor yang menarik  minat mereka untuk menempatkan anak-anak mereka belajar di situ adalah kerana bangunan Sekolah Kebangsaan Paya Bunga yang lebih selesa berbanding sekolah-sekolah lain pada masa itu. Selain itu, sekolah ini terletak di tengah-tengah kawasan yang maju pada ketika itu dan telah melahirkan tokoh-tokoh yang dapat dijadikan contoh.16
            Mata pelajaran yang diajar selepas kemerdekaan negara juga berdasarkan pendidikan negara. Mata pelajaran yang terdapat di Sekolah Kebangsaan Paya Bunga ialah Bahasa Melayu, Ilmu Kejadian, Kira-kira bagi darjah 1, 2 dan 3, Ilmu Hisab bagi darjah 4, 5 dan 6, Tata Rakyat, Jawi, Nyanyi, Ilmu Alam, Tawarikh dan Senaman. Pengagihan masa bagi pengajaran dan pembelajaran setiap mata pelajaran adalah 40 minit bagi setiap waktu.17

Murid-murid selepas merdeka
            Sebelum  tahun 1972, Sekolah  Kebangsaan  Paya  Bunga hanya menerima pelajar lelaki sahaja manakala kanak-kanak perempuan di kawasan sekitarnya pada masa itu pula mendapat pendidikan di Sekolah Ampuan  Mariam yang  hanya dikhaskan untuk  pelajar perempuan sahaja.21
            Pada tahun 1961, keramaian murid di Sekolah Kebangsaan Paya Bunga sekitar 300 orang. Untuk menampung murid yang ramai ini, sekolah terpaksa mengadakan dua sesi iaitu sesi pagi untuk murid darjah 1, darjah 5 dan darjah 6 manakal murid darjah 2, darjah 3 dan darjah 4 pula akan belajar pada sesi petang.22
            Murid-murid yang menamatkan pengajian rendah di Sekolah Kebangsaan Paya Bunga ini biasanya akan melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah Sekolah Menengah Sultan Sulaiman yang merupakan sekolah aliran Inggeris yang terkenal pada masa itu. Adalah menjadi cita-cita murid di sekolah dan ibu bapa di negeri Terengganu ntuk mendapat prluangbelajar di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman. Untuk memasuki sekolah-sekolah elit atau berasrama penuh, murid-murid mesti melalui ujian khas yang telah disediakan oleh Pejabat Pelajaran.23
Perkembangan Fizikal Selepas Kemerdekaan
            Memandangkan peningkatan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pendidikan dan akta yang mewajibkan kanak-kanak mendapat pendidikan formal di sekolah, Sekolah Kebangsaan Paya Bunga terpaksa menerima bilangan murid yang semakin bertambah. Ini menyebabkan bangunan asal dua tingkat itu tidak dapat menampung bilangan murid-murid yang semakin ramai. Untuk itu, sebuah bangunan kayu milik Syarikat Guru-guru Terengganu yang terletak di dalam kawasan Sekolah Kebangsaan Paya Bunga telah dijadikan kelas untuk murid-murid belajar. Bangunan ini hanya dapat menampung dua buah bilik darjah sahaja.24
            Namun limpahan kanak-kanak yang ingin mendapat pebdidikan di Sekolah Kebangsaan Paya Bunga menjadi lebih meruncing pada penghujung tahun 50-an. Oleh itu, kerajaan negeri Terengganu telah meluluskan peruntukan untuk pembinaan sebuah bangunan yang mempunyai dua bilik. Di bangunan baru ini dilengkapi dengan bilik Guru Besar, bilik guru, pejabat dan bilik setor untuk penyimpanan barang-barang kepunyaan sekolah serta tandas yang turut dibina untuk kemudahan guru-guru serta murid-murid.25
            Secara keseluruhannya, pada tahun 1960-an, Sekolah Kebangsaan Paya Bunga telah mempunyai sebuah bangunan kayu dua tingkat, tiga bangunan setingkat dan sebuah kantin serta tandas.26
            Pada ketika ini guru-guru dan murid-murid menggunakan perigi untuk mendapat sumber air kersns bekalan air paip yang disediakan oleh pihak kerajaan seperti sekarang belum dilengkapkan di Sekolah Kebangsaan Paya Bunga.27
            Menyedari hakikat itu Jabatan Pelajaran Terengganu telah berusaha untuk mengadakan bangunan baru bagi menampung murid yang ramai dan lebih selesa untuk belajar.28
            Pada tahun 1978 kerja-kerja pembinaan bangunan baru menggantikan bangunan lama yang dibina dari kayu dan papan telah dimulakan. Bangunan asal iaitu sebuah bangunan dua tingkat telah dirobohkan untuk dibina bangunan gentian Sekolah Kebangsaan Paya Bunga yang baru.29
            Sementara menunggu bangunan gentian, Sekolah Kebangsaan Paya Bunga terpaksa menumpang belajar sementara di Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam yang dibina pada tahun 1935. Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam adalah sekolah yang dikhaskan untuk murid-murid perempuan. Meskipun menumpang di Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam, murid-murid tetap bersarapan dengan Rancangan Makanan Tambahan yang disedikan oleh Jabatan Pelajaran Terengganu di kantin Sekolah Kebangsaan Paya Bunga.30
            Bangunan gentian Sekolah Kebangsaan Paya Bunga dirasmikan pada 26 Oktober 1980 oleh Menteri Besar Terengganu pada ketika itu.31


Sistem pembelajaran dan peperiksaan
            Sistem peperiksaan digunakan Sekolah Melayu Paya Bunga untuk mengukur pencapaian murid-murid. Melalui sistem ini, guru dapat melihat keupayaan menguasai pelajaran yang disampaikan dalam kalangan murid-murid.  Melalui sistem ini juga, hanya murid-murid yang lulus sahaja dibenarkan untuk meneruskan pelajaran di darjah dua kerana mereka dianggap telah menguasai pelajaran darjah satu. Manakala murid-murid yang gagal pula perlu mengulang kembali pelajaran darjah satu begitu juga seterusnya. Langkah ini diambil untuk memastikan murid-murid dapat menguasai sepenuhnya kemahiran rendah yang menjadi asas kepada pelajaran yang lebih tinggi. Oleh itu, dengan mengulangi pelajaran yang sama, mereka akan lebih faham.12
            Murid-murid di Sekolah Kebangsaan Paya Bunga ini kebanyakannya dapat melanjutkan pelajaran menengah di Sekolah Inggeris Kerajaan yang diasaskan pada tahun 1920, yang kemudiannya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sultan Sulaiman. 13
 Kewujudan Darjah Khas
            Pada tahun 1927, telah diwujudkan darjah khas di Sekolah Kebangsaan Paya Bunga. Darjah khas ini pada asalnya diberi nama Sekolah Khas yang dibina dengan tujuan untuk memberi latihan kepada pelajar-pelajar terbaik dari sekolah-sekolah diMelayu di Terengganu. Para pelajar yang belajar di sini diberi kursus pengkeranian dan guru. Guru-guru yang keluar  yang telah tamat Darjah  Khas ini akan mengajar pelajar-pelajar di sekolah-sekolah melayu sebagai guru tidak terlatih, kemudiannya mereka akan diserap ke Maktab Perguruan Sultan Idris(MPSI) untuk mendapatkan pendidikan formal sebagai seorang guru terlatih. Namun tidak semua guru yang tamat Darjah Khas akan Berjaya ke MPSI, ada di kalangan mereka yang gagal oleh itu mereka harus mengikuti kursus di waktu petang yang diadakan tiga  minggu sekali selama lima hinggan enam tahun. Kursus-kursus ini akan dikendalikan oleh guru-guru yang telah lulus MPSI dan berkemungkinan mereka yang  Berjaya mengikuti kursus pada waktu petang ini, akan dianggap guru yang seterusnya yang bakal mengajar sekolah-sekolah Melayu pada masa itu.32
Sekolah Agama Petang
            Sekolah Agama petang ialah sesi pengajaran dan pembelajaran al-Quran sebagai meneruskan tradisi pengajian agama Islam di negeri Terengganu. Sekolah Kebangsaan Paya Bunga juga memberi khidmat jasanya untuk menjalankan sesi sekolah agama petang ini bermula 27 Jun 1928. Walaupun pada asalnya sekolah agama ini diadakan di Masjid Abidin yang dikendalikan oleh Tuan Haji Awang Muhd Arif, ia dipindahkan ke Sekolah Kebangsan Melayu Paya Bunga akibat dari keadaan bising ketika sesi pembelajaran dan pengajaran berlangsung yang menyebabkan suasana masjid terganggu. Guru pertama yang bertugas disitu pada masa itu ialah Tuan Haji Noh bin Ahmad.33
            Sekolah agama yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Paya Bunga terbahagi kepada dua kumpulan iaitu pengajaran al-Quran dan agama yang dijalankan dibawah Pejabat Agama Kuala Terengganu, yang menekankan tentang pengajian al-Quran serta hokum-hukum  yang berkaitan dengan bersuci dan sembahyang sahaja. Manakala kumpulan kedua yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran, pengajiannya yang merangkumi pengajian al-Quran, tajwid, tauhiddan feqah. Kemudian pada tahun 1932, kedua-dua kumpulan tersebut digabungkan dan ditadbir oleh Pejabat Pelajaran Negeri.34
            Pelajaran agama ini bermula dari jam 2 petang sehingga  jam 4.30 petang dan guru yang bertugas diarahkan untuk hadir lebih awal. Masa pengajaran ini pula dibahagikan kepada dua iaitu satu jam yang pertama untuk bacaan al-Quran manakala jam-jam yang berikutnya adalah untuk matapelajaran lain. 35

