Bukit Puteri - Alkisah Puteri Bunian
Sang Pemimpi
Tuan
puteri berbaju serong
Tuan
puteri bersanggol sendeng
Tuan
puteri bersubang gading
Tuan
puteri berselendang kuning
Nama asal Bukit Puteri ini tidak dapat dikesan tetapi dalam persejarahan Terengganu ada dinyatakan Bukit Puteri itu telah pun wujud sejak abad ke-16 lagi. Nama gelaran yang diberikan pada Bukit Puteri yang tetap teguh hingga ke hari ini, yang sebenarnya sudahpun diguna dan diketahui ramai tentangnya sebelum Sultan Zainal Abidin yang pertama menaiki takhta dan menerajui pemerintahan negeri Terengganu. Bukit Puteri Kuala Terengganu terletak berhampiran Pasar Besar Kedai Payang, tidak perlu diperkenalkan lagi kepada masyarakat Terengganu yang sedia maklum lokasi itu penuh dengan kisah dan bahan sejarah.
Dengan
kedudukannya yang menghala ke Kuala Sungai Terengganu dan ketinggian lebih
kurang 200meter berserta berkeluasan kira kira 0.688 hektar, Bukit Puteri ini
menjadi salah satu daripada tempat tempat bersejarah yang tidak kurang
pentingnya bagi peminat sejarah dan lokasi kunjungan pelancong. Bukit Puteri
juga menyimpan berbagai kisah atau peristiwa yang berlaku, baik di puncaknya
mahupun dikawasan sekitarnya. Ini membuktikan kepentingan tempat ini
kepada Kerajaan Terengganu bagi menghadapi musuh-musuh daripada luar khususnya
yang datang dari arah laut.
Seindah
Nama, kisah yang berlingkar isebalik kewujudan Bukit puteri ini juga penuh
dengan lengenda dan mitosnya tersendiri.
Terdapat
beberapa pendapat mengenai asal muasal nama Bukit Puteri
Asal usul sebenar kewujudan Bukit Puteri itu tidak dapat
dipastikan, tetapi menurut cerita orang tua tua, asalnya pada zaman dahulu
bukit ini merupakan kerajaan bagi puteri puteri jin atau tempat tinggal Puteri
Bunian. Puteri ini mempunyai pelbagai perkakas majlis keramaian dan
perkahwinan.Menjadi kelaziman bagi penduduk berdekatan meminjam perkakas itu
apabila ingin melangsungkan sesuatu majlis. Pada masa itu, telah
menjdi kelaziman penduduk kampung sentiasa datang untuk meminjam peralatan
seperti pinggan mangkuk untuk majlis perkahwinan atau majlis keramaian.
Malangnya, akibat
tidak memulangkan kembali peralatan yang dipinjam dan mengganti semula
peralatan yang rosak dan pecah. Akibat kecewa dengan
sikap penduduk menyebabkan Tuan Puteri kecewa, Tuab Puteri merajuk dan melarikan diri dari Bukit Puteri, melarikan diri ke sebuah bukit di daerah Besut.Iaitu berpindah ke Bukit Bintang di sempadan
Setiu-Besut. (ataupun juga Bukit Puteri ) Selepas
peristiwa itu, penduduk kampung sepakat menamakan kawasan itu sebagai Bukit
Puteri.
Menurut penduduk tempatan yang bernama Puan Fatimah (40 tahun, 1994), nama
bukit ini berasal daripada puteri tujuh beradik yang tinggal di puncak bukit
ini1. Dipercayai bahawa tujuh puteri berkenaan adalah penjaga bukit
berkenaan dan ini dikuatkan dengan dakwaan beberapa penduduk yang sering
tercium bau wangi apabila berada di kawasan bukit berkenaan. Bau itu dipercayai
adalah bau puteri-puteri berkenaan. Beliau juga mendakwa bahawa penduduk
tempatan mempercayai lagu “Ulek Mayang” juga berkaitan dengan ketujuh-tujuh
puteri terbabit.
“Bukit ini dipercayai didiami oleh puteri
bunian”. Kisah puteri Bunian yang mendiami bukit Puteri ini adalah satu
kisah lenganda atau mitos yang bermain dikalangan penduduk setempat.
Adapun mengikut sumber sumber
lain, dikatakan pada kurun ke-17, orang yang bertanggunjawab membuka Bukit
Puteri ialah Tuk Raja Menteri. Tuk raja Menteri daripada Johor telah datang ke
Terengganu bersama sama beberapa orang pengawai,yang terdiripada Megat Mendali
dan saudaranya Megat Manikam serta Megat Atut.Selain membantu Tuk Raj Menteri
membuka Bukit Puteri, mereka juga dikatakan membuka beberapa kawasan lain,
mislanya Megat Mendali telah membuka Pelong, Megat Manikan telah membuka
Tanjung Batu ( kini dikenali sebgai Hulu Terengganu) dan Megat Atut yang juga
di gelar Tuk Pak Laris telah ke Langkat. Begitulah seadanya….lagipun Sultan
Zainal Abidin 1 merupakan waris atau berketurunan Tun Katib Abdul Jalil,
Bendahara Paduka Seri Maharaja, Bendahara ke XIX Johor, Bendahara Padang
Saujana2 berputerakan sultan zainalabidin 1 .Tun Raja Menteri datang
dengan tujuan menlantik Sultan Zainal Abidin sebagai Sultan Terengganu yang
pertama.
Pendapat lain menyatakan, sememangnya bukit
ini telah lama dikenali sebagai Bukit Puteri, semenjak beratus tahun yang
lampau3. Dikatakan Datuk Bendahara Padang Saujana Johor telah menghantar
Megat Seri Rama disertai Paduka Raja bertujuan untuk menjalankan pemerintah diTerengganu.