Sukatan pelajaran ditentukan seperti berikut:
Darjah 1 – diajar mengenai al-Quran (mengeja, menghafal surah, tauhid, feqah juga latihan  sembahyang)
Darjah 2 – bacaan Quran, tajwid, tauhid, feqah, tarikh akhlak, etika ibadat serta bacaan dalam sembahyang
Darjah 3 – bacaan Quran dan tajwid, tauhid, feqah, sembahyang berjemaah, sembahyang sunat, dan perkara-perkara yang berhubung dengan mayat
Darjah 4- bacaan Quran, tajwid, tauhid, feqah serta pembahagian dalam zakat termasuklah puasa, haji dan akhlak
Darjah 5- bacaan Quran, hokum-hukum tajwid, tauhid, feqah dalam bab munakahat, tawarikh khalifah al-Rasyidin dan akhlak36
Sumbangan-sumbangan lain
            Guru-guru dan murid-murid di Sekolah Kebangsaan Paya Bunga sebenarnya banyak memberikan sumbangan terutamanya kepada negeri Terengganu. Antaranya ialah lagu kebesaran negeri yang masih digunakan sehingga kini iaitu Lagu Selamat Sultan. Lagu ini dikarang oleh Cikgu Muhammad Hashim bin Abu Bakar  pada tahun 1927. Beliau merupakan seorang guru yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Paya Bunga pada ketika itu dan berasal dari Singapura. Selain daripada mengajar, Cikgu Muhammad Hashim juga seorang guru pancaragam pengakap dan pengasas Pasukan Pancaragam Polis Diraja Terengganu sebelum perang dunia kedua. Beliau meninngal dunia pada 1 Mac 1962 di Kampung Serada Pulau Manis, Kuala Terengganu.37
            Hasrat Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Sultan Badrul Alam Shah bagi menjadikan Lagu Selamat Sultan sebagai lagu rasmi negeri, telah disampaikan kepada Cikgu Muhammad Hashim menerusi Dato’ Seri Andika Raja iaitu juruiringan baginda. Sebagai memenuhi titah tuanku sultan, Cikgu Muhammad Hashim telah menggbah lagu  tersebut dan dipersembahkan kepada tuanku sultan di Istana Kolam dan telah diperkenankan oleh Tuanku untuk dijadikan lagu rasmi negeri Terengganu. 38
            Senikata lagu Selamat Sultan ini telah dipinda daripada lirik penulis asal beberapa kali demi mengikut kesesuaian dan penambahbaikkan antaranya pada 10 Mac 1990. Walaupun begitu, namun pada asasnya gubahan senikata Cikgu Muhammad Hashim masih digunakan sehingga kini.39
 Tokoh-tokoh hebat dari Sekolah Kebangsaan Paya Bunga
  Tuan Haji Abdul Ghani bin Salleh (Bidang Ilmu Falak)
            Tuan Haji Abdul Ghani dilahirkan di Kampung Paya Keladi, Kuala Terengganu pada tahun 1929. Kini menetap di alamat 25 Jalan Bakti, Off Jalan Kamaruddin, 20400 Kuala Terengganu. Telah mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Paya Bunga, Kuala Terengganu. Memulai pekerjaan sebagai seorang nelayan kemudiannya menjadi seorang ahli falak syarie yang berkebolehan. Dengan ilmu yang ada, beliau telah banyak memberikan khidmad dalam memperkembangkannya dengan mengajarkan ilmu tersebut di Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura. Kerana kepakarang yang ada dalam dirinya, beliau sering diundang ke Persidangan Antarabangsa yang melibatkan ilmu falak. Pencapaiannya dalam bidang ilmu falak syarie dengan menggunakan peralatan baru, sangat memudahkan pelajar yang berminat untuk mempelajari ilmu ini. Keikhlasan beliau dalam menyampaikan ilmu sangat mengagumkan.
            Beliau pernah menjadi pensyarah ilmu falak di Kolej Agama Sultan Zainal Abidin(KUSZA) pada 1986 hingga 1996. Beliau juga merupakan bekas pesara penguasa penjara pada 31 Desember 1984, telah menghasilkan bermacam-macam tajuk buku mengenai penentuan dan perbandingan bulan Hijrah dan Masihi.
            Antara yang terbaik setakat ini adalah buku Taqwin istilah 0001 Hijrah ke 1500 Hijrah dan Masihi setebal 1501 muka, terbitan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu pada 1992 iaitu bersamaan 1413 Hijrah itu, dijual dengan harga RM70. 40
  Dato’ Setia Jasa Haji Mohd Salleh Bin Haji Awang (tokoh sejarah)
            Dato’ Haji Mohd Salleh bin Haji Awang dilahirkan pada hari Rabu bersamaan 23 Syaaban 1335 iaitu pada 13 Jun 1917 di Kampung Masjid. Bandar Kuala Terengganu. Pada tahun 1923 iaitu setahun selepas Sekolah Kebangsaan Paya Bunga ditubuhkan, beliau mula belajar disitu. Pendidikan yang beliau terima di Sekolah Melayu Paya Bunga ini adalah selama7 tahun iaitu sehinggalah tahun 1929. Seterusnya, beliau telah melanjutkan pelajaran di Madrasah Al-Sultan Zainal Abidin dan juga merupakan seorang murid yang pintar.
            Walaupn pernah ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Inggeris, tetapi oleh kerana halangan  ibu bapa, tawaran tersebut terpaksa ditolak. Factor agama juga telah menjadi halangan utama kerana pengaruh keagamman memainkan peranan yang penting kerana mereka yang melanjutkan pelajaran di Sekolah Ingeris pada masa itu, telah dicap sebagai kafir.
            Kerana desakan untuk mendalami ilmu, beliau mengikuti kelas malam di Crown Grammar School untuk belajar serba sedikit mengenai Bahasa Inggeris. Seterusnya, minat beliau dindalam pendidikan, dapat dilihat apabila beliau mula bertugas sebagai guru pada 11 Desember 1937 di Sekolah Melayu Paya Bunga, sehinnga 1 Jun 1941 kerana beliau telah dilantik sebagai gru pelawat bagi Sekolah-sekolah Agama Terengganu.
            Beliau pernah dilantik sebagai Pegawai Konsul Jepun. Penglibatan beliau dengan pihak Jepun telah menyebabkan beliau ditangkap setelah kekalahan Jebut, pada tahun 1945 bersama Ibrahim Fikri serta Wan Daud Ahmad dan telah ditahan dalam Penjara Kota Bharu sebelum dihantar ke Kuala Tetrenggau. Mereka bertiga seterusnya dibebaskan dengan pengampunan dari King George ke IV.
             Semasa hayatnya banyak jawatan yang dipegang oleh beliau antaranya ialah presiden. Penulisan sejarah oleh beliau bsnysk memberi manfaat keran beliau banyak menganalisis buku-buku bercorak sejarah seperti Semangat Penganjur Dunia serta mengkaji.41
Tan Sri Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad (tokoh politik)
            Beliau dilahirkan pada 21 Mac 1932 di Kampung Nesan Empat, Kuala Terengganu. Bapa beliau yang bernama Wan Ahmad bin Wan Abdul Hamid yang merupakan seorang peniaga runcit dan juga kain songket di Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu. Di atas kesedaran tentang betapa pentingnya pelajaran , beliau telah dihantar ke Sekolah Rendah Melayu Paya Bunga untuk mendapatkan pendidikan awal. Beliau menghabiskan pendidikan rendahnya di sekolah ini dan merupakan seorang pelajar yang bijak.
            Pendidikan seterusnya adalah di Sekolah Menengah Arab Zainal Abidin Kuala Terengganu dan seterusnya di Anglo Chinese Afternoon School di Pulau Pinang. Seterusnya pada 1954, beliau dianugerahkan hadiah biasiswa kerajaan negeri ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau merupakan antara kumpulan pelajar terawal kelulusan Sultan Zainal Abidin yang diterima masuk ke institusi tersebut.
            Pada tahun 1963, Wan Mokhtar bertugas sebagai guru, seterusnya terlibat dengan politik.  Oleh itu, pada 1964 beliau beliau dipilih untuk bertanding dengan tiket Parti Perikatan Parlimen Kemaman dan menang dengan cemerlang dan seterusnya pada tahun 1974, beliau telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Kawasan Cukai. Tan Sri Haji Wan Mokhtar Ahmad seterusnya dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu pada 1 September 1974 sehingga November 1999.  Pada 1 November 2000 hingga Julai 2005 pula beliau dilantik Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi. Antara jasa lain ialah institusi pendidikan termasuk Kolej Agama Sultan Zainal Abidin. 42
 Kesimpulan
            Walaupun pada awal pembukaan Sekolah Kebangsaan Paya Bunga kehadiran kanak-kanak ke sekolah tidak memberansangkan sehinggakan untuk  mendapatkan satu murid bagi membentuk satu kelas adalah terlalu sukar. Namun, selepas kesedaran ibu bapa di sekitar Kuala Terengganu tentang kepentingan tentang pelajaran kepada anak-anak mereka, suasana mula berubah. Mereka berlumba-lumba menghantar anak-anak masing-masing ke sekolah tersebut. Pendidikan Melayu mula mendapat sambutan apabila ramai ramai lulusan daripada Sekiolah Kebangsaan Paya Bunga mendapat kerja di dalam pentadbiran kerajaan negeri pada masa itu.
            Perubahan fizikal Sekolah Kebangsaan Paya Bunga sebenarnya tidak begitu ketara berbanding dengan sekolah-sekolah sekitarnya. Sekolah Kebangsaan Paya Bunga dibuka dengan bangunan kekal yang baik sedangkan bangunan-bangunan lain masih ada yang menggunakan ‘tiang bulat’ dan atap nipah.
            Dalam tahun 1940-an sehingga 1950-an, murid-mrid yang belajar di Sekolah Kebangsaan Paya Bunga dianggarkan dalam lingkungan 300 orang. Bilangan murid yang ramai ini menyebabkan beberapa bangunan tambahan terpaksa dibina.
            Semasa pendudukan Jepun di Terengganu pula, Sekolah Kebangsaan Paya Bunga menjadi salah satu pusat penempatan kepada sebahagian tentera Jepun. Masyarakat sekitar sama ada murid mahupun guru di daerah Kuala Terengganu juga belajar Bahasa Jepun di sekolah ini.

 Bibliografi 
Fail Jabatan Pelajaran: Bil (2) dlm PTK TR(G) 02/4/9

Teks Ucapan Guru Besr Sekolah Kebangsaan Paya Bunga, Wan Hasmah Binti Wan Yusof, semasa majlis perasmian bangunan gentian Sekolah Kebangsaan Paya Bunga
Ucapan pengerusi Jemaah Pengurus Sekolah sempena perasmian bangunan gentian Sekolah Kebangsaan Paya Bunga pada 26 Oktober 1980
Tesis Shansuddin bin Ahmad, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Kebangsaan_Paya_Bunga
  https://www.google.com.my/maps/place/SK+Paya+Bunga/


4 
SPEKEMBANGAN SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TOK BENG 1982 hingga 2012

PENGENALAN
            Sekolah Kebangssan Bukit Tok Beng mula dibuka pada tahun 19821. Seramai 10 orang guru besar sepanjang pembukaannya2. Pada tahun 2011, sekolah ini dipimpin oleh guru besar yang juga seorang anak tempatan Terengganu. Nama guru tersebut Ramli bin Rani. Beliau dilahirkan pada 2 Februari 1957 di Dungun, Terengganu. Mula mendapatkan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Laki-Laki Dungun3. Selepas itu, bersekolah menengah di SMK Tengku Intan Zaharah,Dungun dan SMK Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang, Hulu Terengganu.
            Selepas menamatkan sekolah di peringkat menengah, beliau mendapat latihan perguruan di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim Johor Bahru pada tahun 1975-19764. Pernah berkhidmat di beberapa buah sekolah iaitu SMK Mat Salleh Ranau, Sabah pada tahun 1977-1981. Selepas itu, beliau ditugaskan di SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun pada tahun 1981-1982. Beliau seterusnya dipindahkan di SMK Kompleks Mengabang Telipot Kuala Terengganu pada tahun 1982-2000. Seterusnya, beliau di tugaskan di SMKA Dato’ Haji Abbas Kuala Terengganu pada tahun 2001-2004. Beliau ditugaskan di SK Bukit Nanas, Kuala Terengganu pada tahun 2004-2005. Seterusnya di SK Jelapang, Setiu pada tahun 2005-2008. Pada tahun 2008-2011, beliau meneruskan lagi tugasnya di SK Teluk Pasu, Kuala Terengganu. Pada tahun 2011-2015, beliau sekali lagi dipindahkan ke SK Bukit Tok Beng, Kuala Terengganu.
            Beliau memegang dua prinsip dalam dirinya iaitu pertama, dalam apa jua kerja, kita hendaklah lakukan yang terbaik5. Yang kedua, biar susah tapi jangan menyusahkan6. Dua prinsip ini selalu diamalkan oleh beliau sepanjang berkhidmat dalam bidang pendidikan. Beliau telah berkhidmat selama 38 tahun 1 bulan sepanjang menjadi warga pendidik. Beliau telah mendapat anugerah Guru Cemerlang Matematik pada tahun 1995 ketika berkhidmat di SMK Kompleks Mengabang Telipot7.
Visi sekolah kebangsaan bukit tok beng ialah pendidikan berkualiti, insan terdidik dan negara sejahtera. Manakala misi sekolah ialah melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangun potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara. Moto sekolah pula, berilmu beriman beramal.
            Sekolah ini mempunyai 4 blok bangunan dan terdapat 18 buah kelas dan dua buah kelas untuk pra sekolah. Sekolah ini menyediakan dua blok asrama desa untuk keperluan murid. Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng mempunyai 452 orang murid termasuk dengan pra sekolah.
 SEJARAH PENUBUHAN
            Nama Tok Beng merupakan nama seorang penduduk yang tinggal di kawasan tersebut8. Nama  Kampung Bukit Tok Beng di ambil daripada nama Tok Beng itu sendiri. Kerajaan memutuskan untuk membina sebuah sekolah rendah di kawasan tersebut bagi memudahkan penduduk di kawasan tersebut untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.
            Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng mula dibuka pada tahun 1982 dan mempunyai murid seramai 400-500 orang9. Pelajar ini datang dari kampung-kampung yang berada di sekitarnya kerana pada masa itu, tiada sekolah lain yang dibuka. Ada juga yang datang dari Kampung Teluk Ketapang untuk menimba ilmu pada waktu itu.
            Guru Besar pertama yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng ialah Mohamad bin Awang10. Pada awal tahun pembukaan sekolah ini, terdapat dua sesi pembelajaran di mana pagi dan petang11. Selama pembukaan sekolah ini hingga sekarang, terdapat 10 orang guru besar telah menabur bakti di sekolah ini12.
            Pada tahun 1995, sebuah asrama telah dibuka di sekolah ini. Asrama desa ini merupakan satu-satunya asrama di Kuala Terengganu. Asrama ini dirasmikan oleh mantan Dato’ Rosid Bin Ngah13. Pada awal pembukaan asrama desa ini mempunyai penghuni seramai 50 orang murid. 25 orang murid lelaki dan 25 orang murid perempuan14. Murid ini merupakan murid yang datang daripada keluarga miskin dimana ibu bapa mereka mempunyai pendapatan RM 400 ke bawah15. Dengan adanya asrama desa ini, beban keluarga murid tersebut dapat dikurangkan kerana tidak perlu lagi menanggung kos pengangkutan anak-anak ke sekolah. Ternyata asrama desa mendapat sambutan yang menggalakkan.
            Pada tahun 2011, asrama desa yang baru siap dibina. Asrama baru yang nempunyai dua blok bangunan dan dua tingkat dapat menempatkan seramai 100 orang murid. Seramai 50 murid perempuan dapat ditempatkan di satu blok asrama puteri manakala, 50 orang murid lelaki dapat ditempatkan di blok asrama putera. Kawasan asrama lama telah dibina semula untuk dua kelas pra, satu dewan makan dan rumah guru.
  STRUKTUR PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
            Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng mempunyai struktur pengurusan dan pentadbiran yang kemas. Sekolah kebangsaan bukit tok beng ditadbir oleh Guru Besar iaitu, Encik Ramli Bin Rani. Manakala jawatan Penolong Kanan Pentadbiran dipegang oleh Tuan Hj Mustaffa Bin Yusuff. Puan Rohani Bt Hasam pula sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Guru Penolong Kanan Kokurikulum pula ialah, Encik Mohd Dollah Bin Mat Ali. Bagi mengurus segala berkaitan dengan pejabat sekolah, Ketua Pembantu Tadbir ialah YM Syed Kamal Ariffin Bin Engku Abd. Rahman. Pembantu Tadbir Pentadbiran ialah, Puan Hjh Azizah Binti Ab Rahman. Manakala Pembantu Tadbir Kewangan1 ialah Puan Wan Badariah binti Wan Ibrahim. Pengurusan asrama diselia oleh Puan Zalina Binti Abd. Wahab.
            Di bawah pentadbiran Guru Besar, Guru-Guru Penolong Kanan dibahagikan tugas-tugas mereka mengikut  yang telah ditetapkan. Guru Penolong Kanan Pentadbiran mengambil alih tentang program khas yang diadakan di sekolah. Program ini melibatkan murid yang berkaitan dengan akademik seperti program untuk pelajar UPSR, untuk pra sekolah, pasca UPSR, transisi tahun 1 dan lain-lain. PK Pentadbiran juga memain peranan yang penting dalam PSS iaitu Pusat Sumber Sekolah. PSS meliputi perpustakaan, ICT, program Nilam serta bilik SAL. Selain itu, dipertanggungjawabkan dalam penilaian & peperiksaan dan pengurusan pentadbiran. Seterusnya, merupakan Panitia Mata Pelajaran dalam aspek kurikulum.
            Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid memainkan peranan dalam hal ehwal murid, asrama desa dan pentadbiran. Dalam hal ehwal murid, Guru Penolong Kanan akan menjaga kebajikan setiap murid. Manakala untuk pentadbiran, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ini akan mengambil alih tugas dalam pendaftaran murid & jadual kedatangan, bantuan KWAMP, pertukaran murid keluar dan masuk serta buku rekod kesihatan murid.
            Guru Penolong Kanan Kokorikulum mengambil alih tugas tentang kelab/persatuan, kelab sukan dan permainan, unit beruniform, sukan dan permainan serta bimbingan & kaunseling. Kokorikulum di sekolah sangat penting kepada murid untuk pembentukan yang lebih sihat.     
             Dibawah struktur organisasi sekolah, terdapat beberapa pecahan jawatakuasa dan kumpulan-kumpulan yang akan membantu dalam pengurusan sekolah. Jawatankuasa dan kumpulan-kumpulan ini ditubuhkan bagi memastikan institusi pentadbiran sekolah ini berjalan dengan lancar.    
            Untuk memastikan kelancaran pengurusan di sekolah, beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan. Terdapat 4 jawatankuasa telah ditubuhkan yang melibatkan semua pihak pentadbiran dan guru-guru. Antara jawatakuasa yang ditubuhkan ialah jawatankuasa kewangan sekolah. Perbelanjaan dalam satu institusi pelajaran sangat penting. Oleh sebab ini, jawatankuasa ini telah ditubuhkan untuk memastikan kewangan sekolah mencukupi.
            Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Guru Besar sendiri, Encik Ramli Bin Rani. Timbalan Pengerusi disandang oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Tuan Hj Mustaffa bin Yusuff . Naib Pengerusi 1 dan 2 masing-masing ialah guru penolong kanan hal Ehwal Murid iaitu Puan Rohani Binti Hasam dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Encik Mohd Dollah Bin Mat Ali. Manakala setiausaha jawatakuasa kewangan sekolah ialah Ketua Pembantu Tadbir iaitu YM Syed Kamal Ariffin Bin Engku Abd. Rahman. Ahli jawatankuasa terdiri daripada ketua panitia setiap subjek, guru bimbingan serta pembantu tadbir kewangan.
            Jawatankuasa ini ditugaskan untuk memastikan kemudahan-kemudahan yang disediakan mencukupi kepada murid. Kemudahan-kemudahan di bilik darjah,bilik guru, perabot, bilik mesyuarat serta keselamatan. Jawatankuasa ini mempunyai banyak tugasan untuk memastikan perbelanjaan sekolah mengikut yang dirancang.
            Jawatankuasa seterusnya ialah, jawatankuasa pemeriksa stok dalaman. Jawatankuasa ini ditunuhkan untu memastikan stok barang di sekolah mencukupi. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Guru Besar. Manakala Timbalan Pengerusi merupakan Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Naib Pengerusi 1 dan 2 masing-masing merupakan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Setiausaha ialah Ketua Pembantu Tadbir. Ahli jawatankuasa terdiri daripada Pembantu Tadbir Kewangan iaitu, Puan Wan Badariah Binti Wan Ibrahim. Selain itu, ahli jawatankuasa lain ialah Puan Zalina Binti Abd Wahab juga merupakan Penyelia Asrama. Di samping itu, Pembantu Pengurusan murid pra iaitu, Puan Siti Suhana Binti Abd Rashid.
            Jawatankuasa amat penting dalam sesuatu institusi pentadbiran dalam pengkhususan tugasan kerja. Jawatankuasa seterusnya ditubuhkan Ialah Jawatankuasa Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP). Pengerusi dalam jawatankuasa ini ialah tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng. Timbalan Pengerusi juga merupakan guru penolong kanan pentadbiran. Jawatankuasa ini melantik Naib Pengerusi 1 iaitu Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Manakala Naib Pengerusi 2 ialah Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Tugas setiausaha dalam jawatankuasa ini diberikan kepada Puan Wan Norkhamisah Binti Wan Mohamad. Ahli jawatankuasa merupakan terdiri daripada Guru Ketua Panitia, Guru Bimbingan, Guru Data, Pengerusi Kelab Guru Serta Ketua Pembantu Tadbir.
            Seterusnya, terdapat juga Kumpulan Pegawai Aset Alih Kerajaan. Guru Besar diberi tugas penasihat di dalam kumpulan ini. Pengerusi dan  ahli jawatankuasa kumpulan ini terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan yang akan memantau keadaan sekolah ini. Manakala pegawai aset tak alih pula dipengerusikan oleh guru sekolah dan Guru Besar sebagai penasihat. Setiausaha dan ahli jawatankuasa kumpulan terdiri daripada guru-guru dan staf. Kumpulan ini akan menyerahkan tugas untuk mengambil berat tentang blok bangunan yang telah di bahagikan kepada ahli jawatankuasa.      