Menurut Megat Seri Rama, ketika tiba ke Terengganu,mereka berdua mendapati
bahawa bukit ini telah dikenali sebagai
Bukit Puteri dan sudahpun dikenali ramaiterutama bagi penduduk setempat Kuala
Terengganu. Kehadiran seorang tokoh yang bernama Tok Bukit Menteri daripada
Johor datang membuka bukit ini. Pada mulanya bukit ini digelar Bukit Menteri,
tetapi kelamaan kerana dialek tempatan, nama berkenaan bertukar menjadi Bukit
Puteri.
Alkisah terjadinya perang saudara
Sewaktu
zaman pemerintahan Kesultan Terengganu, Bukit Puteri ini telah diubahsuai
dengan binaan binaan tertentu. Ia telah digunakan sebagi benteng utama bagi
kubu pertahanan perang saudara yang telah tercetus diantara jangka mangsa
pemerintahan ketiga tiga sultan iaitu Sultan Mansur II pada 1831 sehingga 1836, Sultan Muhamad I
(1836-1839) dan Sultan Umar (1839-1876). Bukit
ini menjadi tempat penting dalam peranag Saudara Terengganu, dan menjadi
rebutan kerana lokasinya yang strategik dan merupakan pusat pertahanan negeri.
Bukit ini dikatakan berfungsi sebagai sebuah
kubu yang menjadi benteng perthanan ketika tercetusnya perang saudara sekitar
tahun 1831 hingga 1839 itu.
Sekitar 1831-1839, berlaku perebutan
kuasa yang menjurus kepada satu perperangan saudara di antara tiga pihak yang
ingin menguasai pentadbiran Terengganu Darul Iman. Peristiwa ini dikenali
sebagai Perang Saudara Terengganu.
Retenten kejadian
Kisah perang saudara ini bermula
sekitar tahun 1831, Peristiwa tersebut berlaku di antara Baginda Umar( Tengku
Omar), dengan Sultan Mansur Syah II( Tengku Mansor ) dan Sultan Muhammad Imengenai
siapa yang harus memegang tampuk pemerintahan Terengganu waktu itu. Dalam
Perebutan kuasa tersebut Sultan Omar telah menggunakan Bukit Puteri sebagai
kubu bagi menghalang Sultan Mansur syah yang ketika itu berkubu di kawasan
Balik Bukit. Perbalahan ini membawa kepada rundingan yang akhirnya telah
membawa keputusan keluarga diraja istana bahawa Tengku Mansur dilantik menjadi
Sultan Terengganu manakala Tengku Umar dilantik sebagai Yang Di Pertuan Besar.
Namun, peristiwa berkenaan tidak
selesai, sikap kepahlawanan dan ditambah dengan pertelingkahan sedia ada telah
membawa Terengganu ke perang saudara melibatkan pihak Tengku Umar dan Tengku
Mansur.
Tengku Umar menggunakan Bukit Puteri
sebagai kubu untuk menghalang serangan Tengku Mansur yang berkubu di Balik
Bukit. Namun, akhirnya Tengku Umar mengalami kekalahan dan terpaksa meninggalkan
Bukit Puteri. Kemudiannya Tengku Umar melarikan diri ke Besut, seterusnya ke
Daik (Kecamatan Lingga, Kabupaten Lingga, Provinsi Kepulauan Riau, Indonesia). Ada
yang mengtakan Tengku Umar disingkirkan ke Kemaman dan akhirnya dibunag negeri
Ke Lingga.
Kemudiannya Tengku Mansur telah ditablkan sebagai Sultan Terengganu dan terus
berkuasa semula di tanah jajahan Terengganu dan memerintah takhta Negeri
Terengganu dengan gelaran Sultan Mansur Shah II. Setelah kemangkatan Sultan
Mansur Shah II, Sultan Muhammad I dilantik menjadi sultan menggantikan ayahnda baginda.
Ketika pemerintahan Sultan Muhammad I ,
Tengku Umar telah kembali dar lIngga. Atapun Dalam masa yang sama, Tengku Umar
kembali dari Daik dan menyerang Terengganu untuk merampas takhta kerajaan.
Berlaku pertempuran besar di Bukit Puteri yang menjadi kubu pertahanan SUltan
Muhammad I. Akhirnya Sultan Muhammad I menyerah kalah dan berundur ke Dungun,
Tengku Umar pula yang menguasai Bukit Puteri. Sultan Muhammad I tidak berputus
asa dan meminta pertolongan dari Tengku Hitam dari Dungun. Akhirnya baginda
bekerjasama dan cuba untuk menyerang Tengku Umar yang berkubu di Bukit Puteri.
Malangnya cubaan berkenaan gagal.
Berlaku
satu pertempuran yang yang hebat di Bukit Puteri dan akhirnya Sultan Muhammad
Shah I mengalami kekalahan dan terpaksa berundur ke Kelantan. Bukit puteri pula
di kuasi oleh Tengku Omar yang kemudiannya ditabalkan menjadi sultan dengan
gelaran Sultan Omar Riayat Shah pada tahun 1839.
Rujukan:
Aminudin,
Bukit Puteri, antara lagenda dan Sejarah
Dato
Setai Jasa Haji Muhammad Saleh Haji Awang (MISBAHA) 1994, Sejarah daru Iman,
Utusan Publication dan Distribution sdn bhd.
Pihak
Muzium Negeri Terengganu
Bukit
Puteri Sejarah Lambang Negeri, Syed Mohamad bin Syed Abdullah – Ms 24, Berita
Darul Iman Edisi Mei/Jun 1994.
Numpang promo ya Admin^^
BalasHapusingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
ayo segera bergabung dengan kami di ionpk.club ^_$
add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^