 PROGRAM-PROGRAM TAHUNAN YANG DIADAKAN
            Beberapa program telah diadakan untuk menarik perhatian murid agar bersemangat untuk terus belajar. Bagi pelajar UPSR banyak program telah diadakan untuk menyuntik semangat murid tahun 6. Oleh sebab itu, unit bimbingan dan kaunseling telah merancang beberapa program yang menarik sepanjang tahun. Program ini disertai semua murid untuk menjayakannya.
            Perkhidmatan Unit bimbingan dan kaunseling sangat diperlukan dan berkesan untuk membimbing murid kearah kehidupan yang sejahtera. Justeru itu, perancangan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling seharusnya dirangka dan disusun dengan teliti untuk mendokong Falsafah Kebangsaan.
            Antara program yang menjadi program acara tahunan ialah Program Bersama Dengan  Murid Tahun 6 yang akan mengambil peperiksaan UPSR. Perjumpaan ini di isi dengan ucapan kata-kata semangat yang diberikan oleh guru-guru tahun 6. Program ini juga di isi dengan motivasi yang akan diberikan daripada unit bimbingan dan kaunseling. Program ini akan disertai semua murid tahun 6 dan diadakan pada awal tahun.
 Program Kem Kepimpinan telah diadakan untuk meningkatkan rasa tanggungjawab dalam pemimpin sesuatu organisasi. Program ini diadakan dengan kerjasama unit disiplin dan pengawas sekolah dengan jawatankuasa pusat sumber sekolah serta unit bimbingan dan kaunseling pada setiap tahun16. Program ini disertai oleh pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan pembimbing rakan sebaya. Program ini akan memberi kesan kepada pengawas yang menyertai kem ini agar terus lebih cekap dalam menjalankan tugas mereka di sekolah.
            Selain itu, Program Amalan  Guru Penyayang telah dilancarkan bagi menrapatkan hubungan antara guru dan murid. Program ini telah mewujudkan program mentor mentee dimana dua orang guru akan memimpin beberapa pecahan kumpulan murid mengikut kelas masing-masing. Program amalan guru penyayang ini akan memberi penghargaan kepada murid contohnya memberi hadiah kepada murid yang datang awal ke sekolah serta putera dan puteri harapan sekolah yang menjadi model peranan yang penting kepada murid-murid lain. Oleh sebab ini, putera dan puteri harapan sekolah menjadi ikutan kepada pelajar lain supaya menjadi pelajar harapan pada masa akan datang pula.               
Di samping itu, program Dasar Warga Emas Negara diadakan untuk murid akan lebih menghormati lagi warga emas. Program ini akan membuat lawatan ke rumah warga emas untuk merapatkan lagi hubungan antara orang muda dengan warga emas17. Mereka akan menolong dengan membersih kediaman warga emas tersebut. Program ini menjadi program yang selalu di nantikan oleh murid untuk menyertai. Hanya pelajar tahun 6 sahaja yang boleh menyertai program ini. Guru dan murid yang terlibat akan meluangkan masa dengan mambuat lawatan ke kediaman warga emas.
            Program kecemerlangan UPSR juga dijalankan untuk memastikan murid tahun 6 bersedia untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Terdapat 3 kelas murid tahun 6. Beberapa program dijalankan seperti kelas tambahan petang dan kelas malam PIBG. Matlamat program ini dijalankan untuk memantapkan dan meningkatkan prestasi murid dalam pelajaran18. Kelas tambahan pada sesi petang biasanya diadakan pada hari ahad, isnin, rabu dan khamis. Manakala untuk kelas malam PIBG pula pada hari ahad, isnin, selasa, rabu.
            Selain itu, Program Motivasi atau Motivasi Pagi diadakan lima kali mengikut jadual. Objektif program ini diadakan ialah murid mengambil pengajaran untuk sentiasa belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kejayaaan. Di samping itu, beberapa Seminar Teknik Menjawab Soalan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Dan Sains diadakan agar murid menguasai cara menjawab soalan dengan betul dan tepat19. Program ini biasanya diadakan dua kali setahun iaitu pada awal tahun dan sebelum UPSR dijalankan.
Kem lonjakan UPSR dijalankan untuk memberi latih tubi kepada murid-murid dengan soalan-soalan peperiksaan UPSR tahun lepas-lepas. Latih tubi ini dapat membiasakan murid-murid dengan bentuk soalan yang telah dikeluarkan20. Kem ini biasanya dijalankan selama tiga hari di sekolah semasa cuti sekolah. Kem Lonjakan UPSR ini biasanya berakhir dengan muhasabah diri kepada murid.
            Seterusnya, bacaan Yaasin dan solat hajat perdana dilakukan supaya murid mendapt keberkatan untuk menghadapi UPSR. Bacaan Yaasin dan Solat Hajat yang akan melibatkan semua calon UPSR selama 40 hari. Manakala Solat Hajat yang melibatkan ibu bapa dan calon UPSR akan diadakan sebelum peperiksaan dijalankan.
            Guru-guru juga mencetak soalan percubaan UPSR negeri-negeri luar Terengganu untuk diberikan kepada murid tahun 6 supaya memperkasakan pengalaman dan kemahiran menjawab soalan UPSR. Sebelum menjelang peperiksaan, program majils titisan ilmu diadakan untuk murid memohon restu daripada guru-guru untuk mempermudahkan urusan menjawab peperiksaan. Majlis ini biasanya diadakan sehari sebelum menjelang UPSR.
 KEJAYAAN DALAM UPSR
Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng mempunyai pasang surut dalam mendapat kejayaan dalam keputusan UPSR.   Untuk 5 tahun berturut-turut iaitu, pada tahun 2010-2014, gred purata sekolah telah mengalami naik turun. Guru-guru penyelaras UPSR telah melakukan satu kajian untuk mengenalpasti tentang kelemahan yang dialami pada tahun tersebut sama ada keputusab melonjak mahupun menurun pada tahun tersebut. Kajian ini dilakukan bagi membaiki setiap kelemahan yang terdapat dalam sesi pembelajaran.
            Bagi tahun 2010, terdapat seramai 81 orang calon yang telah menduduki peperiksaan. Daripada 81 orang calon, hanya 12 orang murid telah mendapat keputusan 5A iaitu peratus yang memperolehi 5A ialah 14.81%. Pada tahun tersebut, peratus lulus minima C ialah 69.1% iaitu 56 orang murid. Gred Purata Sekolah memperolehi 2.61.  
            Bagi tahun 2011, seramai 106 calon yang berdaftar. Peratus yang mendapat 5A pada tahun tersebut ialah 13.21%. 13.21% daripada 106 orang calon ialah 14 murid tahun 6 telah mendapat 5a dalam peperiksaan UPSR. Lulus minima C dalam keputusan tahun tersebut ialah 79 murid dan peratusan ialah 74.53%. Sekolah telah memperolehi gred purata sebanyak 2.19%. Untuk mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman, seramai 54 calon yang memperolehi A. Ini menunjukkan lebih daripada separuh yang mendapat A bagi mata pelajaran Bahasa melayu iaitu 50.9%. Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan pula seramai 42 calon yang mendapat A. Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran yang paling sedikit mempunyai bilangan A iaitu seramai 19 orang. Mata pelajaran Matematik Dan Sains masing-masing memperolehi 40 orang dan 28 orang bagi bilangan yang mendapat keputusan A pada tahun tersebut. Seramai 3 orang murid lelaki dan 11 orang murid perempuan yang mendapat keputusan 5A.
            Antara 14 calon yang mendapat keputusan 5A ialah Abdul Hadi Bin Sawaludin, Ahmad Nabil Haziq Bin Mahadi, Luqman Nur Hakim Bin Fadli, Anis Najwa Binti Md Hazani, Adlina Najihah Binti Mohd Pauzi, Farah Minsya Binti Kamarulzaman, Serta Maizatul Akmal Asyikin Binti Mohd Azmi. Selain itu, Nik Ain Mardhiah Binti Nik Ahmad Syukri, Nur Afiqah Binti Syarifuddin, Nur Alia Syakirah Binti Mat Zaki, Nur Fadzillah Syazwani Binti Hasabullah, Nur Ain Syuhada Binti Aduka, Nurin Ismahani Binti Hamizon dan Umi Iylia Naswa Binti Fauzi. 
            Tahun 2012 pula, seramai 94 orang murid yang menduduki peperiksaan UPSR. Bilangan calon pada tahun 2012, telah berkurang seramai 12 orang daripada tahun sebelumnya. Bilangan yang memperolehi 5A pada tahun tersebut telah berkurang kepada 6 orang iaitu 3 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan. Tahun ini menunjukkan peratus 5A telah menunjukkan jatuh yang merundum kepada 6.38%. Manakala 59 orang calon telah lulus minima C. Calon yang lulus minima C telah menurun sebanyak 20 orang daripada 79 orang calon pada tahun 2011. Peningkatan lulus minima C menunjukkan bahawa peratus yang lulus minima C telah menurun kepada 62.7%. gred purat sekolah telah menurun kepada 6.34.
            Calon yang mendapat keputusan 5A pada tahun 2012 ialah Asyraf Syahizan Iman B Saharuddin, Muhammad Athif Fahmi B Ahmad Ridhuan, Muhammad Hakimi Mustaqim B Muhammad Amizan. Nurul Hannan Bt Mohd Ali, Nurul Syafiqah Bt Md Jaafar dan Siti Amirah Athirah Bt Mohd Azhar.  
Di samping itu, untuk tahun 2013, seramai 19 orang murid daripada 107 calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan telah memperolehi 5A. Peratus yang memperolehi 5A ialah 17.76%. peratus ini menunjukkan telah berlaku peningkatan sebanyak 11.38%. Calon yang lulus minima C pada tahun ini, telah meningkat sebanyak 39 orang iaitu daripada 59 orang calon pada tahun 2012 kepada 80 orang calon pada tahun 2013. Peratus calon yang mendapat lulus minima C telah meningkat kepada 74.77%. Dengan peratus calon yang memperolehi 5A meningkat dan calon yang lulus minima C telah meningkat, gred purata sekolah telah meningkat kepada 2.02.
            Peperiksaan UPSR pada tahun lepas iaitu 2014, telah menimbulkan perasaan yang kacau bilau kepada murid.  Peperiksaan UPSR untuk mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris pada tahun lepas dilakukan dua kali kerana peperiksaan yang pertama telah dibatal berikutan dengan kertas peperiksaan mata pelajaran yang bocor. Berikutan dengan kejadian ini  juga terpias dengan keputusan UPSR pada tahun 2014. Pada tahun 2014, seramai 92 orang calon yang akan menduduki peperiksaan. Daripada 92 orang calon, seramai 12 orang murid telah berjaya mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan. Peratus bilangan calon yang mendapat 5A ialah 13.04%. Bilangan murid yang mendapat keputusan lulus minima C seramai 70 orang. Ini menunjukkan penurunan sebanyak 10 orang murid daripada tahun sebelum itu. Peratus murid lulus minima C ialah 76.09%. Pada tahun lepas, sekolah mendapat gred purata sekolah 2.16.
            Antara pelajar yang mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan pada tahun lepas ialah Ahmad Fathi Bin Mohd Nawawi, Ahmad Khalish Bin Mohd Zulnaidi, Aimi Nazihah Binti Ahmad Nazri, Aina Fakriyah Binti Pauzi, Anis Nur Izzati Binti Md Hazani, Hana Munirah Binti Yusof. Selain itu, Muhammad Khalil Bin Ramli, Nor Alyana Binti Ibrahim, Nur ‘Irdina Insyirah Binti Jamaludin, Nurul Ain Aida Binti Abdul Hadi, Nurul Anis Binti Mohd Ali serta Nurul Izzati Binti Norlia@Zulkifli.     
 PENUTUP
            Kesimpulannya,kajian ringkas ini,agar dapat mengetahui hal-hal berkaitan dengan sejarah pendidikan seperti penubuhan SK Bukit Tok Beng yang mempunyai cabaran untuk mendirikan sebuah sekolah yang akan memimpin dan mendidik anak tempatan kearah masa depan yang cerah.
            Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada kemajuan SK bukit tok beng adalah natijah daripada semangat guru besar, barisan pentadbiran serta guru-guru yang sentiasa bertanggungjawab untuk melahirkan murid yang berjaya dari segi akademik dan kokurikulum.
                           
 BIBLIOGRAFI

Buku rujukan Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng 2015
Majalah sekolah, Unit Bimbingan Dan Kaunseling
Takwim tahunan aktiviti  Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng
Wawancara 1, Encik Ramli Bin Rani, 570202-11-5151, Kampung Seberang Takir, 29 Januari 2015.
Wawancara 2, Encik Azuddin Bin Abu Bakar, 651011-11-5161, Kampung Bukit Tok Beng, 29 Januari 2015
                                            

     



SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG MENGKUANG
Pengenalan
Menurut kamus Wikipedia, pendidikan rendah bermula dari tahun 1 hingga tahun 6, dan menerima kemasukan kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 12 tahun. Hanya pendidikan di sekolah rendah diwajibkan dalam undang-undang. Oleh itu, pengabaian keperluan pendidikan selepas sekolah rendah tidak melanggar undang-undang. Sekolah rendah dan sekolah menengah diuruskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tetapi dasar yang berkenaan dengan pengajian tinggi diuruskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) yang ditubuhkan pada tahun 2004. Pada akhir tahun persekolahan sekolah rendah, ujian awam diadakan bagi menilai prestasi murid-murid. Ujian awam pada peringkat sekolah rendah dinamakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Pelajar yang telah menduduki UPSR, dibenarkan melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah.1
Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib dalam Sistem Pendidikan Malaysia. Sejak tahun 2003, kerajaan memperkenalkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran yang berkenaan dengan Sains dan Matematik. Sekolah rendah awam di Malaysia terbahagi kepada dua jenis, iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Kurikulum di kedua-dua jenis sekolah rendah adalah sama. Perbezaan antara dua jenis sekolah ini ialah bahasa pengantar yang digunakan. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan. Bahasa Tamil atau bahasa Mandarin digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Jenis Kebangsaan. 2
Latar belakang dan sejarah penubuhan SK Padang Mengkuang
Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang (SKPM) ialah salah satu sekolah rendah ditubuhkan pada tanggal 16 Jun 1997 bersamaan 10 Safar 1418 dan nama SK Padang Mengkuang mula terukir dalam senarai nama-nama sekolah di dalam Daerah Marang khususnya dengan menggunakan kod sekolah TBA4024 dan berada dalam kategori gred A. Pada peringkat awal penubuhannya, SK Padang Mengkuang telah memulakan operasinya buat sementara waktu di SK Bukit Payong dan lakaran sejarah telah terukir sekali lagi pada   5 Oktober 1997 apabila SK Padang Mengkuang, secara rasminya, telah memulakan operasi di lokasi yang sebenar terletak kira-kira 17 kilometer dari ibu negeri Terengganu iaitu Kuala Terengganu dan 24 kilometer dari Bandar Marang. Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Gong Kekabu, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman, Malaysia. Sekolah ini mempunyai keluasan kawasan kira-kira 4.846 hektar di Daerah Marang dan telah dikategorikan sebagai Sekolah Rendah Kategori Luar Bandar.3
Pada 5 Oktober 1997, SK Padang Mengkuang telah menerima 17 orang guru termasuk Guru Besar iaitu Tuan Haji Laui bin Ismail selaku pelopor yang bakal menjulang nama SK Padang Mengkuang ke peringkat yang tertinggi. SK Padang Mengkuang mempunyai keanggotaan seramai 68 orang guru pada Mei 2009 termasuk Guru Besar iaitu Encik Abdul Raki bin Abdullah yang mula menerajui sekolah ini pada Mac 2009 dan 11 orang kakitangan serta pelajar seramai 894 orang sekaligus menjadikan SK Padang Mengkuang sebagai sebuah sekolah Gred A yang terbesar di Daerah Marang. Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang memiliki 462 pelajar lelaki dan 434 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 896 orang. Ia mempunyai seramai 65 orang guru. 4
Pada tahun 2014, pihak pentadbiran SK Padang Mengkuang terdiri daripada Guru Besar iaitu Puan Mahshuri binti Ismail manakala Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) ialah Encik Si Mirah bin Mkmat. Manakala, Guru Penolong Kanan 1 yang bertanggungjawab dalam jawatankuasa SK Padang Mengkuang ialah Encik Mohd Noor Bin Zakaria. Guru Penolong Kanan Kokurikulum pula ialah Encik Alias Bin Mohamad dan Puan Sa’ayah Binti Abu Bakar, selaku Guru Penolong Kanan PPKI. 5
Pada 27 Mac 1998, Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) telah ditubuhkan berdasarkan komitmen daripada semua pihak bagi memantapkan lagi sesebuah organisasi dan Mesyuarat Agung PIBG yang pertama telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu iaitu Datuk A. Rahim bin Tahir. Pihak PIBG telah banyak memainkan peranannya bersama-sama pihak sekolah dalam memartabatkan nama SK Padang Mengkuang sehingga mencapai kejayaan dalam semua peringkat yang dipertandingkan. SK Padang Mengkuang telah mencipta visi dan misi yang ke arah kecemerlangan untuk membentuk generasi yang berkualiti di masa hadapan. Visi SK Padang Mengkuang ialah “Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang”, manakala misi SK Padang Mengkuang ialah “Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti”. 6
Budaya Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang ialah perkongsian misi dan visi sekolah, penekanan kepada budaya kecemerlangan dalam semua bidang. Seterusnya, budaya SK Padang Mengkuang ialah meningkatkan daya kreativiti dan inovasi serta merancang strategik sekolah supaya perjalanan sekolah berjalan dengan lancar. Penetapan Key Performances Indicator (KPI) dan budaya kerja berpasukan serta penekanan kepada ‘out-put based and quality based’ telah menjadi budaya SK Padang Mengkuang. Seterusnya, ekspektasi yang tinggi dan cakna terhadap kecemerlangan pelajar, ‘Murid didahulukan Pencapaian diutamakan’, menepati masa dalam tugas dan persekitaran yang ceria memberi keseronokan bekerja turut termasuk dalam budaya sekolah. 7
Pelbagai inovasi dan penanda aras sekolah telah dibentuk dalam SK Padang Mengkuang iaitu pengurusan sekolah, dokumentasi program, pengurusan pusat sumber, program NILAM, pengurusan 3K. Amalan B3k turut diamalkan dalam bilik darjah iaitu kebersihan, keselamatan & keceriaan dalam bilik darjah. Kantin juga turut mengamalkan amalan K5k iaitu keceriaan, keselamatan, kebersihan, kelazatan dan kenikmatan, manakala, tandas telah ditetapkan amalan T5s iaitu selamat, selesa, sihat, segar dan sejahtera. 8
Kemudahan prasarana di SK Padang Mengkuang
Kini, dalam menyediakan prasarana yang lebih lengkap dengan persekitaran yang membudayakan ilmu yang cukup kondusif untuk segala bentuk aktiviti, bangunan baru yang serba lengkap dan canggih telah siap dibina dan mula beroperasi pada Januari 2004. Bangunan-bangunan yang telah dibina tersebut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti perpustakaan serta bilik-bilik khas yang lebih canggih. Di bangunan baru ini, pihak sekolah ingin menjadikan SK Padang Mengkuang ini sebagai sekolah pintar yang mempunyai sistem rangkaian yang lengkap. 9
Bermula tahun 2011, SK Padang Mengkuang telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur iaitu sebanyak 28 buah bilik darjah, 2 buah bilik seminar atau bilik mesyuarat, 2 buah prasekolah iaitu Pra Gemilang dan Pra Cemerlang serta 2 buah bilik PKIBP (5 buah kelas beroperasi). Sebanyak 4 buah bilik pembelajaran maya telah disediakan, sebuah perpustakaan, bilik SAL (Self Access Learning), bilik PPDa (Pendidikan Pencegahan Dadah), 2 buah bilik J-Qaf, bilik pemulihan, mini muzium, bilik akses/bestari, dewan terbuka, bilik kesihatan, bilik kaunseling, bilik linus dan 2 buah surau. Kemudahan ICT turut disediakan di SK Padang Mengkuang iaitu sebanyak 2 buah makmal komputer, makmal LMS (Learning Management System), pusat akses dan 8 buah kelas maya. Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan kemudahan infrastruktur yang turut terdapat di SK Padang Mengkuang yang terdiri di dalamnya ialah perpustakaan, bilik SAL/makmal bahasa, bilik tayang dan bilik warisan (mini muzium). 10
Sejarah penubuhan Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang
Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang (SKPM) dibuka pada tahun 1997 iaitu sama dengan pembukaan sekolah ini. Pada peringkat awal, unit asas Pusat Sumber iaitu perpustakaan dibuka terlebih dahulu dengan menempatkan koleksi-koleksi buku yang amat sedikit jumlahnya. Kedudukan kewangan dan faktor tempoh masa pembukaan sekolah yang baru sedikit sebanyak menyebabkan koleksi bahan untuk pengajaran dan pembelajaran sekolah ini masih lagi berkurangan serta tidak mencukupi. Pada tahun yang sama, pihak sekolah juga membuka bilik ABM dan Bank Soalan. Bank Soalan dibuka untuk kemudahan guru-guru untuk melaksanakan proses pengujian dan penilaian di sekolah. Pada tahun 2001, Bilik Tayangan telah dibuka dengan bantuan kewangan pihak PIBG dan sumbangan pihak luar. Dengan pembukaan bilik berkenaan, PSS di sekolah ini telah mempunyai komponen pusat sumber yang lengkap untuk beroperasi dengan sempurna dan berkesan. Pada tahun 2004, blok bangunan baru yang mengandungi bilik-bilik khas telah siap untuk digunakan. Pada akhir bulan Januari 2004, PSS berpindah sepenuhnya ke bangunan baru. 11
Pelan Strategik Kemajuan SK Padang Mengkuang
Pelan strategik kemajuan sekolah turut dirancang oleh pelbagai pihak yang bertanggungjawab bagi menjayakan segala aktiviti untuk mencipta kejayaan dalam bidang akademik, ko-akademik dan ko-kurikulum di SK Padang Mengkuang. Antaranya ialah pelan pengurusan dan pentadbiran melalui penetapan KPI, kecekapan dalam mengurus kewangan dan perjumpaan bulanan (KEMANDIRAN) antara pihak pengurusan sekolah. Pembangunan staf, pemuafakatan sekolah melalui komuniti ; memasyarakatkan guru, menggurukan ibu bapa dan learning of organization juga menjadi salah satu pelan perancang kemajuan sekolah dalam bidang pengurusan. 12
Melalui pelan strategik ko-akademik, Pelan Transformasi Kecemerlangan Akademik (PETA) dan program RAPID telah diusahakan oleh pihak pentadbiran sekolah.selain itu, penetapan Key Performance Indicator (KPI), program LINUS, program PKKIBP, program Pra Sekolah, program Ko-Kurikulum juga merupakan inisiatif yang dirangka oleh pihak pengurusan bagi memajukan SK Padang Mengkuang. Post mortem OTI telah dijalankan oleh guru-guru supaya pihak sekolah dapat sentiasa memastikan kestabilan akademik para pelajar di sekolah tersebut. 13
Seterusnya, pelan strategik kemajuan sekolah juga terdiri daripada pemantauan kemajuan dan menjangkakan kemajuan pelajar, satu Kursus Profesionalisme Satu Panitia Mata Pelajaran, satu Kajian Tindakan Satu Panitia Mata Pelajaran dan satu Mata Pelajaran Satu Kelas Tambahan (Tahun 5 Sahaja). Melalui bahagian Hal Ehwal Murid (HEM) pula, Pengurusan Agihan Bantuan pelajar, Program Cahaya Iman (PCI), Program Bulan Disiplin, Program Bulan Membaca dan Nilam dan Perkhemahan Ibadat dan Bestari Solat merupaka salah satu inisiatif yang dibentuk oleh pihak pengurusan dan pentadbiran SK Padang Mengkuang untuk mencapai kemajuan di kalangan para pelajar. 14
Di samping itu, bidang ko-kurikulum turut mengatur beberapa strategi untuk meningkatkan kemajuan dalam bidang tersebut dan menjadi salah satu pelan strategik kemajuan sekolah. Antaranya ialah, melalui Bitara Permainan, Perkhemahan Badan Beruniform, Sukan Tara dan Sukan Tahunan Sekolah, program 1 Sukan 1 Murid dan sistem Rumah Sukan yang sistematik. 15
Pencapaian dalam bidang pengurusan dan pentadbiran sekolah
Pada tahun 2004, dalam bidang pengurusan & pentadbiran, SK Padang Mengkuang telah mencipta nama dalam Anugerah Pusat Sumber Gemilang peringkat Kebangsaan dengan mendapat johan dalam pertandingan tersebut. Pada tahun berikutnya, iaitu tahun 2006, SK Padang Mengkuang mendapat johan dalam Anugerah Pengurusan Kafa Terbaik bagi peringkat Negeri, johan dalam Anugerah Pengurusan Kokurikulum bagi dan juga johan dalam Pertandingan 3K (Kebersihan, Keselamatan & Keceriaan) dalam peringkat Daerah. Pada tahun 2007, pelbagai kejayaan yang telah ditempa oleh SK Padang Mengkuang melalui bidang pengurusan & pentadbiran sekolah iaitu johan dalam Pertandingan Iklim Penyungguhan Kendiri peringkat Negeri, mendapat anugerah khas Sekolah Cemerlang UPSR dan Anugerah Pelajar Terbaik UPSR bagi peringkat Negeri. Pencapaian SK Padang Mengkuang tidak terhenti hanya pada tahun 2007 malah turut meraih beberapa pencapaian terbaik pada tahun berikutnya. Pada tahun 2009 dalam bidang pengurusan & pentadbiran sekolah, SK Padang Mengkuang sekali lagi mendapat tempat dalam Pertandingan 3K (Kebersihan, Keselamatan & Keceriaan) iaitu naib johan dalam peringkat Kebangsaan dan johan bagi peringkat Negeri dalam Pengurusan Kantin Terbaik. 16
Seterusnya, anugerah khas turut diraih oleh SK Padang Mengkuang melalui Pertandingan Pengurusan Pergigian Pelajar peringkat Negeri dan turut mendapat anugerah khas dalam Anugerah Pengurusan PPDa (Pendidikan Pencegahan Dadah) peringkat Kebangsaan pada tahun 2010. Di samping itu, SK Padang Mengkuang turut meraih johan bagi peringkat Daerah dalam Anugerah Kantin Bersih, Anugerah 3K (Kebersihan, Keselamatan & Keceriaan) dan Anugerah Pengurusan Tandas serta mendapat naib johan dalam Pertandingan Pusat Sumber pada tahun yang sama. Pada tahun 2010 juga, SK Padang Mengkuang mendapat johan dalam Pertandingan Premis Makanan Bersih Anjuran KKM & KPM peringkat Negeri. 17
Dalam Pertandingan Premis Makanan Bersih Anjuran KKM & KPM pada tahun 2011, naib johan telah disandang oleh SK Padang Mengkuang dalam peringkat Kebangsaan dan turut mendapat saguhati peringkat Negeri dalam Pertandingan 3K (Kebersihan, Keselamatan & Keceriaan) dan meraih johan bagi peringkat Negeri dalam Pengurusan Terbaik PKIBP (Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran). Melalui Pertandingan Kebersihan Kawasan Sekolah, SK Padang Mengkuang mendapat naib johan peringkat Negeri dan seterusnya turut mendapat naib johan peringkat Kebangsaan dalam Pertandingan Kantin Bersih. Dalam tahun yang sama, SK Padang Mengkuang telah penarafan 4 Bintang dalam SSQS (Smart School Qualification Standard) peringkat Kebangsaan. Pihak Unit Pengurusan Sekolah Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) telah memuat naik gambar-gambar Perkongsian-Selayang Pandang SK Padang Mengkuang ke laman web Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu bersempena dengan lawatan penilaian dan pemantauan Anugerah Pengurusan Cemerlang Kategori Sekolah Rendah, Hari Guru 2011, dan sudut-sudut yang boleh dinikmati serta dikongsi di SK Padang Mengkuang, Marang, Terengganu. 18
Pada tahun 2012 juga, SK Padang Mengkuang mendapat johan dalam Pertandingan 3K (Kebersihan, Keselamatan & Keceriaan) Kawasan Sekolah peringkat Negeri, johan peringkat Kebangsaan dalam Pertandingan 3K (Kebersihan, Keselamatan & Keceriaan) Tandas 1Malaysia Sek. Ren. dan juga johan dalam Pertandingan Kantin Bersih Anjuran KKM peringkat Negeri. Anugerah dalam bidang pengurusan dan pentadbiran sekolah turut dicapai pada tahun 2013 iaitu johan peringkat Daerah dalam Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Terbaik (Sek.Ren.), Anugerah Pengurusan Sekolah Terbaik (Sek.Ren.) dan Anugerah Pengurusan Kantin Terbaik (Sek.Ren.) bersempena dengan Sambutan Hari Guru serta mendapat johan peringkat Daerah dalam Pertandingan 3K (Kebersihan, Keselamatan & Keceriaan). SK Padang Mengkuang telah mendapat penghargaan daripada Bank Simpanan Nasional melalui Program Skim Galakan Simpanan Pelajar (SGSP) yang telah dianjurkan dalam tahun tersebut. Penarafan 4 Bintang (69.96%) dalam Smart School Qualification Standard (SSQS) oleh Pejabat Pendidikan Daerah Marang dan penarafan 5 Bintang dalam Indeks Quality PSS (IQ-PSS) oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu, Kementerian Pendidikan Malaysia. 19
Pihak Bank Simpanan Nasional turut memberi penghargaan kepada SK Padang Mengkuang dalam Program Skim Galakan Simpanan Pelajar (SGSP) pada April tahun 2014, dan seterusnya dalam tahun yang sama turut menerima baucer Karnival Pendidikan Negeri Terengganu sebanyak  RM 1000.00 dalam Anugerah Pengurusan 3K Terbaik. Pada 26 Jun 2014, SK Padang Mengkuang mendapat johan dalam Pertandingan Kebersihan Sek. Ren. serta mendapat naib johan kategori sekolah rendah dalam Pertandingan Pusat Sumber Cemerlang peringkat Negeri Terengganu oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu. 20
Pencapaian SK Padang Mengkuang dalam bidang ko-kurikulum
Bidang kokurikulum SK Padang Mengkuang berada dalam keadaan yang stabil dan momentum kokurikulum dapat dikekalkan. Antara sumbangan pelajar SK Padang Mengkuang terhadap peningkatan sekolah dari segi kokurikulum ialah apabila para pelajar layak ke peringkat negeri, kebangsaan dan ke peringkat antarabangsa. Antara pencapaian sukan terbaik SK Padang Mengkuang ialah melalui penyertaan Wan Muhammad Afiqsyafi bin Wan Suzaini dalam permainan hoki peringkat Antarabangsa 2013, USM-Penang International 2013 pada 5 hingga 8 December 2013 yang berlangsung di Univeristi Sains Malaysia. Seterusnya, pencapaian terbaik SK Padang Mengkuang ialah johan peringkat daerah dalam pertandingan pingpong dan layak bertanding untuk ke peringkat Negeri dan johan Perbarisan Kejohanan Olahraga Daerah Marang serta mendapat naib johan dalam Kejohanan Bola Baling (P) peringkat daerah. Pencapaian terbaik SK Padang Mengkuang juga ialah mendapat tempat ke-3 dalam permainan Hoki City Night Game anjuran Majlis Sukan Negeri Terengganu. 21
Pelbagai pencapaian yang telah dicapai oleh SK Padang Mengkuang dalam tempoh 10 tahun bermula tahun 2004 hingga tahun 2014. Pada tahun 2004, para pelajar yang menyertai Kejohanan Olahraga MSSD Marang di SK Padang Mengkuang telah mendapat johan dalam acara larian 4x200M, naib johan lontar peluru dan saguhati larian 1500M. Selain itu, seramai 16 orang pelajar (8L8P) telah menyertai Perkhemahan PBB Daerah di SK Seberang Marang dan mendapat johan dalam kawad kaki, naib johan malam kebudayaan dan khemah terbaik. Pada 4 Mei 2005, Kejohanan Merentas Desa Daerah Marang diadakan di Marang dan 2 orang pelajar SK Padang Mengkuang masing-masing mendapat naib johan dan saguhati dalam kejohanan itu. Pelbagai pencapaian yang telah diraih pada tahun 2008 iaitu johan kawad kaki peringkat Daerah, johan malam kebudayaan dan kawad kaki dalam Perkhemahan PBB peringkat Daerah dan naib johan kawad kaki peringkat Negeri dalam Perkhemahan PBB (Lelaki) peringkat Negeri . 22
Pada tahun 2010, pencapaian dalam bidang ko-kurikulum ialah johan dalam Pertandingan Kawad Kaki Perempuan peringkat Negeri Terengganu dan tempat ketiga dalam Pertandingan MSSM Daerah Marang. Pada tahun 2011 pula, kejayaan yang telah dicapai ialah johan dalam peringkat daerah iaitu Pertandingan Perbarisan MSSM Daerah Marang dan johan bagi pertandingan Olahragawan Terbaik MSSM Daerah Marang serta turut mendapat johan dalam Majlis Olahraga Daerah Marang (MSSMDM). Pada tahun 2013, pasukan Badan Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia seramai 20 orang telah menyertai Perkhemahan PBB Daerah dan mendapat johan dalam kawad kaki, johan kategori masakan, naib johan malam kebudayaan dan mendapat anugerah khemah terbaik. Melalui Pertandingan Perbarisan PBB Sempena Bulan Kemerdekaan peringkat Negeri, seramai 30 orang pelajar menyertai acara tersebut dan mendapat tempat ketiga dalam pertandingan perbarisan. Pada tahun 2014, seorang pelajar perempuan SK Padang Mengkuang telah mendapat naib johan dalam Pertandingan Sahibba peringkat Negeri, manakala, turut mendapat naib johan dalam Program Pengukuhan Bahasa Inggeris-Piala Yayasan Diraja Sultan Mizan (Sek.Ren.). SK Padang Mengkuang turut dinobatkan sebagai johan kawad kaki dalam Perkhemahan PBB (Perempuan) peringkat Negeri yang berlangsung di Pusat Ko Hulu Terengganu, SMK Menerong. 23
 Pencapaian SK Padang Mengkuang dalam bidang akademik
            SK Padang Mengkuang telah mendapat anugerah sebagai Sekolah Cemerlang UPSR peringkat Daerah pada tahun 2007 yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Haji Idris bin Jusoh selaku Menteri Besar Terengganu pada masa itu. Pada tahun 2008, SK Padang Mengkuang sekali lagi dinobatkan sebagai Sekolah Cemerlang UPSR 2008 kerana melepasi Gred Purata Sekolah Negeri. Melalui pencapaian UPSR, seramai 18 orang pelajar daripada 158 calon SK Padang Mengkuang telah mendapat keputusan 5A pada tahun 2010. Gred Purata Sekolah pada tahun itu ialah 2.35. Pada tahun 2011, berlaku peningkatan dalam GPS berbanding tahun sebelumnya iaitu 2.16 kerana seramai 27 calon daripada 143 calon UPSR telah mendapat semua A dalam mata pelajaran dan seramai 14 calon mendapat keputusan 4A1B pada masa itu. 24
Jumlah calon yang mendapat 5A UPSR pada tahun 2012 hanya seramai 9 orang daripada 121 calon dan mencatat sejarah apabila menjadi tahun yang paling minimum bilangan calonnya mendapat semua A UPSR. Pada tahun 2013, seramai 22 calon daripada 120 calon UPSR mendapat 5A dan GPS pada tahun itu ialah 2.23. Dengan GPS sebanyak 2.13, seramai 23 calon daripada 126 calon UPSR pada tahun 2014 mendapat 5A dan 11 orang mendapat 4A1B dengan peratusan 8.73 %. SK Padang Mengkuang telah menetapkan sasaran pencapaian 5A UPSR pada tahun 2015 iaitu seramai 30 orang dan mencapai GPS sebanyak 2.00 serta bilangan calon minimum C ialah seramai 106 daripada 120 calon dengan peratusan sebanyak 88.33%. Sumbangan pelajar SK Padang Mengkuang terhadap peningkatan sekolah dari segi akademik ialah straight A UPSR terbaik Daerah Marang tahun 2014 dari segi bilangan semua A dan menjadikan SK Padang Mengkuang sebagai Sekolah Takungan Terbaik Sek-Sek Daerah Marang. 25
Anugerah Khas, SK Padang Mengkuang di dada akhbar
            Kejayaan SK Padang Mengkuang banyak terpapar di dalam akhbar dan sekaligus menaikkan nama sekolah tersebut. Antara kejayaan yang terpapar di dada akhbar ialah dua orang pelajar SK Padang Mengkuang, Aimi Muneera dan Liyana Nabila telah mendapat anugerah sebagai Tokoh Nilam Negeri Terengganu pada tahun 2008. Seramai 31 murid sekolah rendah dan 17 pelajar sekolah menengah dipilih pada sesi pemilihan peringkat akhir yang dianjurkan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu. Dalam Utusan Malaysia, 5 November 2008, galakan guru untuk memperkasakan dan menambah minat terhadap tulisan Jawi mendorong tujuh pelajar SK Padang Mengkuang memenangi tempat ketiga dan saguhati dalam pertandingan Buku Skrap Jawi. Dalam pertandingan tersebut, seorang pelajar tahun satu, Siti Aqilah berjaya mendapat tempat ketiga dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM50 seorang. Seterusnya, kejayaan yang terpapar di laman akhbar Sinar Harian pada 3 Mac 2009 ialah seorang pelajar tahun 5, Amy Adyrra telah mendapat johan dalam Pertandingan Bercerita Kisah Rasulullah dan Sahabat sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri. 26
Usaha-usaha dan aktiviti SK Padang Mengkuang
            Pada awal bulan April 2008, pertandingan kelas bersih (MAC) diadakan dan mesyuarat agung rumah-rumah sukan yang diselia oleh guru penyelaras. Majlis khatam Al-Quran dan program Ihya’ Ramadhan diadakan pada September 2009 dan turut berlangsungnya sambutan aidilfitri peringkat sekolah dalam tahun tersebut. Pada tahun 2010, aktiviti yang dilakukan SK Padang Mengkuang ialah gotong royong perdana dengan penyertaan 371 orang, semua pelajar tahap 2 dari 5 unit beruniform sekolah. Turut diadakan iaitu kembara kampung berbasikal sebagai aktiviti kokurikulum SK Padang Mengkuang dalam tahun yang sama dengan 100 pelajar tahap 2. Pertandingan bercerita Kelab Bahasa Melayu merupakan salah satu aktiviti atau program SK Padang Mengkuang yang berlangsung pada 4 Februari 2010. 27
Antara aktiviti yang berlangsung di SK Padang Mengkuang awal tahun 2012 ialah program motivasi suaikenal antara para pelajar, kursus kepimpinan Pengawas-Pengawas Sekolah dan program ceramah kesihatan. Selain itu, jamuan Hari Raya Aidilfitri turut diadakan kepada semua warga SK Padang Mengkuang pada tahun 2012 dan ianya merupakan salah satu aktiviti atau program sekolah yang dijalankan pada tahun tersebut. Pemeriksaan mengejut buku-buku teks telah dilakukan oleh S/U SPBT pada bulan September 2012. Antara program lain yang turut dilakukan dalam SK Padang Mengkuang ialah pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik dan ceramah motivasi patriotik pada 2/9/2014 bermula pukul 2.00 hingga 4.00 petang. Antara pelajar yang terlibat ialah semua pelajar tahap 2 iaitu seramai 371 dari 5 unit beruniform. Sepanjang bulan Oktober tahun 2014, 127 pelajar tahun 6 terlibat dengan aktiviti pasca UPSR yang diadakan di SK Padang Mengkuang. Antara skop aktiviti tersebut ialah memasak, kawad kaki, persembahan, kebudayaan, keceriaan dan sudut info unit beruniform. Pada 13 hingga 15 November 2014, perkhemahan PBB sekolah diadakan dengan penglibatan seramai 200 pelajar tahap 2 dari 5 unit beruniform. 28
 KESIMPULAN
Konklusinya, sepanjang hampir 2 bulan melakukan kajian ini, akhirnya kajian ini dapat disiapkan dengan jayanya dalam tempoh yang ditetapkan. Melalui kajian ini, banyak yang dapat saya pelajari. Sebagai contoh, saya mendapat banyak pengalaman melalui kaedah temubual dan pemantauan yang dilakukan bagi memperoleh segala maklumat yang diperlukan. Selain itu, melalui kajian ini juga, saya dapat mengetahui dengan lebih terperinci mengenai latar belakang dan sejarah penubuhan SK Padang Mengkuang serta visi dan misi penubuhan sekolah tersebut. Saya juga dapat mengetahui tentang pencapaian sekolah dalam pelbagai bidang serta usaha dan aktiviti yang dilakukan di SK Padang Mengkuang dengan membuat analisis yang diberikan dalam bentuk dokumen, laman web dan sebagainya. Di samping itu, pengurusan dan pentadbiran sekolah berjalan dengan lancar dan kukuh sehingga dapat mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Tenaga pengajar memainkan peranan yang sangat penting dalam meningkatkan lebih banyak kejayaan sekolah dan mengekalkan prestasi cemerlang sekolah tersebut. Oleh itu, dengan penubuhan sekolah tersebut pastinya dapat  melahirkan pelajar yang berbakat cemerlang hasil daripada teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sekaligus melahirkan individu yang mampu menjadi tonggak pembangunan negara dan meningkatkan pembangunan modal insan yang berkualiti untuk generasi masa hadapan.


Bibiliografi
Alias bin Mohamad, Penolong Kanan Kokurikulum SK Padang Mengkuang, wawancara pada tarikh 28 Januari 2015, hari Rabu pada pukul 3.30 p.m.
Mahshuri binti Ismail, Guru Besar SK Padang Mengkuang, wawancara pada tarikh 26 Januari 2015, hari Isnin pada pukul 12.30 p.m.
Buku Dokumentasi Pengurusan dan Pentadbiran SK Padang Mengkuang 2015
Borang Pelaporan Aktiviti Kokurikulum Sekolah 2014 dari unit Penolong Kanan Kokurikulum SK Padang Mengkuang, Encik Alias bin Mohamad
Sijil Pencapaian Johan Dalam Pertandingan Kebersihan Sekolah Rendah Sekolah-Sekolah Daerah Marang Tahun 2014
Sijil Penghargaan mewakili Negeri Terengganu dalam Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Kategori Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan Tahun 2009
Sijil Kepujian Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu atas Prestasi Cemerlang dalam Anugerah Pengurusan 3K Terbaik Tahun 2009
Sijil Penghargaan mewakili Negeri Terengganu dalam Pertandingan 3K Kategori Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan Tahun 2009
Sijil Penghargaan dalam Menjayakan Lawatan Motivasi Kepada Para Peserta Kembara Ilmu di Pantai Timur (Terengganu & Kelantan) Tahun 2014
Sijil Penyertaan mewakili Terengganu, Wan Muhammad Afiqsyafi bin Wan Suzaimi dalam USM-Penang International Hockey pada 3-8 Disember 2013

 
















Komentar

  1. Numpang promo ya Admin^^
    ayo segera bergabung dengan kami di ionqq^^com
    dengan minimal deposit hanya 20.000
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~

    BalasHapus

Posting Komentar

Postingan populer dari blog ini

P2 bab 3

BEPANG DAN SEJARAH KULINARI

PULAU DUYUNG ADALAH LIDAH NEGERI TERENGGANU